What's Hot

Sunday 11 February 2018

2/11/2018 09:56:00 pm

3 Cosmetics Brand Makeup Beginner Wajib Beli


Assalammualaikum.


Zaman sekarang yang kecik-kecik pun dah pandai melaram. Kat IG tu lambakan junior yang cun melecun mengalahkan senior-senior yang baru nak jinak-jinak dengan makeup. Mellya bukanlah jenis yang suka branded items sahaja. Kalau beli yang branded, selalunya simpan jadi pekasam sebab sayang nak guna. Yela mahal. So end up kita beli je yang dekat drugstores.

Mellya rasa jarang jumpa perempuan yang tak suka masuk Watsons, Guardians and sekutu dengannya bila pegi mall. Tak rancang pun, but mesti tersangkut dekat tempat ni. Satgi tengok bahagian skincare, satgi melekat pulak bahagian makeup. Kadang tu tak beli pun, saja nak test makeup-makeup yang ada dekat situ. haha However, bukan tu yang Mellya nak kongsi harini. Topic for this post ialah "Tiga Cosmetics Brand versi drugstore yang makeup beginner wajib beli".

Bagi yang nak mula menjinakkan diri dengan makeup, korang mesti dok fikir... macam-macam nya nak kena belikan? starting from skincare.. primer, foundation, compact, eye shadow, blusher, highlight etc...  pastu dok hitung pulak brapa lah bajet nak kena keluar tu.. haha So for beginner, kenapa nak beli yang memahal, why not starts with drugstore products?

Maybelline, Loreal and others memang sangat famous dekat drugstores. Tapi bagi Mellya, yang tu boleh dikatakan pricey jugakla kan compared to these three brand yang Mellya nak suggest kat korang tu. Tau tak apa? Silky GirlEssence Cosmetics and Catrice Cosmetics. Familiar kan?

MY OPINIONS:



Silky Girl. Mellya sangat suka bedak compact dia especially Silky White 2 way powder foundation dengan bb whitening powder. Muka memang tak berminyak and tak rasa heavy bila pakai. Disebabkan dia bersifat foundation and bb, so kalau tak pakai foundation pun muka still gebu. Blusher dia punya comel, senang nak bawak dalam beg. In the matters of eyebrow, mellya suka natural eyebrow pencil Silky Girl yang warna coklat. Sangat terang and best nak pakai. Cumanya tak sediakan brush kening. Next most favourite makeup daripada Silky Girl ialah Matte Junkie lip cream yang sangat best. Ada banyak shades nude yang sukakan matte look, boleh pakai lipcream daripada Silky Girl ni. Well recommended for makeup beginners sebab sangat easy to use.


Essence Cosmetics. I love everything about it! High quality with an affordable price. Untuk Essence Mellya suka eyebrow mascara and mascara. Ada macam-macam jenis mascara, semua nya best. For those yang suka light makeup and newbie, i suggest you to try Essence punya foundation. Highlight, and eyeshadows etc semuanya sangat pigmented. Product essence ni seasonal. Korang boleh tengok dekat sini Trend. Sangat cepat habis and lambat nak restock unfortunately. huhu



Catrice Cosmetics. Macam Essence jugak, Catrice juga makeup brand dari Europe. Dekat overseas memang laris sebab harga dia and kualiti nya sangat bagus. Product vegan, and selamat. Mellya selalunya beli contour palette dengan liquid eyeshadow jenama Catrice. Dia punya loose powder pun sangat best.

Overall, 3 product ni memang sangat sesuai untuk korang yang nak jinak2 dengan makeup tapi nak make sure budget is under control. Tiga-tiga product ni memang famous dekat drugstores, cuma Catrice and Essence susah sikit nak cari certain places lama sangat masa dia amik untuk restock. Maybe disebabkan product ni limited and overseas? haha however, 3 brand ni je Mellya yakin kualiti and harga dia sangat best. First brand that i tried ialah Silky Girl and the rest sampai lah pakai pulak Sendayu Tinggi.

So korang plak? Masa memula makeup dulu, brand apa jadi pilihan?  ❤

Saturday 10 February 2018

2/10/2018 12:04:00 pm

Cara Mellya Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Lebih Cepat


Assalammualaikum.


