What's Hot

Showing posts with label MOVIE Review. Show all posts
Showing posts with label MOVIE Review. Show all posts

Saturday, 27 October 2018

10/27/2018 12:43:00 am

Hunter Killer 2018 Movie Review & 3 Sebab Korang Wajib Tengok

Assalammualaikum.
Hi readers! Lama gila Mellya tak buat movie review kan. haha So baru-baru ni Mellya for the first time ever, dijemput untuk attend premiere movie screening dekat Sunway Carnival Mall (kat situ ada GSC). So tajuk movie tu ialah "Hunter Killer" and at first Mell macam curious gak la, best ke cita ni and worth it ke nak pi tengok on working days (besala keja kan, balik kira nak hadap katil ja lol). But then fikir, alaahhh bukan senang nak dapat invitation macam ni, so why not?

Hunter Killer

sumber Google
Directed by Donovan Marsh , Hunter Killer based on novel; Firing Point by Don Keith & George Wallace, sebuah movie bergenre action thriller (durasi 2 jam) yang dilakonkan oleh Gerard Butler, Gary Oldman, Micheal Nyqvist, Common dan Toby Stephens. Movie ini telah ditayangkan di pawagam GSC bermula 25 October 2018. Memang menarik sebab buat pertama kalinya Mell berpeluang menonton movie yang berkaitan dengan kapal selam. haha sebelum ni banyak movie action atas kapal terbang, kereta tu memang selalu lah kan..
sumber Google
Kisah bermula apabila sebuah kapal selam US bernama Tampa Bay yang telah hilang ketika berada di perairan berdekatan Russia. Pelik dengan kejadian menimpa Tampa Bay, Captain Joe Glass hasil lakonan Gerald Butler telah diarahkan oleh RA John Fisk (Common) untuk pergi menyiasat kejadian tersebut bersama kapal selam USS Arkansas dan kru anak kapalnya, yang dinamakan sebagai Hunter Killer.
sumber Google
Pada waktu yang sama, sekumpulan Navy SEAL yang diketuai oleh Liutenant Bill Beaman (Toby Stephens) dan diikuti oleh anak buah nya,  Devin Hall, Matt Johnstone,  dan juga Martinelli (dia ni agak clumsy and slow compared to the others, maybe masih baru dalam team tu kot haha) turut diamanahkan untuk menyiasat base tentera marin Russia di Polyarny. Apa yang mengejutkan ialah Menteri Pertahanan Russia, Dmitri Durov telah menawan beberapa body guard Presiden Zakarin (Presiden Russia) termasuk Presiden tu sendiri, jelas menunjukkan tengah berlaku rampasan kuasa.
sumber Google
Untuk mengelakkan perbalahan antara dua negara, Kapten Joe dan kumpulan Navy SEAL tersebut telah diarahkan untuk menyelamatkan Presiden Zakarin.
sumber Google
Hasil pemerhatian Captain Joe Glass, dia mendapati bahawa Tampa Bay telah karam akibat diserang turpedo yang dipercayai daripada pihak Russia. Dia juga menemui sebuah bangkai kapal selam yang lain milik Russia bernama Konek yang telah karam akibat khianat (internal sabotage). Mereka kemudiannya diserang oleh sebuah kapal selam Russia yang menyorok dibawah iceberg, namun berjaya menghapuskan kapal selam tersebut. Ada mangsa yang terselamat di dalam kapal selam Russia itu, Captain Joe bertindak berani untuk menyelamatkan mangsa untuk dijadikan tawanan dan mangsa tersebut ialah Captain kapal yang bernama Sergei Andropov (dia sangat disegani oleh tentera marin Russia) bersama dua lagi anak kapal.
sumber Google
Bill Beaman dan anak buah nya membuat intipan sebelum akhirnya disedari oleh pihak Russia, dan cuba ditangkap namun tak diketemui. Martinelli telah terkena tembakan, menyukarkan lagi keadaan mereka untuk meyelamatkan Presiden Zakarin. Beaman kemudiannya membuat keputusan untuk pergi menyelamatkan presiden tanpa Martinelli. 
sumber Google
Captain Joe cuba memujuk Captain Sergei untuk beri kerjasama dalam usaha menyelamatkan Presiden tersebut (kawasan perairan Russia di penuhi dengan periuk api dan pengesan bunyi yang boleh mengancam keselamatan mereka). Adakah Sergei akhirnya bersetuju untuk beri kerjasama? dan apakah nasib Beaman dan anak buahnya? Martinelli? Kalau berjaya menyelamatkan Zakarin, adakah mereka dapat melepaskan diri dari tentera Russia dengan kuasa yang dimiliki Zakarin dan Captain Sergei? Banyak detik-detik cemas dalam movie ni, especially ketika Hunter Killer telah terjejas teruk akibat terkena serpihan tembakan turpedo milik Rusia.
sumber Google

Nak tahu apa kesudahan Hunter Killer? 

