What's Hot

Friday, 21 August 2020

Review JoyMix Awake untuk Mereka yang Ingin Kekal Aktif Sepanjang Hari

Assalammualaikum.

 Korang pernah dengar tak product JoyMix? Baru-baru ni Mell ada baca review rakan-rakan di Facebook mengenai product baru dari JoyMix iaitu Awake. Katanya Awake ni sangat membantu untuk memberi tenaga tambahan bagi yang mengamalkannya. Yelah bukan saja bagi yang bekerja di luar mahupun di rumah, yang aktif bersukan semestinya ingin mengekalkan prestasi masing-masing tak kira dimana mereka berada. 


Tambahan dengan keadaan kita yang diuji ketika musim pandemik Covid-19, husband Mell terlibat dengan usaha 'frontliners' untuk memastikan penularan wabak ni, Mell percaya dia sangat memerlukan supplement tambahan yang mudah untuk diambil walaupun ketika busy. Lepas je dapat tahu pasal product ni and baca testimoni pengguna, Mell cepat-cepat grab JoyMix Awake ni untuk kami berdua. (Another product JoyMix yang Mell cuba Pure Collagen Powder - Review)

JoyMix Awake ialah serbuk buah anggur asli yang bersifat anti-oxidant, kaya dengan Vitamin C tanpa kafein dan gula tambahan. Ia meningkatkan tahap imuniti, mengurangkan radikal bebas untuk memastikan kita "stay active"! Imuniti penting ye, barulah tak cepat jatuh sakit. And semua memang tahukan Vitamin C sangat penting bukan saja untuk kesihatan luaran, semestinya dalaman yang lebih penting. Jadi JoyMix Awake sangat sesuai buat mereka yang sentiasa aktif, yang memerlukan mereka untuk bekerja dalam jangka masa yang panjang, dan juga mereka yang bersukan.

Kebaikan dan Kelebihan JoyMix Awake

Kekal Aktif dan Sihat - JoyMix Awake buat korang sentiasa 'alert' and 'active' sehingga hampir 5 jam! Membantu melambatkan hormon adenosine untuk bertindak (adenosine adalah hormon yang mencetuskan rasa letih dan mengantuk, buat korang lesu jeeeee).

Melancarkan pengaliran darah - JoyMix Awake membantu melancarkan aliran darah dalam badan (sedia maklum ianya penting untuk memastikan nutrient dan oxygen dapat disalurkan dengan baik ke seluruh badan).

Tanpa Kafein - Tidak meningkatkan 'heart rate' mereka yang mengamalkannya seperti minuman tenaga yang lain. Dan bagi mereka yang tidak menggemari atau tubuh badan mereka tidak dapat memberi toleransi pada product yang berkafein, sangat sesuai untuk mengamalkan JoyMix Awake. 

Tanpa Gula Tambahan - Sesuai untuk mereka yang menjaga diet, pemakanan harian dan ahli sukan

Kaya dengan Vitamin C - Bagus untuk kesihatan dalaman dan luaran. 


Cara Pengambilan JoyMix Awake

Setiap kotak JoyMix Awake mengandungi 30 sachet (3g setiap sachet) yang sangat mudah dibawa kemana jua kita berada. Boleh letakkan didalam handbag, sangat kecil dan ringan. Cuma koyakkan satu sachet JoyMix Awake, dan tuangkan ke dalam mulut dan membiarkannya melarut. 

So pendapat Mell, JoyMix Awake ni sangat membantu Mell sepanjang Mell mencuba product ni and Alhamdulillah husband Mell pun memberi pendapat yang sama. Mell sekarang memang perlu selalu keluar bekerja diluar memandangkan Mell dah mula bekerja sendiri sejak MCO baru-baru ni. Untunglah cuma tinggal kemam je, masuk beg tak perlu nak bancuh-bancuh lagi kan? Husband Mell pun dah tak mengantuk lagi dah dekat office haha Kalau korang pun nak cuba JoyMix Awake ni, boleh dapatkan di social media Joymix dibawah tau! RM 70 je sekotak 😊

Untuk maklumat lanjut mengenai product Joymix:

Web: https://www.joypremix.com/

Facebook: https://www.facebook.com/joypremix

Instagram: https://instagram.com/joypremix

3 comments:

  1. Oooo ok dah tu rm 70 sekotak.. lagipun kemam2 jer

    ReplyDelete
  2. Rasanya nk kena dptkan jugak joymix awake nie.. penat betul dgn rutin harian, kne ambil suplement utk kekal cergas kan..

    ReplyDelete