What's Hot

Thursday 22 June 2017

6/22/2017 10:30:00 am

Sendayu Tinggi Facial Scrub With Collagen Review



Assalammualaikum. 

Sendayu Tinggi Facial Scrub With Collagen Review

Hi readers. Lama tak update review kan? So kali ini Mellya nak kongsi review terbaru daripada Sendayu Tinggi. Salah satu jenama tempatan yang mengeluarkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan yang juga menghasilkan skrub muka iaitu Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen yang tersangatlah best bagi Mellya. Previous post, Mellya ada tanya scrub favourite korang. Ramai yang cakap suka guna scrub daripada St Ives dan juga Freeman. Dua produk ni memang boleh didapati di Watsons atau Guardian kan. Sebelum ini Mellya pun menggunakan St Ives, tapi scrub nya terlalu banyak dan kasar untuk kulit Mellya. Jadi, dah lama tak berskrub. Lepas dah jumpa yang ini, baru rasa nak berskrub semula. 


PRODUCT REVIEW BY MELLYA

Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen

Sendayu Tinggi Facial Scrub With Collagen Review

Ini botol kedua yang Mellya guna. First bottle Mellya beli Januari yang lepas. And tahan sehingga ke harini tau, masih ada sikit lagi untuk Mellya guna botol kedua hehe Sangat tahan lama, Mellya guna setiap minggu tau, dua kali tapi masih mampu bertahan sehingga 6 bulan lamanya.

Pros 

Antara kelebihan yang dijanjikan skrub wajah ini dikatakan mampu memberi kesan halus dan lembut pada penggunaan pertama. Selain memudahkan kulit menyerap produk wajah dengan lebih berkesan ia juga berupaya memudarkan parut dan menghilangkan jeragat. Blackhead dan whitehead juga menjadi lebih mudah untuk dipicit menggunakan tweezer. Sel mati tiada, kulit menjadi lebih cerah dan sekata.

  • Skrub wajah dengan kesan serta merta halus dan lembut setelah penggunaan pertama
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat 
  • Melembutkan bintik hitam dan putih agar mudah dipicit
  • Mencerahkan wajah dan menyekatakan warna kulit
  • Formula hydrolized collagen menjadikan kulit anjal

Cara penggunaan: 

Basahkan tapak tangan dan wajah dengan air dan ambil Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen dengan tangan. Gosok atau lakukan urutan lembut seluruh wajah dalam 2 minit sebelum bilas bersih. Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, gunakan Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen 2 kali seminggu. Bagi yang mempunyai kulit normal, gunakan 3 kali seminggu. 

Muka Mellya jenis berminyak so Mellya pakai 3 kali seminggu lepas/sebelum cuci muka. Tapi actually tak dela 3 kali, boleh cakap hari-hari nak pakai haha sebab seronok sangat, and tak mengeringkan kulit pun.

What I felt: 

Sendayu Tinggi Facial Scrub With Collagen Review

Skrub paling lembut pada kulit! Biji skrub jenama lain sebelum ini yang Mellya gunakan sangat besar dan kasar membuatkan kulit senang terluka jika terlebih menggosok. Tapi kalau yang ni sangat lembut, berbeza dengan yang lain. Kulit juga semakin lembut dan licin selepas penggunaan. Kulit saya yang kusam dan berparut sudah menjadi lebih cerah daripada sebelum ini. Selain itu, skrub ini juga telah mengecilkan pori-pori yang terbuka. Sebotol Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan penggunaan. 

Cons 

Mengandungi fragrance atau pewangi yang merupakan salah satu bahan yang tidak begitu sesuai untuk kesihatan kulit. Tapi bagi Mellya okay je, wangi la best.

Berhasil? 

Definitely! Sangat berkesan dan berbaloi dengan harga yang dibelanjakan. Masa scrub tu rasa best sebab scrub halus and tak kasar like most other scrub. Bau dia pun sangat wangi. Lepas pakai lagilaaaa best. licin rasa. Muka rasa dah kurang kusamnya. Mellya memang nak continue lagi pakai. hehe

So checklist :

  • Skrub wajah dengan kesan serta merta halus dan lembut = YES!
  • Menanggalkan sel kulit mati = Think so , sebab muka dah tak berapa kusam 
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat  = Boleh la, faded than before
  • Melembutkan bintik hitam dan putih agar mudah dipicit = YES! 
  • Mencerahkan wajah dan menyekatakan warna kulit = Like i said dah tak berapa kusam 
  • Formula hydrolized collagen menjadikan kulit anjal = Yup muka rasa tegang 

Cara untuk dapatkan Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen? 

Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen boleh didapati di Watson dan di mana-mana outlet Sendayu Tinggi yang berdekatan dengan kawasan anda pada harga serendah RM 30.75. Bagi pengguna Sendayu Tinggi atau ahli seperti saya boleh dapatkannya pada harga cuma RM 27.65! Murah bukan? Selain di Watson dan outlet, Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen juga boleh didapati melalui website Sendayu Tinggi untuk pembelian secara online.

Recommended?

Overall good, So, I give it 🌟🌟🌟🌟 out of 🌟🌟🌟🌟🌟 
Totally recommended. So for those yang masih confused nak pakai scrub apa, korang mesti cuba scrub ni .

Harap review ini membantu korang untuk decide nak cuba ke tak skrub ni. 
Thanks for reading. ❤ 

*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.

Monday 19 June 2017

6/19/2017 10:30:00 am

Kenapa Perlu Scrub dalam Rutin Penjagaan Wajah?


Assalammualaikum.

credit: http://data.whicdn.com/images/277121290/large.jpg

Skrub ialah sesuatu perkara yang penting dalam menjaga kecantikan dan kebersihan kulit. Rata-rata wanita masih tidak menyedari kelebihan menggunakan skrub tetapi ada juga yang sudah lama mengamalkannya. Ramai yang bertanya macam mana nak unclogged pores. Tahu tak sebenarnya tugas scrub salah satunya ialah menyelamatkan pori yang tersumbat. Kenapa perlu scrub? Tak cukup ke sekadar mencuci dengan pembersih muka yang ada? Actually banyak kepentingan scrub ni pada kulit terutama muka yang mudah breakout atau berjerawat.


Langkah ke tiga penting dalam rutin penjagaan wajah

Kelebihan berskrub

Skrub menyingkir sel kulit mati yang menyebabkan produk wajah yang disapu tidak dapat meresap ke dalam kulit dengan sempurna dan juga menyebabkan kulit kelihatan kusam dan gelap. Ia juga boleh membantu mengelakkan liang pori daripada tersumbat yang akan menyebabkan jerawat.

Scrub wajah memang penting untuk exfoliate muka kita daripada sel-sel mati. Sel-sel mati ni yang menyebabkan muka kita gelap, make up tak sekata, dan kelihatan kusam. Seterusnya menyebabkan liang pori tersumbat dan mengakibatkan jerawat. Then, lepas scrub sangat sesuai untuk kita pakai serum atau anything for skin sebab ia akan meresap dengan lebih effective.

Kelebihan berskrub :


  • Singkir kulit mati
  • Memudarkan parut
  • Melicinkan kulit
  • Mengelakkan pori-pori tersumbat
  • Memudahkan penyerapan produk wajah 

Cara memilih Skrub yang sesuai untuk kulit

  • Pilihlah skrub yang tidak terlalu kasar pada kulit
  • Elakkan skrub yang mempunyai bahan seperti paraben
  • Pilih yang bersesuaian dengan masalah kulit yang dihadapi
  • Pastikan memilih skrub yang sesuai untuk wajah/ badan sahaja

Berapa kali kekerapan untuk menggunakan scrub?

Scrub sangat bagus untuk diamalkan satu hingga 2 kali sahaja seminggu. Jika berlebihan ia akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan rosak. Jadi elakkan menggunakan scrub secara berlebihan. 

Scrub lah sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mengurangkan masalah pori tersumbat. Kitakan dalam seminggu tu berapa kali pakai makeup, makeup yang tak ditanggal bersih itu lah yang menyumbatkan pori-pori. Jadi ada baiknya menggunakan scrub. 

By the way, apa jenama scrub pilihan korang? ❤

Sunday 18 June 2017

6/18/2017 11:17:00 am

Perkhidmatan Review di Mellya Crayola



Assalammualaikum.