Mellya memang bagi 5 out 5, ada 3 sebab kenapa Mellya cakap korang kena tengok movie ni. 1st, story line the best, tak boring, tak slow, padat. Even though pelakon dia Mell tak kenal pun, tapi lakonan diorang memang mantap. 2nd, watak Captain Joe yang sangat cool orangnya. Korang kena tengok cara dia fikir, find solution and lead team dia. Cara dia deal dengan Captain Sergei yang at first macam tak percayakan dia. Next, korang dapat tengok sendiri macam mana keadaan dalam kapal selam, risiko dan bahaya bekerja dalam bidang tu. Memang beranilah!

Jadi jangan lupa pergi pawagam berdekatan untuk tonton movie ni tau! 
Memang thumbs up #hunterkiller team! ❤ 

Tuesday, 15 August 2017

8/15/2017 10:30:00 am

Movie Review : Ghost House (2017)



Release date2017 (USA)
DirectorRich Ragsdale
ScreenplayJason Chase TyrrellKevin O'Sullivan
ProducersKevin RagsdaleVeronica Radaell
Cast by: Mark Boone, Scout Taylor, James Landry

Niat hati nak tengok Annabelle, tapi ramai pulak sampai tinggal seat betul-betul depan screen. End up tengok cita Ghosthouse yang pelakon dia entah sapa-sapa tak penah dengar haha Nasib baiklah jalan cerita masih boleh diterima. 

SYNOPSIS

Mengisahkan mengenai sepasang couple dari USA iaitu Jim and Julie yang datang melancong di Thailand. Julie sangat tertarik dengan fotografi dan sangat minat dengan tradisi ghosthouse yang dikatakan rumah kecil pemujaan roh atau hantu yang berfungsi untuk melindungi masyarakat di situ. Pada hari Julie menerima lamaran Jim, mereka ditemukan dengan dua orang lelaki Robert and Billy, yang berasal dari British. Mereka berjanji untuk membawa Jim dan Julie ke kawasan Ghosthouse. Ketika sampai berlaku perselisihan faham antara Jim dan Julie, Julie yang beredar ke arah kawasan ghosthouse yang diikat dengan scarf nya tergamam, keliru selepas melihatnya. Selepas Julie memegang patung yang diikat scarf nya itu, Robert dan Billy segera lari dan meninggalkan kawasan itu.

Ketika itu, Julie terlihat jelmaan seorang wanita yang sangat hodoh (hantu jepun yang mati terbakar selepas suaminya atau kekasih (tak ingat la pulak) curang. Pergh memang heart attack hehe lepas penat berjalan, and baru capai signal coverage, diorang dapat panggilan daripada Gogo (driver diorang) untuk fetch diorang kat perkampungan pelik tu.  Since then Julie asyik meracau and Gogo bawa Jim and Julie jumpa orang-orang kampung untuk dirawat. Punyalah kecoh masa tu, then depa dok kecek Thai, dalam dok kecek tu dia mention rupanya nama hantu tu, Watabe. hihi Watabe ni marah kalau wanita cantik kacau tempat dia, so Julie ni dihantui oleh hantu Watabe, sampailah diorang balik hotel.

Dekat hotel, dah ada gangguan tak henti-henti, si Julie ni pun dah macam meroyan, Jim terus bawa dia ke hospital. Jim pun segera cari Robert and Billy, and diorang inform yang dia kena jumpa dengan seorang lelaki bernama Reno. Menurut depa berdua jugak, Julie cuma boleh bertahan dalam 36 jam, dia boleh mati kalau dibiarkan macam tu sebab Watabe suka makan roh wanita cantik yang menggugatnya. So lepas dah jumpa Reno, Reno cakap kalau nak sembuh lakukan benda yang sama macam Robert and Billy buat, but for sure lah Jim ni tak sanggup. Tak semua orang jahat macam Robert and Billy tuh. Once again dia jumpa Reno dengan harapan ada solution lain. Lepas terima ugutan, Reno lah yang bawa diorang ni jumpa bomoh Thai yang entah dok hulu sungai mana. hihi but yang pasti, at the end of the story, waktu penghabisan, nak selamatkan Julie, Jim kena sacrifice, dia potong jari dia. And the curse is over. The End.

