What's Hot

Showing posts with label Random Post. Show all posts
Showing posts with label Random Post. Show all posts

Friday, 28 June 2019

6/28/2019 02:14:00 pm

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK

Assalammualaikum
Ariq Azhafi atau nama penuh beliau Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berumur 17 tahun, telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain.
Kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan.
Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. 

Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.
Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat,Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 

Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. 

Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.



LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN
Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA"merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.
Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :
" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.
Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.
Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.
Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process 😆
Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip "KITA" 

Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."

- Ariq Azhafi -

Thursday, 9 March 2017

3/09/2017 10:41:00 am

Random : Mata Coklat Senang Nampak Hantu?



Assalammualaikum.

Mata Coklat Senang Nampak Hantu?

Mata Coklat Senang Nampak Hantu? Sapa bermata coklat angkat tangan. hehe Mellya bermata coklat dan memang pernah nampak benda halus ni. Tajuk entry ni Mellya dapat lepas kawan adik Mellya cerita yang orang mata coklat ni memang mudah nampak hantu. Kebetulan dalam family Mellya, Mellya bermata coklat selain abah Mellya and both kami berdua memang pernah mengalami pengalaman nampak benda-benda gitu.

Kisah pertama masa Mellya di sekolah menengah. Seperti sedia maklum Mellya dulu sekolah dekat Kulim, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah. hehe duduk asrama sebab tak larat ulang alik pergi sekolah convent. Convent banyak sangat activity pagi sampai petang kena ke sekolah sangat meletihkan. So first tu, Mellya nampak di rumah, Mellya terjaga dari tidur. Bilik tidur memang tak pernah tutup rapat sebab anak perempuan kan, parents takut jadi apa-apa tak dengar hehe Waktu terjaga tu Mellya nampak something bertelekung melintas ke bilik mama Mellya. Next day, Mellya tanya mama ada solat ke tengah malam. Mama diam, and cakap tak pun. Then Mellya pun oh okay. Mama and abah pun cakapla maybe Mellya mamai waktu tu so Mellya pun okay jela.

Then at school, Mellya memang jenis bangun awal. Kalau kelas pagi usually Mellya bangun 4.30 pagi, 5.00 pagi, macam tula sebab Mellya jenis tak suka berebut shower. hehe And waktu tu la Mellya ternampak something di ampaian baju.

Next kejadian waktu Diploma dekat UiTM Permatang Pauh. Waktu tu study week. Disebabkan panas roommate Mellya suka buka tingkap and tempat Mellya sebelah tingkap. Tingkat 7 ye masa tu. Then Mellya cuma buka lampu meja waktu tu, pukul 3 pagi lebih. Study kan sampai pagi ha Baru nak duduk atas katil sebab lenguh belakang study atas kerusi lelama. Suddenly Mellya terpandang luar tingkap, nampak benda putih terbang elok je dekat tingkap. Teka apa Mellya buat lepas tu hehe Mellya bangun, tengok, tutup tingkap, tutup langsir terus tidur. hahaha Memang tak study dah aih waktu camtu. 

Degree Alhamdulillah tak ada gangguan but few months ago dekat rumah Mellya ternampak adik Mellya turun tangga. Next day Mellya tanya "hang turun tangga ke semalam pergi minum air lewat-lewat?" sebab Mellya tanya tu Mellya terkejut beruk nampak orang turun. Mellya ingat Mellya je tak tidur gi. Then dia cakap tak pun, sekali lagi terdiam. Apa lagi meraung adik Mellya sebab takut, abah Mellya cakap dia pun nampak adik turun. hehe tambah pulak adik cakap dia memang dengar bunyi-bunyi pelik dalam bilik dia. Bunyi macam orang susun perabot. alamak... disebabkan taknak dia takut kami andaikan dia mamai, tidur sambil jalan.. tapi memang tahulah adik Mellya ni bukan jenis tidur sambil berjalan.

Mellya tak berniat nak brag yang Mellya pernah nampak, tapi just rasa macam maybe betul la kot mata coklat boleh nampak benda halus. Kalau tanya nak tengok lagi tak benda-benda macam tu, tak naklah. Takut juga, mana tahu lemah semangat tiba-tiba. 😅😅  

Adakah teori ini betul ? Mata Coklat Senang Nampak Hantu.

Tuesday, 7 March 2017

3/07/2017 04:26:00 pm

Random : Bercinta, Putus, Tak Mau Kawan



Assalammualaikum.

