What's Hot

Monday 24 April 2017

4/24/2017 11:15:00 am

Done Blog Editing Cerita ZF



Assalammualaikum.


Hi readers, last week busy Konvokesyen, so this week Mellya busy tolong adik buat preparation untuk interview Asasi TESL yang berlangsung semalam, 23 April 2017 di UiTM Merbok. Sedikit info tentang interview semalam, students kena menghadapi ujian bertulis selama lebih kurang satu jam lebih sebelum interview. Interview pun kejap jela, 10 to 15 minutes je. Macam biasa, soalan wajib, tell me about yourself, random questions tentang diri korang, kenapa pilih TESL instead of other courses and current issues. Mellya pernah juga pergi interview TESL ni tapi tak de rezeki haha 

So back to the main topic, Mellya nak review blogger Zarul Farhana ni. Ada tak yang masih belum mengenali sis ni? Kalau belum kenal jemput lah singgah ke blog beliau. Dekat blog sis ni, ada macam-macam informasi and experience yang dikongsikan untuk pembaca terutama bab makan. Pergh kalau tengok memang rasa lapar je. 

Sis ini memilih tema warna merah. Disebabkan Mellya rasa merah almost maroon ni macam sesuai dengan blog ni, Mellya pun terapkan warna merah and putih dalam blog sis ni. Kalau tengok header pula ada jari tengah menaip, haa kenalah dengan nama blog ni, Cerita ZF , dari jejariku. hehe Editing sangat simple, seo-friendly 100%. Harap sis ni sukalah.



By the way, Mellya dalam proses mengubah semua hasil kerja Mellya ke blog baru, disebabkan oleh entry-entry tersebut sangatlah pendek and lebih kepada gambar blog. Mellya dah mula transfer most of the blog editing result ke blog ini >>>> http://editingmypassion.blogspot.com/ Jadi nanti kalau korang rasa nak belek-belek, jemputlah singgah. Mellya tak edit pun appearance blog tu, just guna template sedia ada sebab masih belum ada kelapangan waktu. Target bulan 5 untuk maintenance blog Mellya Crayola dulu haha 

Harini plan nak pergi membuang masa dekat Sunway. Entah jadi ke tidak, sat lagi baru nak decide sebab girlfriend arini dah nak balik USM, tinggalkan kakak dia yang kesepian di rumah 😅😅 harapkan kekasih, kekasih pun tak ada kahkahkahkah

Wednesday 19 April 2017

4/19/2017 09:27:00 pm

Akhirnya.. Konvo Jugak !



Assalammualaikum.

Akhirnya.. Konvo Jugak !

Rasa macam makin bersawang blog nih. hehe Memang busy sejak akhir-akhir ni. Sampai kurus balik dah haa, daripada berat naik 5 kg ni turun balik tinggal 43 kg hahaha Nampak tak betapa senang nya Mellya nak kurus. Nak gemuk nya susah.. Haish. tapi bila kahwin nanti tak tau lah kan. Ehh.. hehe 

So dalam keserabutan beberapa minggu ni, akhirnya konvo jugak. Ya, konvo ! Alhamdulillah, settle juga satu acara. Macam-macam dugaan jugalah nak menempuh. Yang paling mengharukan , kesanggupan family Mellya travel dalam kekalutan hari Isnin dan Selasa, semata-mata nak meraikan kejayaan Mellya. Actually, Mellya memang rasa berat hati nak ke majlis konvokesyen ni. Tengoklah, dah la hari Selasa, hari bekerja, pastu jauh, dapat pula sidang petang. Memang rushing gila, sebab Rabu iaitu harini adik Mellya ada driving class yang tak dapat ditangguhkan. 

Mellya memang kalau ke Shah Alam, tempat penginapan pilihan yang memudahkan ialah Intekma. Memanglah agak lama perabot dalamnya, tapi ini yang paling memuaskan bagi kategori penginapan sementara nih. Biasalah, area Seksyen 7 tu banyak hotel rumah kedai. Susah parking, and tak selesa. Dinding nya nipis sampai boleh dengar jiran bilik sebelah berborak. haha (berdasarkan pengalaman di Tea Tree Hotel ke apa tah namanya). Hotel lain macam agak mahal. dan jauh so untuk last minute tempahan Alhamdulillah Intekma ada. (Tapi waktu kami pergi tu, TNB ada buat maintenance, jadi towel and others lambat sampai ke bilik, maybe tak sempat bersihkan disebabkan no electricity).