Actually cerita ni best, ada panjang lagi and tak semudah penceritaan Mellya, but Mellya just highlight yang main je. haha Yea yea im a spoiler. But at least korang rasa berbaloi nak tengok nanti muahaha ❤

Sunday, 23 July 2017

7/23/2017 09:12:00 am

Movie Review : Wish Upon (2017)



Release date: July 14, 2017 (USA)
Director: John R. Leonetti
Music composed by: Tomandandy
Distributed by: Broad Green Pictures, Orion Pictures
Cast by: Joey King, Ki Hong Li, Gary Philippe

Lama gila tak tengok wayang huhu kalini tengok Mellya pilih Wish Upon sebab kempunan tengok movie hantu. Actually tak ada hantu pun dalam movie ni, cuma ada wishing pot, yang kita boleh buat 7 wishes but semuanya ada bad consequences.

SYNOPSIS

Mengisahkan tentang seorang gadis remaja Clare Shannon (Joey King) yang sering dibuli di sekolah disebabkna oleh ayah nya yang bekerja sebagai seorang pengumpul barang terpakai di tong sampah. Berkawan dengan dua orang rakan yang sangat memahaminya iaitu Meredith dan juga June. Permulaan cerita, ketika kecil Clare telah melihat sendiri ibunya membunuh diri di loteng tanpa sebab yang pasti.

Satu hari, ayahnya membawa pulang sebuah peti muzik yang diukir dengan tulisan cina. Menyatakan ia akan menunaikan 7 hajat pemilik wishing pot itu. Clare pun membuat hajat yang pertama iaitu untuk membalas dendam terhadap pembulinya disekolah iaitu Darcie Chapman dan ianya berhasil. Tidak berapa lama kemudian, anjing kesayangan Clare, iaitu Max telah mati dimakan tikus. Sedih dengan apa yang berlaku pada Max dan disekolah, dia membuat hajat kedua. Hajat keduanya ialah untuk membuatkan crushnya, Paul Middlebrook agar tergila-gilakan nya dan sekali lagi ia berhasil. Tapi ada bayarannya, Uncle August nya yang sangat kaya raya mati terjatuh di dalam bathtub. Sekali lagi membuat hajat supaya segala harta peninggalan diserahkan kepadanya. Clare dan ayahnya akhirnya berpindah ke rumah Uncle August dan bahagia sementara.

Tanpa disedari, ketika pergi bershopping, Mrs Deluca merangkap jiran, dan juga ibu angkat nya telah mati. Dalam kegembiraan, Clare masih curiga dengan wishing pot tu, sebab masih ada banyak wording yang tidak dapat dirungkainya. Jadi dia meminta tolong temannya iaitu Ryan Hui untuk meminta tolong sepupunya untuk mentafsirkannya.  Kemudian mereka pun pulang sementara Gina mencari makna perkataan yang tertera di pot itu. Clare membuat hajatnya yang keempat agar ayah nya tidak lagi mengorek sampah dan ketika itu lah nyawa Gina diragut.

Sebelum maut, Gina sempat memesan kepada Ryan yang setiap hajat yang dibuat perlu dibayar dengan nyawa. Ryan cuba sampai kan kepada Clare dan bertanya jika dia ada membuat hajat sebelum ini, tapi Clare tidak mengaku dan cuba menjauhkan diri. Dia yang ketakutan menceritakan nya kepada June dan Meredith dan mereka pun menasihatinya so that buangkan je wishing pot tu. Tapi Clare tak nak disebabkan oleh segala hajat nya akan terbatal kalau dia buang wishing pot tu. Sekali lagi, hajat  kelima untuk menjadi paling popular di sekolah. Secara official, Paul dan dia berdating namun tidak kekal lama, sebab Paul dah boleh dikatakan terlalu obses sehingga datang menyelinap ke rumah Clare. Clare yang ketakutan memutuskan hubungan mereka. 

June hampir maut tetapi dihalang Meredith ketika patung yang dibakar hampir jatuh ke atasnya. Kemudian mereka ke mall kalau tak salah sebelum Meredith maut cable lift terputus dan menghempapnya. Pada masa yang sama ayahnya juga hampir maut di hempap tayar.

