Korang dah baca review Mell tentang JoyMix Awake baru -baru ni? Kalau belum, jangan lupa untuk baca tau. Sejak meningkat usia ni, and also sejak dah kahwin ni, timbul satu perasaan risau sebab usia pun makin meningkat, stress and tekanan kerja pun makin meningkat.. kadang rasa macam cepat sangat semuanya. Orang cakap jangan stress, nanti cepat tua and kedut. Betul ke? haha Tapi stress apa suma tu sometimes xdapat nak control and without notice. That's why Mell banyak search info pasal nak control kesan penuaan ni haha sebab stress kan tak dapat control kadang-kadang tu >_<
So one of the alternatives untuk mengurangkan kesan penuaan tu ialah dengan pengambilan collagen. Bila dah makin berusia ni, kadang badan kita tak mampu menghasilkan collagen yang mencukupi. So dengan pengambilan collagen ia amat membantu kita untuk menjaga kecantikan bila usia menginjak 20-an. Menurut kajian University of Pittsburgh yang Mell kutip dari Mingguan Wanita, lepas umur 20 tahun ke atas kolagen yang dihasilkan oleh tubuh akan berkurang 1.5% tiap tahun! Macam Mell ni dah nak masuk 30-an dah ni lagi 2 tahun hahaha
Sebelum Mell reveal product JoyMix yang Mell cuba ni, Mell nak explain dulu for those yang still tak faham collagen tu apa sebenarnya. Collagen ialah sejenis protein yang memelihara keremejaan dan keanjalan kulit. Bila kurang collagen terhasil, keanjalan kulit, tulang otot makin mengendur, bahkan boleh memberi kesan kepada kedutan, garis halus, jeragat, kulit kendur, kusam, bintik hitam, keguguran rambut, dan beberapa isu kesihatan yang lain. Tambah pula dengan pendedahan luar seperti sinaran uv dan radikal bebas yang merosakkan kulit. Tu yang mendatangkan tanda-tanda penuaan yang lebih ketara.
Actually ada banyak juga cara untuk meningkatkan collagen secara semula jadi seperti tidur yang cukup, makanan seimbang, senaman, penjagaan rutin kecantikan and lastly semestinya dengan pengambilan supplement rangsangan penghasilan collagen seperti JoyMix Pure Collagen Powder!
JoyMix Pure Collagen Powder
JoyMix Pure Collagen Powder didatangi dalam bentuk botol berisi 200gram setiap satu, harga asal RM150 tapi sekarang ada promotion cuma RM98 sahaja (korang boleh tengok disini).
Okay sejujurnya for now Mell consume JoyMix Pure Collagen Powder ni kadang2 je sebabnya Mell tengah pregnant! haha actually boleh je minum sebab sgt bagus untuk skin terutamanya. Yela my concern about getting old ni for real la. So i really search for something like this untuk bantu mengurangkan and melambatkan penuaan. For the mean time, husband ada juga curi-curi minum kadang-kadang saja tambah dalam favourite drinks dia. 😂 Jangan terlajak cantik dari bini sudah.
Oh ya Mell dengar jugak, Collagen ni bagus untuk sembuhkan parut or luka kan? So i guess JoyMix Pure Collagen Powder ni berguna untuk masa depan Mell hahaha Korang doakan urusan Mell dipermudahkan ya. I got atleast 2 months to go!
Untuk maklumat lanjut mengenai product Joymix:
Web: https://www.joypremix.com/
Facebook: https://www.facebook.com/joypremix
Instagram: https://instagram.com/joypremix
Memang kita sebagai wanita ni kena jaga penampilan lebih-lebih lagi untuk suami kita. Yeah! LeYa doakan semoga segalanya berjalan lancar untuk Mell
ReplyDeleteThanks for your review 😊
ReplyDeletenice info kak. :)
ReplyDeleteBaru tahu mell pregnant.. semoga dipermudahkan.. makin cantiklah dia..
ReplyDelete