What's Hot

Saturday 30 September 2017

9/30/2017 12:18:00 pm

Cara Mengurangkan Lengan Menggelebeh, Flabby Arms atau Lengan Batwing


Assalammualaikum.

Cara Mengurangkan "Flabby Arms" atau "Lengan Batwing"

Sapa tahu flabby arms atau lengan batwing macam mana? hehe It was actually your lemak dekat bawah lengan tu. Kenapa flabby/batwing? Sebab lemak dekat area tu usually macam jeli , berbuai-buai gitu. Haha kalau yang kurus tak payah tengok la lengan korang tu, tapi ada je yang kurus pun ada batwing. Why? Sebab tak bersenam la tu. Yang jenis bersenam CONFIRM tak ada kan. Lemak yang terbuai tu menunjukkan isi anda tidak kejap atau firm.

KENAPA? Punca flabby arms :

Antara punca utama flabby arms ialah terlalu banyak makan manisan & carbs. Kalau berat badan naik, bagi perempuan, mostly effect dekat lengan and peha. Lebihan lemak lebih cenderung terkumpul di bahagian lengan. Sebab tu lah tangan korang menggelebeh tu hehe 

Selain itu, factor lain yang boleh menyebabkan lengan batwings ialah factor genetic, obesiti, and kekurangan mass otot. Also, ia juga boleh berlaku as a result of aging. Lost weight juga boleh menyebabkan flabby arms, sebab korang tak exercise bahagian lengan. Jadi bagaimanakah cara untuk mengurangkan flabby arms atau lengan batwings ini?

Cara Mengurangkan Lengan Menggelebeh, Flabby Arms atau Lengan Batwing


Lost weight focus on all area : Jika korang dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, focus pada setiap kawasan badan. Exercise bahagian tangan, dan peha atau kawasan yang cenderung untuk menjadi menggelebeh jika berat badan korang turun.

Pemakanan yang sihat: Kurangkan makan makanan manisan dan carbs serta yang berlemak untuk mengelakkan flabby arms. Lebihkan makanan berprotein dan banyakkan minum air bersih. 

Lakukan senaman tangan: Arm circles (30 saat), Knee Push Up (30 saat), Overhead Press (30 saat), Floor Tricep (30 saat) dan Bicep Curl (30 saat).

source from http://backonpointe.tumblr.com/post/101265043116 

So macam mana? Waktu hujung minggu ni sesuai sangat untuk korang amik masa untuk bersenam sikit. hehe Semoga berjaya! ❤

Wednesday 27 September 2017

9/27/2017 10:00:00 am

Kenapa Pakai Makeup Fake Sangat Bahaya?



Assalammualaikum.


Krim muka kilo yang berlambak dipasaran Malaysia, sampai sekarang masih ada yang berani menjualnya walaupun dah tertulis benda tu tak selamat digunapakai. Dan si pembeli pula sanggup memasarkan produk yang tidak tahu asal-usul dan keselamatannya tu pulak kepada pengguna. Kononnya formula buatan sendiri padahal entah dari mana dikutipnya. Yang si pengguna, mudah sangat terpengaruh dengan iklan-iklan, walaupun banyak berita mengenai produk berbahaya di media. Tak cukup dengan skincare, makeup pun di "fake" kan. Haih!

Fake up atau makeup fake ialah produk makeup yang diciplak, selalunya datang daripada negara jiran. Lipstick Kylie RM5, Palette Morphe RM 50.. Dari segi harga pun kita boleh tahu produk itu bukan asli. Tapi kenapa masih membeli? Jawapannya, harga product asal yang mahal menyebabkan pembeli memilih untuk membeli fake up product.

Kenapa product asal lebih mahal:

-Kualiti
-Brand
-Safe
-Cruelty Free

Kenapa product fake lebih murah:

-Kualiti rendah
-Brand ciplak, dari segi packaging ada kekurangan
-Bahan tidak selamat, mengandungi kandungan kimia yang tinggi


Obviously, beza Fake/Not original dengan yang Original usually dari segi bau, texture, effect pada kulit, tahap ketahanan makeup tu. Ada yang mengeringkan kulit, tumbuh biji-biji halus, jerawat, jeragat dan macam-macam lagilah. Sangat lah bahaya, tu belum lagi ada yang terkena kanser kulit sebab product-product tak original ni!


