What's Hot

Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Friday, 10 November 2023

11/10/2023 04:05:00 pm

Kitsui Belloss Fiber Khas Buat Yang Mempunyai Masalah Sembelit dan Ingin Turun Berat Badan


 

Assalammualaikum readers MellyaCrayola. Seperti yang sedia maklum, Mell telah melahirkan anak yang kedua pada awal September yang lalu. Jadi Mell menghadapi masalah sembelit yang agak teruk. Mujurlah baru-baru ni Mell diperkenalkan dengan produk Kitsui Bellos Fiber oleh seseorang. Kitsui Bellos Fiber ialah minuman campuran botani yang mengandungi nenas, epal, kiwi, markisa, lemon, pir, bayam, timun dan saderi serta diperkaya dengan vitamin & mineral; baik untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sembelit dan kembung perut. Kitsui Bellos Fiber juga dikatakan berkesan untuk mereka yang mempunyai masalah najis berdarah, kesukaran serta kesakitan untuk membuang air besar atau masalah membuang air kurang dari tiga kali seminggu. Ianya dipercayai terbukti berkesan seawal 3 hari setelah konsumsi.

Sebelum Mell kongsikan dengan lebih lanjut, Mell ingin ceritakan serba sedikit mengenai Kitsui. Kitsui merupakan brand supplemen untuk kesihatan yang dikenali di Malaysia sejak lebih 20 tahun yang lalu. Brand ini mementingkan kualiti dan standard seperti ISO, HACCP, dan GMP untuk memastikan produk yang dihasilkan memenuhi kualiti dan standard yang ditetapkan. Kitsui juga menggunakan bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan yang menjadikannya selamat untuk dimakan dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kekangan pemakanan seperti vegetarian.  Produk Kitsui juga dijamin halal dan telah menerima pelbagai anugerah seperti Brand Laureate, Halal Asia Award, Watsons Top Brand, dan Superhealth Brand.

Antara pengiktirafan yang diterima oleh Kitsui.


Dengan gabungan 9 jenis buah-buahan yang diperkaya dengan vitamins serta mineral, Kitsui Bellos Fiber dapat membantu membersihkan toksin yg terkumpul di dalam usus atau DETOX, toksin seperti minyak toksin dari makanan seharian. Antara bahan-bahan penting yang terkandung dalam Kitsui Bellos Fiber ialah ekstrak nenas dan kiwi yang mengeluarkan toksin dalam badan menerusi pencernaan serta baik untuk sistem pencernaan; dan ekstrak lemon yang membantu mengurangi nafsu makan secara berlebihan dan mencegah sembelit.

Antara penyebab masalah sembelit ialah kurangnya makan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, gaya pemakanan yang tidak seimbang serta kesan dari stress atau tekanan harian sama ada dirumah atau di tempat kerja. Ibu-ibu yang baru melahirkan juga mungkin akan menghadapi masalah sembelit ini terutama mereka yang bersalin secara normal.

Mesti ramai yang tertanya-tanya cara pengambilan Kitsui Belloss Fiber ini. Cara pengambilan Kitsui Belloss Fiber ini sangat mudah dan seperti produk kesihatan Kitsui yang lain iaitu dengan mengambil satu sachet (15g) dan campurkan ke dalam 150ml air suam, goncangkan sehingga betul-betul larut sebelum minum serta-merta selepas penyediaan. Jangan lupa untuk pastikan minum air secukupnya untuk kesan yang optimum. Bagi yang menyusu, sedang mengambil ubat tertentu, hamil dan kemungkinan hamil, atau ada alahan dinasihatkan untuk rujuk dengan doktor atau penasihat perubatan sebelum pengambilan ya.

Duta Kitsui, Anna Jobling

Ribuan testimoni yang telah berjaya dikumpul & dipercayai oleh pasaran selama 20 tahun tau. Ni antara testimoni yang Mell kumpulkan menerusi platform Shopee.

