Assalammualaikum.
Hi semua! Dah baca review Imaan Suci Premium Wet Tissue Mellya sebelum ni? Kalau belum, bacalaaaa.. hehehe best tau wet tissue Imaan ni. Nak tau kenapa best kenalah baca ye. Back to Serum Susuk Beradu ni, Mellya telah diberi peluang untuk cuba product baru dari Imaan World ni beberapa minggu yang lalu.
Seperti sedia maklum Imaan World memang famous dengan wet tissues. So baru-baru ni, mereka telah mengeluarkan product baru and antaranya ialah Serum Susuk Beradu 24k, intense gold facial serum.
Serum Susuk Beradu 24k
Serum Susuk Beradu 24k dari Imaan ini berfungsi untuk mencerahkan, menganjalkan dan melambatkan proses penuaan. Sesuai untuk digunakan setiap hari sebelum mekap, sebelum tidur atau sebagai salah satu rutin penjagaan harian. Mengandungi cecair serum emas 24k 10 ml, setiap 1 botol serum ni boleh tahan lebih kurang 3 minggu. (bergantung cara penggunaan). Jom tengok kebaikan yang ditawarkan oleh Serum Susuk Beradu 24k Imaan ni.
Antara kebaikan Serum Susuk Beradu 24k ialah menegangkan dan meremajakan kulit, melambatkan penipisan kolagen dan meransang kolagen baru, merawat kerosakan akibat sinar matahari, meningkatkan keanjalan kulit, emudarkan jeragat dan kesan jerawat, mengurangkan kedutan, melambatkan penuaan kulit.
Ingredients Serum Susuk Beradu 24k
Cara penggunaan:
Antara ketiga-tiga cara penggunaan ni, Mellya lebih kerap menggunakan Serum Susuk Beradu 24k ni sebagai makeup base dan juga campur bersama foundation untuk memastikan makeup lebih tahan lama dalam masa yang sama merawat masalah kulit Mellya. Jom tengok video Mell dalam IG menggunakan Serum Susuk Beradu 24k. Mell makeup ringkas je dalam video ni.
- Sebagai serum malam dan siang
- Sebagai makeup based atau primer
- Campur Bersama foundation , krim pelembap atau sunblock
Ulasan: Step 1, toner followed by Serum Susuk Beradu 24k. Then moisturizer sebelum Mell teruskan ke rutin makeup harian.
My Honest Review:
Salah satu serum buatan Malaysia yang berkualiti. Makeup tahan lebih lama and lebih sekata dengan penggunaan serum susuk beradu ni. hehe Lagi best, kulit rasa lebih tegang dari masa ke semasa. Cuma dari segi sebagai rawatan jerawat and mencerahkan kulit, sejujurnya Mell masih dalam proses pemerhatian, trial lagi. Jadi tak dapat nak beri feed back dalam masa terdekat. haha Kalau bab jerawat ni selalu nya Mell memerlukan masa 2 hingga ke 3 bulan.
Secara ringkas, Serum Susuk Beradu 24k by Imaan ni mampu milik, cuma bernilai RM 60 setiap satu dan boleh tahan sehingga 2-3 bulan bergantung kepada cara penggunaan.
Mana nak dapatkan Serum Susuk Beradu 24k ni? Korang boleh dapatkan di sini http://www.imaanworld.com.my/ atau hubungi contact dibawah:
Alamat: No 3A-08 , D' Pandan Avenue 3, Taman Pandan Mesra, 68000 Ampang
Mobile: 019 286 2828
Email: inquiry@imaanworld.com
Website: https://www.imaanworld.com/
Facebook: https://www.facebook.com/imaansuciworld/
Instagram: https://www.instagram.com/IMAAN.SUCI.WORLD
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UChCJ0bgtXWdnbwWhkN3NBKw/videos
Serum yang ohsem.. Makin comellah lepas nie..
ReplyDeleteok nama dye scary.
ReplyDeleteHahah susuk tau 😂😂😂😂
Deleteokay la harga serum susuk ni. RM60 je. compared dengan yang lain, ini lebih murah kann hehe
ReplyDeleteSusuk moden, xpayah cucuk2 erk.. tp kak liez baca testomonial kata serum ni bagus
ReplyDeleteMmg bagus..
ReplyDelete