Macam mana nak tahu product tu original atau tak before beli?


 

CREDIT: http://www.mtv.com.au/sites/default/files/styles/image-w-1050-h-1050-scale/public/mtv_au/galleries/large/2016/09/13/mac-bullet-1024x945.jpg?itok=FW-q67Ze

  1. Harga paling nyata ! Mana ada branded items jual murah. Selalunya lebih mahal.
  2. Tempat Dijual. Original dijual di tempat yang boleh dipercayai atau dealer sah. Contoh Watson, Sephora.. Tak kanlah diorang nak jual tak original.
  3. Next , Check dalam internet brand tu wujud tak product tu. Ada setengah tu product tu tak wujud pun. Konon set, padahal tak ada pun.
  4. Penjual sendiri pakai. Kalau dah dia pakai takkanlah dia nak menipu. Lainlah kalau dia memang tak sayang muka.
  5. Review. Kalau beli melalui online boleh lah survey review orang dulu.
However, depends on masing-masing untuk decide , nak beli atau pun tidak. Tak ada yang memaksa, and tak perlu dipaksa haha Tapi kalau nak tengok effect menggunakan fake makeup ni, banyak video-video di Youtube yang boleh korang tengok. Mostly vloggers luar negara yang buat review tentang bahayanya product celup ni ❤

Tuesday 26 September 2017

9/26/2017 10:30:00 am

Cara Semak Hutang PTPTN secara Online



Assalammualaikum.


Kebanyakan pelajar di IPTA telah menggunakan PTPTN untuk menyambung pelajaran. Bagi peringkat diploma, korang tak dapat jadikan pinjaman tersebut sebagai biasiswa ya, cuma peringkat degree sahaja boleh ditukarkan kepada biasiswa, itu pun jika korang score 3.5 keatas. Tamat belajar, korang wajib check status pinjaman korang. Selalunya 6 bulan - hingga 1 tahun selepas graduasi bayaran PTPTN akan mula dikenakan. Jadi berikut ialah cara untuk semak hutang PTPTN secara online. 


 .Klik pada bahagian Semakan Penyata Pinjaman.


Masukkan no kad pengenalan. Klik Penyata Kira-Kira Pembiayaan Ujrah.


Log masuk seperti biasa. 


Klik pada bahagian Penyata Baki Terperinci. Bolehlah check berapa balance pinjaman yang perlu korang bayar. Cara nak bayar pun ada, melalui Jom Pay, FPX dan lain-lain. Mudah kan? ❤


Monday 25 September 2017

9/25/2017 10:30:00 am

POSTING LEBIH MENARIK JIKA ADA 3 PERKARA INI



Assalammualaikum.


Posting yang padat dengan info dan selamba selalunya mampu menarik perhatian pembaca untuk terus membaca dan baca. Ini dinamakan audience engagement. Haa tapi tips blogging kalini bukan pasal audience engagement sangat pun. haha but more to how to make your posting looks more attractive and get noticed. Yela, kalau pembaca cerewet macam Mellya ni, suka posting yang bergambar, menarik, tulisan jelas dan cantik. So, macam mana korang nak hasilkan posting yang memenuhi keinginan pembaca macam Mellya? haha pening bukan? Sini Mellya kongsi beberapa cara atau application yang korang boleh guna.


PHOTO EDITING TOOLS

Gambar yang kreatif dan menarik sangat menarik perhatian pembaca untuk membaca sesebuah entry. Antara photo editing tools yang sering digunakan oleh para blogger terkenal ialah:
  • Adobe Illustrator 
  • Adobe Lightroom
  • Adobe Photoshop
  • Canva
  • Picmonkey
  • GIMP
  • VSCOCAM
  • Photoscape


FONTS

Penggunaan fonts yang cantik dan sesuai juga penting dalam penulisan blog. Dua web yang boleh digunakan untuk download pelbagai font menarik ialah:
  • FontSquirrel
  • Dafont
Untuk diapply pada blog, Google Font lebih mudah


STOCK PHOTOS

Tak pandai ambil gambar yang cantik? Jangan risau, beberapa web ini menyediakan stock photos secara percuma:
  • Kaboompic
  • Pexels
  • PicJumbo
  • Pattern Cooler
  • Subtle Pattern'
  • Freepik
  • Pixabay
  • Flickr

Kebanyakan source yang dikongsikan ini adalah percuma. Moga tips ringkas ni sedikit sebanyak menaikkan semangat kita untuk terus blogging. heheh chaiyok2 ! ❤


Sunday 24 September 2017

9/24/2017 09:34:00 pm

Mencari Sponsorship dalam Masa Yang sama Mahukan Income Berlipat Ganda?



