Assalammualaikum.
Zaman sekarang ni macam-macam
supplement dan minuman kesihatan dapat kita lihat di pasaran. Cuma yang membezakan adalah
pada bahan-bahannya yang mengetengahkan penggunaan makanan sunnah yang pelbagai
di dalam satu sajian. Oh ya masing-masing dah mendapat kesedaran betapa penting
nya kita menjaga kesihatan diri dan keluarga. Mestilah kan.. masih ada ke yang
tak nak tubuh badan sihat? Bila dah
semakin dewasa ni, Mellya makin mementingkan kesihatan diri dan keluarga
Mellya. Dengan cara pemakanan yang kadang-kadang tu tak terjaga, pengambilan
gula dan kalori secara berlebihan, semuanya mengundang pelbagai penyakit yang
memudaratkan. Jadi Mellya pun adala risik kalau-kalau ada minuman yang
berkhasiat mungkin boleh dikongsikan bersama keluarga.
Jadi baru-baru ni, ada
sahabat blogger kita telah memperkenalkan minuman Awwa yang dikeluarkan oleh Imanni
Skinz kepada Mellya. Katanya Awwa
ini adalah produk Muslim bumiputera, jadi Mellya pun tak teragak-agak lagi
untuk turut cuba produk yang dijamin halal ini.
Kenapa letak
nama Awwa?
Menurut founder Imanni Skinz sendiri, sebenarnya mereka telah menamakan produk minuman mereka sebagai Arwa disebabkan oleh
maksud yang dipegang oleh perkataan itu sendiri iaitu memberi minum sampai
puas, segar dan menyenangkan. Disebabkan nak bagi nama iras-iras dengan Arwa, product ni dinamakan semula sebagai Awwa. Lepas Mellya dah cuba, memang terbukti nama Arwa
sangat sesuai diberi. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca. Hehehe
Awwa
mengandungi 8 makanan Sunnah yang semestinya mempunyai kebaikan dan kelebihan
tersendiri. Antaranya ialah madu, delima, za’faran, al Manna, Kismis, Habbatus
Sauda, Zaitun dan Kurma.
Kebaikan 8 Makanan Sunnah yang
terkandung di dalam minuman Awwa:
Madu
Awet muda, menyembuhkan luka, mengurangkan
berat badan, meningkatkan sistem imunisasi, mengurangkan angin dalam badan, dan
melembapkan kulit
Delima
Kesihatan usus, menguatkan imunisasi
badan, penting untuk pembentukan tulang, baik untuk peredaran darah, kesihatan
saraf, melindungi dan memperbaiki sel kulit, mengawal fungsi organ tubuh
Za’faran
Menguatkan daya ingatan, hilangkan ruam
dan jerawat, hindarkan batuk dan selesema, tingkatkan selera makan, dan merawat
kulit bermasalah
Al Manna
Mampu merendahkan kolesterol, selesaikan
masalah sembelit, reda ketidakselesaan perut, kurangkan risiko penyakit
berpunca dari kolesterol, lemak dan gula, menurunkan paras gula
Kismis
Cerdaskan minda, kuatkan daya ingatan,
perbaiki tona, keanjalan kulit, kurangkan tekanan darah tinggi
Habbatus Sauda
Anti penuaan, meningkatkan stamina,
rawat eczema dan asma, kesihatan jantung, stabilkan tekanan darah, kulit dan
tulang, penggalak susu badan, kurangkan PMS dan migraine
Zaitun
Lembapkan kulit, rawat kerosakan rambut,
cegah sakit jantung, kurangkan risiko diabetes, cegah penuaan, atasi masalah
kulit jerawat dan parut, cegah angina ahmar
Kurma
Baik untuk ibu hamil, kuatkan memori,
cegah serangan strok, bekalkan tenaga, lancar peredaran darah
Selain itu, lebih istimewa lagi minuman
Awwa ini tidak mengandungi maltodekstrin, tanpa gula putih dan juga rendah
kalori jadi bagi mereka yang mempunyai masalah diabetes dan ingin menjaga berat
badan juga boleh mencuba minuman Awwa ini. Minuman enak Awwa ini didatangi
dengan tiga perisa menarik iaitu, Awwa Susu Kurma Strawberi, Awwa Minuman
Coklat Mocha dan juga Awwa Minuman Coklat Kurma. Bukan saja mengandungi lapan khasiat
makanan Sunnah, setiap minuman Awwa ini juga mempunyai bahan tambahan tertentu
serta kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri.
Awwa Strawberi
Susu kambing berperisa strawberi yang
mengandungi Vitamin C yang membantu mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat,
dan membantu meningkatkan sistem imun badan. Kandungan utama susu kambing
sangat penting untuk imunisasi badan, memberi tenaga, menaikkan haemoglobin
(Hb), membantu penghadaman antioksidan dan juga anti penuaan. Boleh diminum
oleh ibu hamil dan penghidap diabetes juga.
