What's Hot

Monday 10 October 2016

10 Kesalahan Besar Semasa Mencuci Muka



Assalammualaikum.

10 Kesalahan Besar Semasa Mencuci Muka

Cantik mahu, tapi segan nak belajar caranya. Banyak orang termasuk Mellya sendiri sebenarnya melakukan kesalahan besar semasa mencuci muka tanpa disedari. Dalam sepuluh tu, mungkin dua tiga kesalahan sering diamalkan. 

10 Kesalahan Besar Semasa Mencuci Muka


Cuci Muka Banyak Kali

Dalam sehari , kalau nak putih , cuci muka selalu asal nampak je sinki and pencuci muka, cuci.
Salah sebenarnya, kerap mencuci muka sebenarnya mengeringkan kulit. Kalau rasa ingin mencuci juga, pastikan cuci menggunakan air bersih sahaja and bukan waktu panas dan berpeluh.

Cuci Muka Guna Air Panas

Cuci muka dengan air suam dan air sejuk, bukan air panas! Mana tak melecur and merah kulit tu bila kita mencuci muka menggunakan air panas. 

Tak Cuci Make Up dulu

Ini kesalahan berat, sebelum mencuci muka menggunakan pencuci muka, pastikan bersihkan muka menggunakan pembersih makeup dahulu. Sebab apa? Pori-pori tersumbat dan makeup tidak tanggal sepenuh nya.

Menggunakan Pencuci Yang Tak Sesuai dengan Kulit

Jangan keliru antara healing crisis atau ketidaksesuaian. Kalau kulit berminyak , pastikan anda memakai pencuci untuk kulit berminyak. 

Tak Bilas dengan Betul

Ada yang cuci muka, masih sabun bersisa di wajah. Tahu tak pencuci yang masih melekat di wajah boleh menyebabkan daki?

Tak Gosok dengan Betul

Gosok muka ala kadar. Salah. Gosok muka dengan kasar. Pun salah. Lebih bagus jika gunakan berus muka. Jangan sental pula, kulit muka memerlukan kasih sayang.

Tak Melembap dengan Betul

Jangan lupa pakai moisturizer, sangat penting. Untuk pastikan kulit kita sentiasa lembap dan tak kering. Muka yang kering kalau pakai makeup pun tak cantik. Nampak gerutu je. Tak smooth.

Mencuci dengan Tangan yang Tidak Bersih

Sebelum mencuci muka seeloknya sabun tangan anda terlebih dulu, kalau korang picit jerawat ke apa ke, jangan pegang muka, laju-laju basuh dulu baru cuci muka.

Mengelap dengan pakaian kotor

Yang ni habit, lepas makan ,mulut basah, basahkan muka sekali, tarik baju lap muka. haha kotor tu! Alamatnya belacan la muka korang.

Menggosok muka dengan tuala

Jangan gosok muka dengan tuala, "pat" saja. Muka kita fragile, jangan gosok. Cuma lap saja, kalau basah sangat. Lebih elok kalau korang biarkan muka korang kering sendiri.

So amacam, banyak tak kesalahan yang korang pernah buat?  ❤

5 comments:

  1. Yg iklan bsuh dengan foam tu rase nyaman jer

    ReplyDelete
  2. blogwalking and saya follow awak

    ReplyDelete
  3. cuci muka banyak kali tu means dalam sehari ea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah hehe sebenarnya bagus cuci 2 kali sehari. Tapi sini kan panas mesti kerap cuci punya haha

      Delete