What's Hot

Monday, 7 November 2016

Random : Orang Kidal lebih Pintar?



Assalammualaikum.



Random post kali ini tentang orang bertangan kidal dikatakan lebih pintar berbanding biasa? Betul atau tidak? haha Untuk pengetahuan korang pembaca Mellya Crayola blog picisan nih, Mellya ni left-handed. Iya, tangan kiri. Makan kalau dengan sudi memang dengan tangan kiri, menulis lagi lah. And orang cakap bila kita banyak guna kan tangan yang cekap tangan kita akan besar, and ya, tangan kiri Mellya lagi besar berbanding tangan kanan. Sebab tangan kiri ialah tangan yang selalu Mellya gunakan untuk buat kerja, contoh iron baju, angkat barang dan lain-lain.

Bila bertangan kiri ni, semua kita buat orang rasa lain. Macam Mellya, parents Mellya memang tak harap Mellya iron atau masak. Katanya sebab nampak cara Mellya pegang tu lain. haha Actually sama je, cuma Mellya guna tangan kiri, sebab tu nampak lain. 

So tadi Mellya ada mood nak blogwalking, terbaca satu article mengenai orang yang kidal. Katanya orang kidal pintar. So antara main point yang Mellya rasa menarik, tertarik nak baca korang boleh lah baca kat bawah ni. 

Antara yang menarik perhatian Mellya:

  1. Lebih cenderung mempunyai alahan
  2. Mudah mendapat migrain
  3. Lebih cenderung menjadi penderita insomnia
  4. Menggunakan lebih bahagian otak kanan
  5. Lebih berkemungkinan mengalami gagap dan disleksia
  6. Berfikir lebih baik dan dalam persepsi 3D. 
  7. Lebih baik dalam multi-tasking.
Kenapa Mellya tertarik dengan fakta ni ? Sebab Mellya rasa ada pada Mellya. Yes, i got some allergy (tak boleh kena habuk, and im not sure what i cant eat), Migrain, yes i do. Insomnia, yes sometimes. Otak kanan? Maybe coz i think i am creative (okay okay angkat bakul haha). Gagap, yes also sometimes and not severe. Multi tasking, yesss i love to do banyak kerja in one time.

Fakta yang Mellya tak pasti ada ;

  1. Kebanyakan orang kidal juara dalam pelbagai bidang.
  2. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan.
  3. Memiliki kecerdasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas.
  4. Orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. 
  5. Orang kidal dua kali lebih berjaya dalam menyelesaikan masalah dan memiliki IQ lebih tinggi.
  6. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal.
  7. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal.
  8. Cenderung mendengar bunyi yang berubah lebih cepat.

Menarik kan ? Ingat tau 13August kena wish Mellya Happy left-handers day hahaha ❤

8 comments:

  1. saya buka kidal.. hehe

    btw jemput join

    http://www.aerillhassan.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html

    ReplyDelete
  2. ooo gituu. tp itu satu kelebihan la jugak untuk orang kidal :)

    ReplyDelete
  3. Hi, kita geng Mellya. Saya pon kidal haha tapi tak suka bersukan, just minat main badminton.

    ReplyDelete
  4. i met sooo many orang kidal and they happen to be quite smart. ada betulnya jugak entry ni hehe

    ReplyDelete