What's Hot

Friday 24 February 2017

Macam Mana Nak Menghadapi Interview ?



Assalammualaikum.

Persediaan Menghadapi Interview

credit : http://blog.smartbear.com/wp-content/uploads/imports/bad_interview_questions.jpg

Dah berapa bulan dekat rumah. Fuuh tak sangka lama gila Mellya dah habis belajar hehe Tengok mini transcript tarikh dia, macam tak percaya je masa berlalu dengan pantas. Mellya belum kongsi cara memohon kerja, dah langkau ke step persediaan. hehe Bukan apa, masa mohon tu pakat mohon je. Kerja kerajaan entah bila la nak dapat tawaran, jadi focus yang private sector dulu lah kan.

Banyak students sekarang yang tak tahu apa yang perlu waktu interview. Termasuklah diri Mellya sendiri. Kalau yang dah ada pengalaman, tak pela kan. Ni setakat informal interview, tak sama caranya dengan formal interview, dengan document lagi ada susunannya. Nervous, jangan cakaplah. Memang dubdab ja rasa. Sometimes, kita okay but disebabkan nervous ni lah kita gagal. Lack of practices and preparation memang akan jadi penyebab benda ni berlaku.

Persediaan Menghadapi Interview. 

Sebelum menghadapi interview, pastikan kesemua perkara ini korang dah selesaikan especially bab analisa jawatan yang dimohon tu. Barulah tak menggelabah bila interviewer menyoal. 

Documentations
Antara dokumen penting yang perlu disediakan adalah, surat pangggilan temuduga, dokumen pengenalan diri, sijil kelayakan akademik, sijil penglibatan aktiviti luar, sijil kemahiran tambahan dan pencapaian atau penghargaan tertinggi yang pernah diperoleh.

Kenal pasti pekerjaan yang ditawarkan.
Interview untuk job position apa tu? Scope atau bidang kerja? 

Kenalpasti background syarikat.
Baca background syarikat yang panggil korang interview tu.

Jangka "potential questions" yang mungkin akan ditanya.
Contoh: Tell me about yourself, Strength and weaknesses, Why do you want to work here? , Why should we hire you dan sebagainya berkaitan dengan dengan pekerjaan itu serta pengalaman yang korang ada. Boleh buat points untuk soalan tu, so that korang ada idea bila soalan tu timbul waktu interview. 

Rancangan korang dalam jangka masa pendek or jangka masa panjang
Kesan pekerjaan tu terhadap diri korang pada jangka masa pendek dan panjang.

Do's and Dont'
Tahu soalan yang sesuai untuk ditanya, apa yang boleh buat atau tak boleh buat waktu menghadapi interview. Paling penting jangan datang lambat. Makan dulu before datang sebagai alas perut. And mesti study soalan yang patut and tak patut ditanya sewaktu interview. 

Behavioral Checklist
Kaitkan ciri-ciri dan sikap yang berkaitan dengan pekerjaan itu. Contoh kalau customer service, korang friendly, good interpersonal skills. Manager, leadership, teamwork atau collaborations. Sebagai bukti bolehla cari situasi dimana korang ada tunjukkan sifat tu. 

Berlatih
Mock interview atau practice depan cermin. Boleh je suruh adik acah-acah jadi interviewer. 

Pemakaian, Kekemasan, Percakapan, Tingkah Laku
Pakai pakaian yang sesuai. Boleh search pakaian yang sesuai untuk menghadiri interview. Datang awal ke tempat temuduga. Ini termasuk mengetahui dengan lebih awal lokasi temuduga. Bersikap tenang dan tidak menunjukkan rasa gementar kepada panel temuduga. Mengucapkan Salam atau Selamat Pagi kepada penemuduga. Tidak duduk sehingga disuruh oleh panel temuduga. Menyerahkan dokumen apabila diminta. Membuat hubungan mata ‘eye contact’ dengan panel dengan kadar yang berpatutan terutamanya semasa berinteraksi. Menjawab soalan yang diajukan dan diiringi dengan sedikit senyuman. Posisi badan dalam keadaan tegak. Bertutur dengan nada yang jelas, boleh didengari dan tidak terlalu laju atau perlahan. Mengucapkan terima kasih sebelum melangkah keluar dari bilik temuduga.

Paling penting, Sembahyang dan berdoa pada Allah
Minta Allah permudahkan dan lancarkan urusan. Tawakal. Kalau ada rezeki, InsyaAllah tak kemana. Usaha je penting. Sekarang memang agak susah tapi mana tau dalam banyak-banyak usaha kita tu, satu lekat dekat kita. hehe THINK POSITIVE.

So kat bawah ni pula panduan untuk berhadapan dengan interviewers. 
Credit to Berita Harian.
Persediaan Menghadapi Interview
So Good Luck ! ❤

10 comments:

  1. teringat interview 4 tahun lepas , di interview 8 orang (manager utk 8 buah branch) kecut perut rasa tak pernah orang interview kita ramai macam tu.. alhamdulillah dapat kerja tu, tapi sekarang dah tak kerja lah kat situ..kenangan he

    ReplyDelete
  2. semoga Mellya berjaya..to add on...be confident and relax

    ReplyDelete
  3. Dokumentasi tu penting, jangan pula masa interview bila orang tu tanya semua lupa nak bawa... memang kena reject lah... hehe

    ReplyDelete
  4. Goodluck Mellya!

    Mai pun sekarang lebih mengharap dengan swasta dulu,, sebab bidang mai gov punya masih tidak dibuka kekosongan lagi.

    ReplyDelete
  5. Thanks for the tips or should I say reminder? Hehe.. Sama-samalah kita pulun apply apply apply, pastu kehulu kehilir pergi interview semata-mata nak dapatkan pekerjaan. All the best, youuuuuuu! Muahciked. 💪

    ReplyDelete
  6. Good luck mel. u can do it! and I like ur persediaan, sadly nowadays student rarely have that quality. you can do it! ^^

    ReplyDelete
  7. Good luck Mellya. Teringat dulu time nak interview kerja kerajaan. Study balii semua yang belajar. Paling teruk siap hafal semua nama menteri. Hehe. 😅😅

    ReplyDelete
  8. good luck dear.. ingat lagi masa akan interview dulu..emmmm...ada ko kurang dr 10 kali but nervous setiap kali interview tu. normal la.. pray for the best!!! all the best dear!!

    ReplyDelete