Assalammualaikum.


Sejak akhir ini ramai yang mula menyedari kuasa blogging dan viral ni mampu memasarkan sesuatu product hingga ke peringkat tidak masuk akal! Blogger juga ramai yang gigih menulis di dalam blog-blog masing, cuba untuk menarik perhatian para pihak sponsor dan menantikan job yang dapat mendatangkan hasil sebagai pendapatan tambahan. Kepada mereka yang termasuk dalam golongan ini, tahukah korang skarang semuanya menjadi lebih mudah, dah ada platform terbaru yang membolehkan kita, para blogger, youtuber dan insta-famous mencari job-job sebagai influencer?

SushiVid

tempat untuk mencari sponsorship secara online.


Pendaftaran nya sangat mudah dan secara percuma, pengguna cuma perlu pilih campaign, hantar proposal dan nantikan respond daripada pihak client. Yang lagi best, semua bayaran dalam USD tau! 

Jom join, klik sini untuk mendaftar dan korang layak dapat RM 10 ! So blog wisely ❤


9/24/2017 10:30:00 am

Tips Penjagaan Kuku Cantik, Sihat dan Berkilau Macam Pakai Nail Polish



Kuku panjang pastu celah-celah hitam. Pengotor betul. Boleh pulak makan nasi pakai tangan tu. hahaha Eh bukan kuku Mellya ye, entah sapa tah 😝 Kadang-kadang jealous tengok tangan model-model yang dok promote barang tu. Tangan halus, kuku pun lawa. Yang tangan cek ni nak photoshoot, bapa kali take kena amik sebab nak cari angle yang nampak tangan cam lawa sikit. So macam mana nak pastikan kuku kita cantik, sihat dan berkilau macam pakai nail polish? Baca tips bawah ni sampai habis okeh?


Tips Penjagaan Kuku Cantik, Sihat dan Berkilau Macam Pakai  Nail Polish


Sebelum memotong kuku, rendamkan tangan ke dalam air suam selama beberapa minit. Proses ini akan melembutkan kuku dan memudahkan kuku dipotong. Air terlalu panas akan merosakkan kuku.

Jangan potong kuku terlalu pendek, potong bersesuaian dengan jari. Selain untuk memastikan potongan kuku nampak lebih cantik, ia juga untuk mengelakkan kecederaan. 

Bersihkan dicelah-celah kuku selepas memotong kuku. Ia mengelakkan daripada jangkitan bakteria dan juga memastikan kuku bersih dan sihat.

Pakai losyen yang bersifat pelembap pada tangan dan kaki termasuk kuku selepas mandi dan sebelum tidur. Sapuan selepas mandi sangat efektif kerana ketika itu kulit dan kuku yang lembap dapat menyerap dengan baik. Vitamin C sangat membantu untuk mendapatkan kuku yang cantik. 

Lebihkan minum air kosong atau air putih membuatkan badan sihat dan kuku lebih kuat. Susu juga membantu pertumbuhan kuku.

Sapu juga olive oil setiap hari pada kuku untuk kuku yang sihat dan berkilau. Juga boleh memakai alat pengilat kuku. Selain itu, bagi yang tak menggemari olive oil, boleh juga sapukan petroleum jelly pada kuku.

Bawang putih juga boleh mengilatkan kuku. Gosok pada kuku sehingga berkilat.

Mudah bukan? Senang je nak buat, manicure pedicure kat rumah pun dah cukup. Semoga tips ringkas ni membantu korang mendapatkan hasil yang diingini. Good luck ❤

Saturday 23 September 2017

9/23/2017 10:13:00 am

Wajah Cerah Sekata dengan Pearl Cream Sendayu Tinggi



Assalammualaikum.


Ramai yang tegur apsal muka Mellya lebih cerah daripada biasa. Actually diorang tak tahu betapa sakit nya kulit gelap and parut jerawat yang bermaharajalela hihi Nasib baik ada Whitening Pearl Cream Sendayu Tinggi ni, Mellya prasan la kan since pakai, makin lama makin pudar parut and makin cerah pula muka Mellya. Tak caya cer tengok.