Perkhidmatan Review di Mellya Crayola

Salam Ahad. Harini cuti esok keja. Dalam kesempatan ini, nak lah up satu news pasal blog Mellya. Memandangkan ada yang bertanya perkhidmatan review di blog Mellya...Untuk pengetahuan semua, peniaga-peniaga diluar sana untuk majukan business korang Mellya menyediakan perkhidmatan review yang mudah. Korang boleh pilih gift review atau paid reviewGift review korang just bagi product korang untuk Mellya guna masa review nanti. Kalau paid review, korang just bayar and Mellya akan review berdasarkan pemerhatian Mellya and Don't worry entry akan melekat sehingga tamat riwayat blog ni. Usually Mellya akan buat dua post; satu personal review satu lagi information entry. Jadi ada baiknya korang bagi product tersebut untuk direview secara personal.

Bukan itu saja, anda mendapat publisiti secara percuma sekiranya menggunakan perkhidmatan review saya yang akan turut di postkan di laman social media seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Gift Review
Review percuma jika anda menghantar product untuk dicuba. Untuk hasil review yang lebih menarik, secara berbayar mengikut bajet korang dan akan diblast di Facebook, Instagram dan media sosial Mellya yang lain. 

Why Me?
Sebab review Mellya ikhlas dan jujur dari hati haha Dan review itu akan kekal sehinggalah tamat riwayat blog ini. Bonus, Mellya akan update entry tersebut mengikut peredaran masa. Percayalah kuasa blogging ni mampu majukan business korang. Sebab pengguna selalu akan google info mengenai product korang dulu untuk lihat feedback and review pengguna lain sebelum membeli. About Me.


I am flexible! I will review based on your budget so... do contact me for more info ya.
I accept sponsorship and collaboration with terms and conditions. Interested? Whatsapp 0189830500 or contact me directly via email fhatinameliamusa@gmail.com.

Monday 12 June 2017

6/12/2017 03:55:00 pm

Meriahnya Buffet Ramadhan Sunway Hotel Seberang Jaya !



Assalammualaikum.

Meriahnya Buffet Ramadhan Sunway Hotel Seberang Jaya !

Salam Ramadhan. Macam mana puasa tahun ni? hehe Dalam tak sedar dah 2 minggu jugakla kita dah berpuasa kan. Dan dah masuk seminggu Mellya start kerja dekat Sunway. Jadi salah satu tugas Mellya dalam food & beverages ni semestinya Buffet Ramadhan di Sunway. Betapa meriahnya buffet Ramadhan dekat sini, memang korang kena tengok sendiri. Makanan? Tip top habis. 

Buffet Ramadhan 2017 bertemakan Sajian Dapur Nelayan dekat Sunway Hotel Seberang Jaya ni ada dua venue; satu dekat Sun cafe dalam Sunway Hotel; and satu lagi dekat Sunway Carnival Convention Centre. Bezanya kedua lokasi buffet ni dari segi harga dan hidangan yang disediakan.

Antara hidangan yang ada..


   


 

Hidangan yang paling famous and merecik kat sini ... Kambing golek memang best ! And setiap hari, akan ada lucky draw tau, pemenang berpeluang memenangi voucher dan peralatan elektrik.



Buffet Ramadhan Sunway Hotel Seberang Jaya akan berlangsung bermula 29 May hingga 23 June 2017. Untuk tempahan secara couple atau berkumpulan, boleh contact Mellya di Whatsapp 0189830500 tau. ❤



Wednesday 7 June 2017

6/07/2017 09:05:00 pm

Blog Monthly Maintenance - June 2017



Assalammualaikum.


Sepi.. sepi blog ni haa haha Susah rupanya bila dah bekerja ni ye, nak cari masa untuk update blog, karang articles lagi... Online business lagi.. Dah 5 hari start bekerja dekat Sunway Hotel. Ya job yang dulu dah berhenti pun, bila dapat peluang macam ni, tak kan nak menolak. Sekurang-kurangnya akhirnya ada pengalaman bekerja dekat Hotel. Sebenarnya, tak sangka pun nak dapat, disebabkan course yang diambil tourism, sekadar ada basic tentang hotel. Tanya soalan mendalam, memang hanyut. haha

Jawatan apa yang Mellya dapat? Alhamdulillah better than before. But dugaan, mungkin akan lebih mencabar daripada yang sebelum ni. Macam tak percaya je akhirnya impian nak duduk dalam office, pakai heels, baju office tercapai. Muahaha (padahal tak berapa cekap lagi pun... gimik je lebih). 

