What's Hot

Sunday 26 February 2017

2/26/2017 12:03:00 pm

Lyric : Love Song (Sara Bareilles)



Title: Love Song
Singer: Sara Bareilles
Year: 2007

Head under water
And they tell me to breathe easy for a while
The breathing gets harder, even I know that

You made room for me but it's too soon to see
If I'm happy in your hands
I'm unusually hard to hold on to

Blank stares at blank pages
No easy way to say this
You mean well, but you make this hard on me

I'm not gonna write you a love song
'Cause you asked for it
'Cause you need one, you see
I'm not gonna write you a love song
'Cause you tell me it's
Make or breaking this
If you're on your way
I'm not gonna write you to stay
If all you have is leaving I'm gonna need a better reason to write you a love song today

I learned the hard way
That they all say things you want to hear
And my heavy heart sinks deep down under you
And your twisted words, your help just hurts
You are not what I thought you were
Hello to high and dry

Convinced me to please you
Made me think that I need this too
I'm trying to let you hear me as I am

I'm not gonna write you a love song
'Cause you asked for it
'Cause you need one, you see
I'm not gonna write you a love song
'Cause you tell me it's
Make or breaking this
If you're on your way
I'm not gonna write you to stay
If all you have is leaving I'm gonna need a better reason to write you a love song today

Promise me that you'll leave the light on
To help me see with daylight, my guide, gone
'Cause I believe there's a way you can love me because I say

I won't write you a love song
'Cause you asked for it
'Cause you need one you see
I'm not gonna write you a love song
'Cause you tell me it's make or breaking this
Is that why you wanted a love song
'Cause you asked for it
'Cause you need one you see
I'm not gonna write you a love song
'Cause you tell me it's make or breaking this
If you're on your way
I'm not gonna write you to stay
If your heart is nowhere in it
I don't want it for a minute
Babe, I'll walk the seven seas when I believe that there's a reason to
Write you a love song today

Read more: Sara Bareilles - Love Song Lyrics | MetroLyrics
http://www.metrolyrics.com/love-song-lyrics-sara-bareilles.html#ixzz4gsbmR6NB

Sara Beth Bareilles (born December 7, 1979) is an American singer-songwriter and actress. She achieved mainstream success in 2007 with the hit single "(I'm Not Gonna Write You A) Love Song," which reached number four on the Billboard Hot 100 chart.

Friday 24 February 2017

2/24/2017 12:22:00 pm

Cara Beli Flyers Comel Easy Parcel



Assalammualaikum.


Haritu Mellya ada share entry mengenai Easy Parcel, yang mana belum tahu apa itu Easy Parcel boleh baca dekat sini. Cara daftar pun Mellya dah share. Before you can start using their service, kena ada flyers Easy Parcel. Macam mana nak dapatkan flyers Easy Parcel ? Mudah je.

Firstly, buka web store Easy Parcel


Cara Beli Flyers Comel Easy Parcel
Create account. Isi apa yang patut.

Cara Beli Flyers Comel Easy Parcel

Log in dan buka bahagian catalog. Akan ada pilihan flyers di catalog.

Cara Beli Flyers Comel Easy Parcel

Mellya telah memilh parcel no dua.
Sekarang ada promotion tu. RM 49, free shipping untuk 100pcs flyers.
Cara Beli Flyers Comel Easy Parcel

Add in cart.

Cara Beli Flyers Comel Easy Parcel
Check out.

Cara Beli Flyers Comel Easy Parcel

Continue.

Cara Beli Flyers Comel Easy Parcel

Selepas membuat bayaran, pastikan screenshot dan email kepada social@easyparcel.com.my. Pengesahan dan penghantaran ambil masa 1-3 hari je.

P/s: Flyers Mellya dah sampai hehe boleh la nak start guna Easy Parcel.

2/24/2017 10:00:00 am

Macam Mana Nak Menghadapi Interview ?



Assalammualaikum.

Persediaan Menghadapi Interview

credit : http://blog.smartbear.com/wp-content/uploads/imports/bad_interview_questions.jpg

Dah berapa bulan dekat rumah. Fuuh tak sangka lama gila Mellya dah habis belajar hehe Tengok mini transcript tarikh dia, macam tak percaya je masa berlalu dengan pantas. Mellya belum kongsi cara memohon kerja, dah langkau ke step persediaan. hehe Bukan apa, masa mohon tu pakat mohon je. Kerja kerajaan entah bila la nak dapat tawaran, jadi focus yang private sector dulu lah kan.

Banyak students sekarang yang tak tahu apa yang perlu waktu interview. Termasuklah diri Mellya sendiri. Kalau yang dah ada pengalaman, tak pela kan. Ni setakat informal interview, tak sama caranya dengan formal interview, dengan document lagi ada susunannya. Nervous, jangan cakaplah. Memang dubdab ja rasa. Sometimes, kita okay but disebabkan nervous ni lah kita gagal. Lack of practices and preparation memang akan jadi penyebab benda ni berlaku.

Persediaan Menghadapi Interview. 

Sebelum menghadapi interview, pastikan kesemua perkara ini korang dah selesaikan especially bab analisa jawatan yang dimohon tu. Barulah tak menggelabah bila interviewer menyoal. 