Bertolak jam 12 tengahari and sampai jam 5 lebih. Makan dulu di Brotherhood. Co dekat Seksyen 7. Memang penat, sebab actually bertolak daripada pagi, settle apa yang patut sebelum tinggalkan Penang. Jam 12 baru bertolak sebetulnya. Pas makan, terus shoot ke hotel, check in. Malam tuh memang tidur awal lah. haha satu family keletihan.

Bangun jam 6 pagi. Mula dah rasa gelabah. haha padahal nak konvo je kot. Bukan buat persembahan pun. Untung ada personal MUA, adik Mellya yang makeup kan haha Jam 9 check out and terus sarapan dekat KFC. Pas mengisi perut terus masuk UITM Shah Alam parking kawad. Jauh juga nak jalannya. Memang kesian parents Mellya huhu 

Konvo kali ini tak se"best" waktu Mellya di Penang. Penang lebih teratur. Yang ni sangatlah tak well organized bagi Mellya. Tak ada guide, dimana pelajar kena berkumpul, parents pun bersepah sana sini, tak tahu nak duduk mana. Tak ada juga yang guide dimana family boleh lihat screen besar. Mama and Abah Mellya jalan merata sana sini, dengan parents yang lain sebab tak tahu mana nak duduk. But akhirnya sampai juga parents Mellya masuk ke dalam DATC. Tu pun lepas melilau cari. Lama juga students tunggu daripada jam 11 lebih hingga 1.30 macam tu baru diuruskan. Itu pun jubah dan lain-lain tak dicheck oleh petugas dengan baik, tak macam di Uitm Penang dulu. 

Majlis tamat jam 6 petang. Sangatlah memenatkan konvokesyen kali ini. Memang terharu dengan pengorbanan parents Mellya, sudahlah kena naik turun tangga curam, sebab tak ada guide yang tunjuk arah yang lebih mudah. Mama cakap ada makcik yang pucat lesu sebab naik tangga, tak ada guide yang bantu. Anyway, Alhamdulillah semua berjalan lancar, Mellya pun tak delah tertinggal kasut ke apa ke atas stage tu haa hahaha settle pulangkan jubah di bilik jubah and ambil transkrip terus shoot balik Penang, sampai pukul 11 malam. Nampak tak betapa tinggi pengorbanan parents? Yang lebih menyentuhkan, mama cakap "Bukan selalu kita boleh naik stage, dapat anugerah macam ni. Pengalaman ni kekal sampai mati. Tak tentu lagi boleh rasa pengalaman ni lagi kelak". Sebak haa !


Saturday 15 April 2017

4/15/2017 04:41:00 pm

Done Blog Editing Aku Seorang Perantau



Assalammualaikum. 


Dekat-dekat nak konvokesyen ni entahla busy dengan apa. Mungkin nervous sampai tak boleh buat kerja agaknya. haha By the way tujuan sebenar post ni Mellya nak share hasil edit terbaru and buat announcement sikit.

Lama tak edit simple template. So kalini Mellya share hasil editing Simple Template. First time dapat customer lelaki. Harap tuan punya blog terimalah hasil editing ni. Jemput singgah melawat blogger baru Iffat Izzat. For full view singgah blog beliau. Macam-macam info korang boleh dapat especially untuk Kpop fans hehehe 

Done Blog Editing Aku Seorang Perantau

Tema warna biru nih sebab nak bagi nampak macam kelakian sikit. Biasalah, selalu design untuk perempuan je. haha Susah jugak la nak kena polish bakat bagi universal sikit design blog. Asyik pink je kan. Thanks percaya Mellya and bagi chance polish skill sikit. hihihi

Beza Simple Template dengan Responsive Template yang Mellya tawarkan ialah simple template ialah custom made. Mellya edit A to Z , dari segi rekabentuk dan juga SEO. Kalau responsive pula, responsive template sudah sedia ada, cuma diberi warna dan sedikit touch up depends on customer, nak header, warna blog macam mana. Sebab tu lah, simple template lebih mahal, tapi kalau nak tahu perkhidmatan Mellya ni dikira murah la juga, cuma RM 20. haha  so kalau korang rasa berminat, bolehlah contact Mellya.