Ryan juga berpesan yang jika hajat ketujuh dibuat, nyawa pemilik tersebut akan diambil oleh penjaga wishing pot itu sebagai bayaran. Clare pun membuat keputusan untuk menyorok pot itu ditempat yang selamat. Tetapi akhirnya hilang. Bengang dengan kejadian itu, June telah mengambilnya dan menyembunyikan wishing pot tu, untuk mengelakkan perkara buruk berlaku lagi. Clare yang kembali hidup susah dan dibuli, sangat kecewa dengan dirinya sehinggalah dia ternampak wishing pot itu didalam locker Jane. Dia merebut wishing pot itu dan menolak Jane jatuh dari tangga. Ryan menegurnya dan Clare mengugut untuk menggunakan hajat tersebut terhadapnya.

Clare bergegas pulang dan membuat hajat agar ibunya tidak membunuh diri. Tiba-tiba ibunya datang memanggilnya bersama dua orang kanak-kanak yang mungkin adik perempuan nya. Mereka menyambut birthday nya, dan sehinggalah Clare ke loteng tempat lukisan ibunya, dia terlihat satu lukisan yang menggambarkan wishing pot itu, jadi dia akhirnya tahu punca kematian ibunya ialah disebabkan oleh wishing pot itu. Tiba-tiba dia tersedar ayahnya akan menerima balasan nya, dia bergegas untuk selamatkan ayah nya namun terlambat. Menyesal dengan apa yang berlaku, dia menggunakan hajat terakhirnya untuk batalkan segala yang dihajati sebelum ini dan semuanya kembali ke hari yang dia menerima wishing pot itu. Clare memasukkan pot itu ke dalam beg dan menyuruh Ryan menanamnya tanpa membukanya sebelum maut dilanggar kereta di depan teman-temannya.


Best ke tidak? Boleh la. Tak ada hantu but cara mati tu agak gerun jugakla kalau bagi orang yang tak tahan sakit haha ❤

Monday, 10 April 2017

4/10/2017 09:25:00 am

Movie Review : Beauty and the Beast (2017)


Assalammualaikum.

Beauty and the Beast (2017)


Director: Bill Condon
Writers: 
Stephen Chbosky (screenplay), 
Evan Spiliotopoulos (screenplay)
Stars: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans

Mellya berpeluang menonton Beauty & the Beast last week. Sebelum ditayangkan banyak desas-desus mengatakan filem ni tak dapat ditayangkan disebabkan unsur "gay" dalam filem ni. Tapi bagi Mellya unsur "gay" dalam filem ni tak adalah keterlaluan, banyak lagi filem-filem lain yang menunjukkan adegan-adegan yang lebih keterlaluan tapi masih ditayangkan. Tak faham betul. Anyway, hope korang yang belum menonton enjoy this review lol.

SYNOPSIS

Di permulaan kisah, ada seorang putera raja yang tinggal di sebuah istana. Satu hari, ketika menyambut perayaan di istana, seorang nenek tua (actually seorang enchantress), datang memberi sekuntum bunga sebagai pertukaran untuk dapatkan perlindungan sementara. Putera itu mentertawakan nenek tua itu, dan nenek itu pun bertukar menjadi seorang witch yang cantik. Putera memohon maaf tapi tak berjaya, lalu di sumpah menjadi Beast.....

Belle seorang gadis yang periang and rajin membaca. Dia dikatakan seorang yang pelik dan lucu dalam kalangan penduduk di perkampungan nya, Villeneuve. Digelar sebagai "Odd Belle". Belle selalu diketawakan. Dia tinggal dengan bapanya, Maurice seorang pembuat music box, selepas kematian ibunya di Paris disebabkan wabak penyakit.  Belle telah menjadi kegilaan Gaston, seorang jejaka kacak tetapi narcissist yang merupakan seorang bekas captain perang, dibantu oleh LeFou, assistant nya.

One day, Maurice ingin ke bandar untuk menjual music box nya. Belle memohon untuk dibelikan sekuntum bunga mawar, seperti selalu. Dalam perjalanan di hutan, Maurice diserang sekumpulan serigala. Dia akhirnya berlindung di sebuah castle lama milik Beast. Pelik dengan suasana dalam castle (cawan bergerak, makanan terhidang), Maurice cuba melarikan diri sebelum memetik sekuntum mawar untuk anaknya. Tapi ketika itu dia diserang Beast kerana mencuri bunga tersebut lalu berjaya ditangkap Beast. Philip, kuda milik Maurice melarikan diri pulang kepada Belle. Belle yang menyedari sesuatu telah berlaku pada bapanya segera menunggang Philip untuk menyelamatkan Maurice.

