What's Hot

Monday 19 June 2017

Kenapa Perlu Scrub dalam Rutin Penjagaan Wajah?


Assalammualaikum.

credit: http://data.whicdn.com/images/277121290/large.jpg

Skrub ialah sesuatu perkara yang penting dalam menjaga kecantikan dan kebersihan kulit. Rata-rata wanita masih tidak menyedari kelebihan menggunakan skrub tetapi ada juga yang sudah lama mengamalkannya. Ramai yang bertanya macam mana nak unclogged pores. Tahu tak sebenarnya tugas scrub salah satunya ialah menyelamatkan pori yang tersumbat. Kenapa perlu scrub? Tak cukup ke sekadar mencuci dengan pembersih muka yang ada? Actually banyak kepentingan scrub ni pada kulit terutama muka yang mudah breakout atau berjerawat.


Langkah ke tiga penting dalam rutin penjagaan wajah

Kelebihan berskrub

Skrub menyingkir sel kulit mati yang menyebabkan produk wajah yang disapu tidak dapat meresap ke dalam kulit dengan sempurna dan juga menyebabkan kulit kelihatan kusam dan gelap. Ia juga boleh membantu mengelakkan liang pori daripada tersumbat yang akan menyebabkan jerawat.

Scrub wajah memang penting untuk exfoliate muka kita daripada sel-sel mati. Sel-sel mati ni yang menyebabkan muka kita gelap, make up tak sekata, dan kelihatan kusam. Seterusnya menyebabkan liang pori tersumbat dan mengakibatkan jerawat. Then, lepas scrub sangat sesuai untuk kita pakai serum atau anything for skin sebab ia akan meresap dengan lebih effective.

Kelebihan berskrub :


  • Singkir kulit mati
  • Memudarkan parut
  • Melicinkan kulit
  • Mengelakkan pori-pori tersumbat
  • Memudahkan penyerapan produk wajah 

Cara memilih Skrub yang sesuai untuk kulit

  • Pilihlah skrub yang tidak terlalu kasar pada kulit
  • Elakkan skrub yang mempunyai bahan seperti paraben
  • Pilih yang bersesuaian dengan masalah kulit yang dihadapi
  • Pastikan memilih skrub yang sesuai untuk wajah/ badan sahaja

Berapa kali kekerapan untuk menggunakan scrub?

Scrub sangat bagus untuk diamalkan satu hingga 2 kali sahaja seminggu. Jika berlebihan ia akan menyebabkan kulit menjadi nipis dan rosak. Jadi elakkan menggunakan scrub secara berlebihan. 

Scrub lah sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mengurangkan masalah pori tersumbat. Kitakan dalam seminggu tu berapa kali pakai makeup, makeup yang tak ditanggal bersih itu lah yang menyumbatkan pori-pori. Jadi ada baiknya menggunakan scrub. 

By the way, apa jenama scrub pilihan korang? ❤

16 comments:

  1. aida guna scrub, yes, 1-2 kali aje seminggu.
    scrub safi rania :)

    ReplyDelete
  2. ha scrub memang penting. at least sekali seminggu pun jadilah. :)

    ReplyDelete
  3. I've been using St.Ives both green tea and apricot. They work well on me.

    ReplyDelete
  4. kalo rajin dua tiga hari skali.. urutan mild saja jangan tonyoh sngat.. tapi kali time malas penah sminggu skali atau 2 mnggu skali ngeh3..

    ReplyDelete
  5. dulu jer pernah guna st.ives..sebab jarang makeup, memang kurang mencuci muka apatah lagi scrub..

    ReplyDelete
  6. i guna scrub marine essence😘

    ReplyDelete
  7. scrub untuk buang kulit mati... cuci saja tak mencukupi

    ReplyDelete
  8. Kebiasaan nye seminggu 2 kali tp lebih suka skrub buat sendiri klu mls guna skrub dari st.ives

    ReplyDelete
  9. I've been using SYAHIRAH... I love it

    ReplyDelete
  10. Fuhhh.. Saya setahun 5 kali ja skrub.. Mls sungguh.. 😂

    ReplyDelete
  11. Fuhhh.. Saya setahun 5 kali ja skrub.. Mls sungguh.. 😂

    ReplyDelete
  12. saya pakai Whitening Scrub by Junni Beauty. alhamdulillah , takde paraben . ingredients dia beras, susu, ekstrak strawberry dan banyak lagi 😍 boleh follow @junnibeautyskin_kedahperak

    ReplyDelete
  13. saya pakai Whitening Scrub by Junni Beauty. alhamdulillah , takde paraben . ingredients dia beras, susu, ekstrak strawberry dan banyak lagi 😍 boleh follow @junnibeautyskin_kedahperak

    ReplyDelete
  14. Saya pakai Bird's Nest Trio Cleanser dari Beyna Legacy. Dlm bntc boleh jadi Cleanser, makeup remover dan srcub. Yang best nya boleh pakai setiap hari😍❤. Nak tahu lanjut follow ig @superqis.beynalegacy

    ReplyDelete