Untuk pengetahuan korang yang selalu mengikuti perkembangan semasa editing Mellya, bolehlah terjah blog baru Mellya iaitu "My Portfolio" di alamat ini >>> http://editingmypassion.blogspot.my/ Dah mula pindahkan satu demi satu hasil editing, sebab susah nak goda Adsense kalau banyak article pendek and bergambar sahaja. Doakan impian goda Adsense tercapai lah ye. hahaha

Tempahan masih dibuka, tapi kena sabar sikit ya. Tak boleh edit sepantas dulu haha 

Friday 14 April 2017

4/14/2017 09:10:00 pm

Maksud Sebenar Natural Beauty bagi Lelaki


Assalammualaikum.
Photo by fleur kaan on Unsplash
Maksud Sebenar "Natural Beauty" bagi Seseorang Lelaki. Ini kisah lelaki zaman sekarang, kalau yang dulu-dulu mungkin tak macam ni. Alhamdulillah kalau memang seikhlas hati terima pasangan memasing. haha Entry ini Mellya tulis sebab tak berpuas hati dengan debat between Mellya dengan kawan lelaki Mellya baru-baru ni. Punca utama debat tu ialah.... Mellya lambat keluar daripada tandas RnR sebab makeup. haha Hello tak dela lama sangat, yang lama tu sebab buat apa yang patut dalam tandas, cuci muka bagai. 😯😯 Besides, at first dia cakap nak pegi makan, so Mellya pun buat la lambat-lambat sikit. haha

Antara point yang dibentangkan dia ialah pasal "Natural Beauty" nih. Dia cakap makeup buat apa, tak ada orang nak tengok pun and tak asli. What the fish?? hahaha hello.. Sebenarnya bila kita makeup, barulah up sikit self-confidence bila nak jumpa orang. And orang pun akan ada good impression on us bila tengok kita. Lagipun at that moment, tak makeup tebal pun. Sekadar bedak, betulkan kening, blusher sikit, and merahkan bibir sikit. That's all.

Mellya memang tak percaya dengan perkataan "Natural Beauty" nih kalau keluar daripada mulut lelaki sekarang. Bukan tak percaya tak bermakeup tu lagi lawa tapi tak percaya bila lelaki cakap dia nakkan natural beauty, tanpa sedikit pun makeup. Sangatlah tidak dipercayai hahaha kalau yang dah berkahwin, mungkin lah kan. Sebab bila dah kawin kena terima seadanya, tapi sebagai isteri mostly akan fikir dua tiga kali juga, takut suami jemu and cari baru ye tak?

Pendapat Mellya maksud sebenar mereka ni ialah light makeup, bukan tanpa makeup. Tak perlu foundation tebal seinci, bedak seinci, blusher penuh satu muka, mulut merah menyala.. It's a NO NO. Kalau ada functions or event, maybe okaylah nak makeup over camtu, but untuk daily makeup, light is better than nothing. 

Maksud Sebenar Natural Beauty bagi Seseorang Lelaki
Light makeup mudah je. Cuma foundation tak perlu tebal, bedak tipis, kening kalau jarang touch up bagi dark sikit jangan tebal-tebal, mascara pun sikit je sekadar nak lentik, blusher cukup sekadar nak merahkan sikit pipi tu tak perlu tebal juga, and paling utama dalam light makeup ala-ala Natural tuh ialah nude colour lipstick. haha pasni rasa macam nak buat light makeup challenge lah. Ada ke nak join 😂😂😂

Pendek kata, dont trust your man when he said he loves you the way you are. Cuba tanggal makeup, jemah sikit. hahah Tunggulah dia nak cakap apa. Tapi tak semua lah macam tu, ada juga yang jujur ikhlas, i respect you the most lol Tapi kan betul ke pendapat Mellya tuh? Consider betul jelah yaa nama pun pendapat.. kahkahkah
So korang rasa macam mana? Mind to share your thoughts? ❤
4/14/2017 01:30:00 pm

Cuba Gilap Bakat Menulis Article Kecantikan


Assalammualaikum.