Ketika ingin menyelamatkan Maurice, Belle bertemu dengan Beast. Dia meminta Beast mengizinkannya bertemu ayahnya lalu menolak keluar bapanya daripada penjara. Ayah nya bebas dan berjanji akan kembali untuk selamatkannya. Belle bertemu dengan Lumiere dan Cogsworth, mereka ialah manusia sebelum bertukar menjadi lilin dan jam. Mereka membawa Belle ke sebuah bilik dan mengatakan Belle ialah tetamu istimewa. Selepas makan malam, Belle pergi ke bilik Beast dan melihat sekuntum mawar merah yang semakin layu. Beast yang terkejut dengan kehadiran Belle segera memarahi Belle. Belle ketakutan, lalu melarikan diri dan mendapatkan Philip sebelum menunggangnya ke hutan. Tapi ketika perjalanan, dia diserang serigala, Beast datang dan menyelamatkan Belle. Beast yang tercedera segera dibantu Belle. Belle membawanya pulang ke castle Beast, lalu merawatnya. Sejak itu mereka berbaik.

Maurice cuba meminta prtolongan penduduk, tapi cuma Gaston sahaja yang ingin membantu. Dalam perjalanan, tempat untuk ke Castle itu telah ditutup, Gaston yang marah mengikat Maurice dipokok agar dimakan serigala. Maurice diselamatkan seorang perempuan pengemis bernama Agathe. 

Maurice kembali ke tavern dan mengadu kepada semua penduduk yang Gaston cuba untuk membunuhnya. Tapi tak dipercayai oleh penduduk disitu, Gaston cuba menghantar Maurice ke pusat sakit jiwa, Belle yang kebetulan melihat ayahnya yang dalam kesusahan melalui cermin yang diberi Beast segera kembali untuk menyelamatkan ayahnya. Beast sedih, kerana menyangka Belle tak mungkin akan kembali ke situ lagi. 

Ketika Belle cuba selamatkan ayahnya, Gaston merampas cermin tersebut dan mengurung Belle dengan ayahnya. Disertai oleh penduduk kawasan tersebut, mereka pergi ke Castle Beast untuk membunuh Beast yang dikatakan bakal membawa kecelakaan kepada penduduk kampung itu.

In the end, Belle berjaya kembali kepada Beast dan selamatkan Beast daripada mati selepas terkena tembakan Gaston. Agathe sebenarnya ialah enchantress yang telah menyumpah Beast, lalu menyelamatkan nya selepas melihat Belle menangis disisi Beast. That's mean true love yang dicari !

Ending, semua orang happy. hahaha 

Best cerita ni, actually Mellya ada banyak bahagian yang di"skip". Tak full synopsis sebabnya nak korang tengok sendiri. Memang bestlah jugak, boleh la. not disappointing.


Reminder: Filem Disney macam ni usually musical, banyak nyanyi-nyanyi haha but still its good. Tak delah membosankan, quite entertaining, sangat sesuai untuk bawa family tengok Beauty & the Beast.




Saturday, 24 December 2016

12/24/2016 01:27:00 pm

Movie Review : Assassin Creed (2016)



Assalammualaikum.


Baru-baru ni, 22/12/2016; Mellya and adik pergi Sunway. Disebabkan craving for Hokkaido Baked Cheese Tart . haha tapi dah dengan hujan lebat ni, rasa macam malas nak balik awal. Usyar-usyar ada cita apa kat GSC. Yang best cuma Assassin Creed. Actually Assassin Creed in based on game (history juga rasanya). At first i thought cita ni mesti merapu. lol but don't judge the book by its cover. Best jugak cita ni rasa macam ada sambungan/sequel nanti.

A glance:
Assasin Creed ialah game keluaran Ubisoft. Bukan saja filem, game ni juga ada mengeluarkan siri buku. Yang minat game mustahil tak pernah dengar game Assasin Creed ni. 


Short synopsis:
When Callum Lynch explores the memories of his ancestor Aguilar and gains the skills of a Master Assassin, he discovers he is a descendant of the secret Assassins society.

Director: Justin Kurzel

Writers: Michael Lesslie (screenplay), Adam Cooper (screenplay)

Stars: Michael Fassbender, Marion Cotillard, Jeremy Irons | See full cast & crew » (credit)

SYNOPSIS

Mengisah kan tentang Callum Lynch yang diselamatkan daripada hukuman mati oleh Abstergo Industries (Modern day Templar) untuk mencari Apple of Eden, kononnya boleh amankan dunia dan elak corruption (apple of eden ni dah lama templar nak, so that diorang ni boleh memerintahkan dunia, kira macam semua orang akan tunduk kepada kuasa diorang ni). Cal ni dikatakan waris atau ada relationship dengan Aguilar, salah seorang assassin pada zaman lampau yang menolak kekuasaan Templar Order. Untuk dapatkan information pasal Apple of Eden ni, diorang selamatkan Cal dan masukkan dia ke dalam Animus (machine ni boleh synchronize genes si Cal ni dengan ancestor dia Aguilar ni, kira canggih la alat ni boleh tau kisah silam si Aguilar melalui Cal.