Documentations
Antara dokumen penting yang perlu disediakan adalah, surat pangggilan temuduga, dokumen pengenalan diri, sijil kelayakan akademik, sijil penglibatan aktiviti luar, sijil kemahiran tambahan dan pencapaian atau penghargaan tertinggi yang pernah diperoleh.

Kenal pasti pekerjaan yang ditawarkan.
Interview untuk job position apa tu? Scope atau bidang kerja? 

Kenalpasti background syarikat.
Baca background syarikat yang panggil korang interview tu.

Jangka "potential questions" yang mungkin akan ditanya.
Contoh: Tell me about yourself, Strength and weaknesses, Why do you want to work here? , Why should we hire you dan sebagainya berkaitan dengan dengan pekerjaan itu serta pengalaman yang korang ada. Boleh buat points untuk soalan tu, so that korang ada idea bila soalan tu timbul waktu interview. 

Rancangan korang dalam jangka masa pendek or jangka masa panjang
Kesan pekerjaan tu terhadap diri korang pada jangka masa pendek dan panjang.

Do's and Dont'
Tahu soalan yang sesuai untuk ditanya, apa yang boleh buat atau tak boleh buat waktu menghadapi interview. Paling penting jangan datang lambat. Makan dulu before datang sebagai alas perut. And mesti study soalan yang patut and tak patut ditanya sewaktu interview. 

Behavioral Checklist
Kaitkan ciri-ciri dan sikap yang berkaitan dengan pekerjaan itu. Contoh kalau customer service, korang friendly, good interpersonal skills. Manager, leadership, teamwork atau collaborations. Sebagai bukti bolehla cari situasi dimana korang ada tunjukkan sifat tu. 

Berlatih
Mock interview atau practice depan cermin. Boleh je suruh adik acah-acah jadi interviewer. 

Pemakaian, Kekemasan, Percakapan, Tingkah Laku
Pakai pakaian yang sesuai. Boleh search pakaian yang sesuai untuk menghadiri interview. Datang awal ke tempat temuduga. Ini termasuk mengetahui dengan lebih awal lokasi temuduga. Bersikap tenang dan tidak menunjukkan rasa gementar kepada panel temuduga. Mengucapkan Salam atau Selamat Pagi kepada penemuduga. Tidak duduk sehingga disuruh oleh panel temuduga. Menyerahkan dokumen apabila diminta. Membuat hubungan mata ‘eye contact’ dengan panel dengan kadar yang berpatutan terutamanya semasa berinteraksi. Menjawab soalan yang diajukan dan diiringi dengan sedikit senyuman. Posisi badan dalam keadaan tegak. Bertutur dengan nada yang jelas, boleh didengari dan tidak terlalu laju atau perlahan. Mengucapkan terima kasih sebelum melangkah keluar dari bilik temuduga.

Paling penting, Sembahyang dan berdoa pada Allah
Minta Allah permudahkan dan lancarkan urusan. Tawakal. Kalau ada rezeki, InsyaAllah tak kemana. Usaha je penting. Sekarang memang agak susah tapi mana tau dalam banyak-banyak usaha kita tu, satu lekat dekat kita. hehe THINK POSITIVE.

So kat bawah ni pula panduan untuk berhadapan dengan interviewers. 
Credit to Berita Harian.
Persediaan Menghadapi Interview
So Good Luck ! ❤

Saturday 18 February 2017

2/18/2017 10:00:00 am

Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version


Assalammualaikum.

Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version

credit https://www.sixpackbags.com/blog/wp-content/uploads/2014/04/Healthy-Egg-Recipes-For-Breakfast3.jpg

Dulu Mellya memang tak suka sarapan. Kalau sarapan rasa macam nak muntah. Bila dah besar sikit ni, barulah rasa kepentingan sarapan ni. Masa awal-awal nak practice tu, susah jugakla sebab asyik loya and pening lepas makan. Sekarang dah okay, sebab selalu paksa diri makan sarapan walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kenapa sarapan penting? Sarapan penting untuk bagi tenaga, and untuk mengelakkan gastrik. Ramai yang terkena sakit gastrik sebab tak sarapan. 

So what i usually have for breakfast?

Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version

Telur memang favourite Mellya for breakfast. Menu paling utama Mellya or usual breakfast, roti putih, telur mata, mayonis dan sedikit lada. hehe Goreng telur mata kalau macam Mellya suka telur kuning cair jadi goreng kejap je. Mellya memang sejenis yang suka makan telur cair 😅Pastu biar kejap bagi minyak dia turun, baru letak atas roti putih. Letak mayonis, sprinkle some lada. Tada.. Makan dengan lahapnya. Memang sedap. And paling best, kenyang gila.

Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version

Kalau rasa macam tak nak makan minyak, Mellya akan rebus telur. Lepas dah agak telur macam dah separuh masak, sejukkan kejap. Kopek kulit, masuk telur dalam mangkuk, masukkan mayonis and lada. Pun sedap juga!

Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version

credit http://allrecipes.com/recipes/1308/breakfast-and-brunch/eggs/scrambled-eggs/

Scramble eggs pun sedap jugak kan. 2 biji telur, mayonis, sedikit air (optional), whisk sekali dalam bowl. Cairkan sedikit margerine/butter, api kecil ya then masukkan telur tadi kacau perlahan. Bila agak dah menjadi tu transfer terus ke piring. Tunggu kejap baru masukkan garam sikit or lada.

Sarapan Pagi Yang Paling Simple and Sedap - Egg Version

credit http://www.jamieoliver.com/

Cheese Omelette. Ni pun senang , 2 bji telur pecahkan dalam bowl, kacau sambil masukkan garam and lada. Cheddar cheese "shredded" kan, panaskan frying pan masukkan olive oil. Pastu masukkan telur slowly bagi dia full cover surface frying pan. Jangan tunggu dah masak baru masuk cheese ek, masuk cheese waktu ada lembik-lembik lagi dekat tengah telur tu. Dah siap masak fold, letak atas pinggan makan dengan roti and tomato. Perghhhh !

Bahan wajib ada bagi Mellya mayonis dengan lada. Cheese ni jarangla buat, sebab selalu loya walaupun sedap. hehe

My No No ?
Telur mata plus kicap boleh but Mellya dah jarang makan sangat kicap since orang cakap buat parut gelap haha entah betul ke tak. Roti celup telur ni Mellya tak berapa berkenan disebabkan potensi minyak yang tinggi. Pagi-pagi salah satu perkara membuatkan Mellya jarang bersarapan ialah makanan berminyak. 

So uols makan apa pagi2? Selalu tengok Jamie Oliver punya resepi. Banyak yang mudah and simple hehe ❤

Friday 17 February 2017

2/17/2017 12:29:00 pm

Cara Merawat Muka Bermasalah Akibat Salah Pakai Produk Merkuri


Assalammualaikum.

Cara Rawat Wajah Lepas Tersalah Product Merkuri
credit http://healthproductreports.com/wp-content/uploads/2016/08/Do-your-skin-care-products-contain-mercury-.png

Sebelum ni kecoh tentang effect memakai product merkuri. Ramai yang menjadi mangsa. Mudah sangat terpedaya dengan iklan-iklan kononnya nak cepat putih. Bila berhenti, tahulah azab nya. Mellya nak kongsi cara memulihkan wajah lepas tersalah pakai product merkuri.

Product Merkuri Versus Healing Process

Mellya rasa perkara ni dah banyak kali disentuh oleh blogger-blogger. Tak salah rasanya kalau Mellya kongsi dari segi pandangan Mellya kan. Semua orang nak cantik , Mellya pun nak cantik. haha tak pasti lah kalau ada wanita kat luar sana yang tak kisah pasal cantik tak cantik ni. Bagi Mellya, nak cantik.. nak sihat.. Both ni memang priority. 

Healing process normal bila bertukar skincare yang selamat. Depends kalau teruk muka kita, maybe lebih lama healing process tu mengambil masa. Yes, before ni masalah jerawat tu memang berleluasa dekat muka Mellya. Mellya try satu skincare ni, muka Mellya flawless, putih gebu gebas. Then stop sebab konon nya tak ada kelulusan and ada mercury. Skincare tu pun sekarang macam dah tenggelam je Mellya tengok. After pakai tu memang sengsara la juga, tibatiba bintik hitam mula muncul, jerawat naik..nasib baik pakai tak lama sangat. 

2016, dah umur 23 tahun, masih ada jerawat. Mellya decide pergi Klinik Kulit. Dia bagi pencuci muka warna putih kalau tak silap RM 10/RM 20 je harga dia, ubat-ubat, makan dan sapu total RM 120. Masa tu memang dah berserah, muka gelap tak apa, asalkan tak ada jerawat. So Mellya focus pakai apa yang doctor tu bagi selama 2 bulan, Alhamdulillah okay terus sampai sekarang jerawat waktu period je tumbuh tu pun 2 ketul paling banyak. Kalau nak tahu healing process skincare yang baik boleh mencecah setahun.

Bermacam kesan yang akan kita hadapi, depends on kulit masing-masing. Ada yang meninggalkan kesan burn atau terbakar di muka, jerawat tumbuh tanpa kawalan, muka menjadi kusam dan tumbuhnya whitehead dan blackhead memenuhi ruang muka. Dahla sakit dan gatal seluruh muka, produk merkuri kalau diambil pada jangka masa yang lama juga akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti buah pinggang rosak dan kanser kulit.

So langkah yang boleh diambil untuk rawat muka akibat salah pakai produk merkuri ialah:

1- Make a change

Tukar diet and lifestyle. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan yang baik untuk kulit. Hentikan memakai apa-apa product. Rehatkan muka sekurang-kurangnya seminggu sebelum memakai apa-apa skincare seterusnya. Jangan stresskan diri memikirkan keadaan muka korang. Banyakkan meminum air kosong untuk menghapus kotoran dalam badan. 

2 - Virgin Coconut Oil... Olive Oil... Aloevera Gel...

