What's Hot

Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Friday, 8 August 2025

8/08/2025 09:11:00 pm

Benefits of Engaging a Top Cleaning Service in Klang Valley

House Cleaning in Klang Valley

In today’s fast-paced world, maintaining a clean and healthy environment whether at home or at work is more important than ever. Engaging a reputable cleaning service in the Klang Valley not only ensures cleanliness for residences, offices and businesses but also provides a host of benefits across various service categories, including house cleaning, office cleaning, hourly maid services, and post-renovation cleaning.

Let’s explore why hiring a professional cleaning company is a smart and worthwhile investment.

House Cleaning Services: For a Healthier, Happier Home

House Cleaning in Klang Valley

A professional cleaning company offers comprehensive house cleaning service that go beyond surface dusting. Whether you live in a condo, landed property, or serviced apartment, engaging professionals helps keep your space spotless and welcoming.

Benefits:

● Trained cleaners ensure thorough cleaning of bedrooms, kitchens, bathrooms, and living areas.

● Reduces allergens like dust mites, pet dander, and mold that can trigger respiratory issues.

● Saves you time and energy as you don’t need to worry about juggling chores after a long workday.

● Scheduled cleaning plans from weekly, bi-weekly, or monthly to maintain consistency and hygiene.

Office Cleaning Services: Boosting Productivity and Professionalism

A clean and organized office reflects positively on your business and contributes to a healthier work environment. Cleaning service providers understand the unique needs of corporate environments and offer tailored office cleaning services for businesses of all sizes.

Benefits:

● Promotes employee health by reducing germs and viruses in shared spaces.

● Enhances professional image for visiting clients and stakeholders.

● Customizable schedules to clean after-hours or during non-peak times without disrupting workflow.

● Services include wiping down desks, cleaning restrooms, pantries, meeting rooms, and even carpets and upholstery.

● Increases employee morale and satisfaction, leading to improved productivity.

Hourly Maid Service: Flexibility and Convenience

Not everyone needs a full-time maid. Sometimes, all you need is a few hours of help. Engaging an hourly maid service offers a flexible, budget-friendly alternative.This service is perfect for people who need quick, efficient help without the commitment of a live-in maid.

Benefits:

● Pay only for the cleaning hours you need and it is ideal for light chores or tidying up before guests arrive.

● Suitable for small apartments, elderly residents, or busy individuals who need occasional assistance.

● Services often include general cleaning, mopping, dishwashing, and organizing.

● Easy to book through the website, often with next-day availability.

Post-Renovation Cleaning: Clearing the Dust, Restoring the Shine

Renovations are exciting, but the cleanup that follows can be overwhelming. That’s where a post-renovation cleaning service comes in. This service is a must-have after any renovation project whether it’s a single room renovation or an entire home makeover.

Benefits:

● Removes construction dust, paint splatters, debris, and residue thoroughly and safely.

● Using specialized tools including industrial vacuums and other equipment for deep cleaning.

● Protects your new fittings, floors, and furniture from scratches or damage caused by leftover grit.

● Restores your space to a livable, move-in ready condition quickly and efficiently.

● Saves you from the labor-intensive task of deep cleaning after contractors leave.

Choosing a Professional Cleaning Service in Klang Valley

House Cleaning in Klang Valley

When you hire a reputable cleaning company, you enjoy the following advantages including experienced and trained cleaners, background-checked part time maids, transparent pricing with no hidden costs, responsive customer service and satisfaction guarantees.

Whether you're a homeowner, a working professional, or a business owner, maintaining a clean space is vital, not just for aesthetics, but also for health and peace of mind.

 

Engaging a professional cleaning service in the Klang Valley ensures you receive high-quality, reliable, and thorough cleaning tailored to your specific needs from everyday housekeeping to specialized post-reno cleanup.