Spain, 1492, Aguilar dengan partner nya Maria ditugaskan untuk selamatkan anak Sultan Muhammad XII (dia yang menyimpan Apple of Eden) yang diculik ketua Templar. Sebab diorang culik tu semestinya untuk trade dengan Apple tu.

Back to Cal, Callum berkawan dengan beberapa assassin yang lain diketuai Moussa, dia juga selalu berhalusinasi pasal Aguilar and ayah nya Joseph (Joseph bunuh ibu Cal sebab nak lindungi rahsia keluarga mereka itu). Sophia meyakinkan Cal yang ibu dia pun telah dibunuh assassin.

Masuk semula ke Animus, Aguilar and Maria akan dihukum mati tapi berjaya larikan diri, waktu Aguilar performs Leap of Faith, Animus malfunction. Callum dikeluarkan daripada Animus. Cal dapat tahu yang ibu dia juga seorang assassin yang sanggup mati daripada di tahan oleh Templar sebagai uji kaji Animus. Alan, ayah Sophia pula didesak untuk hentikan project Animus membuatkan Sophia sedar ayah nya mahukan Apple of Eden bukan untuk keamanan tapi kepentingan diri.

Sekali lagi ke Animus, Aguilar dan Maria membuat serangan hendap waktu perjumpaan antara
Muhammad dan Ojeda untuk pertukaran Ahmed for the Apple of Eden. Aguilar berjaya bunuh dan dapatkan Apple itu tapi partner nya Maria terkorban. Aguilar kemudian membuat keputusan menyembunyikan Apple itu di kubur/tomb Christopher Columbus. Lepas berjaya dapatkan apple itu, Rikkin dan pengikutnya berpindah ke Templar sanctuary di London untuk upacara pertabalan kuasa.

Dengan memori Aguilar, Cal berjaya selamatkan diri bersama Moussa dan beberapa lagi orang assasin untuk menghalang Templar. Diorang attack tempat tu, Cal bunuh Rikkin untuk dapatkan apple tu. Marah dengan tindakan Cal, Sophia berjanji untuk balas dendam dengan Cal.

Best? Bestla.. Berbaloi la tengok. haha ❤

Thursday, 24 November 2016

11/24/2016 11:40:00 am

Movie Review : Inside Out (2015)



Assalammualaikum.

Movie Review (Inside Out 2015)

SINOPSIS

Mengisahkan seorang gadis berusia 11 tahun bernama Riley dengan 5 perasaan or emosi nya, Joy, Sadness, Anger, Fear and Disgust. Joy ni leader. Kiranya macam orang disebalik tabir kehidupan Riley. Sejak kecik lagi Joy yang handle dia. Character-character emosi Riley ni dalam minda dia, kononnya dalam minda Riley ada console untuk diorang ni handle emosi and kelakuan Riley. 

So one day, Riley and parents dia terpaksa berpindah ke tempat baru , from Minnesota ke San Francisco. Kawasan persekitaran baru tu menakutkan Riley. Emosi dia mula tak stabil sejak dia ke sana. Dia mula memberontak, moody dekat sekolah, dah tak happy macam dulu. So tanggungjawab Joy untuk happykan Riley dengan mengimbas kembali kenangan-kenangan manis Riley masa dulu. 

Waktu dia imbas kenangan dengan family dia waktu bergambar dengan dinosaur, sadness terpegang ball memory (macam dragon ball je) so kenangan tu mencetuskan kesedihan. Geram juga dekat sadness ni semua kenangan dia nak pegang huhu 

First day of school, Joy suruh sadness duduk diam-diam. haha So waktu Riley introduce diri dia cerita kenangan dia dekat Minnesota. Tanpa disedari Sadness terpegang memory tu, Riley pun menangis menghasilkan core memory berwarna biru. Then Joy cuba selamatkan core memory yang lain tapi terperangkap dekat long term memory. Riley's trauma mencetuskan seismic collapse of the “personality islands” – literally, floating landmasses dalam minda Riley– family, friendship and hockey yang penting dalam hidup dia. So bermulala adventure Joy dan Sadness untuk selamatkan Riley. Lepas balik skolah, Riley mula tunjuk tanda-tanda disrespectful, marahkan ma and ayah dia. End up ayah dia suruh dia masuk bilik, Ayah dia cuba nak pujuk dia, tapi tak berhasil. Goofy island dah collapse. Macam-macam lagi la yang berlaku, friendship island collapse pastu honesty island terancam sebab Riley curi kad kredit ma dia sebab nak larikan diri ke Minnesota. 