Since i'm living the world with internet (can't stop myself from surfing day and night). Other than reading my blog's reading list, i spend most of my time surfing the net and one of my top pit stop is theCovets. Been reading tips and talks about beauty makes me happy all day long even though ada setengah berpendapat orang yang hidup dalam online ni macam tak ada life. haha

I started to read theCovets after i found an article about beauty, 3 Simple Ways to Enhance your Appearance; http://www.thecovets.com/care/beauty-tips/ by Adlil Zulaikha and a Quick and Simple Steps to Perfect Skin article; http://www.thecovets.com/care/exfoliate-skin-perfectly/. Since then, Mellya suka sangat baca theCovets. Banyak info menarik boleh dapat kat sini. Boleh juga kongsi pendapat menerusi web ni. 



To those yang belum tahu theCovets, it is a web yang memaparkan pelbagai jenis tips, product review dan macam-macam lagi. It can be categorized into few sections; the care. the colors, the lifestyle, the scent and the talks. And sekarang dah ada section Malay, memaparkan pelbagai informasi dalam bahasa Melayu. So kalau korang tak berminat baca articles dalam Bahasa Inggeris, boleh je click section Malays. Memang banyak article lain yang best. 

Then, beberapa bulan lepas tu, Mellya menerima email jemputan untuk menjadi penulis bebas di theCovets. Pada mulanya, rasa macam ragu-ragu, takut tak dapat nak berikan komitmen yang baik. Kali kedua menerima jemputan, rasa tergerak hati untuk mencuba. So lepas ni, bolehlah korang melawat Mellya di theCovets kalau rindu lah haha

Banyak kelebihan jadi freelance writer ni, bukan saja boleh menggilap bakat menulis article, tapi juga meningkatkan lagi kebolehan kita dalam ber"SEO" melalui article blog. Mellya masih lagi belajar cara menulis yang betul, dan masih baru lagi untuk dilabel sebagai writer bertauliah yang pandai bermain SEO. Untunglah seo tools untuk check seo articles dah disediakan oleh pihak theCovets, jadi agak mudah untuk kita menulis article yang readability nya tinggi. 

However, commitment is important. Nak jadi freelance writer di web berlainan, kenalah pandai menyusun masa untuk mengarang. Bukan mudah nak mengarang, nak cari idea. Pada mulanya rasa macam senang, banyak sangat bahan nak menulis tapi bila otak dah tepu, satu ayat pun susah nak keluar haha Mengarang untuk entry macam ni tak boleh pendek-pendek tau, mesti at least 600-700 words each. Banyak kan? Boleh kata macam tulis essay la jugak. 

So its a wrap for today's post. Bukan setakat nak kongsi tugas freelance writer ni tapi nak lah juga jemput korang baca article Mellya kat sana nanti, https://www.thecovets.com/author/melly/ komen-komen sikit apa yang patut. hihihi kalau korang berminat nak jadi salah seorang freelance writer pun boleh. Nanti boleh cuba-cuba email theCovets. Nanti diorang akan contact secara email juga. Good luck to you and to my dear self ! lol ❤


Thursday 13 April 2017

4/13/2017 10:01:00 pm

Debaran Konvokesyen UiTM ke-86



Assalammualaikum.

Debaran Konvokesyen UiTM ke-86

Seperti sedia maklum, Mellya bakal bergraduasi pada 18 April 2017,  Konvokesyen UiTM ke-86 ni. Cey macam buat announcement pulak. Memang nervous lah. haha tambah pula konvokesyen berlangsung di DATC, UiTM Shah Alam. Stage nya besar, kerusi banyak, semestinya yang menonton hari kejadian tu sepenuh dewan itu. Dah macam nak buat concert show dah. Kalaulah dewan UiTM Puncak Alam dah siap, kan best konvokesyen kat situ. 