Bercinta, Putus, Tak Mau Kawan

source: http://s205.photobucket.com/user/inuyasha_girl903/media/Kellyspicturething.jpg.html

Sapa pernah bercinta dan akhirnya putus di tengah jalan? hehe jengjengjeng.. Mellya pernah? Eh maybe yes, maybe no. haha berteka-teki pulak. Mellya confused kenapa ya, ex atau bekas seseorang yang special dalam hidup kita tak boleh jadi teman biasa. Kalau Mellya okay je nak berkawan macam biasa, kenapa sampai nak putus hubungan terus. Tapi tak semua berpendapat begitu, ada yang cakap tak boleh sebab nanti tak boleh move on. haha

Bercinta, Putus, Tak Mau Kawan. Mungkin maksud di sini ialah tak dapat nak rapat macam dulu? And takut untuk tengok EX kita tu lebih bahagia daripada kita? Hmm logic jugak jadi punca tak boleh berkawan selepas berpisah. 

Tips untuk Move On: Bercinta, Putus, Tak Mau Kawan

#1 Buka buku baru

Kenapalah nak diingat-ingatkan kenangan lalu. Move on je. Sedarlah yang kat luar sana ada seseorang yang tengah menanti cuma belum dapat bertemu. kihkihkih Mellya selalu fikir macam tu je, setiap orang dah ditakdirkan dengan pasangan masing-masing. Jodoh tu cepat atau lambat je, kalau sekarang tak jumpa, esok lusa... Who knows?

#2 Ubah Habit

Sesetengah pasangan tu ada certain favourite songs lah, tempat dating lah apa lahhh. So ubah habit korang. Tak payah nak pegi layan sendu dengar lagu kenangan korang tu. Eleh emosi konon. Lucu lah hahaha Gambar ke apa ke... buang je.. Buat apa nak simpan lagi? Dok tengok je gambar tu.. bukannya kenyang pun.. Tambah sengsara je. Mellya nak move on, delete semua, buang semua, cut contact and tukar number. haha Baru rasa tenteram.

#3 Fikir keburukan Ex

Haa kalau rasa rindu-rinduan tu , fikir je keburukan orang tu. Eh no body perfect lah. Mesti ada kekurangan dia tu. Tapi jangan pulak canang cerita keburukan dia sana-sini. Tu dah salah concept. Dengki namanya. 

#4 Message or meeting friends

source: http://weheartit.com/entry/280807024/in-set/118115866-inner-peace?context_user=ehndorphins

Kalau rasa sunyi  tu, message lah kawan-kawan, ajak jumpa.. Hang out. Happy-happy. Tak payah duduk sorang-sorang melayan perasaan. Macam Mellya ni, suka sangat tengok wayang. Bila sedih ja tengok wayang. Pastu shopping benda-benda comel. Tapi ada setengah orang dia nak layan emosi, pergi tengok drama Korea kan? Bernas gak tu. Nak nangis macam segan ja, alang-alang tengok drama sedih. Boleh nangis sekali haha

#6 Busy lah.. Busy..

Mellya senang je. Kalau nak lupakan seseorang tu Mellya akan busykan diri Mellya. Eh tak da masa nak fikir lah. Tengokla tv ke, apa ke yang funny. Ada jugak jenis pergi gym or exercise untuk move on. Lain orang lain caranya. Tak pun korang busy kan diri buat kerja yang sememangnya banyak tu. Then you will be okay, trust me.

#7 Solat, doa dan Baca Al-Quran

Pengubat segala kesedihan adalah tiga perkara ni. Paling mujarab lah kan. InsyaAllah tenang ja hati. Eh lagipun kalau ada jodoh tak kemana... Berpisahlah macam mana sekali pun, kalau dah takdir... So chill lah kan? 

Bila Mellya baca balik tips ni, Mellya sedar memang patut pun most couple tak nak berkawan lepas dah putuskan hubungan especially yang jiwa tak kental haha Mellya bukanlah yang kental sangat tapi setakat ni masih boleh nak menerima keadaan. Apapun, masa yang paling penting. Bukan senang nak move on, tapi nak tak nak kenalah berusaha melupakan. By time, korang akan okay.. Jumpa orang baru and lupakan orang yang dulu tu. haha So sabar ek? Macam mana pembaca Mellya ni move on, share lah sikit ❤

Monday, 6 February 2017

2/06/2017 08:39:00 pm

Random : Nak Kahwin Kena Pandai Masak



Assalammualaikum.

Nak Kahwin Kena Pandai Masak
source :https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/54/a3/bf/54a3bfec155d95600e7e663bba78a4e6.png


Kali ini dalam Random : "Nak Kahwin Kena Pandai Masak". Sapa keluarkan statement tu? Haa jom bincangkan, korang setuju ke tak setuju dengan statement ni.

My opinion: Tak setuju! 

