What's Hot

Saturday, 29 July 2017

7/29/2017 09:45:00 am

My First Althea's Haul


Assalammualaikum.


Its been a while kan. So few days back i had received my parcel from Althea! Yeay! It was my first actually, ni pun sebab lepas tengok box Althea yang super cute and my most wanted item is on sale. hehe Ku relakan RM 99, penuhkan satu cart untuk dapatkan free shipping. Shopping kat Althea ni somehow very addicting, sekali beli rasa nak lagi dan lagi.

Order on Saturday and i got my things on Saturday too through Skynet. Yela, kira cepatla tu, it was shipped straight from Korea tau. haha Excited gila bila dengar abah panggil Skynet datang hihi

What i actually bought from Althea;

Coloring Paints Pack

My most wanted and the reason for my Althea's haul. Dah lama nak ni lepas tengok video dekat Youtube. One box contains few paint packs with different colour and different specialty. Yang bestnya boleh conteng-conteng muka dengan benda ni. hihi how exciting! 

Innisfree Jeju Volcanic Blackhead Out Balm

I thought this one will be in a small size, tapi besar rupanya. Bolehlah nampak macam tahan 5 bulan jugak hahah (are you sure?)


Dinoplatz Dear Brachiosaurus Korean Mulberry Bloating Paper

Sekadar memenuhi cart. haha Entah apala aku membazir. hope it works well.

Another sekadar memenuhi cart is, It's my Brush -Eye shadow brush haha Nampak tak betapa naknya Coloring Paints Pack tu and free shipping? hihi 

So that's all. Memang cute box Althea's 2nd Birthday ni. Boleh simpan barang makeup kan? Or simpan anything special. hihi And all written in Korea, nak tau cara guna. Terpaksalah guna Mr Google Btw cant wait to try my brand new Coloring Paints Pack Mask! Nanti Mell share review. Rest assured definitely will review hihi ❤

Sunday, 23 July 2017

7/23/2017 09:12:00 am

Movie Review : Wish Upon (2017)



Release date: July 14, 2017 (USA)
Director: John R. Leonetti
Music composed by: Tomandandy
Distributed by: Broad Green Pictures, Orion Pictures
Cast by: Joey King, Ki Hong Li, Gary Philippe

Lama gila tak tengok wayang huhu kalini tengok Mellya pilih Wish Upon sebab kempunan tengok movie hantu. Actually tak ada hantu pun dalam movie ni, cuma ada wishing pot, yang kita boleh buat 7 wishes but semuanya ada bad consequences.

SYNOPSIS

Mengisahkan tentang seorang gadis remaja Clare Shannon (Joey King) yang sering dibuli di sekolah disebabkna oleh ayah nya yang bekerja sebagai seorang pengumpul barang terpakai di tong sampah. Berkawan dengan dua orang rakan yang sangat memahaminya iaitu Meredith dan juga June. Permulaan cerita, ketika kecil Clare telah melihat sendiri ibunya membunuh diri di loteng tanpa sebab yang pasti.

Satu hari, ayahnya membawa pulang sebuah peti muzik yang diukir dengan tulisan cina. Menyatakan ia akan menunaikan 7 hajat pemilik wishing pot itu. Clare pun membuat hajat yang pertama iaitu untuk membalas dendam terhadap pembulinya disekolah iaitu Darcie Chapman dan ianya berhasil. Tidak berapa lama kemudian, anjing kesayangan Clare, iaitu Max telah mati dimakan tikus. Sedih dengan apa yang berlaku pada Max dan disekolah, dia membuat hajat kedua. Hajat keduanya ialah untuk membuatkan crushnya, Paul Middlebrook agar tergila-gilakan nya dan sekali lagi ia berhasil. Tapi ada bayarannya, Uncle August nya yang sangat kaya raya mati terjatuh di dalam bathtub. Sekali lagi membuat hajat supaya segala harta peninggalan diserahkan kepadanya. Clare dan ayahnya akhirnya berpindah ke rumah Uncle August dan bahagia sementara.

