What's Hot

Thursday 2 April 2020

Rutin Penjagaan Muka Menggunakan Minakawaii Skincare

Assalammualaikum.
Minakawaii Skincare dari Jepun dikembangkan khas oleh satu majalah terkenal disana iaitu Mina. Bertujuan untuk menentang penuaan awal, ia mengandungi kolagen ikan yang sangat baik untuk kulit. So apa actually kolagen ikan ni? Kolagen ikan ini diekstrak daripada kulit, sisak dan tulang ikan. Ia juga mempunyai asid amino yang mempunyai daya serapan terbaik disebabkan oleh zarah mereka yang lebih kecil berbanding kolagen haiwan. 
Antara kesan kolagen ikan ialah:
Memperbaiki kedutan, memutihkan dan mencerahkan kulit
Mengekal dan menambah kuantiti air ke dalam kulit 
Menyegar dan melembapkan kulit
Mengecilkan pori dan menganjalkan kulit 
Meningkatkan metabolisme kulit serta melambatkan penuaan

RUTIN PENJAGAN MUKA MENGGUNAKAN MINAKAWAII SKINCARE
Step pertama ialah Cleansing Water untuk membersih sisa makeup tanpa mengasarkan dan merengsakan kulit. Caranya pump-kan sedikit cleansing water pada kapas dan sapu pada wajah.
Step kedua, Daily Scrub Gel ada yang memilih scrub untuk dipakai selepas mencuci muka tapi bagi Mell, adalah lebih baik korang scrub wajah dulu untuk membuang kotoran serta sel kulit mati yang tertinggal di kulit wajah. Tuang sedikit pada telapak tangan dan gosok pada wajah sebelum bilas. Ada tiny beads yang membuatkan korang rasa best sangat bila scrub wajah korang. Tak kasar pun.
Step ketiga ialah Milky Face Cleanser. Mengandungi bahan yang mudah meresap ke dalam kulit untuk menutup liang pori dan mengekalkan kelembapan kulit. Sifat anti-oxidant nya juga menghalang bacteria yang boleh menjadi punca masalah kulit yang lain. Cara penggunaan nya sama seperti scrub.
Step keempat, Moisturizing Facial Lotion.  Boleh dikatakan sifatnya itu seperti toner. Mengandungi natural hydro castor oil dan vitamin which is great for your skin. Ia menyegarkan dalam masa yang sama membuatkan kulit korang rasa lembut dan anjal. Tuangkan sedikit pada kapas dan sapu seluruh wajah.
Step kelima, nak lebih effective cuba step ini juga iaitu Anti Aging Facial Cream. Ni macam moisturiser laa.. Mengandungi shea butter dan kolagen yang mencukupi untuk melembut, melembap dan melambatkan proses penuaan kulit wajah.
Step keenam , Sleeping Mask Booster. Nak tidur lebih lena, sambil merawat kulit why not pakai Sleeping Mask Booster Minakawaii ni. Esok pagi bangun kulit confirm rasa lembut, gebu gebas dan fresh. So amacam? Menarik tak? Mana nak dapatkan product skincare Minakawaii ni? Korang boleh check link sebelah : Minakawaii & Minakawaii 


View this post on Instagram

Pernah dengar @minakawaii_produkkecantikan ? Minakawaii adalah satu jenama kosmetik penjagaan kulit yang mengandungi kolagen ikan 🐟 dari Jepun oleh majalah yang terkenal di Jepun, Mina untuk menentang penuaan awal 😉 . Antara kebaikannya ialah : Kurangkan kedutan, memutihkan dan mencerahkan kulit 💡 Mengekal kelembapan kulit 💦 Mengecilkan pori dan menganjalkan kulit 🤗 Melambatkan penuaan kulit ⏰ . Terdapat 6 produk dalam set Minakawaii 🌼 iaitu: ✔Cleansing Water ✔Milky Face Cleanser ✔Daily Scrub Gel ✔Moisturizing Face Lotion ✔Anti Aging Face Cream ✔Sleeping Mask Booster . Mellya suka betul 😍 dengan Milky Face Cleanser dan Moisturizing Face lotion Minakawaii ni. Nak tahu kenapa? 😛 Nanti Mellya cerita dalam feed seterusnya yup 🙋 . #setminakawaii #minakawaiikolagenikan #cantikbersamaminakawaii #rahsiamudadanremaja #belitigapercumatiga
A post shared by Fhatin Amelia (@fhatinamelia) on

2 comments: