Assalammualaikum.
Sejak akhir-akhir ni, banyak pihak dah mula menganjurkan aktiviti fun run. Boleh kata setiap minggu, ada je fun run di mana-mana. Cuma tinggal daftar dan attend je. Mungkin rakyat Malaysia sekarang ambil peluang ni untuk mengamalkan aktiviti dan cara hidup yang lebih sihat? Mellya pun tak lepaskan peluang. Buat pertama kalinya Mellya join fun run I love Penang baru-baru ni di Dewan Dato Haji Ahmad Badawi, Bagan Luar.
Mulanya agak nervous, sebab dah lama tak exercise, jalan jauh and lari. Takut semput di tengah jalan. Malu oiii. So here are the tips, tips untuk elak semput semasa join fun run.
PAKAIAN, KASUT DAN SELUAR YANG SELESA
Yang penting, pakai pakaian dan kasut yang selesa. Selalunya pihak penganjur akan menyediakan baju t-shirt untuk peserta. Jadi kita cuma perlu makesure seluar dan kasut yang dipakai waktu tu selesa dan tidak terlalu ketat.
MESTI BAWA
Air botol, patches in case korang nak pakai muscle patches untuk redakan kekejangan bila nak lari tu. Bawa beg kecil sandang yang sering dipakai untuk aktiviti lasak, letak barangan seperti duit, ubat, gula-gula dan sebagainya.
TIDUR & MAKAN YANG CUKUP
Make sure tidur dan makan cukup, barulah ada tenaga untuk hari esok. Makan makanan yang berkhasiat dan berprotein tinggi. Jangan lupa minum minuman yang bergula dan sodium untuk fast recovery!
DYNAMIC STRETCHING
Dynamic stretching penting untuk meregangkan otot agar otot tidak terkejut bila kita lari.
credit: http://www.dietoflife.com/what-is-dynamic-stretching/
Last but not least, just have fun! Nama pun fun run, kalau agak macam nak semput tu jalan je. Jalan pun consider as an exercise tu. haha lepas ni nak join lagi lah. Best pulak ada aktiviti macam ni during weekend. Tak dela rasa unproductive sangat waktu hujung minggu kan? ❤
bagus tips nih
ReplyDeletedah lama saya tak fun run
mahu semput kalau lari
hehe
Rindunyaaa. Dah lama tak join run ni. Dulu dekat Penang rajin juga join sebab murah. Dah balik Selangor ni semua mahal mahal i cannot T_T
ReplyDeletetak pernah join lagi sebab dekat area subang tak aktif sangat. Banyak dekat PJ & KL je
ReplyDeleteBagusnya tips nie, thanks awak.. Tapi, kalu jalan pun semput jugak gara-gara nak hilangkan penat berlari, camne tue..? hihi
ReplyDeletetq for the tips
ReplyDelete