Tanpa disedari, ketika pergi bershopping, Mrs Deluca merangkap jiran, dan juga ibu angkat nya telah mati. Dalam kegembiraan, Clare masih curiga dengan wishing pot tu, sebab masih ada banyak wording yang tidak dapat dirungkainya. Jadi dia meminta tolong temannya iaitu Ryan Hui untuk meminta tolong sepupunya untuk mentafsirkannya.  Kemudian mereka pun pulang sementara Gina mencari makna perkataan yang tertera di pot itu. Clare membuat hajatnya yang keempat agar ayah nya tidak lagi mengorek sampah dan ketika itu lah nyawa Gina diragut.

Sebelum maut, Gina sempat memesan kepada Ryan yang setiap hajat yang dibuat perlu dibayar dengan nyawa. Ryan cuba sampai kan kepada Clare dan bertanya jika dia ada membuat hajat sebelum ini, tapi Clare tidak mengaku dan cuba menjauhkan diri. Dia yang ketakutan menceritakan nya kepada June dan Meredith dan mereka pun menasihatinya so that buangkan je wishing pot tu. Tapi Clare tak nak disebabkan oleh segala hajat nya akan terbatal kalau dia buang wishing pot tu. Sekali lagi, hajat  kelima untuk menjadi paling popular di sekolah. Secara official, Paul dan dia berdating namun tidak kekal lama, sebab Paul dah boleh dikatakan terlalu obses sehingga datang menyelinap ke rumah Clare. Clare yang ketakutan memutuskan hubungan mereka. 

June hampir maut tetapi dihalang Meredith ketika patung yang dibakar hampir jatuh ke atasnya. Kemudian mereka ke mall kalau tak salah sebelum Meredith maut cable lift terputus dan menghempapnya. Pada masa yang sama ayahnya juga hampir maut di hempap tayar.

Ryan juga berpesan yang jika hajat ketujuh dibuat, nyawa pemilik tersebut akan diambil oleh penjaga wishing pot itu sebagai bayaran. Clare pun membuat keputusan untuk menyorok pot itu ditempat yang selamat. Tetapi akhirnya hilang. Bengang dengan kejadian itu, June telah mengambilnya dan menyembunyikan wishing pot tu, untuk mengelakkan perkara buruk berlaku lagi. Clare yang kembali hidup susah dan dibuli, sangat kecewa dengan dirinya sehinggalah dia ternampak wishing pot itu didalam locker Jane. Dia merebut wishing pot itu dan menolak Jane jatuh dari tangga. Ryan menegurnya dan Clare mengugut untuk menggunakan hajat tersebut terhadapnya.

Clare bergegas pulang dan membuat hajat agar ibunya tidak membunuh diri. Tiba-tiba ibunya datang memanggilnya bersama dua orang kanak-kanak yang mungkin adik perempuan nya. Mereka menyambut birthday nya, dan sehinggalah Clare ke loteng tempat lukisan ibunya, dia terlihat satu lukisan yang menggambarkan wishing pot itu, jadi dia akhirnya tahu punca kematian ibunya ialah disebabkan oleh wishing pot itu. Tiba-tiba dia tersedar ayahnya akan menerima balasan nya, dia bergegas untuk selamatkan ayah nya namun terlambat. Menyesal dengan apa yang berlaku, dia menggunakan hajat terakhirnya untuk batalkan segala yang dihajati sebelum ini dan semuanya kembali ke hari yang dia menerima wishing pot itu. Clare memasukkan pot itu ke dalam beg dan menyuruh Ryan menanamnya tanpa membukanya sebelum maut dilanggar kereta di depan teman-temannya.


Best ke tidak? Boleh la. Tak ada hantu but cara mati tu agak gerun jugakla kalau bagi orang yang tak tahan sakit haha ❤

Sunday, 9 July 2017

7/09/2017 01:52:00 pm

Tips Merahkan Bibir Yang Gelap dan Kusam Secara Natural



Assalammualaikum.