Friday, 10 November 2023

11/10/2023 04:05:00 pm

Kitsui Belloss Fiber Khas Buat Yang Mempunyai Masalah Sembelit dan Ingin Turun Berat Badan


 

Assalammualaikum readers MellyaCrayola. Seperti yang sedia maklum, Mell telah melahirkan anak yang kedua pada awal September yang lalu. Jadi Mell menghadapi masalah sembelit yang agak teruk. Mujurlah baru-baru ni Mell diperkenalkan dengan produk Kitsui Bellos Fiber oleh seseorang. Kitsui Bellos Fiber ialah minuman campuran botani yang mengandungi nenas, epal, kiwi, markisa, lemon, pir, bayam, timun dan saderi serta diperkaya dengan vitamin & mineral; baik untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit dan kembung perut. Kitsui Bellos Fiber juga dikatakan berkesan untuk mereka yang mempunyai masalah najis berdarah, kesukaran serta kesakitan untuk membuang air besar atau masalah membuang air kurang dari tiga kali seminggu. Ianya dipercayai terbukti berkesan seawal 3 hari setelah konsumsi.

Sebelum Mell kongsikan dengan lebih lanjut, Mell ingin ceritakan serba sedikit mengenai Kitsui. Kitsui merupakan brand supplemen untuk kesihatan yang dikenali di Malaysia sejak lebih 20 tahun yang lalu. Brand ini mementingkan kualiti dan standard seperti ISO, HACCP, dan GMP untuk memastikan produk yang dihasilkan memenuhi kualiti dan standard yang ditetapkan. Kitsui juga menggunakan bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang menjadikannya selamat untuk dimakan dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kekangan pemakanan seperti vegetarian.  Produk Kitsui juga dijamin halal dan telah menerima pelbagai anugerah seperti Brand Laureate, Halal Asia Award, Watsons Top Brand, dan Superhealth Brand.

Antara pengiktirafan yang diterima oleh Kitsui.


Dengan gabungan 9 jenis buah-buahan yang diperkaya dengan vitamins serta mineral, Kitsui Bellos Fiber dapat membantu membersihkan toksin yg terkumpul di dalam usus atau DETOX, toksin seperti minyak toksin dari makanan seharian. Antara bahan-bahan penting yang terkandung dalam Kitsui Bellos Fiber ialah ekstrak nenas dan kiwi yang mengeluarkan toksin dalam badan menerusi pencernaan serta baik untuk sistem pencernaan; dan ekstrak lemon yang membantu mengurangi nafsu makan secara berlebihan dan mencegah sembelit.

Antara penyebab masalah sembelit ialah kurangnya makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, gaya pemakanan yang tidak seimbang serta kesan dari stress atau tekanan harian sama ada dirumah atau di tempat kerja. Ibu-ibu yang baru melahirkan juga mungkin akan menghadapi masalah sembelit ini terutama mereka yang bersalin secara normal.

Mesti ramai yang tertanya-tanya cara pengambilan Kitsui Belloss Fiber ini. Cara pengambilan Kitsui Belloss Fiber ini sangat mudah dan seperti produk kesihatan Kitsui yang lain iaitu dengan mengambil satu sachet (15g) dan campurkan ke dalam 150ml air suam, goncangkan sehingga betul-betul larut sebelum minum serta-merta selepas penyediaan. Jangan lupa untuk pastikan minum air secukupnya untuk kesan yang optimum. Bagi yang menyusu, sedang mengambil ubat tertentu, hamil dan kemungkinan hamil, atau ada alahan dinasihatkan untuk rujuk dengan doktor atau penasihat perubatan sebelum pengambilan ya.

Duta Kitsui, Anna Jobling

Ribuan testimoni yang telah berjaya dikumpul & dipercayai oleh pasaran selama 20 tahun tau. Ni antara testimoni yang Mell kumpulkan menerusi platform Shopee.

Sumber: https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

 

Bagaimana dengan testimoni Mell sendiri? Memandangkan Mell konsume waktu Mell masih berpantang dan menyusu, Mell jarak kan pengambilan dan cuma ambil bila perlu sahaja. Ianya sangat membantu Mell dan Mell tidak menghadapi masalah sembelit lagi selepas pengambilan Kitsui Belloss Fiber. Dalam masa yang sama teringin juga untuk mengurangkan berat badan. Mungkin lepas berpantang pun Mell ingin teruskan pengambilan Kitsui Belloss Fiber ni disebabkan oleh keberkesanannya menyelesaikan masalah sembelit yang Mell hadapi.