Pastikan tangan anda sentiasa bersih. Untuk merawat wajah yang kemerah-merahan dan kerengsaan akibat burn, sapukan virgin oil, olive oil atau aloevera gel pada kawasan bermasalah. Untuk menunjukkan kesan, memang makan masa yang lama tapi sekurang-kurang nya mengurangkan rasa gatal dan kemerahan.

3- Selain daripada virgin coconut dan olive oil, ikhtiar. 

Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Nak menyesal dah tak ada gunanya. Mungkin boleh cuba cari supplement tambahan untuk kesihatan dalaman, ke klinik kulit dan boleh juga try Soothing Gel Sendayu Tinggi.  Ramai yang tersalah product dah cuba. Boleh baca testimoni di bawah.


Cara Rawat Wajah Lepas Tersalah Product Merkuri

source https://www.instagram.com/sendayu_tinggi_online

Pada permulaan, ada baiknya hentikan sebarang pemakaian product, cuma sapu soothing gel sebab ia mengandungi extract aloevera dengan 75 bahan aktif kaya dengan gen penyembuhan yang juga membantu menghentikan alahan seperti ruam, jerawat tak bermata dan pedih selepas berhenti produk mengandungi bhn kimia. Soothing gel meredakan kesan alergi, kusam / gelap selepas menggelupas sebab salah pakai produk penggelupasan / merkuri.

Lagi fungsi gel ni :
  • Menghalang jangkitan bakteria selepas facial extraction
  • Melembapkan kulit dengan mendalam, mengelakkan parut terjadi selepas memicit jerawat
  • Mengatasi gatal2 kulit dan mencerahkan secara natural
Cara Rawat Wajah Lepas Tersalah Product Merkuri

Cara Rawat Wajah Lepas Tersalah Product Merkuri
source https://www.instagram.com/sendayu_tinggi_online

4- Cari product yang berasaskan natural.

5 - Langkah paling selamat ialah dengan pergi berjumpa dengan pakar kulit.

Moral of the story, kalau rasa macam dah buntu atau nak ambil langkah bijak Mellya rasa ada baiknya jauhkan diri daripada product mercury dengan pergi jumpa doctor kulit. Kalau nak juga pakai product di luar sana, pastikan kaji dulu isi kandungannya, and product tu lama dalam industry dan dipercayai ramai tak. Kalau yang jenis baru nak up zupzap terus famous, jaga-jaga. Ya muka flawless, gebu gebas dalam beberapa hari je kalau pakai product mercury yang tak pasti asal usul nya. Jangan mudah terpedaya, tapi biasalah Mellya pun senang terpedaya gak haha Tapi bila lama sikit kulit start terbakar, hitam, sebab melanin kulit dibuang, tendency untuk kena kanser kulit tinggi. Time tu nak menyesal pun dah tak guna lagi dah 😄 

So pada semua yang di luar sana, sebelum mencuba apa-apa product haruslah selidik dulu kandungan nya. Kalau Mellya, Mellya memang tak akan cuba product yang dijual secara tular. Korang nak selamat pergi je beli skincare dekat Watson, or mana-mana pharmacy atau product yang dah well established. Macam Sendayu Tinggi, ia mempunyai nama besar di negara kita, dah ada berpuluh outlet sekitar Malaysia. Bukan macam yang dijual merata-rata tu. Beringat lah sebelum terkena okay ? ❤

Wednesday 15 February 2017

2/15/2017 04:25:00 pm

Makan sat kat Singgah Sat Food Court



Assalammualaikum.

Makan sat kat Singgah Sat

Lepas settle restock Sendayu Tinggi, makan sat kat Singgah Sat Food Court Seberang Jaya. Dua kali dah makan sini kalini baru rasa nak review. Kempunan lamb chop punya pasal. hehe Petang-petang dah pegi menapak dekat Singgah Sat ni. Lagipun food court ni memang macam-macam makanan ada. Takoyaki, Nasi kerabu, Steamboat, nak ber"shell out" pun boleh.

Makan sat kat Singgah SatMakan sat kat Singgah Sat

First sekali tuju kedai cendol. Special cendol letak durian tambah pulut. Pergh sedap. Harga pun boleh tahan sedaplah. Sebelah dia ada kedai Western & Grill. Order la Lamb Chop satu RM 15 - RM 17 ikut size yg kita dapat. Kalau Chicken Chop dalam RM 10 camtu.

Makan sat kat Singgah SatMakan sat kat Singgah Sat

Lama jugakla tunggu sebab orang baru nak warm up kedai kan haha Dah melantak kenyang-kenyang baliklah. Oklah makanan dia banyak choices, sedap boleh tahan, harga so-so. Tempat parking okay, ada tempat carwash jugak. So lepas-lepas shopping jeruk Pak Ali tu maila singgah sat dekat food court ni. hehe ❤


Monday 13 February 2017

2/13/2017 09:18:00 pm

Nak Mulakan Perniagaan? Wajib Baca Ni



Assalammualaikum.

Nak Buat Business Sila Jujur

Grumpy or pissed off face from http://cdn.iflscience.com/images/d81b1103-bde5-5b95-8443-cd66798278b1/default-1464367320-2202-think-your-cat-misses-you-it-s-probably-just-pissed-off.jpg

Nak Buat Business Sila Jujur | Tiba-tiba tajuk entry harini macam ni. Yes i am a dealer/seller or whatever. And i know my responsibilities to my customer. Kalau tak mampu  buat, inform customer. Jangan accept payment, bagi harapan palsu. Maybe tak de niat nak menipu cuma tak ada masa nak post, but at least inform la. 

