What's Hot

Sunday, 27 May 2018

Jom Menginap di Olive Tree Hotel Penang !


Assalammualaikum.


Dah hari kesepuluh kita berpuasa. Tak lama lagi nak raya. Eh hehe Korang balik kampung dekat mana tu? Yang nak balik Penang Mellya ada suggestion tempat tinggal untuk korang ni. Yelah, kalau yang dah ada anak-anak besar panjang, kadang tak selesa nak tidur di kampung beramai-ramai (mungkin tak cukup bilik @ inginkan lebih privasi) kan kan kannnn?

Baru-baru ini, Mellya berkesempatan untuk meluangkan masa di hujung minggu bersama adik di Olive Tree Hotel, Penang. Ya, Olive Tree yang Mellya share tentang buffet Ramadan nya baru-baru ni. Yang belum berkesempatan nak baca, boleh baca disini. Olive Tree mengetengahkan tema citarasa semenanjung puasa tahun ni. Korang wajib cuba tau sebab nasi briyani dan kambing dia memang best hehehe


Back to the main topic, Mellya mula check in pada hari Sabtu selepas jam 3 petang (waktu check in yang ditetapkan) untuk bilik Deluxe King. Bilik ni sebenarnya boleh memuatkan 3 orang tapi waktu tu cuma Mellya and adik je yang ada. Dah lama tak berehat-rehat di hotel, jadi kami memilih untuk bercuti disini. Second thought (ya ni kali kedua Mellya ke sini) wah cantik hotel ni serba baru. hehe Masa nak masuk pun dah ada orang bukakan pintu siap senyum lagi. And proses check in nya pun sangat mudah dan cepat. Tak sampai 10 minit dah selesai urusan check in.

Kami diberi dua kad kunci, dah tertulis user name dan password wifi bilik. 

Olive Tree sangat mementingkan keselamatan tetamunya. Setiap penghuni cuma boleh ke tingkat masing-masing dan tingkat yang mempunyai kemudahan sahaja dengan menggunakan card bilik. Mellya dan adik menginap di bilik Deluxe dengan katil king (asalnya nak datang bertiga).


Bilik ini terletak berdepan dengan Spice Arena & Aquatic Centre. Paling best pemandangan malam di sini sebab ramai yang cakap view di sini pada waktu malam memang cantik dengan cahaya lampu dari SPICE. Dengan keluasan bilik 28 meter persegi, antara kemudahan yang ada ialah high speed Internet access, LED HD TV 40 inci dengan pelbagai channel atau siaran, international plugpoint, in-room minibar dengan kopi dan teh, in room safe deposit, iron & iron board, bilik air, pengering rambut, kain sarong dan slipper bilik, torchlight, meja tulis, dan yang paling penting ialah katil chiro tech mattress dan bantal microfiber yang sangat selesa.

Meja Tulis dan Ruang Membaca yang luas dan selesa

Rasa dihargai bila dapat kad ni hihi

Katil disini menggunakan teknologi chiro-tech membantu mrngurangkan sakit belakang dan menjamin keselesaan kita
Ruang Almari Pakaian yang luas dan selesa, siap dengan safety box, kain sarong, iron, iron board, torchlight dan lain-lain. Tiada dalam gambar; in-room minibar, water heater, drinking water, coffee dan tea 3 in 1.
Bilik air bersih dan selesa, siap dengan hair dryer, shower gel, syampoo, shaver, sikat dan pelbagai kelengkapan diri yang lain.
Antara menu yang ada untuk room service.

Bilik yang serba lengkap dan selesa. Selain kemudahan wifi yang "high speed" , pengguna juga boleh melayari "press reader" untuk membaca pelbagai majalah dan akhbar secara digital. Selain bilik deluxe room, ada 4 lagi jenis bilik yang lain iaitu olive deluxe, executive deluxe, executive suite, dan juga olive suite. Semuanya mempunyai kelebihan masing-masing.


Antara kemudahan yang ada ialah swimming pool dan juga gymnasium yang serba lengkap dan selesa. Mellya sempat juga cuba beberapa peralatan di gym ini. Bilik Yoga pun ada tau!

Gymnasium
Bilik Yoga

Disini juga ada 3 lokasi dining yang boleh korang kunjungi iaitu; Selah (Coffee House) yang terletak di aras Ground floor berdekatan dengan Lobby, Sukkah dan juga 7 Lounge yang terletak di tingkat atas. Sempat breakfast di Sukkah bersama adik disana.

 Selah Coffee House

Sukkah Dining Area

Banyak jugak pilihan sarapan yang ada disini. Sampai mengantuk kekenyangan lepas makan hihi

7 lounge

Setiap malam Sabtu akan ada persembahan live band di 7 Lounge. Korang boleh lah datang lepak minum kopi disini dengan kawan-kawan hehe Banyak lagi kemudahan yang ada disini. Sepanjang stay Mellya di hotel ni, semuanya best dan selesa. Kalau boleh, nak je datang and tidur beberapa malam lagi. 


Sempena Ramadan dan Raya tahun ini harga bilik serendah 215+ per room per night bermula tarikh 18th May 2018 hingga 14th June 2018 dan bergantung kepada availability bilik. Untuk tempahan bilik, boleh emailkan kepada reservations@olivetreehotel.com.my atau call +604 637 7811. 


Olive Tree Hotel Penang
Alamat: 76, Jalan Mahsuri, 11950 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
No tel: +604 6377777
Email: life@olivetreehotel.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/olivetreehotelpenang/
Instagram: https://instagram.com/olivetreehotelpenang

8 comments:

  1. cantiknya tempat ni! hujung tahun ni boleh la pi stay sana 😍😍😍😍😍😍

    ReplyDelete
  2. The hotel looks nice and the FOM's handwriting, sangat cantik :D

    ReplyDelete
  3. serius cantik betul hotel nih

    ReplyDelete
  4. cantik hotel nie ada kolam boleh nbawa anak2 nanti

    ReplyDelete
  5. BESTNYAA.. dekat sangat dengan rumah ubai.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Cantik hotel ni. Shot pun kena. Mungkin boleh stay kt sini bila ke Penang nanti.

    ReplyDelete
  7. Very cosy hotel 😍
    Lawanya..

    ReplyDelete