Awwa Coklat
Kurma
Antara kelebihan Coklat Kurma ialah
sebagai penggalak susu ibu (milk booster), memberikan tenaga, melegakan
sembelit, mengenyangkan bagi mereka yang ingin diet, membantu serta merawat
eczema, gatal-gatal, khasiat ibu hamil, menyusu meningkatkan IQ anak.
Awwa Coklat
Mocha
Sesuai untuk mereka yang ingin
menurunkan berat badan, Arwa Coklat Mocha mengandungi bahan aktif Garcinia
Cambogia yang bertindak sebagai bahan yang merencatkan nafsu makan dan
mengurangkan berat badan, mempercepatkan pengecutan Rahim semasa proses
berpantang dan menambah susu badan, meningkatkan hormon serotonin dalam otak
untuk mengurangkan rasa lapar dan memberikan tenaga kepada kita.
Macam mana nak
bancuh Minuman Awwa?
Cara bancuhan:
Tuangkan satu paket ke dalam cawan berisi 150ml air panas, kacau &
hidangkan. Arwa sedia diminum. Mudah je kan!
Awwa coklat kurma dan arwa susu kurma
strawberi – sesuai untuk di minum seisi keluarga bermula dari usia 10 bulan dan
ke atas. Untuk Kanak-kanak dengan usia yang masih kecil, disarankan hanya beri
½ sachet. Awwa Coklat Kurma tidak sesuai untuk ibu
hamil dan kanak-kanak kerana ia turut mengandungi sejenis ‘asam’ yang dikenali
sebagai Garcinia Cambogia . Asam ini akan bantu melawaskan sistem penghadaman
kerana itu ia dapat atasi masalah kurang lawas dan perut buncit. Maka ia lebih
sesuai untuk kaum lelaki dan wanita dewasa yang tidak hamil dan tidak menyusu. Selain
itu korang boleh je hidangkan Arwa dengan cara lain. Jom tengok cadangan
hidangan yang disediakan. Menarik bukan?
Antara ketiga-tiga minuman Awwa ni,
paling Mellya suka ialah Awwa Coklat Kurma. Sedap gilos k, macam air coklat
mahal haha Tambah pula, Mellya memang
penggemar air coklat kurma, rasa lemak-lemak gitu. Awwa Coklat Mocha Mellya
selalu usung pergi office, sebab sometimes rasa lemau je kat office. Awwa
Coklat Mocha ni actually boleh beri tenaga tau, jadi semangat la sikit itew nak
keja yeee hahah
Kandungan,
maklumat pemakanan dan cara bancuhan
Satu kotak
sepuluh sachet!
Setiap kotak Awwa mengandungi sepuluh
paket setiap satu. Bila dalam bentuk sachet, lebih mudah untuk korang bawak and
tapau dalam bag, bancuh dekat office kan? Hehehe
Berapa harga
dan dimana nak dapatkan Minuman Awwa?
Sekotak Awwa harganya ialah RM 35 tapi
sekarang ada harga promosi tau! Korang boleh dapatkan pada harga RM 28 sahaja.
Ada yang rasa mahal RM 35 tu, tapi cuba korang bandingkan khasiat makanan
Sunnah yang terkandung dalam Awwa tuh dengan nilai ringgit tu. Untuk maklumat
lanjut atau pembelian, korang boleh lah lawati Facebook Page, Instagram atau
whatsapp kepada no yang Mellya share dibawah ye. Thanks for reading guys!
Facebook:
Instagram:
WhatsApp:
I did'nt hear this brand's product 😊 Thanks for your sharing 😊
ReplyDeleteNice sharing 👍.. New follower here 🙋 jemput singgah blog sy ye.. Terima kasih
ReplyDeleteMenariknya. dia punya bahan2 pun semua makanan sunnah. Kalau bukan kita yg support barangan bumiputera siapa lagi kan :)
ReplyDeletehttps://theathra.blogspot.com/
Menarik! First time dengar. Dan khasiat nya memang terbaik.
ReplyDeletemenarik :)
ReplyDeletesis dh cuba gak.. sedappp giler!! best sgt2! lepas ni nk beli lagi la... family pun suka
ReplyDeleteminuman penuh berkhasiat untuk seisi keluarga. semua perisa tu nampak sedap je.
ReplyDeleteBagus juga ni.. Anak2 mesti suka sbb mcm2 perisa kan.. Packagingnya pun cantik je tgok.. Harga pun not bad murah juga ingat mahal... Terbaikk..
ReplyDeletemantap
ReplyDeletekita punya dah habis..hahaa..nak kena tambah stok coklat kurma tu
ReplyDeletesedapnya tngok.. busyra suka flavor coklat..
ReplyDelete