I'm pissed off! Order dah dekat dua minggu tapi tak dengar khabar berita. Dulu pernah beli dengan seorang sis ni, okay. So i ingat second time beli ni okay la, tapi lain jadinya, dia buat perangai pulak dah. Yang geram nya dia cakap dah post, bila minta ID suruh tunggu balik kerja. Kita pun reply sopan santun, okay sis dengan smiley bagai. Then, sampai ke harini still no news. Dua minggu dah oi. Mellya tak kisah kalau dia cakap dia busy, tak ada masa nak post, bagi excuse kenapa lambat. Ni tak. Dahla menipu kata dah hantar. Marah sebab apa? Sebab barang yang dibeli tu is a gift for someone, which is my sister. RM 55 tu bukan sikit tau, and i can buy other things for her kalau tahu macam ni punya service.

Moral of the story, DEAR SELLERS, please be honest to your customer. Macam mana nak maju kalau service macam tu. Cuba tengok bangsa lain, jaga customer diorang macam mana. Siap follow up lagi. Ni tak, dahla orang tunggu lama berabad, pastu service macam pe lagi. Confirm i will ban this ig shop. Jangan sampai i boom your IG Shop pulak. Nasib baik la Mellya ni masih berperikemanusiaan lagi. Mellya nak tunggu sampai Rabu ni je. Kalau tak de respond jugak, i will spam sampai dapat duit balik, lantakla nak cakap kita ni tak reti sabar ke apa. As a seller u ada tanggungjawab untuk inform customer u about barang diorang. Dah bayar kan. RM 55 seorang kalau sepuluh orang? Tak ke untung dia. Ni hak pengguna okay?

Nak cari rezeki Jangan Malu | Yang bekerja tetap pun masih tak cukup pendapatan, apatah lagi yang tak bekerja tetap macam Mellya. hehe Terbaca article ni dalam berita harian, sedikit sebanyak apa yang ditulis tu betul kebanyakannya. Yang bekerja tak cukup duit, yang masih berstatus pelajar lagilah, bergantung pada keluarga, pinjaman, dan biasiswa semata-mata. Solution nya cuma bekerja sampingan.

Waktu Mellya di University, antara kerja sambilan Mellya buat ialah kerja di koperasi. Part time di shopping mall. Selain tu , edit blog. Mellya ada juga buat business jahit keychain, bookmark sebagai doorgift dan macam-macam lagilah. Entah lah mungkin minat Mellya ke arah berniaga.. hahaha

Actually banyak kelebihan buat kerja sambilan macam ni, boleh tambah pendapatan and belajar berdikari. Sejak Mellya bekerja part time waktu belajar, Mellya dah jarang minta duit parents. Mostly Mellya beli sendiri. Handphone pun since sekolah menengah Mellya beli sendiri. Kalau dah terlalu tak ada duit barulah Mellya minta, tu pun rasa segan nak mampus. huhu

Lakukan asal halal, apa saja yang korang rasa mampu dibuat. Ada juga kawan Mellya yang buat perniagaan sandwich telur mayo. Satu RM 1.50. Sehari dia boleh jual 30 set iaitu RM 45 sehari. Kalau dalam sebulan ada 30 hari, dalam tangan dah ada RM 1350. Tolak cost yang tak seberapa, RM 1000 mungkin dah ada dalam tangan. 

Perlu berkorban, bila dah ada kerja sampingan. kena berkorban masa, tenaga dan mungkin wang ringgit. Tapi InsyaAllah kalau betul-betul pandai mengatur masa, semuanya okay. Tapi yang paling penting kena buang rasa malu, yang ni Mellya masih belajar untuk buang rasa malu dan segan. Padahal malu ni tak sepatutnya berlaku. Macam mana nak maju kalau malu? Cakap dekat diri sendiri jugak nih. haha

So dua benda ni penting kalau korang nak jadi seorang business person yang berjaya. 
Jujur dan Ikhlas.

Baru lega sikit luah kat sini. Luah kat orang lain confirm kena marah haha

Saturday 11 February 2017

2/11/2017 11:52:00 am

Pos Lebih Mudah! Cara Mendaftar dengan Easy Parcel



Assalammualaikum.

Cara Mendaftar dengan Easy Parcel

Dengan ig shop Mellya sekarang memerlukan Mellya sering ke pejabat pos. Tapi masalah transport untuk keluar rumah menyebabkan Mellya susah nak ke pejabat pos.  Lepas tengok iklan Easy Parcel ni di merata tempat and ada online saler yang Mellya selalu shop dengan dia guna service ni, Mellya pun cuba Easy Parcel. Memang mudah kerja. So kalini Mellya nak share cara mendaftar dengan Easy Parcel. Sebelum tu Mellya kongsi dulu apa itu Easy Parcel dan kelebihannya.