Sumber: https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

 

Bagaimana dengan testimoni Mell sendiri? Memandangkan Mell konsume waktu Mell masih berpantang dan menyusu, Mell jarak kan pengambilan dan cuma ambil bila perlu sahaja. Ianya sangat membantu Mell dan Mell tidak menghadapi masalah sembelit lagi selepas pengambilan Kitsui Belloss Fiber. Dalam masa yang sama teringin juga untuk mengurangkan berat badan. Mungkin lepas berpantang pun Mell ingin teruskan pengambilan Kitsui Belloss Fiber ni disebabkan oleh keberkesanannya menyelesaikan masalah sembelit yang Mell hadapi.


Oh ya macam mana nak dapatkan produk Kitsui Bellos Fiber ni? Untuk pengetahuan korang, semua produk Kitsui boleh didapati di seluruh farmasi berdekatan anda atau secara online iaitu di website Kitsui, dan platform e-commerce seperti Shopee dan Tiktok. Kitsui Belloss Fiber boleh didapati pada harga cuma RM39.90 sahaja dan setiap kotak mengandungi 15 sachet, 15g setiap satu. Belloss Fiber juga boleh didapati di Watsons dan Guardian tau.

 


Selain Belloss Fiber, Kitsui juga mengeluarkan produk lain seperti Kitsui Collagen White 6000mg + L-Glutamine dan juga Kitsui Meal Replacement Program (KMRP) yang Mell pernah review sebelum ini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk Kitsui, korang boleh layari:

Website: https://kitsui.com.my/

Instagram: https://www.instagram.com/kitsuimalaysia/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Tiktok: https://www.tiktok.com/@kitsuimalaysia?lang=en

Shopee: https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

Monday, 28 March 2022

3/28/2022 08:52:00 pm

Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest, Tingkatkan Aura Wajah Secara Semulajadi dengan formulasi dari Korea


Glow Sakura, Minuman Campuran Botani berasaskan Sarang Burung Walit,

Ekstrak Sakura, Delima dan Ginseng Korea terbaru dari Kitsui

Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest

Sebelum ini Mell ada kongsikan beberapa minuman campuran botani Kitsui yang telah Mell cuba. Sememangnya setiap produk Kitsui ini mempunyai kelebihan masing-masing. Untuk kali ini, Mell ingin mencuba satu lagi minuman campuran botani Kitsui iaitu Glow Sakura, minuman campuran botani yang mengandungi empat (4) bahan utama iaitu ekstrak sakura, sarang burung walit, delima dan juga ginseng Korea.

Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest


Seperti sedia maklum, Kitsui Glow Sakura sememangnya diperbuat menggunakan kandungan yang selamat untuk dikonsume oleh semua peringkat usia. Ia tidak mengandungi pewarna tambahan, penambah perasa dan rendah kalori. Jom kita lihat antara kandungan Kitsui Glow Sakura yang mempunyai pelbagai kebaikan tersendiri.

Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest

Antara kandungan utama Kitsui Glow Sakura ialah Ekstrak Sakura yang dikatakan sangat efektif untuk membantu mengembalikan kecantikan, kesempurnaan kulit, dan mengurangkan tanda penuaan selain bertujuan mencerahkan kulit. Selain itu, ada kajian menunjukkan kemampuan bunga Sakura untuk mencegah pembentukan melanin setara dengan kemampuan vitamin C sudah lama terkenal sebagai ejen peluntur baik memberikan kesan kecerahan pada kulit. Begitu juga kandungan Delima yang juga bersifat anti oksidan, dan mampu melambatkan proses penuaan kulit. Jadi tidak mustahil kulit akan kelihatan lebih sihat dan glowing selepas penggunaan Kitsui Glow Sakura. 

Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest

Kelebihan Sarang Burung Walit dan juga Ginseng tidak dapat diketepikan ianya juga mendatangkan pelbagai kebaikan bukan saja pada kulit tetapi juga kesihatan.