Dalam usaha Joy and Sadness tu, diorang terjumpa imaginary friend Riley waktu kecil. Lastly, Riley berjaya diselamatkan . And benda yang berlaku tu semua actually mematangkan diri Riley.

Bestla sangat berpengajaran. Hehe 


Jom tengok sikit apa yang best dalam Inside Out.

Thursday, 27 October 2016

10/27/2016 08:54:00 pm

Movie Review : Dr Strange (2016)


Assalammualaikum.



haha menarik sebab Sherlock Holmes and Hannibal berlakon cita ni. I loike !

Directed by : Scott Derrickson
Produced by : Kevin Feige
Based on : Doctor Strange by Steve Ditko
Starring : Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Rachel McAdams, Benedict Wong, Michael Stuhlbarg, Benjamin Bratt, Scott Adkins, Mads Mikkelsen, Tilda Swinton
Production company : Marvel Studios
Distributed by : Walt Disney Studios Motion Pictures
Running time : 115 minutes

SYNOPSIS

Stephen Strange ialah seorang pakar bedah neurologi/ neurosurgeon terkemuka. Sampailah pada satu malam, dia terlibat dalam kemalangan yang telah menghancurkan tangan nya. Macam-macam cara dia buat untuk dapat balik kecekapan tangan nya tapi tak berjaya. Dia dapat tahu ada seorang patient dia yang dia tak nak rawat sebelum ni (dia ni masa jadi doctor agak sombong, and dia tak nak rawat patient ni sebab dia rasa tak da harapan) seorang pesakit paraplegic yang entah macam mana boleh sembuh. So dia pun jumpa patient ni.

Nama patient ni Jonathan Pangborn, dia cakap dia pulih lepas berguru dengan Ancient One, di Kamar Taj, Kathmandu. Masa ni la dia belajar banyak benda-benda berkaitan magic, dimensi and spiritual. Dia juga dapat tau rupanya Ancient One ini ada banyak sanctum (NY, London dan HK) untuk lindungi dunia daripada dimensi gelap.

Kaecilius, bekas penuntut Ancient One ni (dia rebel, sebabnya dia nak immortality macam Ancient One) telah curi beberapa page dari Book of Cagliostro untuk summon Dormammu, penjaga dimensi gelap.  He and his minions attack the library, sending Strange into the New York Sanctum (ada cincin ni boleh bawak diorang travel) there, after a battle, Strange manages to immobilize Kaecilius with the aid of the Cloak of Levitation (rob terbang). Kaecilius pun cerita dekat Strange yang Ancient One dapat immortality melalui dimensi gelap. Lucian, salah seorang ahli Kaecilius attacks Strange tikam dia, menyebabkan Strange guna cincin dia untuk teleport ke hospital ex-girlfriend dia, Christine Palmer. Strange assists in the procedure via astral projection, tapi Lucian's own astral projection attacks him. Strange berjaya bunuh Lucian menggunakan electric lepas Palmer gives his body a strong defibrillation, then dia balik ke Sanctum untuk bantu Karl Mordo lawan Kaecilius in the Mirror Dimension. Tiba-tiba Ancient One datang then lawan dengan Kaecilius, but jatuh dari bangunan. Strange bawak dia ke hospital tapi dia cakap dia terima kematiannya dan mati (tak nak hidup dah). 

Strange and Mordo teletransport ke Hong Kong, tapi terlambat, Kaecilius dah musnahkan sanctum kat situ. Wong yang jaga tempat tu rasanya dia terkorban sampailah Strange datang. Using the Eye of Agamotto, Strange reverses time to restore the city and the Sanctum before personally confronting Dormammu in the Dark Dimension. Dormammu kills Strange, but realizes that Strange has used the Eye to create an infinite time loop, trapping Dormammu and himself in the same repeating moment. Dormammu accepts Strange's bargain to leave Earth and take the souls of Kaecilius and his minions with him in return for freedom from the loop. With that, Dormammu whisks away Kaecilius and his minions and Earth is saved. With the Ancient One gone, Strange becomes Sorcerer Supreme, but Mordo, disillusioned by the revelation that the Ancient One was breaking her own rules by drawing power from the Dark Dimension, abandons the society. It is also revealed that the Eye of Agamotto is the Infinity Stone of Time.