Oh ya macam mana nak dapatkan produk Kitsui Bellos Fiber ni? Untuk pengetahuan korang, semua produk Kitsui boleh didapati di seluruh farmasi berdekatan anda atau secara online iaitu di website Kitsui, dan platform e-commerce seperti Shopee dan Tiktok. Kitsui Belloss Fiber boleh didapati pada harga cuma RM39.90 sahaja dan setiap kotak mengandungi 15 sachet, 15g setiap satu. Belloss Fiber juga boleh didapati di Watsons dan Guardian tau.

 


Selain Belloss Fiber, Kitsui juga mengeluarkan produk lain seperti Kitsui Collagen White 6000mg + L-Glutamine dan juga Kitsui Meal Replacement Program (KMRP) yang Mell pernah review sebelum ini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk Kitsui, korang boleh layari:

Website: https://kitsui.com.my/

Instagram: https://www.instagram.com/kitsuimalaysia/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@kitsuimalaysia?lang=en

Shopee: https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

Tuesday, 22 November 2022

11/22/2022 09:09:00 pm

TOP Perkenal Detergen Premium dengan Teknologi 5D Colour ProTech untuk Pengalaman Cucian yang Lebih Bersih, Terang, Menyerlahkan Warna dan Melindungi Pakaian


TOP Perkenal Detergen Premium dengan Teknologi 5D Colour ProTech untuk Pengalaman Cucian yang Lebih Bersih, Terang, Menyerlahkan Warna dan Melindungi Pakaian

Menjalin kerjasama dengan Kloth Cares & Kolej Antarabangsa INTI Subang untuk Kitar Semula (Upcycle) Sumbangan Pakaian Demi Manfaat Komuniti Kurang Bernasib Baik

TOP Colour Signature

Kuala Lumpur, 1 November, 2022 – Kehidupan masyarakat kian kembali normal dengan peralihan negara ke arah fasa endemik. Jimatkan masa serta dapatkan kesenangan dan ketenangan minda apabila mencuci pakaian anda bersama rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen premium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech.  

Kini anda boleh mencuci kesemua item pakaian sekali gus, tanpa perlu mengasingkan sama ada ia berwarna terang, gelap, warna-warni, putih, baju baru atau lama, dengan penuh yakin tanpa perlu risau akan warna pakaian luntur. pakaian berwarna terang anda kekal berseri dan pakaian berwarna gelap pula kekal gelap. Rangkaian detergen baharu TOP ini juga mencegah fabrik daripada kelihatan kusam, memastikan ia kelihatan baharu dengan lebih lama, seterusnya menggalakkan gaya hidup yang lebih lestari.

Bagaimanakah Teknologi 5D ProTech Berfungsi?


TOP, jenama detergen No 1 di Malaysia dan satu jenama inovatif yang mengutamakan pengguna oleh Lion Corporation Japan, telah mempertingkatkan cara pencucian pakaian di negara ini menerusi usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan serta penghasilan inovasi terbaharu yang memberi manfaat kepada kehidupan pengguna. Ia turut dikenali kerana merintis konsep kehidupan bersih menyeluruh menerusi inovasi-inovasi berterusan dalam bidang teknologi detergen.

Rangkaian TOP Colour Signature baharu dirumuskan denagan Teknologi 5D Colour ProTech oleh Lion Corp yang memberikan lima manfaat warna pada pakaian. Ia memastikan pakaian berwarna gelap kekal gelap dan pakaian berwarna terang kekal berseri melalui penyingkiran klorin dalam air cucian. Detergen baharu ini juga menjadikan warna pakaian asal menyerlah dengan menanggalkan kotoran degil serta mencegah pakaian menjadi berbulu disebabkan geseran dengan mengekalkan kelicinan permukaan fabrik. Di samping itu, ia juga mencegah fabrik menjadi cepat lusuh, agar pakaian kekal baharu lebih lama. Teknologi pencegahan kelunturan warna mencegah warna turun merebak ke pakaian lain juga memberikan ketenangan minda kepada pengguna.