Mellya telah dijadualkan untuk menghadiri konvokesyen Sidang ke 7. Ya lambat gila kan? Tambah pula tarikh yang dijadualkan tu pada hari Selasa. Jadi yang boleh menghadiri konvokesyen Mellya cumalah Mama, Abah dan adik yang baru je dapat keputusan SPM baru-baru ni. Gap antara tarikh pengambilan jubah dan konvokesyen sangatlah panjang kalau nak dibandingkan dengan konvokesyen Mellya masa Diploma dulu. Alhamdulillah masih first class walaupun bukan ANC lagi dah 😌

So hujung minggu lepas Mellya bertolak ke Shah Alam untuk urusan pengambilan jubah. Bayangkan bertolak jam 5.30 pagi, memanglah mengantuk gila. Makeup pun ala kadar je sebab bersiap dekat RNR je. fuhh untunglah bukan hari konvokesyen, cuma hari ambil jubah je. Kalau tak, sedih jugalah pergi konvokesyen dengan muka sposen. 

Antara document yang wajib bawa semasa hari pengambilan jubah ialah; borang jubah UiTM download di website http://konvokesyen.uitm.edu.my, Kajian Pengesanan Graduan download di website http://graduan.mohe.gov.my, dan juga bukti pembayaran bil yuran konvokesyen yang boleh didownload melalui website Student Portal.

Mellya sampai tepat jam 10 pagi, waktu raptai. Untunglah masih ada size S jubah kali ni, itupun masih besar bagi Mellya. Bayangkan kalau Mellya dapat jubah bersaiz L dan XL.. Tak dapat bayangkan haha selekeh betul pakai baggy sangat. Proses pengambilan pun sangat cepat, first masuk ke dewan utama, pastikan kertas KPT di submit pada petugas. Borang Pinjaman Jubah juga perlu ditandatangan, kalau anda diwakilkan oleh seseorang, tulis nama wakil di borang tersebut. Lepas submit pada petugas di kaunter pendaftaran, pelajar dikehendaki naik ke aras 1 untuk ke bilik jubah. Waktu Mellya pergi tu ada 3 station, Diploma, Degree dan juga Master/PHD

Lepas settle pengambilan jubah, students dimestikan menghadiri raptai. Tapi ramai je yang tak datang, semua pakat blah je. Tapi Mellya sangat lah baik, attend jugak raptai tu haha (actually ada sebab Mellya attend tu, kalau tidak memang nak blah terus je). Boleh tahan lama juga raptai tuh, 10 pagi hingga jam 11 lebih agaknya. Semuanya settle jam 12 tengahari. Kejap je nak ambil jubah ni tapi sesat jugaklah sebab tak pernah ronda UiTM Shah Alam nih.

So, hari pengambilan jubah tu, selain dapat tahu serba sedikit perjalanan konvokesyen, kita dapat jubah for sure, yang disertakan dengan beg konvokesyen berisi sticker dan kad jemputan. Macam biasalah, satu kad jemputan ni untuk dua orang je, tak boleh ramai-ramai. Kalau yang nak bawa family tuh, maaf lah dua orang je boleh masuk, yang lain tunggu berjemaah dekat luar ye. haha

Nervous jugak memikirkan konvokesyen haha tapi bila fikir takpelah mana tahu tak berpeluang sambung Master, tak dapat nak merasai pengalaman tu lagi dah kan? Debaran Konvokesyen  UiTM ke-86 .

Wednesday 12 April 2017

4/12/2017 11:17:00 am

Tutorial Simple and Neat Blockquote



Assalammualaikum.
Photo by Jess Bailey on Unsplash
Banyak entry tertunggak. Tapi harini Mellya luangkan masa untuk buat tutorial blockquote yang ringkas atas permintaan seseorang. haha Disebabkan tak pasti adakah tutorial ni bakal membantu untuk dapatkan blockquote yang diinginkan, jadi Mellya tak nak lah mention nama dia disini. hehehe The person yang request, you know who you are. This time Mellya share tutorial blockquote yang lebih neat and nampak professional sikit. kahkahkah..