Whitening Pearl Cream dulu memang dah ada tapi dihentikan pengeluarannya disebabkan nak improve formula terbaru. Tak tahulah formula apa haha but dulu memang ramai dok mencari-cari Pearl Cream ni, dengar orang cakap memang best. So, bila dah relaunch balik Whitening Pearl Cream ni, Mellya tak lepaskan peluang untuk cuba satu. 


Mengandungi ekstrak mutiara yang membantu mencerah dan memutihkan secara natural, juga mengandungi Sun Protection Factor (SPF) 15 serta membantu memudarkan kulit berparut dan berjeragat. Setiap tub mengandungi 15g. Boleh tahan 3 months or more depends on usage.


Bersize kecil, mudah nak bawak kemana saja. Yang bestnya, Mellya pakai ni je pun dah cukup, and muka kita tak nampak bertampung even muka kita gelap bila pakai face cream Sendayu Tinggi ni. Bau dia menyenangkan. And buat mereka yang mempunyai masalah oily, boleh je nak pakai cream ni but sapu nipis. Mellya ada kulit kombinasi jadi certain part akan berminyak tapi bila pakai Pearl Cream tak delaa berminyak mana, muka berminyak makeup nampak natural gitu. hehe Nak bagi nampak matte, boleh guna Setting Powder or Matte Powder.


4 fungsi utama Whitening Pearl Cream:
Mencerahkan kulit wajah, Menghapus jeragat, Sekatakan tona wajah, dan Memudarkan parut.

Cara penggunaan: 
Cara penggunaan style Mellya, Mellya pakai selepas pakai toner. And sebelum pakai foundation. Sapu rata seluruh wajah tau. Mellya jenis berjimat, Mellya cuma pakai pada waktu pagi sahaja, petang and malam tak pakai, but effect glowing dia memang long lasting. Bila pakai hari-hari memang akan perasan all the changes on our skin.


Ingredients: Petrolatum (petroleum jelly), Mineral oil, Ceresin, Talc, Ethylhexyl Stearate, Ethylhexyl Palmitate, Titanium Dioxide, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Benzophenone-3, Octocrylene, Lanolin, Parfum, Octadecenedionic Acid, Bisabolol, Tocopherol, Acetyl Hexapeptide-8, Pearl Powder


Pros: Scars are fading and whiten face, petrolatum/petroleum jelly sooth, keep moisture and blend with the skin very well
Cons: Not suitable for too oily skin, tapi still can use it with setting powder/ loose powder to lessen the oily-look.

Harga? Mana nak dapatkan?
Produk Sendayu Tinggi terkenal dengan kualiti dan harga yang berpatutan. Harga Walk-in ialah RM 36 dan member ialah RM 32. Korang boleh dapatkan Pearl Cream ni dimana-mana dealer Sendayu Tinggi (Mellya 0189830500) dan juga di outlet Sendayu Tinggi serata negeri. Watsons pun ada, tapi harga walk-in saja yang boleh kita dapat di sana. And product ST antara yang paling kerap out of stock di Watsons.


ini hasil pakai Pearl Cream + Pixy Natural Beige tanpa foundation

Overall, whitening pearl cream is one of my current favourite face cream. Muka yang mempunyai masalah kulit kombinasi macam Mellya ni agak sukar untuk memakai cream yang jenis oily. Pearl Cream masih boleh diterima oleh kulit muka Mellya, rasa berminyak macam biasa tanpa cream dan tekstur cream yang halus dan tak thick sangat mudah, selesa dipakai. Solution kalau yang tak nak muka berminyak bila pakai cream, pakai setting powder atau loose powder selepas cream, gerenti tak berminyak. Matte-look ❤

p/s: baru-baru ni ada yang tanya pasal uji kaji pearl cream dengan cincin.  Jom baca screenshot dari puan yatie. Nak info lebih lanjut korang pun boleh contact puan yatie melalui whatsapp beliau.


*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.


Pearl Cream dah tukar packaging baru ! Mell review dekat sini : Pearl Cream

Monday 18 September 2017

9/18/2017 10:30:00 am

Rambut Segar dan Sihat dengan Herbal Essence Daily Detox Shine !


Assalammualaikum.


Bila bertudung, rambut selalu cepat berbau. Bau peluh lah semestinya. Hari-hari kena bersihkan rambut sebab tak nak rambut berbau. Sebelum ni banyak and macam-macam syampoo dah try tapi hasil masih sama. So kali ni sengaja mengubah selera nak cuba Herbal Essence Daily Detox Shine!


Dulu asyik dok tengok dalam iklan kat tv je, tertarik betul (mudah terpengaruh haha) dengan kecantikan rambut model dalam iklan tu. Lepas hampir setengah jam membelek syampoo, akhirnya Mellya memilih Herbal Essence Daily Detox Shine White Tea & Mint, syampoo + conditioner. Harga asal setiap satu cuma RM 19.90, tapi disebabkan Watsons bermurah hati pada member-member nya, cuma RM 16.90 setiap satu!


DAILY DETOX SHINE SHAMPOO & CONDITIONER
  • Refreshing shampoo formula for radiant looking hair
  • Gentle enough for daily use
  • This shampoo is free from silicones and pH Balanced
  • Daily Detox shampoo is safe for colour treated hair
  • Enjoy notes of White Tea and Mint
  • Infused Fragrances. Nature Inspired

     

Pleasant smell, and very refreshing after use. Harap-harap rambut sentiasa fresh dengan Herbal Essence Daily Detox Shine ni ! hehe Mellya pakai Herbal Essence Daily Detox Shine, korang pakai syampoo apa ya? ❤

Sunday 17 September 2017

9/17/2017 09:49:00 pm

PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 41 (AMBILAN LHDN)



Assalammualaikum.


20 September iaitu hari Rabu semua pemohon jawatan Pegawai Eksekutif Gred 41 Ambilan LHDN akan menghadapi peperiksaan online pada jam 8 malam. Peperiksaan ini dibahagikan kepada 3 section, iaitu pengetahuan am, daya menyelesaikan masalah dan juga kefahaman bm & bi. Mellya termasuk dalam golongan calon exam ni. haha Sekadar mencuba nasib. InsyaAllah ada rezeki tak kemana, tak salah mencuba.

Manual Pengguna  >> 
http://e-semakanntt.spa.gov.my/pdf/ManualPenggunaPegawaiEksekutifGred41lhdn.pdf

KEPERLUAN ASAS BAGI MEMASUKI PEPERIKSAAN ONLINE: 
• Aplikasi sistem ini boleh dicapai dengan menggunakan komputer, notebook atau telefon bimbit yang mempunyai rangkaian internet. 
• Paparan boleh dicapai melalui semua browser (Internet Explorer, Firefox, Google Chrome, Safari) 
• Calon boleh mengakses sistem peperiksaan online ini di mana-mana sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan capaian internet tanpa perlu hadir ke SPA

PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SECARA ONLINE 
1. Peperiksaan Online (secara atas talian) ini boleh diambil di mana-mana lokasi tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu. 
2. Calon hendaklah mematuhi masa dan tarikh peperiksaan yang ditetapkan. 3. Calon dibenarkan mendaftar masuk 60 minit sebelum peperiksaan bermula. 4. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab. 

SUKATAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI EKSEKUTIF GRED 41 LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA 

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM 
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan sistem percukaian negara, dasar-dasar semasa, pentadbiran kerajaan, kenegaraan, pengurusan sumber ekonomi dan kewangan serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara. 

Masa : 40 minit Soalan : 50 (aneka pilihan) 

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH 
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkaraperkara berikut:

(i) Kemahiran Logik 
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat. 

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data 
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

 (iii) Konsep Matematik 
Calon diuji dengan konsep Matematik, kemahiran numerik serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif. 

Masa : 50 minit Soalan : 40 (aneka pilihan) 

SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
Dalam seksyen ini, calon akan diuji tentang kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kemahiran memindahkan maklumat, tatabahasa dan kosa kata berdasarkan petikan yang diberikan. 

Masa : 20 minit Soalan : 20 (aneka pilihan)

Sebagai persediaan, Mellya baca dan buat ulangkaji exam PTD tahun lepas. haha mana la tahu, ada yang sipi-sipi sama dalam bahagian pengetahuan am tu. So good luck guys ! ❤

Saturday 16 September 2017

9/16/2017 11:12:00 am

Cara Mudah Kecutkan Jerawat dengan Cepat



Assalammualaikum.

