What's In My Bag ?

15:24:00


Assalammualaikum.

What's In My Bag ?

Abaikan beg yang kempis tuh hahah

What's In My Bag ? | Ada apa dalam beg Mellya. heheh Ni bag favourite Mellya. Dah dekat 2 tahun juga beg ni. Ada beg lain tapi nama pun favourite bag, so this is it. Giamax beli dekat Parkson. Murah je pun dalam seratus lebih rasanya Yang best tahan lama. So apa yang Mellya letak dalam ni? haaa beg perempuan ni macam beg doraemon haaa. 😅

What's In My Bag ?What's In My Bag ?

Pencil Case
Handmade Domokun. haha Mellya rasa pernah share kot Mellya and kakak Mellya dulu suka jahit felt. Pernah meniaga sekejap, sampaila kakak Mellya dapat jadi cikgu. Business tu pun terbengkalai, sebab dengan tenaga kerja iaitu Mellya sorang je rasa macam tak mampu nak handle business doorgift ni. haha Pencil case ni wajib ada pen and stapler, sebab kadang-kadang pegi post office nak post barang tanpa dirancang.

Purse
Purse beli dekat Puncak Alam boutique vendor mana tah. RM 20 ke RM 30 ja. hahah beli ni pun sebab urgent purse zip rosak. Yang ni la yang ada pun masa tu, terpaksa la beli walau pun corak dia tak berkenan langsung !

What's In My Bag ?What's In My Bag ?

Ubat Mabuk Kenderaan dan Vicks
Mellya selalu simpan Novonim atau yang dalam gambar ni dalam beg. Sebab Mellya ni kadang-kadang mabuk kereta. haha Mengadakan? kihkihkih Vicks atau Minyak Cap Kapak pun selalunya ada sekali, in case nak sapu-sapu kepala.

Facial Wet Tissue
Untuk cuci makeup. Biasala muka mekap tebal sangat satgi nak solat. haha 

What's In My Bag ?What's In My Bag ?

L.A. Girl Matte Lipstick Yang ni memang favourite. Selalu dalam beg. Sebab Mellya ni kalau makan, tak da cover-cover dah. Hilang lipstick kemana. haha so kena standby lipstick. Tak pakai lipstick rasa macam huduh sangat 😅 Doll Skin BB Cream Ni pun mesti ada dalam beg. Untuk touch up lepas solat. Senang pakai ni sebab dah ada spf. Jadi tak pakai sunblock pun rasa okay dah. Silky White Refill Yang ni pun wajib. Bawak yang refill ja cukup. haha Cermin pinjam la cermin mana-mana. Eyebrow pencil Wajib bawak. Kening tak tebal sebab tu bawak. Bulu mata tak dak takpa, jangan bulu kening tak dak. hahaha macam orang sakit je tengok. 

Lotion Carrie Junior
Mellya sebenarnya kan.. tak ada perfume and jarang pakai perfume Mellya pakai lotion je.. So maaflah Mellya tak wangi macam orang lain tapi setakat ni tak dela orang complaint Mellya busuk ka apa. hahah harap tak la. 😅😅😅

What's In My Bag ?

Notebook
Ni notebook bergerak Mellya. Notebook ni actually sis Mya Farisha yang bagi. Kalau nak beli barang, order atau apa-apa semua tulis dalam ni. Idea blog pun dalam ni. Biasalah kalau p mana-mana rasa nak boh dalam blog, kalut tulis takut lupa kan. Tapi Mellya selalu lupa kewujudan buku dalam beg hahahah

Lain-lain barang biasalah, resit jangan cakap lah memang banyak hahaha pengetip kuku, Memang kena ada, dulu-dulu masa sekolah sebab takut spot check. Dah jadi habit sampai skarang bawak. haha  "powerbank", "paddy", "brooch", jarum pun ada dalam beg Mellya ni haa 😅😅 bukan apa, kadang-kadang bila pakai shawl ni, ada ja tak kena. satgi jarum hilang, brooch hilang. Beg doraemon la katakan. hihi

Soo.. What's in your bag ?

You Might Also Like

1 comments

  1. manyaknyaaa harta dalam beg.. tak berat ke tu??

    ReplyDelete