Ramai cakap skin Mellya cantik. Depa tak tau Mellya ni kekadang ditumbuhi jerawat jugak. Satu perkara yang Mellya tak suka pasal jerawat ialah PARUT. Parut tak yah cakapla banyaknya dekat pipi, concealer satu benda paling penting bagi Mellya haha. Kesan parut jerawat tu memang susah sangat nak hilang kadang tu sampai berbulan-bulan, bertahun-tahun tak hilang. Dulu waktu zaman sekolah, Mellya banyak tumbuh jerawat kat dahi. Pipi clean and clear masa zaman sekolah. Diploma muka jarang-jarang tumbuh jerawat. Masuk degree, yang dekat dahi sembuh, parut setitik pun tak dak (ramai terkejut sebab parut Mellya memang hilang), tapi melarat jerawat kat pipi pulak huhuhu

Sekarang ni, jerawat masih ada cuma waktu-waktu tertentu bila hormon perempuan tak stabil. Haha parut tu lah yang ketegaq betul tak mau nak hilang! Due to my eagerness to make this year a year to clear my acne and scars, i spent my time to search everything about acne scars. So here's what i am currently practicing. muahaha (Latest post: Mell hilangkan parut guna SKIN 1004: Madagascar Centella Asiatica  100 Ampoule)


Cara Mellya Menghilangkan Parut Jerawat 

Dengan Lebih Cepat


Vitamin E
Banyak article yang cakap vitamin E sangat bagus untuk penyembuhan parut dan membaiki tisu kulit. So Mellya beli Vitamin E Garden of Eden Natur E Scar Serum ni dekat Aeon Wellness, kalau tak salah mahal jugak, dalam lingkungan RM 80+. Tapi disebabkan semangat berkobar-kobar nak muka bebas parut, sanggup. haha sebotol ni boleh tahan lama jugak, sekarang dah masuk 3 bulan dah. Vitamin E ni Mellya pakai seluruh muka, sikit ja sebab dia oil. Nanti Mellya buat review khas untuk Garden of Eden Natur E ni. Setakat ni sangat puas hati dengan scar serum ni, parut yang timbul and agak berlubang tu ada perubahan sikit.

Acne & Scar Treatment and Whitening Sendayu Tinggi 
Yang ni dah tube ke-dua. Sapu seluruh muka terutama area pori besar. Nampak kesan dia lebih awesome dekat parut jerawat baru and reduce size pori. Harga pun boleh tahan murah around RM 30+ untuk 15 g. Nanti Mellya buat review khas untuk acne cream ni jugak ye.

Hiruscar Post Acne 
Yang ni pun sangat best sapu dekat jerawat and parut. Harini sapu esok boleh nampak area tu macam kering (ada setengah tak suka, tapi Mellya suka sebab dia mengeringkan jerawat tu). Satu tube 10g je harga dah RM 30+. haha tak pa janji berkesan. Review khas coming soon.

Scrub
Kerap-keraplah pakai scrub atleast 3 times a week. Bila kita scrub, dead skin cells semua bye-bye, and area parut tu lagi cepat nak bersalin kulit dan faded. Mellya suka pakai scrub St Ives Oatmeal and Freeman. Nanti Mellya share scrub yang Mellya pakai tu ya.

Lemon dan Madu
Yang ni Mellya belum cuba lagi, katanya tak sesuai untuk yang berkulit sensitif. Lepas cuci muka dengan air suam and pencuci muka, perah lemon dan ambil kapas, sapu perahan lemon tu seluruh muka. Tunggu beberapa minit dan bilas. Lepas tu sapu kat muka madu manuka dekat area parut sebelum tidur. Lemon juice tu ada setengah orang jadikan sebagai toner, okay jugak. By the way, ada juga orang guna tea tree oil untuk heal jerawat and scars, tapi Mellya tak sesuai so tak dapat nak try that method. 

Air
Minum air secukupnya untuk menghidrasi kulit. Bila kulit sentiasa lembap dan dihidrasi, lagi cepat lah proses penyembuhan parut berlaku. Masalah nak bagi rajin minum air ni yang paling payah. haha Mellya sebotol besar je pun tak boleh nak habis, macam mana nak minum air 3 liter sehari? Aduhai..

So these ends my post for today. Mesti ramai kan nak cepat-cepat hilangkan parut jerawat? Mellya dah set tahun ni memang tahun healing and cure. ahaha sebab.... doakan ye! hahaha agaknya sapalah yang dapat teka sebab apa. By the way, sebenarnya cara paling cepat ialah jangan gatal-gatal picit jerawat macam Mellya, and time parut tengah baru tu, cecepat la cari jalan bagi dia heal. Jangan biar lama, parut lama susah nak hilang tau. 

Post ni bukan sponsored post ye. Semua perbelanjaan sendiri hahaha

Mellya dah share cara Mellya, macam mana hampa bagi hilang parut dengan cepat pulak?