Cara Kecutkan Jerawat dengan Cepat

Salah satu masalah yang merungsingkan fikiran bagi perempuan yang kadang-kadang boleh membuatkan diorang ni moody and terkena amukan ialah bila tumbuhnya jerawat. Jerawat bukan sebarang jerawat. Jerawat yang sejenis degil, tak nak kecut berhari-hari sampai bengkak tu. hahaha Bila makeup lagi terserlah bengkak jerawat tu. So, apa yang patut korang buat bila jerawat degil tak nak kecut?

Cara Mudah Mengecutkan Jerawat dengan Cepat


Ambil ketul ais letak dekat jerawat. Tapi jangan lah sampai pecah jerawat tu korang letak ketul ais tu. Satgi air bisa jerawat tu terkena tempat lain tak pasal je tumbuh jerawat lagi satu. Kenapa letak ais? Kalau letak ais dekat jerawat yang tengah merah and timbul tu, dia boleh redakan jerawat tu. Pernah sekali jerawat Mellya macam bukit dah, disebabkan malam tu ada dinner, cepat-cepat habiskan ketul ais bagi penyet jerawat tu. haha

Letak ubat gigi sapu dekat jerawat. Ramai yang dah try method ni. Ada yang cakap sedikit pedih bila pakai ubat gigi pada jerawat. Tapi time urgent macam ni, sanggup je asalkan jerawat kempis. 

Rambut ikat, jangan bagi kena muka. Rambut kita ni berminyak, even cuci lah banyak kali mana pun, kalau terkena muka memang akan menyebabkan jerawat. Jadi eloklah ikat rambut dengan rapi. Jangan biar terkena pada kawasan jerawat yang tengah menggunung tu.


Ada tanda-tanda jerawat nak tumbuh , terus sapu ubat jerawat. Haa dah rasa naik biji dekat muka, takyah tunggu dia membesar baru nak sapu ubat jerawat. Sapu je siap-siap. Mellya selalu je buat macam tu, jerawat tu terus sembuh tak jadi nak tumbuh.

Tuam dengan air panas. Rendam kain handkerchief or tuala kecil dengan air panas pastu letak pada kawasan yang bengkak. InsyaAllah akan surut. Kawasan tu akan merah pada permulaan tapi jerawat memang kecut. Kejap je muka merah pastu okay. Tak pun masukkan air panas dalam mangkuk kemudian kenakan wap air panas tu ke muka.

Bagi Mellya ni ja cara terpantas nak kecutkan jerawat selain daripada pakai Acne Cream Sendayu Tinggi pada waktu malam. Kalau korang nak try pakai bawang putih, madu dan kayu manis boleh je. Tapi selalu nya lepas korang pakai tu, akan jadi merah-merah dekat kulit. Macam Mellya tak boleh pakai cara tu, haha habis merah-merah lagi stress. 😂😂


Sunday 10 September 2017

9/10/2017 12:23:00 pm

Cara Semak Blacklist Imigresen Online



Assalammualaikum.



credit: http://www.andreamorales.us/images/NBC-Blacklist-AboutImage-1920x1080-KO.jpg

Gambar atas tu tak de kena mengena pun dengan kes PTPTN ni.

Cadang-cadang nak pegi oversea, sekali tersangkut dekat Imigresen pasal tak bayar PTPTN. hahaha Haa tula salah satu sebab kenapa jangan menangguh bayar PTPTN. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bayarlah dari sekarang, saat korang baca entry ni. 

Aplikasi Semakan Senarai Hitam Imigresen Online


Nak check jugak ? Klik LINK ini
Masukkan no kad pengenalan dan SEMAK.


Tahniah kalau korang dapat macam ni jugak. Tiada halangan means korang still boleh travel, belum disenarai hitamkan. Tapi jangan happy lagi, tak lama lagi, kena senarai hitam kalau dok tangguh lagi. Ingat jangan tunggu kena senarai hitam baru nak bayar 😊 Apa apa pun dalam CCRIS selalunya yang ada tunggakan memang tersenarai dalam tu. Jadi, jom sama-sama pulun bayar cepat-cepat okay hehehe ❤


Saturday 9 September 2017

9/09/2017 11:59:00 am

Jangan Tangguh Bayar Hutang PTPTN !



Assalammualaikum.