Kesemua detergen TOP, termasuk rangkaian Colour Signature, dikuasai oleh Advanced Micro-Clean Tech bersama Anti-Microbial Tech oleh Lion Japan yang menyediakan teknologi detergen generasi baharu yang berkesan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya (termasuk virus COVID-19, Influenza A dan Coxsackie) serta bakteria. Formulasi pelbagai teknologi yang dirumus khas ini merangkumi fungsi anti-bau hapak; anti-debu hama dan anti-sebum. Teknologi Bolder Scent TOP denaan wangian unik yang terbukti mampu mencegah bau yang tidak menyenangkan jdi samping menceriakan mood anda.

Kombinasi sempurna Teknologi 5D Colour ProTech dan Advanced Micro-Clean Tech dalam rangkaian serbuk dan cecair detergen TOP Colour Signature akan mempertingkatkan pengalaman cucian pakaian anda, menjimatan masa dan mengurangkan usaha serta memberikan ketenangan minda, pada masa sama melindungi dan memelihara fabrik anda agar tahan lebih lama. Tentunya rangkaian ini membantu rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk terus bersemangat meraikan Hari-Hari Warna-Warni serta keinginan untuk menjadi lebih mesra alam.

Seiring dengan peningkatan kesedaran umum terhadap kepentingan penjagaan alam, TOP memperkenalkan pek eko isian semula bagi detergen cecair premiunya termasuk  TOP Colour Protect (3.2kg), TOP Stain Buster (3.4kg) dan TOP Silky Miracle (3.2kg). Pek isian semula eko ini menampilkan rekaan yang canggih dan nipis, membolehkan ia mudah dibawa dan disimpan walaupun dalam ruang yang terhad. Ia didatangkan dengan muncung penutup skrew bagi penggunaan yang mudah dan mengelakkan tumpah. Paling utama, pek isian semula ini memberikan pengurangan penggunaan plastik sebanyak 80% berbanding botol-botol detergen klasik. Ia juga boleh dikitar semula dan mengurangkan jejak karbon jenama TOP serta pengguna. Cubalah pek eko TOP mesra alam yang turut menawarkan lebih nilai pada pembelian berbanding pembungkusan biasa.

“Dengan kembalinya aktiviti ekonomi ke fasa sebelum pandemik, pengguna lebih peka terhadap penampilan mereka. Di peringkat global, kami melihat pilihan pakaian yang berwarna terang berbanding era pandemik yang suram dengan pakaian rumah sering digayakan ketika bekerja di rumah. Rakyat Malaysia memerlukan solusi pencucian pakaian yang berkuasa dan menjimatkan masa, di mana tidak perlu untuk mengasingkan baju berdasarkan warna setiap kali perlu mencucinya. Kemudahan yang disediakan TOP membantu mereka mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari, mesra alam dan bersih serta membenarkan mereka Stay True to Their Colours. Rangkaian serbuk dan cecair detergen TOP Colour Signature memenuhi keperluan pengguna,” kata Cik Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd.

Kempen TOP Hari-Hari Warna-Warni akan memperkenalkan rangkaian baharu Colour Signature menerusi jerayawara (roadshow) seluruh negara dan menerusi kerjasama dengan Kloth Cares dan Pusat Seni dan Rekaan (INTI Centre of Art and Design, ICAD) Rekaan Fesyen, Kolej Antarabangsa INTI Subang, yang menggalakkan rakyat Malaysia mengetahui cara untuk memanjangkan hayat dan menyerlahkan warna fabrik mereka termasuk kaedah penjagaan, mengumpul serta mengitar dan mengguna semula bagi memeliharan alam sekitar.