Kitsui Glow Sakura
diformulasi khas untuk mereka yang mempunyai masalah seperti: berikut:

Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest

Testimoni
 

Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest

Rasanya sedap dan tidak seperti yang Mell jangkakan. Bancuhan tidak pekat dan seperti bancuhan minuman botani yang sedap boleh dikonsume setiap hari. Dan apa yang bestnya ianya didatangi dalam bentuk sachet yang mudah untuk dibawa kemana saja. Antara sebab Mell ingin meneruskan penggunaan Kitsui Glow Sakura ini ialah disebabkan oleh fungsi nya yang mampu untuk mencerahkan kulit terutama disekitar pelipat, melembutkan kulit, melindungi kulit dari sinaran UV dan juga memberi penghidratan secukupnya.


Antara testimoni Kitsui Glow Sakura yang berjaya mendapatkan hasil yang diinginkan selepas penggunaan Kitsui Glow Sakura:-



Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest

Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest

Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest

Macam mana nak dapatkan Kitsui Glow Sakura dan berapa harga pasaran?

Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit / Royal Bird Nest


Setiap box mengandungi 24 sachet berharga RM52.70. Korang boleh dapatkan Kitsui Glow Sakura di farmasi berdekatan. Good news buat pembelian menerusi Kitsui Official Shopee Mall, ada discount voucher code dan juga free gift untuk setiap pembelian.  Guna code "KITSGLOW" semasa checkout & nikmati 25% off (capped at RM2) di Kitsui Official Shopee Mall. Untuk maklumat lanjut korang boleh check link di bawah:


Kitsui Glow Sakura Shopee Mall:
https://shopee.com.my/product/100810671/11687667678?smtt=0.100812150-1646634584.3
Kitsui Website: https://kitsui.com.my/
Kitsui Official Shopee Mall: https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

Kitsui Official Lazada Mall: https://www.lazada.com.my/shop/kitsui-beauty-store
Kitsui Official Instagram: https://instagram.com/kitsuimalaysia
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/
Facebook: https://www.facebook.com/kitsuimalaysia
Youtube: https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty

#Kitsui #KitsuiLovers #KitsuiGlowSakura #GlowSakura #Korean #Koreanbeauty #birdnest #halalbirdnest #sarangburung #sarangburungwalet #ginsengkorea #premiumbirdnest #Watsonsmalaysia #guardianmalaysia

 


Friday, 18 March 2022

3/18/2022 12:50:00 pm

Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox Expert

 


Disinfeksi Permukaan Secara Profesional Melalui Rangkaian Clorox

Mulakan hari anda dengan permukaan bersih untuk kekal bersih dan selamat
Clorox Expert

Kuala Lumpur, 03 March, 2022 -  Pandemik Covid-19 telah membuatkan kita lebih peka terhadap kehadiran serta jangkitan virus dan kuman. Ekoran varian Omicron yang mudah merebak berbanding varian-varian lain sebelum ini, seluruh dunia kini bertarung dalam menangani gelombang keempat pandemik tersebut. Di Malaysia, kes-kes yang melibatkan varian Omicron juga kian meningkat. 


Bagaimanakah kita dapat melindungi diri dan insan tersayang daripada jangkitan virus dan kuman, pada masa sama menjadikan ruang kediaman, kerja atau belajar satu zon bersih?

 

Pertama sekali, ketahui apakah elemen yang sedang anda depani. Covid-19 adalah satu virus pernafasan yang boleh tersebar menerusi titisan cecair daripada tubuh. Ini berlaku apabila penghidap virus berkenaan batuk, bersih atau menyentuh muka mereka dan seterusnya memegang suatu permukaan. Oleh itu, anda disarankan menggunakan disinfektan. Sebelum itu, pastikan anda sentiasa sentiasa mematuhi arahan pada label produk bagi penggunaan yang betul. 


Clorox Expert


Memperkenalkan rangkaian disinfeksi Clorox Expert yang membantu anda mendisinfeksi kediaman, tempat kerja, sekolah atau universiti secara profesional. Dihasilkan dengan komponen-komponen yang digunakan dalam rangkaian Clorox bagi kegunaan hospital dan perkhidmatan perubatan, rangkaian terbaharu, yang menerima pengiktirafan EPA, ini membunuh 99.9% virus dan bakteria dalam masa 1 minit. Ia juga dapat menyingkirkanvirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19. Menberikan hasil profesional dan pembersihan yang rapi, Clorox Expert adalah pilihan terbaik untuk mengekalkan kebersihan ruang anda daripada kuman dan virus termasuk COVID-19. 