In the mid-credits scene, Strange is paid a visit by Thor, who asks for his help in searching for Odin. In the post-credits scene, Mordo visits Pangborn and takes away the magic that cured him of his paraplegia. 

P/S: Nampak nya Dr Strange nak masuk geng Marvel la ni haha bestla sonok! 




Thursday, 13 October 2016

10/13/2016 08:00:00 pm

Movie Review : Haunted House On The Hill (2016)



Assalammualaikum.



Release Date : 06 Oct 2016
Language : English
Subtitle : Chinese / Malay
Genre : Horror
Running Time : 81 minutes
Director : Alexander Babaev
Cast : Michael Johnston, Margaret Judson, Devin Goodsell, Mark Furze
Distributor : Rainfilm Sdn Bhd

SYNOPSIS

Mengisahkan seorang gadis bernama Emily yang telah membeli sebuah rumah di kawasan terpencil berdekatan institusi untuk merawat adiknya Zach yang cacat dan menghidap Cerebral Palsy (sedar keadaan sekeliling, tapi tak mampu buat apa-apa sebab otot dia tak dapat berfungsi) . First waktu dapat kunci , lupalah nama orang yang bagi kunci dia macam rushing suruh sign bukti penerimaan kunci tapi dalam keadaan mesra so diorang tak syak apa-apa ( Emily datang ke rumah tu ditemani adiknya,  boyfriend nya Jesse, Michelle dan Butcher kalau tak salah untuk repair apa yang patut ).

First evening, masa diorang cabut papan-papan kayu yang menutup tingkap, diorang nampak ada simbol-simbol pelik. Masa tu diorang tak syak apa-apa. Waktu tengah berseronok, Zach meracau. Dia diganggu something yang mengatakan diorang boleh bantu dia untuk sembuh. When Emily datang nak bagi ubat, Zach pura-pura tidur. 

Emily mimpi pelik. Mimpi baby, the scariest part dalam mimpi tu. Then dia terbangun terus cari Zach. Dia terkejut Zach yang lumpuh tu berdiri sendiri ! So diorang call doctor, doctor tu nak bawa dia ke hospital untuk rawatan. Pelik sebab pesakit macam tu boleh sembuh. On the way, Zach bunuh doctor tu and he walk back home.

Dah sampai, he said to Emily.. "they are coming". Hairan sapa yang nak datang malam-malam buta ni dengan si Zach yang lumpuh and sakit sembuh tiba-tiba cukup menakutkan. Bila tengok d luar ada susuk tubuh menakutkan d belakang pokok. Pekedai yang datang konon nya delivery beer lah waktu tu ghaib secara tiba-tiba lepas terkena makhluk tu. Everyone starts to become panic. Suddenly, Zach lepas cakap sesuatu dekat Michelle pasal kandungan nya (pregnant), Michelle dirasuk then telah tikam perut nya sendiri. Butcher and Jesse cuba selamatkan dia. Waktu Butcher cari kit keselamatan, pintu bilik tertutup. Michelle bangun tikam mata Jesse dengan paku. Macam-macamlah scary betul, but in the end Michelle mati. 

Waktu Emily rawat Jesse, Butcher pukul Zach sebab dia salahkan Zach. Suddenly he saw a guy (dulu dia pernah menyebabkan kematian seorang laki ni) means that kesilapan lampau diorang mengganggu hidup diorang balik. Butcher jatuh tangga, his jaw and legs are broken. Then he was possessed and he tried to kill Jesse. 

I wont tell u everything it will be too long for you to read. hahaha However, in the end of the day, Emily found a solution to stop it.  Dia diuji dengan kehadiran mama dia dulu, kononnya mama dia bunuh diri sebab tak mampu jaga adiknya. Dia tak percaya so hantu tu fail nak hasut dia. Then his boyfriend change into that demon again, jadi adik dia bunuh Jesse tu.. But dont know why, Emily tak boleh jalan. 

Lastly, Emily tak boleh jalan and menaiki kerusi roda tapi adik dia fully recover. Hantu kat situ masih ada waktu diorang keluar dok menghasut Emily kononnya diorang boleh sembuh kan dia. Tapi dia ignore, blah dari rumah tu ngan adik dia. hahaha 

Fiuh this is a long synopsis. Nak pendekkan tapi tak berjaya. So ada part yang Mellya langkau. Rating? Three or four stars maybe. Best jugak cita ni tak delah bosan macam Ju On vs The Ring tu apa tah nama korea dia. Cara pembunuhan pakai paku, i dont like but i still watch huhu