TOP Colour SignatureTOP Colour Signature

Menurut kajian, di Malaysia, sebanyak 2 juta kilogram sisa tekstil dan produk pakaian lain dibuang di tapak-tapak pelupusan sampah setiap hari. Kloth Cares, pergerakan kitar semula tekstil yang pertama di Malaysia ialah sebuah perusahaan sosial, menyasarkan untuk memastikan 3 juta kilogram tekstil dan produk-produk pakaian lain dikurangkan di tapak-tapak pelupusan sampah pada tahun 2022.

“Kerjasama dengan TOP dan Kolej Antarabangsa INTI Subang membenarkan kami mendekati lebih ramai rakyat Malaysia serta menyedarkan mereka akan kepentingan mesej 5R iaitu Mempertimbangkan Semula (Rethink); Mengurangkan (Reduce), Mengguna Semula (Reuse), Membuat Tujuan Semula (Repurpose) dan Mengitar Semula (Recycle). Cubalah untuk memanjangkan hayat pakaian anda dengan detergen yang mampu membuatkannya kekal kelihatan dan berasa terbaik lebih lama agar anda mengurangkan kadar pembelian pakaian lain. Anda boleh mengguna semula dan memperbaharui fungsi pakaian itu dengan memberikan ia peluang kedua. Jika anda kehausan pilihan, kunjungi jerayawara TOP dan sumbangkan item fabrik anda bagi memastikan ia tidak berakhir di tapak-tapak pelupusan sampah,” ujar Cik Nik Suzila, Pengasa Bersama Kloth Cares.

Ketahui potensi dan keindahan fesyen yang dikitar semula, lestari dan penuh warna-warni di jerayawara TOP menerusi pameran unik oleh para pelajar di ICAD Rekaan Fesyen, Kolej Antarabangsa INTI Subang yang menggunakan fabrik sumbangan Kloth Cares.

“Fesyen lestari dan mesra alam merupakan satu langkah ke hadapan. Bagi golongan muda, berjimat cermat adalah kaedah membeli-belah pilihan. Para pelajar di ICAD Rekaan Fesyen INITI telah memberikan sentuhan gaya dan semangat mereka untuk mengitar semula item-item Kloth Cares bagi pameran TOP Hari-Hari Warna-Warni. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi jerayawara ini dan terpegun dengan pameran yang disediakan, selain mempelajar teknik-teknik berguna yang dapat memanjangkan hayat pakaian anda sama ada menerusi padanan semula, mengubah suai atau menghiasinya dan pada masa sama membentuk kenyataan fesyen lestari yang bersifat peribadi,” jelas Cik Ang Tong Yin, Dekan INTI Pusat Seni dan Rekaan (ICAD), Kolej Antarabangsa INTI Subang,

Kunjungi jerayawara TOP Hari-Hari Warna-Wari dan reruai pop-up mini:

Lokasi

Tarikh

NSK Kuchai Lama, KL

21 – 23 Okt 2022

AEON Metro Prima Kepong, KL

27 - 30 Okt 2022

AEON Mid Valley, KL

27 - 30 Okt 2022

AEON Big Wangsa Maju, KL

3 - 6 Nov 2022

Billion Kota Permai, Penang

4 - 6 Nov 2022

AEON Tebrau City, Johor

24 - 30 Nov 2022

Midas Merge, Johor

25 - 27 Nov 2022

Para pengunjung berpeluang menerima kotak sampel TOP Colour Signature detergen cecair 90g dan serbuk 100g. Untuk pembelian bernilai RM20 ke atas dalam satu resit, pelanggan akan menerima tuala muka atau beg nilon TOP secara percuma. Manakala, pembelian bernilai RM40 dan ke atas, disediakan bakul pakaian TOP edisi khas dan bekas serbuk TOP eksklusif.

Bagi pelanggan yang membeli barangan TOP bernilai RM60 dan ke atas, mereka akan menerima beg eko dan detergen serbuk TOP Colour Signature 750g secara percuma. Untuk layak, pembelian harus melibatkan sekurang-kurangnya satu produk TOP Colour Signature.

