Assalammualaikum.
credit http://healthproductreports.com/wp-content/uploads/2016/08/Do-your-skin-care-products-contain-mercury-.png
Sebelum ni kecoh tentang effect memakai product merkuri. Ramai yang menjadi mangsa. Mudah sangat terpedaya dengan iklan-iklan kononnya nak cepat putih. Bila berhenti, tahulah azab nya. Mellya nak kongsi cara memulihkan wajah lepas tersalah pakai product merkuri.
Product Merkuri Versus Healing Process
Mellya rasa perkara ni dah banyak kali disentuh oleh blogger-blogger. Tak salah rasanya kalau Mellya kongsi dari segi pandangan Mellya kan. Semua orang nak cantik , Mellya pun nak cantik. haha tak pasti lah kalau ada wanita kat luar sana yang tak kisah pasal cantik tak cantik ni. Bagi Mellya, nak cantik.. nak sihat.. Both ni memang priority.
Healing process normal bila bertukar skincare yang selamat. Depends kalau teruk muka kita, maybe lebih lama healing process tu mengambil masa. Yes, before ni masalah jerawat tu memang berleluasa dekat muka Mellya. Mellya try satu skincare ni, muka Mellya flawless, putih gebu gebas. Then stop sebab konon nya tak ada kelulusan and ada mercury. Skincare tu pun sekarang macam dah tenggelam je Mellya tengok. After pakai tu memang sengsara la juga, tibatiba bintik hitam mula muncul, jerawat naik..nasib baik pakai tak lama sangat.
2016, dah umur 23 tahun, masih ada jerawat. Mellya decide pergi Klinik Kulit. Dia bagi pencuci muka warna putih kalau tak silap RM 10/RM 20 je harga dia, ubat-ubat, makan dan sapu total RM 120. Masa tu memang dah berserah, muka gelap tak apa, asalkan tak ada jerawat. So Mellya focus pakai apa yang doctor tu bagi selama 2 bulan, Alhamdulillah okay terus sampai sekarang jerawat waktu period je tumbuh tu pun 2 ketul paling banyak. Kalau nak tahu healing process skincare yang baik boleh mencecah setahun.
Bermacam kesan yang akan kita hadapi, depends on kulit masing-masing. Ada yang meninggalkan kesan burn atau terbakar di muka, jerawat tumbuh tanpa kawalan, muka menjadi kusam dan tumbuhnya whitehead dan blackhead memenuhi ruang muka. Dahla sakit dan gatal seluruh muka, produk merkuri kalau diambil pada jangka masa yang lama juga akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti buah pinggang rosak dan kanser kulit.
So langkah yang boleh diambil untuk rawat muka akibat salah pakai produk merkuri ialah:
1- Make a change
Tukar diet and lifestyle. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan yang baik untuk kulit. Hentikan memakai apa-apa product. Rehatkan muka sekurang-kurangnya seminggu sebelum memakai apa-apa skincare seterusnya. Jangan stresskan diri memikirkan keadaan muka korang. Banyakkan meminum air kosong untuk menghapus kotoran dalam badan.
2 - Virgin Coconut Oil... Olive Oil... Aloevera Gel...
Pastikan tangan anda sentiasa bersih. Untuk merawat wajah yang kemerah-merahan dan kerengsaan akibat burn, sapukan virgin oil, olive oil atau aloevera gel pada kawasan bermasalah. Untuk menunjukkan kesan, memang makan masa yang lama tapi sekurang-kurang nya mengurangkan rasa gatal dan kemerahan.
3- Selain daripada virgin coconut dan olive oil, ikhtiar.
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Nak menyesal dah tak ada gunanya. Mungkin boleh cuba cari supplement tambahan untuk kesihatan dalaman, ke klinik kulit dan boleh juga try Soothing Gel Sendayu Tinggi. Ramai yang tersalah product dah cuba. Boleh baca testimoni di bawah.
source https://www.instagram.com/sendayu_tinggi_online
Pada permulaan, ada baiknya hentikan sebarang pemakaian product, cuma sapu soothing gel sebab ia mengandungi extract aloevera dengan 75 bahan aktif kaya dengan gen penyembuhan yang juga membantu menghentikan alahan seperti ruam, jerawat tak bermata dan pedih selepas berhenti produk mengandungi bhn kimia. Soothing gel meredakan kesan alergi, kusam / gelap selepas menggelupas sebab salah pakai produk penggelupasan / merkuri.
- Menghalang jangkitan bakteria selepas facial extraction
- Melembapkan kulit dengan mendalam, mengelakkan parut terjadi selepas memicit jerawat
- Mengatasi gatal2 kulit dan mencerahkan secara natural
source https://www.instagram.com/sendayu_tinggi_online
5 - Langkah paling selamat ialah dengan pergi berjumpa dengan pakar kulit.
Moral of the story, kalau rasa macam dah buntu atau nak ambil langkah bijak Mellya rasa ada baiknya jauhkan diri daripada product mercury dengan pergi jumpa doctor kulit. Kalau nak juga pakai product di luar sana, pastikan kaji dulu isi kandungannya, and product tu lama dalam industry dan dipercayai ramai tak. Kalau yang jenis baru nak up zupzap terus famous, jaga-jaga. Ya muka flawless, gebu gebas dalam beberapa hari je kalau pakai product mercury yang tak pasti asal usul nya. Jangan mudah terpedaya, tapi biasalah Mellya pun senang terpedaya gak haha Tapi bila lama sikit kulit start terbakar, hitam, sebab melanin kulit dibuang, tendency untuk kena kanser kulit tinggi. Time tu nak menyesal pun dah tak guna lagi dah 😄
So pada semua yang di luar sana, sebelum mencuba apa-apa product haruslah selidik dulu kandungan nya. Kalau Mellya, Mellya memang tak akan cuba product yang dijual secara tular. Korang nak selamat pergi je beli skincare dekat Watson, or mana-mana pharmacy atau product yang dah well established. Macam Sendayu Tinggi, ia mempunyai nama besar di negara kita, dah ada berpuluh outlet sekitar Malaysia. Bukan macam yang dijual merata-rata tu. Beringat lah sebelum terkena okay ? ❤
thank you for the sharing.. bagus ni sebab banyak sangat produk yang guna merkuri
ReplyDeleteMacam best soothing gel tu.. Mai pernah kena azab lepas pakai produk collagen. Skrg dh better. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAkak...tolong bagi tipss kak I pakai collagen jugaa sekarang stop .. and apkai balik peningg kepalaaa nak pakai apa product dach fedapp dengan mukaðŸ˜
DeleteTq share ni melly
ReplyDeletedari dulu tak berani nak mkn produk putih2 ni, biarlah muka tak putih asalkan xde masalah kulit sudah.
ReplyDeletewahh terbaik perkongsian sis
ReplyDeletethank you for the sharing mellya :)
ReplyDeleteMai pun pernah jadi mangsa produk merkuri...thanks for the tips, kena usaha lebih nak dpt kulit yg sihat tu balik.
ReplyDeleteLAWANYAAAA TEMPLATE BARU NI, tak leh concentrate baca td tangan nak scroll laju2 nk usha template ni,hahaha.
Tq for the sharing. Very nice.
ReplyDelete