Easy Parcel ialah satu perkhidmatan yang disediakan untuk booking courier. Lebih best lagi, tak perlu lagi risau untuk ke pejabat courier, cuma book melalui online dan pihak courier akan datang pungut sendiri di rumah. Untuk surirumah atau yang berniaga secara online, cara ini mungkin akan memudahkan lagi kerja-kerja pengeposan anda.

Cara Mendaftar dengan Easy Parcel

Antara kelebihan Easy Parcel: 

Selain boleh compare harga cas pengeposan yang lebih murah, kita dapat jimatkan kos untuk ke pejabat pos atau pejabat courier sendiri. Boleh set hari pemungutan, kalau on the same day, kena book sebelum jam 11 pagi. Cuma perlukan printer untuk print consignment note. 

Cara Mendaftar dengan Easy Parcel: 


First sekali, korang dikehendaki buka laman Easy Parcel.

Cara Mendaftar dengan Easy Parcel

Nampak button sign up? Click disitu dan akan keluar form macam ni. Isikan.

Cara Mendaftar dengan Easy Parcel

Lepas keluar perkataan successful, Satu lagi form perlu diisi. Kejap je isi tak banyak pun.

Cara Mendaftar dengan Easy Parcel

Tunggu message from Easy Parcel untuk verification.


Lepas dah verified, done. Bolehlah start. Yang bestnya RM 25 dah dicreditkan ke dalam account kita.

Cara Mendaftar dengan Easy Parcel
Senang je kan ? Boleh la cuba juga Easy Parcel ni. hehe Mellya pun tak sabar nak guna tengok packaging dia cantik kaler pink 😆

Friday 10 February 2017

2/10/2017 10:30:00 am

Tutorial Edit Blog Jadi Lebih SEO Friendly (Part 2)


Assalammualaikum.


Tak sangka ada juga yang sudi cuba tips simple SEO Mellya share semalam. Yang berjaya naikkan tahniah walaupun sikit. Mellya ada dapat email from Messarah. Jadi Mellya nak kongsi sikit lagi tips harap menaikkan SEO korang lagi la ye.

#1 Tips Edit Blog Seo Friendly: Remove Broken/Dead Links
Tutorial ni boleh refer tutorial Mellya yang lepas. Boleh check di sini. Cuma nak nasihatkan dekat bloglist tu tak perlu pasang untuk semua blog yang korang follow. Dalam tu maybe ada link-link blog yang dah tak wujud. Ni boleh ganggu SEO juga.

#2 Tips Edit Blog Seo Friendly: Headings
Mellya sebenarnya tak pandai tentang ni sebab tu Mellya ragu-ragu nak share. hehe Tapi tak pela, Selalu ada masalah h1 tak ada kan? Haritu Safirul Ammar ada inform cara pasang h1 ni. Pergi ke layout , add a gadget , HTML/Javascript , Copy paste coding <h1>Nama Blog Anda</h1>. InsyaAllah pas tu check dekat SEO tools tu dah tak ada rasanya masalah h1 ni.

#3 Tips Edit Blog Seo Friendly: Alt dan title image
Yang ni bila korang upload gambar, ada macam bawah ni kan? Buka properties, isi apa yang patut.

Tips Edit Blog Seo FriendlyTips Edit Blog Seo Friendly


#4 Tips Edit Blog Seo Friendly: Blog Archive
Yang ini Mellya refer Hasrul Hassan, tapi menurutnya blog archive hanya affect several kind of blog. So bacalah entry beliau dulu ya; http://www.hasrulhassan.com/2015/04/arkib-blog-jejas-seo-blogspot.html .

Macam mana? Ada improvement tak dekat SEO blog korang? Kalau dah practice tips tutorial Mellya yang pertama dan yang ini dengan betul, InsyaAllah dah berjaya. Rasa macam seronok je tengok blogging tips dekat blog ni? Komen la sikit. hehe

Yang ter'missed post sebelum ni, boleh baca Tutorial Edit Blog Jadi Lebih SEO Friendly (Part 1)
Lagi tips-tips blogging daripada Mellya si newbie, boleh baca di sini.


Thursday 9 February 2017

2/09/2017 11:22:00 am

Tutorial Edit Blog Jadi Lebih SEO Friendly (Part 1)



Assalammualaikum.

Tips Edit Blog Seo Friendly

Mellya bukanlah pandai bab SEO ni. Tak pandai langsung. Tapi tahulah manfaat blog SEO friendly ni. Jadi kadang-kadang sempat juga ronda-ronda dengan Mr Google tips-tips SEO yang best dan simple. Selain selalu menjadi silent reader blog Hasrul Hassan, blogger luar lain juga menjadi sasaran. Ada satu tutorial/tips mudah yang Mellya jumpa dalam Mr Google yang bagi Mellya sangat simple. Tapi Mellya ambil yang mudah je ye, nak baca full entry boleh search link di bawah.

Kenapa SEO penting?

SEO sangat penting sebab ia membantu untuk menarik traffic ke blog kita. Maksud traffic ni, visitors lah. Bila blog kita mobile friendly, search keywords pun mudah selalu appear dalam web, barulah ramai yang akan menyinggah di blog kita. Korang buat blog mesti untuk orang baca kan? Haa itu lah sebab nya SEO penting.