Clorox telah berada dalam bidang solusi pembersihan dan disinfektan sejak tahun 1913. Clorox Bleach merupakan jenama peluntur nombor satu di dunia dan  kemampuannya untuk membunuh 99.9% kuman telah dipercayai selama bergenerasi. Kenyataan ini telah dibuktikan menerusi data dengan produk-produk Clorox telah dicuba dan diuji oleh golongan profesional dan pengguna sebelum pandemik melanda.


“Varian Omicron amat mudah merebak, menjadikan disinfeksi permukaan keras dengan lebih kerap menjadi satu keutamaan. Pastikan anda selalu menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh seperti kunci, tombol dan pemegang pintu, telefon, komputer riba dan meja, ruang dalaman kenderaan serta bungkusan dan penghantaran. Adalah lebih baik mengambil langkah berwaspada agar kekal selamat,” kata Paulo Lao, Pengarah Jualan dan Pemasaran Clorox Asia Tenggara. 


Beliau menambah, “Penyebaran varian Omicron bermakna kita berpotensi menjadi pembawa virus tersebut ke rumah dan menyebarnya kepada insan tersayang. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita disinfek item-item yang sering disentuh bagi menjamin kebersihan, keselamatan dan ketenangan minda.”


Clorox ingin berkongsi beberapa tip bagaimana anda boleh menjaga ruang dan melindungi diri dan insan tersayang dalam menghadapi peningkatan kes Omicron: 


Memastikan Keselamatan Ruang Kerja, Sekolah dan Kolej 

Clorox Expert

Kolaborasi merupakan sebahagian besar daripada sesi penting di tempat kerja, sekolah ataupun kolej. Sungguhpun kita berhasrat untuk mengekalkan penjarakan fizikal, namun masih terdapat kemungkinan bahawa kita menyentuh item-item yang telah disentuh pihak lain. Tidak salah untuk menjadi ‘pembersih’ atau ‘clean freak’ dengan menyahjangkit ruang kerja atau belajar anda apabila anda tiba atau kembali ke ruang tersebut selepas waktu makan tengah hari. 


Buatkan Satu Pek Pencegahan 

Pastikan anda mempunyai item-item pencegahan jangkitan (seperti pelitup muka, topeng muka, pensanitasi tangan, sarung tangan pakai buang serta pengelap dan penyembur pembasmi kuman) di lokasi tumpuan kediaman, konsol pusat kereta, di tempat kerja atau meja belajar, mahupun di dalam beg tangan atau beg galas anda untuk kegunaan jika anda berada di luar. 



Membasmi Kuman Pada Peranti dan Barangan Bawaan Harian 

Clorox Expert

Item bawaan harian seperti beg tangan, beg galas, komputer riba dan telefon mudah alih berpotensi untuk terkena titisan cecair tubuh - daripada diri atau individu sekeliling anda. Setibanya di rumah, pastikan anda mengelap item-item ini dengan rapi. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk memastikan item peribadi anda selamat dan mengelak anda dari menyebarkan virus secara tidak sengaja.


Disinfeksi Kenderaan Anda


Clorox Expert

Kita menghabiskan banyak masa dalam kenderaan dan pada kebiasaannya tanpa memakai pelitup muka. Gunakan Clorox Expert Disinfecting Spray untuk membasmi kuman pada permukaan keras pada kadar segera atau guna Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk mengelap permukaan keras dengan lebih rapi.

Jangan lupa untuk mengelap bahagian dalam dan luar lubang pendingin hawa dan pemegang pintu.


Singkir Kuman Melalui Semburan

Sebelum membawa masuk pembelian barangan keperluan atau bungkusan ke dalam rumah, sembur terlebih dahulu permukaan barangan tersebut. Letakkan Clorox Expert Disinfecting Spray di pintu masuk rumah untuk segera menyahjangkit item-item terlibat bagi menyingkirkan virus yang ada dan memastikan keselamatan diri dan insan tersayang terus terpelihara. 