First skali cari coding ni
.post blockquote {

Tapi kalau tak de, korang boleh tambah coding  ni dekat bawah
/* Content @ sebelum/atas </head>

1.
.post blockquote {
@import url(http://fonts.googleapis.com/css?family=Muli);
background:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHtW9kIqq3xP_Fcp-d9jDdwh58ZJdrcxVU57UdkjE5anhoHc03357LFbkzpMDDdtTVIEmdq6F-zaa3x-cckH6bmUKX6PzlFyUMxMK6aKf_2_BoUvT5NVYX3Tk95Me36l0dyoii8FGY8sx_/h120/blockquote.png) no-repeat;
border: dashed 2px #ccc;
color: #333;
font-family: muli;
margin: 30px;
padding: 20px 30px 30px 40px;
}  

2.
.post blockquote{
 color:#ffffff;
 background:#95dfed;
text-align: left;
padding: 5px;
border-left: 15px double #ffffff;}

Untuk tambah effect hover,


.post blockquote:hover {
background:url(https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/c7/85/df/c785dfe7bc7895955b64239231628701.jpg);
color:#fff;
color:#666;
padding: 5px;
}

Tukarkan yang berBOLD tu kepada warna/url background yang korang nak.

4.

.post blockquote {
    text-align:left;
    font: 16px/24px Arial, sans-serif;
    color: #555;
    padding: 0.5em 10px;
    margin: 1.5em 10px;
    }
    .post blockquote:before {
    content: open-quote;
    font-size: 24pt;
    text-align: center;
    line-height: 42px;
    color: #fff;
    background: #ddd;
    float: left;
    position: relative;
    border-radius: 25px;
    margin-right: 0.5em;
    vertical-align: -0.4em;
    display: block;
     height: 25px;
     width: 25px;
    }
    .post blockquote:after {
    content: close-quote;
    font-size: 24pt;
    text-align: center;
    line-height: 42px;
    color: #fff;
    background: #ddd;
    float: right;
    position: relative;
    border-radius: 25px;
    margin-right: 1em;
    vertical-align: -0.5em;
    display: block;
    height: 25px;
    width: 25px;
    }
    .post blockquote:hover:after, blockquote:hover:before {
    background-color: #555;
    transition: all 350ms;
    -o-transition: all 350ms;
    -moz-transition: all 350ms;
    -webkit-transition: all 350ms;
    }

Simple je kan?

Blockquote ni ialah tempat or field dalam blog post. Nak contoh ni ha dekat atas ni ada code blockquote kan? Yang kotak pink keliling code tu lah dinamakan blockquote. Cara guna waktu edit blog korang boleh select ayat yang nak diletakkan dalam box blockquote tu dan click (Quote) macam dalam gambar ni.

Tutorial : Simple and Neat Blockquote


Monday 10 April 2017

4/10/2017 09:25:00 am

Movie Review : Beauty and the Beast (2017)


Assalammualaikum.

Beauty and the Beast (2017)


Director: Bill Condon
Writers: 
Stephen Chbosky (screenplay), 
Evan Spiliotopoulos (screenplay)
Stars: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans

Mellya berpeluang menonton Beauty & the Beast last week. Sebelum ditayangkan banyak desas-desus mengatakan filem ni tak dapat ditayangkan disebabkan unsur "gay" dalam filem ni. Tapi bagi Mellya unsur "gay" dalam filem ni tak adalah keterlaluan, banyak lagi filem-filem lain yang menunjukkan adegan-adegan yang lebih keterlaluan tapi masih ditayangkan. Tak faham betul. Anyway, hope korang yang belum menonton enjoy this review lol.

SYNOPSIS

Di permulaan kisah, ada seorang putera raja yang tinggal di sebuah istana. Satu hari, ketika menyambut perayaan di istana, seorang nenek tua (actually seorang enchantress), datang memberi sekuntum bunga sebagai pertukaran untuk dapatkan perlindungan sementara. Putera itu mentertawakan nenek tua itu, dan nenek itu pun bertukar menjadi seorang witch yang cantik. Putera memohon maaf tapi tak berjaya, lalu di sumpah menjadi Beast.....