#1 Tips Edit Blog-Seo Friendly: Title Tag
Nama Article didahulukan dengan nama blog. Contoh tajuk entry "Tips Edit Blog Seo Friendly". Resultnya akan jadi "A Box of Crayon : Tips Edit Blog Seo Friendly". Caranya dengan search code <title>, kalau code itu seperti dibawah , abaikan. Kalau belum copy code dibawah dan paste dibawah <head>.

<title><b:if cond='data:blog.homepageUrl == data:blog.url'><data:blog.title/><b:else/><data:blog.pageName/></b:if></title>

#2 Tips Edit Blog Seo-Friendly: Meta Tag
Short description tentang blog and keywords so that senang nak dicari. 
Copy code dibawah and paste bawah <head>

<meta content='Masukan deskripsi blog anda di sini' name='description'/> <meta content='Masukan Kata kunci Anda di sini' name='keywords'/> <meta content='Masukan Nama Anda di sini' name='author'/>

#3 Tips Edit Blog Seo-Friendly: Gunakan rel='canonical'
Untuk elak duplication. Cari code <head> paste code dibawah.

<link expr:href='data:blog.url' rel='canonical'/>

Tips Edit Blog Seo Friendly

Lepas Mellya apply semua ni, Mellya check disini http://chkme.com/page-seo-tools. Untuk full entry boleh lah refer http://belajarblogleski.blogspot.my/2013/08/9-Tips-Edit-Template-blog-agar-SEO-Friendly.html. Memandangkan ada yang masih belum berjaya, Mellya juga dah sediakan tutorial kedua : Tutorial Edit Blog Jadi Lebih SEO friendly (Part 2).

Monday 6 February 2017

2/06/2017 08:39:00 pm

Random : Nak Kahwin Kena Pandai Masak



Assalammualaikum.

Nak Kahwin Kena Pandai Masak
source :https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/54/a3/bf/54a3bfec155d95600e7e663bba78a4e6.png


Kali ini dalam Random : "Nak Kahwin Kena Pandai Masak". Sapa keluarkan statement tu? Haa jom bincangkan, korang setuju ke tak setuju dengan statement ni.

My opinion: Tak setuju! 

Main reason of course lah sebab Mellya tak reti masak. Susahla macam ni sampai ke sudah tak kahwin kalau wujud statement macam ni. haha

Sebab apa Mellya tak setuju ; First memang sebab Mellya tak reti, yang setakat masak nasi, goreng-goreng, sup... tu reti lah. Tapi yang buat kari tu kari ni, mee tu mee ni. Ahaiii.. hehe tak malu ke anak dara tak pandai masak? Malulah juga tapi STILL tak setuju dengan statement di atas sana tu. 

Nak kahwin tak pandai masak pun tak apa. Bila dah kahwin mestilah belajar masak sebab automatically kena masak untuk hubby tersayang. Cheyy. Betul apa. Kan dah jadi tanggungjawab. Lagi satu Mellya pernah je dengar orang cakap, selalunya orang yang tak pandai masak before kahwin ni lagi pandai masak daripada yang sedia pandai memasak nih. Minta-minta betul lah ya haha

Rasanya isu pandai masak ke tak ni tak wajar lah. kan kan kan.. haha Adakah Mellya je yang menghadapi isu ini ?

Macam mana nak belajar memasak.

#1 Cuba menu ringkas.
Untuk first timer, cuba cari resepi mudah untuk korang cuba. Nasi goreng ke.. Sup ke.. 

#2 Pengamatan/Memerhati.
Kalau mama tengah masak kat dapur, rajin-rajin kan diri menyelit sekali. Tengok cara masak. Jangan tengok je offer la tolong sekali. Practice makes perfect. Hihihi

#3 Rajinkan diri menonton rancangan memasak atau membaca buku resepi.
Hehe tengok je atleast korang tahu mana satu ikan mana satu ayam .
Yang mana gula yang mana garam hehe

#4 Jangan malu bertanya.
Duduk sorang di rumah mesti rasa lapar kan? Apa kata cuba masak. Whatsapp mama or kakak tanya cara buat cucur jagung hahaha

#5 Jinakkan diri buat cake, cookies atau pastry.
Yang ni menarik sikit kan kalau nak try. Try buat churros, cake cheese. Fuuh

#6 Don't give up.
Masak sekali tak jadi, masak berkali-kali bagi jadi hehe 

Itulah dia 6 cara Mellya belajar memasak. hehe Uols macam mana? Ada suggestion tak ? ❤


Saturday 4 February 2017

2/04/2017 11:00:00 am

Kegunaan Blog Planner dalam Blogging



Assalammualaikum.

Kegunaan Blog Planner

Blog Planner ialah planner atau blueprint sesebuah blog. Most of us memang tak ada blog planner, tapi bagi yang betul-betul serious dalam dunia blogging mesti ada blog planner ni. Kenapa kena ada blog planner? Sebab untuk memastikan goal sesebuah blog tu tercapai and stay on track.