The environment.... Okay not bad.. Orang-orang dia pun okay.. Hoteliers usually friendly and havoc. Macam gila-gila sikit, haha Mellya budak Tourism nak ke Hotel, agak awkward sikit. Susah jugak, rasa awkward tapi boleh la... slowly adapt dengan environment kat situ kan. 

So uols yang datang ke Penang, moh la menetap di Sunway Hotel pulak lepas ni. Mana tau de rezeki kita jumpa haha Back to the main purpose, Blog Monthly Maintenance - June 2017. Last month, May Mellya ada share tentang blogging maintenance. Tak sangka most of it dah tercapai. So maintenance bulan ni harap-harap tercapailah jugak. haha

My Juney goals for blog maintenance:

  • More entry update!
  • Update gambar and information terbaru articles lama
  • Focus keywords
  • Check broken links

Quite tough bab more entry update tu. Haha susah cari masa untuk mengarang sebenarnya. Bila dah mengarang, gambar pulak tak ambil lagi. End up everything is in draft. Next month target pageview pulak. One at a time. heheh susah nak mengejar semua target.

So Good Luck to my dear self ❤ 

Note: Nak join GA sapa lah ye.. hehe

Thursday 1 June 2017

6/01/2017 10:30:00 am

Exam Kelayakan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) MPSP 2017


Assalammualaikum.


Hi readers. Lama jugak tak bersiaran dekat sini. Bukan kat sini je dekat lain-lain media pun memang jarang nampak Mellya. haha Maafkan Mellya tak dapat nak ambil tempahan edit blog buat masa sekarang, masih lagi cuba sesuaikan diri mengatur jadual yang makin padat. Tambah pula Mellya bakal bertukar kerjaya. Muahaha InsyaAllah kalau sempat nanti Mellya kongsikan. So, few weeks ago, Mellya menghadiri Peperiksaan Kelayakan Perkhidmatan Pembantu Tadbir Kontrak dekat Dewan Kompleks Sukan MPSP. Ya, macam yang entry sebelum ini tapi untuk jawatan berbeza, iaitu Pembantu Penilaian

Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
warganegara Malaysia;
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, mempunyai kelayakan di perenggan i(c) di atas; atau lulus Peperiksaan Khas; dan had umur pelantikan:
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas:
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Pengalaman Mellya menghadiri exam kali ini, masih sama seperti yang dulu. 80 soalan kalau tak salah dalam masa 1 jam. Soalan-soalan nya pula banyak juga yang ulang peperiksaan Pembantu Penilaian sebelum ini. haha menyesal jugaklah sebab kurang study soalan exam lepas.

Antara soalan yang ditanya: 

1. Berapa huruf yang digunakan dalam Parlimen daripada perkataan Mineral

2. Isi tempat kosong:
M_JOS
a) B
b) G
c) K
d) S

3. JKR_I
a) J
b) A
c) N 
d) O

4. Bila pengasingan sisa di punca dimulakan di Penang?

5. Berapa bilangan Ahli Majlis dilantik oleh PBT?

6. di Pulau Pinang MPSP dan MBPP

7. Sumber pendapatan mereka.

8. Siapa Bapa Perpaduan?

9. Berapa perkataan boleh dibuat berdasarkan perkataan Akta?

10. "Adopt a greener lifestyle"

Lain-lain soalan yang ditanya dalam ujian ni, sememangnya cara untuk guna words, excel dan lain-lain juga. Shortcut untuk buka new blank page, delete, printscreen, delete, restore, spacing... Yang ni semua wajib tahu bagi yang ingin apply jawatan pembantu tadbir sebab nak kena guna words and excel kan. Kalau benda macam ni pun tak tahu, susahlah. hehe soalan kira-kira? adalah sikit tapi tak susah and boleh kira sendiri. so Good luck ❤