Bagi menyertai Kempen Kelestarian TOP Hari-Hari Warna-Warni, orang ramai boleh mengunjungi jerayawara yang diadakan dari pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan menyumbangkan sekurang-kurangnya 10 item pakaian untuk dikitar semula. 30 penyumbang pertama akan menerima detergen serbuk TOP Colour Signature 750g secara percuma, sementara sumbangan selepas 12 tengah hari akan menerima kotak sampel detergen cecair 90g dan detergen serbuk 100g TOP Colour Signature.

Rakan gambar paling kreatif anda di reruai pop-up TOP dan kongsikan dalam media sosial anda dengan memasukkan tanda pagar #TOPdetergent dan #TOPHariHariWarnaWarni untuk merebut peluang memenangi pin e-dompet TouchNGo bernilai RM30.

“Stay True To Your Colours dengan TOP Super Colour Signature dan TOP Colour Protect Signature. Tambahkan warna, nilai dan komitmen anda kepada alam sekitar serta kehidupan setiap kali anda mencuci pakaian. Kunjungi jerayawara kami untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh membantu dan memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan. Anda juga boleh memastikan pakaian tidak berakhir di tapak-tapak pelupusan sampah dengan menyumbang pakaian ke dalam tong-tong Kloth Cares yang disediakan dan mendapat inspirasi daripada hasil kerja para pelajar Kolej Antarabangsa INTI Subang. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai tawaran pengenalan menerusi gedung dalam talian rasmi TOP di Shopee dan Lazada,” tambah Cik Foo.

Serbuk detergen TOP Super Colour boleh didapati dalam pilihan 100g, 750g, 2.1kg dan 3.6kg, sementara cecair TOP Colour Protect disediakan dalam pek isian semula 1.5kg, botol 2.5kg, isian semula 3.2kg dan botol 3.6kg.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk dan kempen TOP, sila layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 1800-880-133.  


Saturday, 23 July 2022

7/23/2022 12:15:00 pm

Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Antabax

Sementera Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami penurunan di
Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022, ia masih meningkat kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, namun orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga akan menghadapi risiko.

HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas, penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut.  

Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si kecil?

Antabax

Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan R.E.A.L Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh pemilik terbesar di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi kelengkapan kebersihan diri , dan bahan pendidikan kreatif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD.

“Sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan dan sanitasi untuk pengguna, Antabax komited dalam menyediakan pendidikan dan akses berterusan untuk meningkatkan tabiat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bersih. Penjagaan diri dan kebersihan yang baik terutamanya kebersihan tangan boleh membantu mencegah penularan HFMD. Melalui penyelesaian produk Antabax, kami percaya bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat permbersihan tangan sebelum dan selepas makan, serta sebelum dan selepas ke tandas, selepas aktiviti berkumpulan atau menyentuh permukaan yang kurang bersih, dan elakkan berkongsi atau menyentuh kanak-kanak lain, berkongsi botol air, makanan atau mainan. Sediakan cecair pembasmi kuman dan tunjukkan cara penggunaan kepada anak anda, dan juga masa bila menggunakannya! Kami selamat dengan tangan yang bersih,” ujar Chua Su Fee, Pengurus Pemasaran dari Antabax. Beliau seterusnya berkata aktiviti ini hanyalah permulaan komitmen jangka panjang Antabax untuk terus menyumbang dan membawa impak positif kepada keluarga Malaysia. 

Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Antabax, Ng Ming-yan, Pengurus Operasi di R.E.A.L Kids berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Antabax sekali lagi, kerana jenama ini terus mendidik dan memupuk kesedaran tentang penyakit berjangkit ini untuk kanak-kanak melalui idea kreatif dan pada masa yang sesuai. Kami juga akan mengingatkan ibu bapa untuk membina tingkah laku kebersihan yang baik di rumah, dan mengelap barang-barang anak kecil untuk mengurangkan penularan. Sentiasa mengingatkan anak anda untuk jauhi tangan mereka dari mulut, dan tidak perlu menghantar mereka ke sekolah jika tidak sihat tetapi bawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.”

Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Antabax akan berkongsi bahan pendidikan dan cara untuk mengurangkan penularan HFMD, yang bakal diedarkan kepada semua pelajar R.E.A.L Kids di seluruh negara. Kandungan termasuklah perbincangan kreatif dan helaian aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan penjaga-penjaga untuk para pelajar memahami cara-cara mengurangkan risiko HFMD. Jenama ini terus memainkan peranan sebagai pendorong untuk menggalakkan ibu bapa, pelajar dan guru untuk kembali ke kegiatan harian dengan menekankan amalan kebersihan diri yang baik, selaras dengan tema #BaxInAction.    

Jenama ini akan menyumbang produk mereka termasuk semburan antibakteria sanitizer, sabun buku dan tisu lap antibakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman dan memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang kebersihan anak mereka.

Baucer promosi yang boleh digunakan untuk pembelian produk Antabax teleh disediakan bagi menyokong ibu bapa dalam pembelian seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Antabax, sila layari http://www.lamsoon.com.my/ atau ikuti kami di Facebook https://www.facebook.com/Antabax.Malaysia/ dan di Instagram https://www.instagram. com/antabax.


Friday, 18 March 2022

3/18/2022 12:50:00 pm

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox Expert

 


Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Mulakan hari anda dengan permukaan bersih untuk kekal bersih dan selamat
Clorox Expert

Kuala Lumpur, 03 March, 2022 -  Pandemik Covid-19 telah membuatkan kita lebih peka terhadap kehadiran serta jangkitan virus dan kuman. Ekoran varian Omicron yang mudah merebak berbanding varian-varian lain sebelum ini, seluruh dunia kini bertarung dalam menangani gelombang keempat pandemik tersebut. Di Malaysia, kes-kes yang melibatkan varian Omicron juga kian meningkat. 


Bagaimanakah kita dapat melindungi diri dan insan tersayang daripada jangkitan virus dan kuman, pada masa sama menjadikan ruang kediaman, kerja atau belajar satu zon bersih?

 

Pertama sekali, ketahui apakah elemen yang sedang anda depani. Covid-19 adalah satu virus pernafasan yang boleh tersebar menerusi titisan cecair daripada tubuh. Ini berlaku apabila penghidap virus berkenaan batuk, bersih atau menyentuh muka mereka dan seterusnya memegang suatu permukaan. Oleh itu, anda disarankan menggunakan disinfektan. Sebelum itu, pastikan anda sentiasa sentiasa mematuhi arahan pada label produk bagi penggunaan yang betul. 


Clorox Expert


Memperkenalkan rangkaian disinfeksi Clorox Expert yang membantu anda mendisinfeksi kediaman, tempat kerja, sekolah atau universiti secara profesional. Dihasilkan dengan komponen-komponen yang digunakan dalam rangkaian Clorox bagi kegunaan hospital dan perkhidmatan perubatan, rangkaian terbaharu, yang menerima pengiktirafan EPA, ini membunuh 99.9% virus dan bakteria dalam masa 1 minit. Ia juga dapat menyingkirkanvirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19. Menberikan hasil profesional dan pembersihan yang rapi, Clorox Expert adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan kebersihan ruang anda daripada kuman dan virus termasuk COVID-19. 

Clorox telah berada dalam bidang solusi pembersihan dan disinfektan sejak tahun 1913. Clorox Bleach merupakan jenama peluntur nombor satu di dunia dan  kemampuannya untuk membunuh 99.9% kuman telah dipercayai selama bergenerasi. Kenyataan ini telah dibuktikan menerusi data dengan produk-produk Clorox telah dicuba dan diuji oleh golongan profesional dan pengguna sebelum pandemik melanda.


“Varian Omicron amat mudah merebak, menjadikan disinfeksi permukaan keras dengan lebih kerap menjadi satu keutamaan. Pastikan anda selalu menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh seperti kunci, tombol dan pemegang pintu, telefon, komputer riba dan meja, ruang dalaman kenderaan serta bungkusan dan penghantaran. Adalah lebih baik mengambil langkah berwaspada agar kekal selamat,” kata Paulo Lao, Pengarah Jualan dan Pemasaran Clorox Asia Tenggara. 


