What's Hot

Thursday, 22 June 2017

Sendayu Tinggi Facial Scrub With Collagen Review



Assalammualaikum. 

Sendayu Tinggi Facial Scrub With Collagen Review

Hi readers. Lama tak update review kan? So kali ini Mellya nak kongsi review terbaru daripada Sendayu Tinggi. Salah satu jenama tempatan yang mengeluarkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan yang juga menghasilkan skrub muka iaitu Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen yang tersangatlah best bagi Mellya. Previous post, Mellya ada tanya scrub favourite korang. Ramai yang cakap suka guna scrub daripada St Ives dan juga Freeman. Dua produk ni memang boleh didapati di Watsons atau Guardian kan. Sebelum ini Mellya pun menggunakan St Ives, tapi scrub nya terlalu banyak dan kasar untuk kulit Mellya. Jadi, dah lama tak berskrub. Lepas dah jumpa yang ini, baru rasa nak berskrub semula. 


PRODUCT REVIEW BY MELLYA

Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen

Sendayu Tinggi Facial Scrub With Collagen Review

Ini botol kedua yang Mellya guna. First bottle Mellya beli Januari yang lepas. And tahan sehingga ke harini tau, masih ada sikit lagi untuk Mellya guna botol kedua hehe Sangat tahan lama, Mellya guna setiap minggu tau, dua kali tapi masih mampu bertahan sehingga 6 bulan lamanya.

Pros 

Antara kelebihan yang dijanjikan skrub wajah ini dikatakan mampu memberi kesan halus dan lembut pada penggunaan pertama. Selain memudahkan kulit menyerap produk wajah dengan lebih berkesan ia juga berupaya memudarkan parut dan menghilangkan jeragat. Blackhead dan whitehead juga menjadi lebih mudah untuk dipicit menggunakan tweezer. Sel mati tiada, kulit menjadi lebih cerah dan sekata.

  • Skrub wajah dengan kesan serta merta halus dan lembut setelah penggunaan pertama
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat 
  • Melembutkan bintik hitam dan putih agar mudah dipicit
  • Mencerahkan wajah dan menyekatakan warna kulit
  • Formula hydrolized collagen menjadikan kulit anjal

Cara penggunaan: 

Basahkan tapak tangan dan wajah dengan air dan ambil Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen dengan tangan. Gosok atau lakukan urutan lembut seluruh wajah dalam 2 minit sebelum bilas bersih. Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, gunakan Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen 2 kali seminggu. Bagi yang mempunyai kulit normal, gunakan 3 kali seminggu. 

Muka Mellya jenis berminyak so Mellya pakai 3 kali seminggu lepas/sebelum cuci muka. Tapi actually tak dela 3 kali, boleh cakap hari-hari nak pakai haha sebab seronok sangat, and tak mengeringkan kulit pun.

What I felt: 

Sendayu Tinggi Facial Scrub With Collagen Review

Skrub paling lembut pada kulit! Biji skrub jenama lain sebelum ini yang Mellya gunakan sangat besar dan kasar membuatkan kulit senang terluka jika terlebih menggosok. Tapi kalau yang ni sangat lembut, berbeza dengan yang lain. Kulit juga semakin lembut dan licin selepas penggunaan. Kulit saya yang kusam dan berparut sudah menjadi lebih cerah daripada sebelum ini. Selain itu, skrub ini juga telah mengecilkan pori-pori yang terbuka. Sebotol Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan penggunaan. 

Cons 

Mengandungi fragrance atau pewangi yang merupakan salah satu bahan yang tidak begitu sesuai untuk kesihatan kulit. Tapi bagi Mellya okay je, wangi la best.

Berhasil? 

Definitely! Sangat berkesan dan berbaloi dengan harga yang dibelanjakan. Masa scrub tu rasa best sebab scrub halus and tak kasar like most other scrub. Bau dia pun sangat wangi. Lepas pakai lagilaaaa best. licin rasa. Muka rasa dah kurang kusamnya. Mellya memang nak continue lagi pakai. hehe

So checklist :

  • Skrub wajah dengan kesan serta merta halus dan lembut = YES!
  • Menanggalkan sel kulit mati = Think so , sebab muka dah tak berapa kusam 
  • Memudarkan parut jerawat dan jeragat  = Boleh la, faded than before
  • Melembutkan bintik hitam dan putih agar mudah dipicit = YES! 
  • Mencerahkan wajah dan menyekatakan warna kulit = Like i said dah tak berapa kusam 
  • Formula hydrolized collagen menjadikan kulit anjal = Yup muka rasa tegang 

Cara untuk dapatkan Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen? 

Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen boleh didapati di Watson dan di mana-mana outlet Sendayu Tinggi yang berdekatan dengan kawasan anda pada harga serendah RM 30.75. Bagi pengguna Sendayu Tinggi atau ahli seperti saya boleh dapatkannya pada harga cuma RM 27.65! Murah bukan? Selain di Watson dan outlet, Sendayu Tinggi Facial Scrub with Collagen juga boleh didapati melalui website Sendayu Tinggi untuk pembelian secara online.

Recommended?

Overall good, So, I give it 🌟🌟🌟🌟 out of 🌟🌟🌟🌟🌟 
Totally recommended. So for those yang masih confused nak pakai scrub apa, korang mesti cuba scrub ni .

Harap review ini membantu korang untuk decide nak cuba ke tak skrub ni. 
Thanks for reading. ❤ 

*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.

15 comments:

  1. Kak Ana guna st ives scrub tu juga skrg. Harapnya consistent lah kak ana pakai. Sebab selalunya tak habis pun dah tukar lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sis, tapi kasar pulak rasa. sebab biji scrub dia boleh tahan besaq hehe

      Delete
  2. Saya sekarang ni pakai St. Ives. Best jugak, cuma mungkin agak kasar sikit. Kena sapu dekat muka dgn lembut dan hati2. Produk Sendayu Tinggi memang terkenal berkesan. :)

    ReplyDelete
  3. mcm best ja ni. busyra tak pernah try lg jenis ni.. mcm menarik.

    ReplyDelete
  4. Ada baca ramai cakap scrub ni best.. Macam teringin pulak . hihi

    ReplyDelete
  5. 🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼
    Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran 2017 by Hani RahmanTerima kasih...
    🌸💓🌼🌸💓🌼🌸💓🌼

    ReplyDelete
  6. sendayu tinggi antara produk yang sangat establish kat Malaysia..

    ReplyDelete
  7. PENAH GUna yg ni,,tp x sesuai dgn muka,bila pakai tu rasa panas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish panas mcm mana tu huhu tak penah lagi pakai mana-mana scrub jadi panas.

      Delete
  8. pernah guna st.ives jer.. boleh cuba laa, kalau nak guna scrub balik..

    ReplyDelete
  9. Sy pkai jd lembut muka..tp kenapa naik jerawat2 kecil ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang akan tumbuh jerawat kecil waktu tempoh penyesuaian dengan kulit. Pakai mcm biasa, tengok still tumbuh lagi x pas ni :D

      Delete
  10. Assalammualaikum, scrub ni diperbuat dari bahan apa ye ?

    ReplyDelete
  11. Boleh ke hilang kan blackheads and whiteheads

    ReplyDelete
    Replies
    1. consistent pakai boleh ! hehe nak lagi mudah try Althea BHA Blackhead Blaster
      http://mellyacrayola.blogspot.com/2019/05/althea-angels-althea-abloom-sheet-masks.html

      Delete