Tuesday, 13 June 2017

Cleansing Oil atau Micellar Water ?


Assalammualaikum.

Cleansing Oil atau Micellar Water ?

Bagi yang mempunyai masalah kulit tapi masih nak bermakeup macam Mellya, kita memang memerlukan double cleansing untuk memastikan kulit kembali bersih daripada makeup sepenuhnya. Kenapa perlu nya double cleansing? Makeup yang tak dibersihkan secara menyeluruh boleh menyebabkan pori-pori tersumbat yang akhirnya mencetuskan jerawat. Dulu kita diperkenalkan dengan makeup remover yang tidak begitu friendly pada kulit. Ada juga yang menggunakan baby oil untuk membersihkan makeup. Tapi dengan trend skarang, micellar water dan cleansing oil dah menjadi sasaran.

Cleansing Oil atau Micellar Water ?

Kulit Berminyak : Cleansing Water

Mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak memerlukan product yang berasaskan air. Product berasaskan minyak seperti cleansing oil akan menyebabkan pori-pori bertambah tersumbat, akhirnya menyebabkan jerawat. 

Cleansing Oil atau Micellar Water ?

My perfect choice: Garnier Micellar Cleansing Water

Mellya start guna Garnier Micellar Cleansing Water since last year and this is my fourth bottle. Tanggal makeup jadi lebih mudah lepas gunakan Micellar Water. Tak ada kesan melekit, lepas bersihkan makeup, tak nak cuci muka nak relax-relax dulu pun boleh. Sebab makeup memang keluar dengan menyeluruh. 

Kelebihan Menggunakan Cleansing Water

  • Lebih cepat menanggalkan mekap
  • Melembapkan kulit
  • Tidak perlu dibersihkan dengan air
  • Tidak melekit
  • Muka rasa lebih bersih
  • Sesuai untuk kulit berminyak
  • Mudah didapati di mana-mana farmasi
  • Texture ringan
Kekurangan Menggunakan Cleansing Water

  • Perlu menggunakannya berulang kali untuk membersih mekap yang “waterproof”
  • Cepat habis disebabkan kebanyakan produk adalah bersifat “waterproof”
  • Perlu menggunakan cotton pad untuk membersihkan mekap
  • Tidak sesuai untuk kulit kering

Kulit Kering : Cleansing Oil

Kulit kering memerlukan produk berasaskan minyak kerana ia  mengandungi mineral yang diperlukan oleh kulit. Antara kandungan yang selalunya ada di dalam cleansing oil ialah Vitamin E, Minyak Jojoba, rosehip dan lain-lain.

Cleansing Oil atau Micellar Water ?

My perfect choice: Biore Cleansing Oil

Disebabkan harga cleansing oil lebih mahal, Mellya cuba Biore Cleansing Oil. Sorry to say, muka Mellya tak sesuai dengan cleansing oil. Yes, makeup memang senang keluar, but the the oily texture membuatkan muka Mellya rasa tak selesa. And after gunakan cleansing oil, kena basuh muka immediately. 

Kelebihan Menggunakan Cleansing Oil

  • Menanggalkan mekap lebih cepat dan mudah termasuk mekap yang berunsurkan “waterproof”
  • boleh menggunakan tangan tanpa menggunakan cotton pad
  • sesuai untuk kulit kering
  • mudah didapati di mana-mana farmasi
  • texture thick 
Kekurangan Menggunakan Cleansing Oil

  • mengandungi mineral oil yang boleh menyumbatkan pori
  • Gosokan terlalu kasar boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan
  • Kebanyakan mengandungi perfume dan menyebabkan allergic
  • Ada juga dalam bentuk foam atau gel
  • Tidak sesuai untuk kulit berminyak
  • Perlu dibersihkan dengan air


So yang mana satu pilihan korang? Kalau Mellya for sure lah Micellar Water. Review? 
Next post ek heheh ❤❤

*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.
Previous Post
Next Post

About Author

12 comments:

  1. Kalau macam CCL oily skin .. so kena choice miceller water ..insyaAllah CCL akan try .. tq sharing tips

    ReplyDelete
  2. I've been using garnier micellar water both the blue and pink. I really really like it!

    ReplyDelete
  3. haaa elsa pun kulit berminyak jugak. kena pakai nie dah lah lepasnie. pencuci muka pun kena tukar jugak kot hehe

    ReplyDelete
  4. Sis guna SASA make up remover Cherry Blossom tapi jenis wet tissue.. La ni nampak micellar cleansing water macam menarik teringin nak cuba.. Hurrrmm okay juga, bagus Mellya buat review kelebihan dan kekurangan produk begini at least pembaca boleh consider mana lebih sesuai untuk mereka..

    God job Mellya.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sis! saya tak sesuai guna wet tissue tak pasti kenapa kalau pakai wet tissue muka tumbuh biji halus :(

      Delete
  5. mmg rasa bersih guna Garnier Micellar water ni...

    ReplyDelete
  6. wow bagusnya
    thanks sudi follow anum ya

    ReplyDelete
  7. CR guna brand silky girl yg jenis hydra clean tu. Nk try guna yg ni plak.

    ReplyDelete
  8. Dah dekat dua tahun kite pakai maybelline micellar cleansing water daripada packaging yang lama lagi. So tak tukar dah sebab serasi.

    ReplyDelete
  9. Thank you for sharing. My skin is normal-dry skin. But usually it will become dry if not moisturize enough. But I use micellar water! Omg need to change to cleansing oil lah maknanya kan

    ReplyDelete