What's Hot

Monday, 31 December 2018

Tips Makeup Ringkas Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream


Assalammualaikum.


Hai korang! Terima kasih la sudi singgah blog Mellya lagi. HAHA Tahun baru dah dekat ni, azam baru dah ada ke? Memasing ada azam tahun baru, salah satu azam tahun baru Mell nak ada kulit licin dan lawo. Hahaha Nak bagi tercapai mudah je, pakai product yang selamat dan sesuai untuk kulit. Yang paling penting skincare routine. Tapi entry kali ni Mellya bukan nak bebel tentang azam tahun baru, tapi Mellya nak share tips makeup ringkas menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Yang mana tak sempat nak baca review Mellya sebelum ni, kalau tak keberatan singgah lah ke posting Mellya sebelum ni disini. Semua info Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream yang korang patut tahu boleh rujuk di link ini >> Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream.


Dah sebulan lebih Mellya pakai Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream, and dah jadi rutin harian, pakai setiap hari sampai tak dapat nak skip langsung cc cream. Kenapa Mellya cakap ringkas? Korang pakai CC Cream Hansaegee Nature ni saja pun dah cukup buat wajah korang cantik dan glowing macam pakai makeup.

Benda yang wajib ada dalam bag sejak akhir-akhir ni mestilah Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni. Kalau pergi travel, nak solat mesti nak kena makeup semulakan. Bagi geng yang “pemalas” macam Mellya Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni solution terbaik haha Standby dalam bag eyebrow pencil, CC Cream, Lip Tint pun dah cukup untuk makeup selepas solat. Oh ya, korang lagi jimat masa sebab dah tak perlu nak pakai sunblock lagi, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni memang dah ada SPF 30 PA+++ jadi dah tak risau sangat.

Step 1: Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream



Picit sedikit CC Cream ke atas tangan dan titik kan ke setiap sudut wajah. Sapu rata korang akan dapat lihat wajah korang lebih cerah dan tona kelihatan lebih sekata. Bagi yang ada parut jerawat seperti Mellya, korang boleh cover dengan concealer stick pada area tertentu.

Step 2: Bedak Tabur 

Bagi yang ada masalah kulit berminyak boleh pakai loose powder untuk kemasan yang lebih matte.


Step 3: Eyebrow Pencil 

Nak nampak muka berseri macam pakai makeup boleh guna eyebrow pencil. Secara tipis pun dah cukup barulah nampak natural.


Step 4: Lip Tint 

Lip tint ni yang best nya boleh digunakan sebagai pemerah pipi dan bibir. Two in one gitu!


Macam mana mudah kan? Pakai Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream je pun dah cukup buat muka Mellya glowing. Ramai yang tanya pakai apa sejak akhir-akhir ni, pasni korang dah tahu lah ye rahsia Mellya yang tak berapa nak rahsia ni. Kalau korang nak tahu, ramai yang dah cuba and berpuas hati.

My Honest Review: Thanks Hansaegee Nature sebab memperkenalkan Gold Nano CC Cream ni dekat Mellya. Sejak ada cc cream ni, Mellya dah tak kalut nak makeup lama-lama sebab gold nano cc cream ni memang terbaik. Jimat masa dan jimat wang jugak, dah tak perlu pakai foundation setiap kali nak makeup. Sememangnya tips makeup ringkas yang patut korang suma cuba tau!

Oh ya.. Dah berjaya hasut kakak and adik Mellya untuk cuba jugak. Korang bila lagi? Heheh ❤



Company name: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

3 comments:

  1. great tips!

    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete
  2. Hansaegee cc cream ni mmg the best.. texture dia tu masuk dgn smua jenis kulit.

    ReplyDelete