What's Hot

Friday, 29 January 2021

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Tanpa Pewarna

 Assalammualaikum.
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Tanpa Pewarna
First time nak buat entry resepi. Sebabnya sejak dah jadi mak mak surirumah ni suka pulak try masak. haha Disebabkan PKP and ada anak kecik pula, sengajala cari resepi makanan yang selalu Mell and hubby makan kat luar. Ni ha my first recipe, Daging Merah Ala Thai. At first tak yakin la nak jadi macam makan kat kedai Tomyam tuh. haha Try-try menjadi. So this time nak buat lagi sekali untuk simpanan dalam blog.

Bahan yang diperlukan:
Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Tanpa Pewarna

1 kg daging potong nipis rebus 
2 biji cili merah dihiris
10 biji cili melaka
6 ulas bawang putih tumbuk
5 sudu besar cabai yang dimesin
3 biji bawang besar Holland @ biasa
2 biji tomato yang dipotong 6
2 senduk sos cili
2 senduk sos tomato
2 senduk sos tiram 
1 senduk sos ikan (optional)

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Tanpa Pewarna
Gorengkan daging yang direbus tadi, angkat daging dan letak tepi. Minyak yang digunakan untuk menggoreng daging gunakan untuk menumis cabai kering dan bawang putih hingga pecah minyak.

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Tanpa Pewarna
Masuk sos-sos diatas, masuk air daging yang direbus hingga didih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Tanpa Pewarna
Agak pekat sikit, masukkan bawang, daging, cili merah dan cili melaka. Kacau hingga sebati dan bawang lembut, masukkan tomato. Tutup api, siap!

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Tanpa Pewarna
Simple kan? Sos tiram bagi Mell tak perlu la banyak macam tu, ikut citarasa korang. Sos ikan tu tak masukkan pun okay je still menjadi. Berapa bahan yang perlu tu bergantung pada masakan korang tu nak buat untuk berapa orang tau. Good luck!


7 comments:

  1. Kita yang masak ikut selera kita la la mel hihihi.. Janji menu sedap bertambah nasi hihihi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tau xpaa haha tp jemu pulak hubby klu ari2 mkn daging merah 🤣

      Delete
  3. Sedap daging masak lemak ala thai ni. Walaupun bukan jenis penggemar daging tapi dapat lauk sedap tu berselera makan :)

    ReplyDelete
  4. Sedap tu nampaknya. Boleh lah nak cubs resipi ni nanti. Bosan lak masak berlada je.hehe

    ReplyDelete