Disinfeksi Permukaan Kerap Disentuh 


Clorox Expert

Susur tangan, suis lampu, pemegang dan tombol pintu adalah antara permukaan yang dipenuhi kuman. Seperti juga item-item yang sering dipegang dan sentuh seperti telefon, papan kekunci komputer dan alat kawalan jauh televisyen. Kami mengesyorkan Clorox Expert Disinfecting Wipes bagi membersihkan permukaan item-item ini kerana ia mampu membunuh 99.9% virus dan bakteria termasuk Covid-19 hanya dalam 15 saat9. Bersihkan permukaan ini dengan rapi sekurang-kurangnya sekali sehari. 


Jangan leka dan lalai dalam memastikan keselamatan. Ikuti tip-tip mudah ini bagi membantu anda kekal selamat dan sihat serta mampu bertahan dalam mendepani cabaran yang dibawa varian Omicron. 


Clorox Expert


Rangkaian Clorox Expert termasuk Clorox Expert Disinfecting Wipes dengan pek 15 dan 30 helaian kain pengelap; dan Clorox Expert Disinfecting Spray. Produk-produk Clorox boleh didapati di peruncit-peruncit terkemuka di seluruh negara. 


Dapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkara berkaitan pembersihan serta sebagainya di laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosia Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www.instagram.com/cloroxmalaysia/. 


Tuesday, 6 April 2021

4/06/2021 09:28:00 pm

Kitsui Vitamin C Shine Product Review!

 

Assalammualaikum.

Kitsui Vitamin C Shine Product Review!

Hi peeps, it’s been a while for my personal product review kan. So this time around, Mell nak share one of the best product from Kitsui which is Kitsui Vita C+ Shine! Mell dah lama dengar tentang brand Kitsui before, it is one of the best health brand dekat farmasi Watsons Then, I was offered to try Kitsui Vita C+ Shine sooo here we go!

Kitsui Vita C+ Shine

Kitsui Vitamin C Shine Product Review!

Kitsui Vita C+ Shine ialah minuman campuran botani yang diperbuat 100% daripada enam (6) jenis buah-buahan anti-oxidant sebenar yang diimport khas dari Itali seperti Delima(Pomegranate), Oren(Orange), Mangga(Mango), Nenas(Pineapple), Kiwi, dan Lemon.

Kitsui Vitamin C Shine Product Review!

Kaya dengan Vitamin C ianya juga kaya dengan gabungan Vit A, Vit B, Vit D, Vit B12, Vit B2, dan B6. 

Kitsui Vitamin C Shine Product Review!

Kenapa Mell Pilih Kitsui Vita C+ Shine

Kitsui Vitamin C Shine Product Review!

The truth is, disebabkan product ini telah menerima formulasi dari Korea untuk Vitamin C booster nya telah menarik perhatian Mell untuk try Kitsui Vita C+ Shine ni. Selain itu, ianya tidak mengandungi bahan berbahaya seperti hormon, GMO, pengawet, gluten dan lain-lain. Jadinya Mell yakin ianya selamat untuk diminum memandangkan Mell masih direct breastfeed baby Sabreena. But the most important thing is, ianya HALAL and telah lulus ujian makmal. Tambah pula product Kitsui ni sangat diyakini, sudah berada di pasaran melebihi 20 tahun tau!

Kitsui Vitamin C Shine Product Review!

Let’s see the goodness of Kitsui Vita C+ Shine pulak. It claims to be good for your immunity. And kandungan anti-oxidant nya actually good for your skin health jugak. Selain melindungi kulit anda dari sinaran UV and UVB, ianya juga mengurangkan risiko kulit berkedut, jeragat dan juga sunburn. Kandungannya juga baik untuk kesihatan mata, gigi dan tulang tau!

Kitsui Vitamin C Shine Product Review!

Cara Pengambilan

Kitsui Vitamin C Shine Product Review!

