What's Hot

Saturday, 19 May 2018

Pak Beh Kembali Ramadan Ini @Iconic Hotel Penang


Assalammualaikum.


Day 3 of Puasa. Masih rajin nak masak untuk berbuka. haha next, not sure bila datang satu saat nak masak pun dah malas. Asyik pergi bazar je kan, mula la gagau mencari destinasi berbuka yang berbeza. Kalau korang tengah in saving mode tapi nak memuaskan hati semua pihak, apa kata terjah Iconic Hotel, Penang? 


Terletak di Bukit Mertajam, kedudukan nya agak strategik juga untuk jadi tempat persinggahan. And tempat parking juga banyak, sangat memudahkan mereka yang nak datang untuk berbuka puasa. Mengetengahkan tema "Dulang Pak Beh" Ramadan kali ini, menu muhibbah mereka menawarkan pelbagai juadah tradisional hingga ke "must have" buka puasa item. Jadi tak da masalah nak membeli ikut selera masing-masing, semua dah ada dekat sini.
Macam-macam ada, rasa rambang sangat nak makan yang mana. Jom tengok antara menu yang ada di sini. Kalau yang tengah berpuasa bila tengok entry ni bersabarlah, dugaan berpuasa haha
Ulam-Ulam Kampung dan Keropok
Sup Daging Utara dan Ikan Masin. 
 Hidangan Utama dari Chef Pak Beh
Nasi pula yang ada disini ialah nasi tomato, nasi putih dan juga hujan panas.
Kambing Bakar dan Apam Balik
 
Stall Sate, Roti Canai, Roti Telur, Murtabak dan pelbagai jenis roti yang lain, Stall Ikan Bawal Goreng, Stall Kambing Bakar, Stall Ais Kacang, Laksa, Char Koay Teow, Shawarma dan Apam Balik pun ada.
Kuih Muih Melayu & Agar-Agar Santan Pandan, Agar-agar Milo dan Sago
Bubur dan Pudding
Antara pencuci mulut dan aneka kuih-muih Melayu dan Nyonya yang ada. Rojak buah dan Buah-buahan segar tak dilupakan hehehe Tak lengkap kalau tak makan buah tau!
Selain itu, ada juga aiskrim dan jeruk untuk santapan selepas berbuka. 
Ada juga persembahan Gamelan sepanjang berbuka puasa tu. Yang paling menarik perhatian Mellya, budak yang tengah tu. Kecil lagi dah minat alat muzik tradisional macam ni. Waktu nak ambil gambar pun macam segan-segan je dia. haha

Lebih 160 hidangan istimewa dihidangkan untuk Ramadan kalini. Harga bufget juga sangat berbaloi. Cuma RM 65+ (dewasa) dan RM 32.50+ (kanak-kanak (4-12) & senior citizen (60+). Tempat solat juga disediakan untuk pengunjung. Bagi mereka yang ingin mengadakan Buka Puasa secara "private" harga buffet serendah RM58+ sahaja (minimum 30pax). Selamat menyambut bulan Ramadan guys ❤

Iconic Hotel

71 Jalan Icon City, Icon City, 
Bukit Mertajam, 
14000 Penang.
No Tel: +604 5059988
Facebook: https://www.facebook.com/iconichotelpenang/
Instagram: https://www.instagram.com/Iconichotelpenang/
Website: www.iconichotel.com.my

4 comments:

  1. This one pun kira agak murah ya the price for the buffet.

    ReplyDelete
  2. Bole try p mkn ni. Dkt ngn umh

    ReplyDelete
  3. mek pun malas masak. better booking tempat cam gini. hehehe

    ReplyDelete
  4. semua tempat ada kambing bakar ke 😭😭

    ReplyDelete