Belle seorang gadis yang periang and rajin membaca. Dia dikatakan seorang yang pelik dan lucu dalam kalangan penduduk di perkampungan nya, Villeneuve. Digelar sebagai "Odd Belle". Belle selalu diketawakan. Dia tinggal dengan bapanya, Maurice seorang pembuat music box, selepas kematian ibunya di Paris disebabkan wabak penyakit.  Belle telah menjadi kegilaan Gaston, seorang jejaka kacak tetapi narcissist yang merupakan seorang bekas captain perang, dibantu oleh LeFou, assistant nya.

One day, Maurice ingin ke bandar untuk menjual music box nya. Belle memohon untuk dibelikan sekuntum bunga mawar, seperti selalu. Dalam perjalanan di hutan, Maurice diserang sekumpulan serigala. Dia akhirnya berlindung di sebuah castle lama milik Beast. Pelik dengan suasana dalam castle (cawan bergerak, makanan terhidang), Maurice cuba melarikan diri sebelum memetik sekuntum mawar untuk anaknya. Tapi ketika itu dia diserang Beast kerana mencuri bunga tersebut lalu berjaya ditangkap Beast. Philip, kuda milik Maurice melarikan diri pulang kepada Belle. Belle yang menyedari sesuatu telah berlaku pada bapanya segera menunggang Philip untuk menyelamatkan Maurice.

Ketika ingin menyelamatkan Maurice, Belle bertemu dengan Beast. Dia meminta Beast mengizinkannya bertemu ayahnya lalu menolak keluar bapanya daripada penjara. Ayah nya bebas dan berjanji akan kembali untuk selamatkannya. Belle bertemu dengan Lumiere dan Cogsworth, mereka ialah manusia sebelum bertukar menjadi lilin dan jam. Mereka membawa Belle ke sebuah bilik dan mengatakan Belle ialah tetamu istimewa. Selepas makan malam, Belle pergi ke bilik Beast dan melihat sekuntum mawar merah yang semakin layu. Beast yang terkejut dengan kehadiran Belle segera memarahi Belle. Belle ketakutan, lalu melarikan diri dan mendapatkan Philip sebelum menunggangnya ke hutan. Tapi ketika perjalanan, dia diserang serigala, Beast datang dan menyelamatkan Belle. Beast yang tercedera segera dibantu Belle. Belle membawanya pulang ke castle Beast, lalu merawatnya. Sejak itu mereka berbaik.

Maurice cuba meminta prtolongan penduduk, tapi cuma Gaston sahaja yang ingin membantu. Dalam perjalanan, tempat untuk ke Castle itu telah ditutup, Gaston yang marah mengikat Maurice dipokok agar dimakan serigala. Maurice diselamatkan seorang perempuan pengemis bernama Agathe. 

Maurice kembali ke tavern dan mengadu kepada semua penduduk yang Gaston cuba untuk membunuhnya. Tapi tak dipercayai oleh penduduk disitu, Gaston cuba menghantar Maurice ke pusat sakit jiwa, Belle yang kebetulan melihat ayahnya yang dalam kesusahan melalui cermin yang diberi Beast segera kembali untuk menyelamatkan ayahnya. Beast sedih, kerana menyangka Belle tak mungkin akan kembali ke situ lagi. 

Ketika Belle cuba selamatkan ayahnya, Gaston merampas cermin tersebut dan mengurung Belle dengan ayahnya. Disertai oleh penduduk kawasan tersebut, mereka pergi ke Castle Beast untuk membunuh Beast yang dikatakan bakal membawa kecelakaan kepada penduduk kampung itu.

In the end, Belle berjaya kembali kepada Beast dan selamatkan Beast daripada mati selepas terkena tembakan Gaston. Agathe sebenarnya ialah enchantress yang telah menyumpah Beast, lalu menyelamatkan nya selepas melihat Belle menangis disisi Beast. That's mean true love yang dicari !

Ending, semua orang happy. hahaha 

Best cerita ni, actually Mellya ada banyak bahagian yang di"skip". Tak full synopsis sebabnya nak korang tengok sendiri. Memang bestlah jugak, boleh la. not disappointing.


Reminder: Filem Disney macam ni usually musical, banyak nyanyi-nyanyi haha but still its good. Tak delah membosankan, quite entertaining, sangat sesuai untuk bawa family tengok Beauty & the Beast.