Bayar Hutang PTPTN secara online, Elak Blacklist

Selepas beberapa lama berhibur dengan duit gaji, tuptup dapat email PTPTN suruh bayar hutang. Actually lama dah dapat email reminder tapi kali ni bila tengok total makin berlambak, mak aiii scary pulak rasa hahahah Mellya pernah je bayar before ni tapi stop sebab dok ikut cakap kawan, bayar pun tak de guna kalau ada tunggakan. Last-last haa sekarang tudia lagi banyak. Nak tunggu ada duit bayar lump sum memang angan-angan jela kan. Ini lah akibat tangguh bayar hutang PTPTN!

Untung lah ada kawan dekat PTPTN. At least tak dela Mellya ketaq lutut sangat dok fikir nak kena pegi office PTPTN tu. Dia cakap kalau degree dah boleh start bayar, kita boleh mintak buat jadual bayaran baru. Mellya penerima JPA tapi semester pertama Mellya menggunakan PTPTN, jadi adalah hutang degree satu semester. Tapi memandangkan degree tak kena bayar lagi, kawan Mellya tu cakap bayar je monthly macam biasa tapi bayar lebih daripada biasa untuk cover tunggakan. For example monthly kena bayar RM 131.25, tapi korang bayarlah RM 500 ke or RM 1000 ke depends on tunggakan korang.. untuk cover.

Nak bayar pun senang je sekarang. Banyak cara boleh.

Perbankan Internet

Bayar Hutang PTPTN secara online, Elak Blacklist


Mellya guna Maybank. Caj bank yang dikenakan RM1.06.
http://www.ptptn.gov.my/docs/Bayaran-Balik-On9/manual_pembayaran_mbb2u.pdf

1. Layari laman web Maybank Berhad http://www.maybank2u.com.my/
2. Masukkan Login ID dan Password anda
3. Pilih Bill Payment 
4. Pilih Make a one-off payment/ favourite payment (sekiranya telah masukkan sebagai favourite)
5. Pilih Education & Education Loans 
6. Klik Continue
7. Pilih PTPTN-Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan 
8. Klik Continue
9. Masukkan maklumat 

  • Amaunt: 
  • Ic No:
  • Letter of offer no : (no pinjaman/ no surat tawaran) 
10. Klik Continue
11. Pastikan bayaran kepada adalah betul 12.Klik Request bagi permintaan TAC Number 
13. TAC Number akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan dengan pihak bank 14. Masukkan TAC Number tersebut dalam ruangan berkenaan 
15. Klik Confirm 
16. Cetak resit untuk simpanan dan bukti pembayaran

Jom Pay

Bayar Hutang PTPTN secara online, Elak Blacklist

1. Kemudahan bayaran secara online melalui perbankan internet dan telefon mudah alih menggunakan akaun semasa, simpanan dan kad kredit.
2. Klik untuk 40 bank terlibat
3. Dapatkan Biller Code dan Ref-1. Klik di sini.
4. Klik di sini untuk panduan bayaran.

My Pay PTPTN

Bayar Hutang PTPTN secara online, Elak Blacklist

Caj dikenakan RM 0.53.

1. Bayaran balik dan penambahan deposit SSPN-i secara online dengan menggunakan mobile web.
3. Klik di sini untuk panduan bayaran.
4. Klik di sini untuk panduan 'Add to Home Screen' (pautan pantas) myPay ke telefon pintar.

So amacam? Mana satu pilihan korang? Mellya guna Jom Pay, rasa macam lebih mudah. haha Pastu kita boleh buat monthly cut off tau kalau guna Maybank. Means that kita boleh set on certain date, akan automatic payment made to PTPTN, amount kita set la berapa and until when potongan nak dibuat. Setiap bayaran yang dibuat melalui online ni, akan diupdate at least 3 hari waktu bekerja. Lebih selamat kalau korang simpan bukti bayaran korang. Alaaa segalanya di hujung jari. hihi ❤

Sunday 3 September 2017

9/03/2017 10:30:00 am

Lepak ala English Style @Winter Warmers Coffee & Tea House

Assalammualaikum.