Beliau menambah, “Penyebaran varian Omicron bermakna kita berpotensi menjadi pembawa virus tersebut ke rumah dan menyebarnya kepada insan tersayang. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita disinfek item-item yang sering disentuh bagi menjamin kebersihan, keselamatan dan ketenangan minda.”


Clorox ingin berkongsi beberapa tip bagaimana anda boleh menjaga ruang dan melindungi diri dan insan tersayang dalam menghadapi peningkatan kes Omicron: 


Memastikan Keselamatan Ruang Kerja, Sekolah dan Kolej 

Clorox Expert

Kolaborasi merupakan sebahagian besar daripada sesi penting di tempat kerja, sekolah ataupun kolej. Sungguhpun kita berhasrat untuk mengekalkan penjarakan fizikal, namun masih terdapat kemungkinan bahawa kita menyentuh item-item yang telah disentuh pihak lain. Tidak salah untuk menjadi ‘pembersih’ atau ‘clean freak’ dengan menyahjangkit ruang kerja atau belajar anda apabila anda tiba atau kembali ke ruang tersebut selepas waktu makan tengah hari. 


Buatkan Satu Pek Pencegahan 

Pastikan anda mempunyai item-item pencegahan jangkitan (seperti pelitup muka, topeng muka, pensanitasi tangan, sarung tangan pakai buang serta pengelap dan penyembur pembasmi kuman) di lokasi tumpuan kediaman, konsol pusat kereta, di tempat kerja atau meja belajar, mahupun di dalam beg tangan atau beg galas anda untuk kegunaan jika anda berada di luar. 



Membasmi Kuman Pada Peranti dan Barangan Bawaan Harian 

Clorox Expert

Item bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih berpotensi untuk terkena titisan cecair tubuh - daripada diri atau individu sekeliling anda. Setibanya di rumah, pastikan anda mengelap item-item ini dengan rapi. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk memastikan item peribadi anda selamat dan mengelak anda dari menyebarkan virus secara tidak sengaja.


Disinfeksi Kenderaan Anda


Clorox Expert

Kita menghabiskan banyak masa dalam kenderaan dan pada kebiasaannya tanpa memakai pelitup muka. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Spray untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada kadar segera atau guna Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk mengelap permukaan keras dengan lebih rapi.

Jangan lupa untuk mengelap bahagian dalam dan luar lubang pendingin hawa dan pemegang pintu.


Singkir Kuman Melalui Semburan

Sebelum membawa masuk pembelian barangan keperluan atau bungkusan ke dalam rumah, sembur terlebih dahulu permukaan barangan tersebut. Letakkan Clorox Expert Disinfecting Spray di pintu masuk rumah untuk segera menyahjangkit item-item terlibat bagi menyingkirkan virus yang ada dan memastikan keselamatan diri dan insan tersayang terus terpelihara. 


Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh 


Clorox Expert

Susur tangan, suis lampu, pemegang dan tombol pintu adalah antara permukaan yang dipenuhi kuman. Seperti juga item-item yang sering dipegang dan sentuh seperti telefon, papan kekunci komputer dan alat kawalan jauh televisyen. Kami mengesyorkan Clorox Expert Disinfecting Wipes bagi membersihkan permukaan item-item ini kerana ia mampu membunuh 99.9% virus dan bakteria termasuk Covid-19 hanya dalam 15 saat9. Bersihkan permukaan ini dengan rapi sekurang-kurangnya sekali sehari. 


Jangan leka dan lalai dalam memastikan keselamatan. Ikuti tip-tip mudah ini bagi membantu anda kekal selamat dan sihat serta mampu bertahan dalam mendepani cabaran yang dibawa varian Omicron. 


Clorox Expert


Rangkaian Clorox Expert termasuk Clorox Expert Disinfecting Wipes dengan pek 15 dan 30 helaian kain pengelap; dan Clorox Expert Disinfecting Spray. Produk-produk Clorox boleh didapati di peruncit-peruncit terkemuka di seluruh negara. 


Dapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkara berkaitan pembersihan serta sebagainya di laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosia Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/