What's Hot

Sunday, 3 June 2018

Fresh Glow Pure Orange Facial Cleanser dan Scrub + Mask by Glamora HQ Review


Assalammualaikum.


Hi semua ❤ Dah lama tak review product kan. So kalini Mellya nak share product local dari Glamora, skincare Selamat dan Sihat pertama* di Malaysia. Product ini dijamin dan mendapat kelulusan KKM, tanpa merkuri , hydroquinone, dan paraben yang bahaya untuk kulit kita. Memandangkan Mellya mempunyai masalah kulit kusam dan parut jerawat yang teruk di kawasan pipi, jadi Mellya cuba Fresh Glow Pure Orange Facial Cleanser dan Scrub + Mask dari Glamora HQ.

Fresh Glow Pure Orange Facial Cleanser


Cleanser liquid to foam yang membantu membersih dari dalam serta memulihkan complexion wajah. Mengandungi 100% orange asli, ia bertindak untuk membersih makeup dan kotoran serta memastikan kulit bebas daripada pori tersumbat. Sesuai untuk lelaki dan wanita pelbagai jenis kulit. Harga sebotol Fresh Glow Pure Orange Facial Cleanser ialah RM45 je.


Goodness:
Remove makeup & dirts
Brighten & refreshing
Clean & minimize pores while lighten scars
Antibacterial properties prevent acne growth
Vitamin C for radiant, flawless & glowing skin 

Setiap botol mengandungi 120ml, antara kandungan nya ialah extract orange, citrus sinensis (sweet orange) oil, aqua, cocoamidopropyl betaine, PEG-120 Methyl Glucose Dioleate, Potassium Cocoyl Glycinate, Betaine, Cocamide MEA, Cocamide DEA, proylene Glycol, Glycerin, Polysorbate 20, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Saccharide Isomerate, Allantoin, Polyquaternium-7, Citric Acid, Panthenol, Methylchloroisothiazalinone, dan lain-lain.


Cara penggunaan: Basahkan wajah, picit 2-3 kali pada telapak tangan, dan massage ke seluruh muka. Bilas bersih, gunakan 2 kali sehari, pagi dan malam. 

My personal thoughts: Bau orange, buih halus. Pakai 2 3 kali pun muka tak rasa dry. Paling best muka rasa lebih bersih dan tegang lepas penggunaan. Dah kurang nampak kusam. Parut pun makin pudar. Guna consistently mungkin lebih terbaik hasilnya!

Fresh Glow Pure Orange Scrub + Mask


Dua dalam satu  dengan gabungan oren asli dan extract oren dengan 100% bahan exfoliant natural.  Berfungsi sebagai scrub dan mask membantu untuk melembapkan semula kulit dan mengurangkan kulit kusam. Sulphate dan paraben free, hypoallergenic dan dermatologist tested, tidak menyebakan kulit tersumbat. Harga cuma RM 60.


Goodness:
Remove dead skin cells
Clean & minimized pores
 Lighten scars & even skin tone
Vitamin C for radiant skin

Setiap tiub mngandungi 100 ml, antara kandungan penting ialah extract orange, citrus sinensis, aqua, glycerin, sorbitol, betaine, butylene glycol, propylene glycol, Saccharide  Isomerate, Polysorbate 20, Juglans Regia (Walnut) Shell Powder, barnadensis leaf powder dan lain-lain.


My personal thoughts: At first takut nak pakai, takut biji scrub dia terlalu kasar. Rupanya tak. So i keep on using it, memang best. Muka dah tak rasa kasar or bumpy anymore. Open pores pun dah kurang. 


Selain itu, Glamora juga mengeluarkan 3 lagi product lain iaitu Luminate Fairness Face Serum, Luminate Day & Night Brightening & Perfecting Ice Cream dan juga Rose Secret Hydrating Toner. Jadi bagi yang berminat mencubanya boleh hubungi mereka di :

Glamora Group Sdn Bhd (1173717-D)
Email: glamora.hq@gmail.com
Facebook: Glamora HQ
Instagram: Glamora HQ 
Website: www.glamora.com.my

*Disclaimer: This is my personal opinion and humble review based on my experience. I am not paid for this review and I spent my own money on this product. Result may be vary depends on multiple factors and your skin conditions. I am not liable for any problems that might arise from trying out the product I review here.

4 comments:

  1. there's so many new products and i am so confuse of which one to get.

    ReplyDelete
  2. macam menarik produk ni dan harga pun not bad tak mahal..

    ReplyDelete
  3. thanks share :) jom tgk blogskin ni. http://shahirah-lee.blogspot.com/2018/06/never-mind-template.html

    ReplyDelete