Main reason of course lah sebab Mellya tak reti masak. Susahla macam ni sampai ke sudah tak kahwin kalau wujud statement macam ni. haha

Sebab apa Mellya tak setuju ; First memang sebab Mellya tak reti, yang setakat masak nasi, goreng-goreng, sup... tu reti lah. Tapi yang buat kari tu kari ni, mee tu mee ni. Ahaiii.. hehe tak malu ke anak dara tak pandai masak? Malulah juga tapi STILL tak setuju dengan statement di atas sana tu. 

Nak kahwin tak pandai masak pun tak apa. Bila dah kahwin mestilah belajar masak sebab automatically kena masak untuk hubby tersayang. Cheyy. Betul apa. Kan dah jadi tanggungjawab. Lagi satu Mellya pernah je dengar orang cakap, selalunya orang yang tak pandai masak before kahwin ni lagi pandai masak daripada yang sedia pandai memasak nih. Minta-minta betul lah ya haha

Rasanya isu pandai masak ke tak ni tak wajar lah. kan kan kan.. haha Adakah Mellya je yang menghadapi isu ini ?

Macam mana nak belajar memasak.

#1 Cuba menu ringkas.
Untuk first timer, cuba cari resepi mudah untuk korang cuba. Nasi goreng ke.. Sup ke.. 

#2 Pengamatan/Memerhati.
Kalau mama tengah masak kat dapur, rajin-rajin kan diri menyelit sekali. Tengok cara masak. Jangan tengok je offer la tolong sekali. Practice makes perfect. Hihihi

#3 Rajinkan diri menonton rancangan memasak atau membaca buku resepi.
Hehe tengok je atleast korang tahu mana satu ikan mana satu ayam .
Yang mana gula yang mana garam hehe

#4 Jangan malu bertanya.
Duduk sorang di rumah mesti rasa lapar kan? Apa kata cuba masak. Whatsapp mama or kakak tanya cara buat cucur jagung hahaha

#5 Jinakkan diri buat cake, cookies atau pastry.
Yang ni menarik sikit kan kalau nak try. Try buat churros, cake cheese. Fuuh

#6 Don't give up.
Masak sekali tak jadi, masak berkali-kali bagi jadi hehe 

Itulah dia 6 cara Mellya belajar memasak. hehe Uols macam mana? Ada suggestion tak ? ❤


Monday, 7 November 2016

11/07/2016 02:17:00 pm

Random : Orang Kidal lebih Pintar?



Assalammualaikum.



Random post kali ini tentang orang bertangan kidal dikatakan lebih pintar berbanding biasa? Betul atau tidak? haha Untuk pengetahuan korang pembaca Mellya Crayola blog picisan nih, Mellya ni left-handed. Iya, tangan kiri. Makan kalau dengan sudi memang dengan tangan kiri, menulis lagi lah. And orang cakap bila kita banyak guna kan tangan yang cekap tangan kita akan besar, and ya, tangan kiri Mellya lagi besar berbanding tangan kanan. Sebab tangan kiri ialah tangan yang selalu Mellya gunakan untuk buat kerja, contoh iron baju, angkat barang dan lain-lain.

Bila bertangan kiri ni, semua kita buat orang rasa lain. Macam Mellya, parents Mellya memang tak harap Mellya iron atau masak. Katanya sebab nampak cara Mellya pegang tu lain. haha Actually sama je, cuma Mellya guna tangan kiri, sebab tu nampak lain. 

So tadi Mellya ada mood nak blogwalking, terbaca satu article mengenai orang yang kidal. Katanya orang kidal pintar. So antara main point yang Mellya rasa menarik, tertarik nak baca korang boleh lah baca kat bawah ni. 

Antara yang menarik perhatian Mellya:

  1. Lebih cenderung mempunyai alahan
  2. Mudah mendapat migrain
  3. Lebih cenderung menjadi penderita insomnia
  4. Menggunakan lebih bahagian otak kanan
  5. Lebih berkemungkinan mengalami gagap dan disleksia
  6. Berfikir lebih baik dan dalam persepsi 3D. 
  7. Lebih baik dalam multi-tasking.
Kenapa Mellya tertarik dengan fakta ni ? Sebab Mellya rasa ada pada Mellya. Yes, i got some allergy (tak boleh kena habuk, and im not sure what i cant eat), Migrain, yes i do. Insomnia, yes sometimes. Otak kanan? Maybe coz i think i am creative (okay okay angkat bakul haha). Gagap, yes also sometimes and not severe. Multi tasking, yesss i love to do banyak kerja in one time.

Fakta yang Mellya tak pasti ada ;

  1. Kebanyakan orang kidal juara dalam pelbagai bidang.
  2. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan.
  3. Memiliki kecerdasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas.
  4. Orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. 
  5. Orang kidal dua kali lebih berjaya dalam menyelesaikan masalah dan memiliki IQ lebih tinggi.
  6. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal.
  7. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal.
  8. Cenderung mendengar bunyi yang berubah lebih cepat.