Campur satu (1) sachet ke dalam 150ml air suam, goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. Minum air secukupnya sepanjang hari untuk kesan terbaik. Minum 1 sachet sehari selepas sarapan atau sebelum tidur.

Kitsui Vitamin C Shine Product Review!

Kitsui Vita C+ Shine ni sesuai untuk seisi keluarga jadi hubby Mell pun boleh consume jugak. Tambah pula dia kurang gemar makan buah, jadi Kitsui Vita C+ Shine ni sangat membantu kami berdua. Since minum Kitsui Vita C+ Shine ni, rasa badan lebih cergas dari biasa. Korang nak cuba? Harga promosi cuma RM17.80 sekotak. Selain boleh dapatkan di Watsons korang juga boleh dapatkan sekarang di Kitsui Shopee Mall!

IG: https://instagram.com/kitsuimalaysia

Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Tik Tok : https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/

Shopee : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.0.9

Website : https://kitsui.com.my/

Friday, 21 August 2020

8/21/2020 01:30:00 pm

Review JoyMix Awake untuk Mereka yang Ingin Kekal Aktif Sepanjang Hari

Assalammualaikum.

 Korang pernah dengar tak product JoyMix? Baru-baru ni Mell ada baca review rakan-rakan di Facebook mengenai product baru dari JoyMix iaitu Awake. Katanya Awake ni sangat membantu untuk memberi tenaga tambahan bagi yang mengamalkannya. Yelah bukan saja bagi yang bekerja di luar mahupun di rumah, yang aktif bersukan semestinya ingin mengekalkan prestasi masing-masing tak kira dimana mereka berada. 


Tambahan dengan keadaan kita yang diuji ketika musim pandemik Covid-19, husband Mell terlibat dengan usaha 'frontliners' untuk memastikan penularan wabak ni, Mell percaya dia sangat memerlukan supplement tambahan yang mudah untuk diambil walaupun ketika busy. Lepas je dapat tahu pasal product ni and baca testimoni pengguna, Mell cepat-cepat grab JoyMix Awake ni untuk kami berdua. (Another product JoyMix yang Mell cuba Pure Collagen Powder - Review)

JoyMix Awake ialah serbuk buah anggur asli yang bersifat anti-oxidant, kaya dengan Vitamin C tanpa kafein dan gula tambahan. Ia meningkatkan tahap imuniti, mengurangkan radikal bebas untuk memastikan kita "stay active"! Imuniti penting ye, barulah tak cepat jatuh sakit. And semua memang tahukan Vitamin C sangat penting bukan saja untuk kesihatan luaran, semestinya dalaman yang lebih penting. Jadi JoyMix Awake sangat sesuai buat mereka yang sentiasa aktif, yang memerlukan mereka untuk bekerja dalam jangka masa yang panjang, dan juga mereka yang bersukan.

Kebaikan dan Kelebihan JoyMix Awake

Kekal Aktif dan Sihat - JoyMix Awake buat korang sentiasa 'alert' and 'active' sehingga hampir 5 jam! Membantu melambatkan hormon adenosine untuk bertindak (adenosine adalah hormon yang mencetuskan rasa letih dan mengantuk, buat korang lesu jeeeee).

Melancarkan pengaliran darah - JoyMix Awake membantu melancarkan aliran darah dalam badan (sedia maklum ianya penting untuk memastikan nutrient dan oxygen dapat disalurkan dengan baik ke seluruh badan).

Tanpa Kafein - Tidak meningkatkan 'heart rate' mereka yang mengamalkannya seperti minuman tenaga yang lain. Dan bagi mereka yang tidak menggemari atau tubuh badan mereka tidak dapat memberi toleransi pada product yang berkafein, sangat sesuai untuk mengamalkan JoyMix Awake. 

Tanpa Gula Tambahan - Sesuai untuk mereka yang menjaga diet, pemakanan harian dan ahli sukan

Kaya dengan Vitamin C - Bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran. 