Masalah bibir yang gelap dan kusam selalu menghantui mereka yang sering memakai gincu tanpa pembersihan yang sempurna. Banyak juga faktor lain yang menyebabkan bibir gelap. 

Antara faktor penyebab bibir gelap dan kusam :

  • Kesan pancaran matahari berlebihan
  • Reaksi terhadap alahan tertentu
  • Penggunaan kosmetik yang kurang berkualiti
  • Kesan merokok
  • Tidak mencuci bibir selepas penggunaan kosmetik dengan betul
  • Ketidakseimbangan hormon

Bibir yang gelap dan kusam membuatkan kita rasa tidak selesa bila tidak memakai sebarang pemerah bibir. Jadi apa kata kita cuba beberapa tips ini untuk menangani masalah bibir gelap dan kusam.

Tips Merahkan Bibir Yang Gelap dan Kusam Secara Natural 


1. Sapu campuran madu, lemon dan gliserin/gula kasar pada bibir. Ia bertujuan untuk menyingkir kotoran yang terlekat pada bibir selepas memakai gincu secara sempurna.

2. Gosok bibir dengan berus gigi untuk mengalakkan pembinaan collagen dan buang sel mati. Gunakan berus gigi kanak-kanak untuk memudahkan proses memberus bibir.

3. Gula sebagai scrub. Gaulkan bersama Vaseline untuk kesan yang lebih efektif. 

4. Lip gloss buah-buahan segar. Kisar,tambah sedikit madu dan oleskan ke bibir. 

5. Juskan beet root dan oleskan pada bibir sebelum tidur.

6. Banyakkan minum air kosong untuk penghidratan dan peredaran darah

7. Minyak zaitun pada bibir sebagai pengganti lipstick untuk sementara waktu.

8. Langkah paling mudah, dapatkan lip balm untuk dioles pada bibir. 

Tips Merahkan Bibir Yang Gelap dan Kusam Secara Natural
credit : lifehackable.com

Senangkan ? Mellya pun baru nak cuba. hehe Semoga berjaya ❤


Friday, 7 July 2017

7/07/2017 11:51:00 am

Raya 2017 bersama Ahli Keluarga Baru !



Asssalammualaikum.


Selamat Hari Raya. Even though dah terlewat wish nya, haha raya kan sebulan. Minta ampun dan maaf andai ada tersalah kata dan langkah. So raya tahun ni bertambah meriah bila ada ahli keluarga baru! Haha setelah sekian lama rumah diserikan dengan bunga je, akhirnya ada jugak kumbang seekor. Raya kalini tema kami sekeluarga emerald green, tak sedar rupanya warna ni boleh kata colour of the year, sebab raya pertama tu ramai jugak pakai kaler warna sebijik sama dengan kami hahah

Lepas balik smayang raya, apa lagi. Pakai baju raya lah! Tahun ni buat baju kebaya, kebarung. Tempah baju paling mahal skali ma cakap. Muahahah lepas puasa ni nampaknya bertambah kurus, sampai kain baju pun longgar. Pas raya ni nak kena makan banyak balik la. Adeh..


Makan ketupat and rendang yang mama buat, sebelum nak bersalam-salaman. Macam drama TV kan hahaha Photographer baru family yang amik gambar.


Sempat lagi kami bergambar luar umah sementara tunggu nak pegi beraya dekat kampung. Tahun ni masih dapat duit raya daripada keluarga. hahah Alasannya sebab tak kahwin lagi. Eh tak mintak ek, orang yang bagi. Tahun depan Mellya plak bagi duit raya kat orang kot? Ngeh ngeh ngeh. Azam tahun depan tu. *Blog ni sepi kan? Tak pa, cari time nak menulis balik. Apa pun Selamat Hari Raya uols! ❤