Assalammualaikum.
Pernah tak korang perasan model runway jarang mengukirkan senyuman. Muka serious je. Perasan tak? Haha tak perasan sangat kan? Sebab kita focus dekat cara dia jalan and pakaian yang dia peragakan. Actually inilah jawapan kepada soalan entry ini.
Entry ini tercetus selepas Mama Mellya tanya awat muka model tu masam ja, macam tak mau peraga baju. Then Mellya pun eh betul lah, baru perasan. Soalan yang mama tanya tu buat Mellya search dekat Mr Google, and ada rupanya orang lain yang tanya soalan tak berapa cerdik tu hahaha
Lepas baca satu article ni baru perasan, aah la model-model runway mana ada senyum. Muka serius bebeno. Jadinya kalau tengok model runway ni tak prasan pun muka dia macam mana, dok tengok baju je bergerak.
“Jangan sekali-kali lupa, penonton perlu melihat pada pakaian dan bukan diri anda” kata Victoire Macon Dauxerre, bekas model terkenal untuk jenama Celine dan Alexander McQueen.
Okay model-model ni semua dah la cantik belaka, bayangkan kalau dia senyum menggoda, orang dah tak tengok baju yang dipakai. hahaha Tengok muka dia je. Masuk akal jugak kan. Patutlah tak bagi senyum, bila model-model ni tak senyum, penonton lebih focus kepada pakaian yang dipakai. Barulah sampai message Runway yang sebenar. hihi
So yang mana yang muka bengis memanjang tu elok la jadi model runway hahaha Or kalau tak pun korang nak makesure orang tak kacau, buat je muka masam. Gerenti orang tak pandang lagi dah.
Ini salah satu topic yang orang belajar mengenai psychology manusia. Sebab tu kalau orang yang nak maju dalam business kena belajar juga psychology manusia. Macam best kan? ❤
Gituuu .. Ptot muka smbong smcm model model ni :)
ReplyDeletewow baru perasan jugak
ReplyDelete