Cara Pengambilan JoyMix Awake

Setiap kotak JoyMix Awake mengandungi 30 sachet (3g setiap sachet) yang sangat mudah dibawa kemana jua kita berada. Boleh letakkan didalam handbag, sangat kecil dan ringan. Cuma koyakkan satu sachet JoyMix Awake, dan tuangkan ke dalam mulut dan membiarkannya melarut. 

So pendapat Mell, JoyMix Awake ni sangat membantu Mell sepanjang Mell mencuba product ni and Alhamdulillah husband Mell pun memberi pendapat yang sama. Mell sekarang memang perlu selalu keluar bekerja diluar memandangkan Mell dah mula bekerja sendiri sejak MCO baru-baru ni. Untunglah cuma tinggal kemam je, masuk beg tak perlu nak bancuh-bancuh lagi kan? Husband Mell pun dah tak mengantuk lagi dah dekat office haha Kalau korang pun nak cuba JoyMix Awake ni, boleh dapatkan di social media Joymix dibawah tau! RM 70 je sekotak 😊

Untuk maklumat lanjut mengenai product Joymix:

Web: https://www.joypremix.com/

Facebook: https://www.facebook.com/joypremix

Instagram: https://instagram.com/joypremix

Wednesday, 15 April 2020

4/15/2020 04:41:00 pm

Aczelief Intense Moisturize Cream by My Naturity Special Review

Assalammualaikum.
Few months back, I had received a parcel from My Naturity. They want me to try one of their product swhich is good for eczema, irritated and dry skin; Aczelief Intense Moisturize Cream. I took almost 3 months to review (lol), i was quite busy so i didn't have some ample time to spend in front of my laptop. haha but i was actually already tried the product a few times. This is because there's some time my skin felt irritated because of dry skin. Its getting even worse when i scratched the itchy parts so the cream kinda helps me alot to avoid me from hurting myself.

Aczelief Intense Moisturize Cream

Have you ever noticed a red, itchy patch on your cheeks, Chin, neck or your knees? Do you know that Eczema can appear on different areas of the body and the symptoms may differ individually. The affected Areas usually appear very dry and itchy, or scaly. It will then turn brown or more likely like scars. So Aczelief Intense Moisturize Cream was specially formulated to help eczema and sensitive skin, it provide long-lasting, deep hydration and skin protection.

 Let see some of the ingredients:

Olive Wax
A Natural Lipid Wax derived from pure Olive Oil which improves moisture barrier to seal in moisture.

Shea Butter 
Offers a good hydrating effects. It also has a high concentration of healthy fatty acids that help in treating Eczema, Psoriasis, Burns, Sores, Scars, Dermatitis, Psoriasis. Besides, It helps to restore skin elasticity and reduced wrinkles + blemishes.


Aloe Vera Oil
Increase water content in epidermis. Cooling and soothing, assisting in healing skin wounds & burns.


Lavender Essential Oil
Strong anti-bacterial and anti-fungal properties that can reduce Inflammation.


Tea Tree Essential Oil
Anti-Inflammatory, Anti-Bacterial And Anti-Fungal Properties. It is effective in reducing itching, control infection from spreading, soothing the skin and protecting the skin from free radical damage.

How To Use:
Easy to apply creamy on highly sensitive skin. Apply gently on affected area, possible leave it overnight and apply whenever you needed.
There's a lining that helps to hold the products from coming out, or spill. I'm not sure what we are supposed to call it, hahaha
It was white, and creamy
 So how was it? As for me this cream actually works perfectly as what it was meant to be. I usually use it when i felt itchy lol I love the smell, i am not really sure what is the smell but i believe it was actually the smell of lavender + tea tree. Smells refreshing and comforting. The texture, they are less greasy to the touch and able to stay for long hours. It gives you a cold sensation feeling, i don't really know how to describe it, but the cooling effect .... is awesome! 
The texture, the smell and the cooling effects
Therefore, if you are looking for a cream to treat your sensitive and dry skin, try this out. Each Aczelief Intense Moisturize Cream consist of 50g, price around RM 35. So if you would like to purchase, head over to : https://mynaturity.com/skin/aczelief-cream/. Adios!