Ignore my blurry image due to kegopohan nak makan*

Baru-baru ni sempena menyambut hari cuti, hehe sajalah teringin nak makan-makan. And salah satu tempat makan Mellya teringin nak pegi ialah Winter Warmers ni. Tengok macam geng high class je nak masuk. Tambah pulak halal ke tidak, at first Mellya macam ragu-ragu. Then pas selidik, and adik pun cakap situ sememangnya halal, kami pun masuklah.. teringin nak cuba minum english tea la kononnya petang tu.

picture credit to OpenRice

The decorations, serious rasa macam tenang. Teringat pula cita Alice in Wonderland waktu tea time dengan si Johnny Depp tu... apatah nama dia dalam cita tu. haha Tengok menu, aish apa la agaknya nak order. Rasa sedikit kejakunan disitu. haha

Memandangkan meja yang terlalu comel, and di corner, nak snap menu pun rasa macam tak selesa lah. Jangan salah faham ya, kedai tu okay ja, just time kami pegi tu boleh dikatakan full house. Untuk meja kami yang comel tu, tak selesa disebabkan makanan and minuman yang diorder pun macam 5 - 6 orang. haha Tambah pula, buku menu bukan main besaw, last-last buka satu menu ja share ramai-ramai. 

Selepas menelaah menu tu, kami pun panggil la waiter kat situ. Dengan kerek nya kami order, (1) Rose at Paris, (2) Vanilla Milk Tea, (3) Ice Lemon Tea, (4) Rose Ice Blended Milk Tea, (5) Pure Honey Waffle, (6) Nachos Cheese Baked and last but not least, (6) Chicken Cordon Bleu. Banyak gilakan air kami order? haha kalau boleh satu kedai kami nak order, nak try. 


I like the pure honey waffle! Memang fluffy dia punya waffle. Sangat sedap, dia ada letak whipped cream, jam and honey. Sedap gila, untuk breakfast makan p la tengahari pun. haha Chicken Cordon Bleu pun awesome, nachos im not a fan sooo... kena tanya orang yang minat nachos. heheh The drinks, semua best. Thumbs up! 

  

Very English style you know. hahah rasa bangga gila boleh try. Tapi manners tak dak, pongpang2 kami minum. hahaha tak dak nya english-english.  Orang lain pun pongpang jugak so do i care? hehe


Kami tak dak la order cenggini, tapi ada ja kami tengok orang order dapat btingkat-tingkat macam ni. hahaha kami tak retila nak order yang macam dalam gambar ni, kami usyar kot tepi ja. order mana yang kami tau ja dalam menu tu. Biasala first timer hehehe


The price, overall kalau drinks mostly range 12.90 to 20 paling mahal i guess. Kalau makanan 15 to 30 macam tulah. If set, you guys need to check, dalam web pun ada rasanya stated the prices. Nak tengok menu dia klik sini >> https://www.winterwarmers.net/menu.


Rating, i think this place memang awesome! Sangat best, so i think they can reach maybe 5 stars. Staff pun friendly, siap mai tuang tea kat kita, feeling special gitu haha kalau tanya nak pegi makan lagi tak, i say yes, nak melamar i kat sini pun i say yes. muahaha ❤


Winter Warmers Coffee & Tea House
UG-41, Sunway Carnival Mall,
3068 Jalan Todak,
13700 Seberang Prai, Pulau Pinang.
Tel: (+604) 399 5623

Saturday 2 September 2017

9/02/2017 08:56:00 am

Blog Monthly Maintenance - September 2017



Assalammualaikum.


Almost two months Mellya skipped monthly maintenance. But doesn't mean no maintenance was made last month. Few changes  i made last month ialah:

August Blogging Goals: 

  • Changing the template due to previous template was not mobile friendly 
  • Drafting and deleting few unneeded posts
  • Improve contents 
  • And creating new watermark for blog photography

The point number 2 and 3 still going to be this month priority sebab last month i couldn't focus on my blog posts and content sangat pun. So this month, this what I'm going to do:

My September Blogging Goals:

  • Drafting and deleting few unneeded posts
  • Improve contents 
  • More product reviews! - any products local/international
  • Blog Schedule - I had made a list of blog posts that I should publish this month
Bought this book at Yubiso for RM 15 only.

Sejak bekerja ni, my blogging time a little bit distracted lah. That is why i created a blog schedule aka blog planner untuk memudahkan lagi kerja mencari idea untuk pastikan blog ni sentiasa ada topic haha all will be writen in this cute book up there. Actually i am also planning to have another GIVEAWAY for this blog and my instagram this month. But still thinking about the prizes. haha tak ada idea nak bagi apa. So, just wait and see ya ! 

Btw, thanks for reading this "merapu" post ❤