Jujur nya Mellya pun tak ada blog planner. Haha tapi sejak akhir-akhir ni Mellya dah ada notebook yang tercatat idea-idea blog yang nak di kongsikan. Kira macam blog content planner. Notebook pun dah consider okay sebab Mellya bukan nya active blogging sangat. Menulis sekadar suka-suka and just blog editing addict. 

Bawah ni ada contoh daily blog planner yang Mellya download. Actually kalau korang rasa tak creative nak buat planner sendiri, banyak je free printable blog planner dekat Mr Google. Cuma kena pandai cari yang mana yang sesuai dan efficient. (InsyaAllah nanti kalau ada kelapangan, tahun depan Mellya publish planner sendiri haha). 

daily blog planner
Blog Planner yang bagi Mellya complete mesti mengandungi Blogging Goals/Resolutions, Year of Ideas, Monthly Blog Analytics, Daily/Weekly/Monthly Blog Post Planner. So that, korang boleh tengok blog korang capai target yang ditetapkan atau tidak. Bagi yang focus juga pada collaborations, affiliate dan business, memang bagus kalau ada affiliate and finance sheet.

So overall, bagi yang tengah nak bergiat active dalam blogging, eloklah ada blog planner sendiri. Barulah blog teratur and mencapai sasaran. 😊

Thursday 2 February 2017

2/02/2017 10:30:00 am

Maksud dan Cara Elak Writer's Block



Assalammualaikum.

Cara Elak Writer's Block

Dah agak lama juga Mellya kembali ke dunia blogging, tapi bila disemak semula entri-entri lama, semua mengarut belaka. haha Setelah difikir-fikirkan lepas ni terpaksa kurangkan join giveaway dan padatkan blog dengan info yang berguna. Banyak juga entri-entri lama yang mengarut belaka Mellya dah padam. Biarlah post entri sedikit, asalkan entri yang dikongsikan mendapat sambutan.

Apa maksud Writer's Block?

Writer's Block ialah situasi dimana korang dikira seperti 'mati akal' nak karang apa dalam blog korang. haha Kadang tu termenung sampai berjam-jam ye. 

#1 Cara Elak Writer's Block: Personal Event/ Occasion. 
Apa yang berlaku sehari-harian kalau rasa berbaloi untuk dikongsikan.

#2 Cara Elak Writer's Block: Banyak kan membaca, majalah, newspaper, blog-blog luar.
Bila dah baca banyak blog-blog rasa macam idea nak berblog mula nak bercambah. Bukan plagiarize, tetapi jadikan sumber untuk cari topic.

#3 Cara Elak Writer's Block: Catat idea-idea atau draftkan entri.
Macam Mellya selalunya akan draftkan dalam phone/blog sebab takut lupa. Tapi bila draftkan dalam blog jadi serabut pula kan. So, Mellya buat folder baru dalam lappy masukkan bahan-bahan post Mellya. Jadi, bila nak pakai just take out aja dari situ. And sekarang Mellya ada cara baru, Mellya cari notebook and catatkan apa topic yang terlintas dalam fikiran. Jadi notebook ni memang sentiasa kena ada dalam beg. 

#4 Cara Elak Writer's Block: Focus 3 - 6 categories sahaja.
Pernah tak termenung tengok blank entri post berjam-jam? Bila terlalu banyak sangat kategori yang kita nak focus, membuatkan writer's block berlaku. Label post pun makesure mengikut kategori. Lagi mudah kalau korang specific kan topic harian blog. Contoh: Isnin untuk motivational, Selasa tutorial, Rabu wordless day, Khamis resepi dan hari-hari seterusnya.

#5 Cara Elak Writer's Block: Manfaatkan sumber yang ada, Pinterest, Bloglovin
Dalam ni bukan saja ada gambar-gambar menarik tapi juga entri-entri menarik, yang sesuai untuk dijadikan sumber ilham. Cuba belek-belek sikit. 

#6 Cara Elak Writer's Block: Frequently Asked Questions
Letak diri kita and fikir apa yang mungkin akan korang tanya bila jadi pembaca. Lebih kurang macam empathy lah. Contoh korang tak tahu macam mana nak pos laju barang, create entry tentang cara pos laju. Memang macam ridiculous, tapi korang perlu ingat, ada yang tak tahu gunakan perkhidmatan pos laju nih. hehe

#7 Cara Elak Writer's Block: Check keywords and Blog Comments
Rajinkan diri check stats blog. Baiki post sedia ada agar menjadi lebih bermanfaat atau sediakan entri mengikut carian pembaca. Comment pembaca juga jangan abaikan, actually apa yang dikomen tu boleh dijadikan tajuk entri baru. Kadang-kadang kita boleh menjawab persoalan yang diutarakan oleh pembaca kita melalui penghasilan entry baru. 

#8 Cara Elak Writer's Block: Tutorial yang berguna
Mellya selalu cuba mencari tutorial-tutorial yang dirasakan bermanfaat untuk dikongsikan.Kadang-kadang kalau Mellya cari tutorial untuk blog, mana yang rasa penting and sukar dicari, Mellya simpan dan kadang-kadang buat tutorial menggunakan versi Mellya. 

Ini antara cara Mellya elakkan diri daripada Writer's Block. Hope it helps !