Menarik kan ? Ingat tau 13August kena wish Mellya Happy left-handers day hahaha ❤

Wednesday, 12 October 2016

10/12/2016 08:20:00 pm

Random : Nak Kahwin? Kerja Dulu !



Assalammualaikum.


Tiba-tiba keluar tajuk tu haha gara-gara lepas ternampak statement ni. Jom bincangkan haha Ada tak parents sapa-sapa yang cakap lebih kurang macam ni? Mellya? Ya, memang tula pesanan Mama Mellya. Bagi Mellya actually ada betulnya.

Kenapa perlu bekerja sebelum berkahwin?

Memandangkan dengan keadaan meleset sekarang ni, yang perempuan memang kena ada pelajaran, kerja dan duit sendiri. Lelaki sekarang bukan macam dulu-dulu lagi dah. And keadaan sekarang pun bukan macam dulu lagi, barang-barang harga tengoklah sendiri. Kalau dah kahwin, and dah ada anak-anak bersekolah, duit suami je rasa nya tak cukup. 

Lagipun, in case suami meninggal, or kawin baru dan berlaku perceraian, memang susah kalau tak bekerja. Kita bukan mendoakan yang tidak baik, tapi itu kenyataan kan? Mellya ada juga dengar ceramah, bab beli guna nama pasangan. Contoh beli rumah nama suami, yang bayar si isteri. Bila dah cerai, akan timbul masalah dalam tuntutan harta. 
Tips Menyimpan Duit
  • Eloklah kalau memasing sekarang nih ada atleast satu online business / kerja sampingan 
  • Ada ASB untuk menabung setiap bulan, RM 50 sebulan pun cukup baik
  • Bayar dulu hutang-hutang/ bill tertunggak, balance shopping dan savings
So, kalau bertanya pendapat Mellya, memang perempuan kena bekerja sebelum berkahwin. Jadi Mellya pun tengah gigih ni mencari kerja hahaha sebab tak sabar nak shopping, bukan nak kahwin 😅

Tapi bagi sesetengah keluarga, mereka lebih suka menjadi suri rumah, and jaga anak-anak sendiri. Boleh je sebenarnya, tapi eloklah kalau buat kerja sampingan seperti blogging, online business dan lain-lain. Boleh juga simpan duit, nak shopping barang peribadi. Kalau tak bekerja, harapkan gaji suami.... Kalau suami bergelar Datuk.. Alhamdulillah lah hahaha

Untuk fresh graduates yang tak bekerja macam Mellya , ayuhlah gigih cari kerja untuk kahwin. Dah kahwin nanti tanggungjawab baru lah kita ❤

Sunday, 9 October 2016

10/09/2016 09:30:00 am

Random : Kenapa Model Tak Senyum?



Assalammualaikum.


Pernah tak korang perasan model runway jarang mengukirkan senyuman. Muka serious je. Perasan tak? Haha tak perasan sangat kan? Sebab kita focus dekat cara dia jalan and pakaian yang dia peragakan. Actually inilah jawapan kepada soalan entry ini.

Entry ini tercetus selepas Mama Mellya tanya awat muka model tu masam ja, macam tak mau peraga baju. Then Mellya pun eh betul lah, baru perasan. Soalan yang mama tanya tu buat Mellya search dekat Mr Google, and ada rupanya orang lain yang tanya soalan tak berapa cerdik tu hahaha

Lepas baca satu article ni baru perasan, aah la model-model runway mana ada senyum. Muka serius bebeno. Jadinya kalau tengok model runway ni tak prasan pun muka dia macam mana, dok tengok baju je bergerak.

Jangan sekali-kali lupa, penonton perlu melihat pada pakaian dan bukan diri anda” kata Victoire Macon Dauxerre, bekas model terkenal untuk jenama Celine dan Alexander McQueen.

Okay model-model ni semua dah la cantik belaka, bayangkan kalau dia senyum menggoda, orang dah tak tengok baju yang dipakai. hahaha Tengok muka dia je. Masuk akal jugak kan. Patutlah tak bagi senyum, bila model-model ni tak senyum, penonton lebih focus kepada pakaian yang dipakai. Barulah sampai message Runway yang sebenar. hihi

So yang mana yang muka bengis memanjang tu elok la jadi model runway hahaha Or kalau tak pun korang nak makesure orang tak kacau, buat je muka masam. Gerenti orang tak pandang lagi dah. 

Ini salah satu topic yang orang belajar mengenai psychology manusia. Sebab tu kalau orang yang nak maju dalam business kena belajar juga psychology manusia. Macam best kan? ❤