What's Hot

Wednesday 18 April 2018

Ibox Penang, Glass Museum Pertama di Malaysia



Assalammualaikum.


Last weekend, Mellya, Lyana, Mayjie dan Busyra sempat plan short getaway for the first time kami. haha First meeting tau! Kami plan untuk spend 2 days 1 night together dekat Penang Island nih. Nanti Mellya share apa activity kami berempat in the next post ya. But one of the places that we have been visited ialah Ibox Penang, sebuah Museum Kaca pertama di Malaysia yang terletak di Jalan Burma, Georgetown, Penang. 


Glass Museum ini telah dibuka pada tahun 2011 dan telah menerima pengiktirafan, tercatat sebagai museum pertama di Malaysia oleh Malaysia Book of Records. Diorang juga tercatat di Malaysia Book of Records untuk kategori Batik Motif Glass Painting terpanjang di Malaysia pada tahun itu juga.


Kami telah dibimbing oleh salah seorang glass artist disini iaitu Mr Bowie. Friendly gila and banyak kongsi information yang berguna. hihi Memang minat glass painting sejak dulu lagi tau. Glass painting dekat sini ada tiga jenis, fused glass, glass yang menggunakan sand and air brush. Seriously semua painting cantik sangat. Selain daripada dibuka kepada public sebagai museum, diorang jual juga hasil glass painting ni untuk sesiapa yang berminat dengan karya mereka. Kat sini diorang pamerkan anugerah and achievement yang diterima sejak pembukaan museum ni. Ada juga information tentang cara pembuatan glass painting nih. Memang menarik, sebab susah tau sebenarnya, memang perlukan kesabaran tinggi ni haha


World of avatar. Painting dalam ni macam glow in dark gitu.. Seriously lawa beno. Ada juga sculpture and glass painting yang cantik dekat depan bilik avatar ni. Acah-acah floating hihi berdekatan sini ada area kaleidoscope. Memang cun gila amik gambar kat sini tapi muka Mellya pelik pula macam alien hihihi

 
Interactive 3D Mural banyak juga dalam museum ni. Memang port menarik untuk bergambar. Kreatif artist kat sini. Antaranya spiderman, angel wings, subway, 3D snake jungle, harimau, the eye and the sea. Oh ya, selain itu, kami juga diberi peluang untuk belajar glass crafting jugak. heheh masa ni lah nak tunjuk skill reti design ke tak hahah selalunya ada glass factory tour jugak. Boleh tengok cara-cara pembikinan tapi time kami pegi tu agak kekurangan masa jadi kami terus join glass crafting. 

Section Make Your Own Glass

Design ikut kreativiti sendiri je. hahaha tengok tekun Yana dok amik gambar seni dia.

Busyra and Mellya's design. Limited edition okeh hihi

Tadaaaa hasil seni kami berenam. Sapa paling creative? 
 
Kat sini ada juga area cenderahati, so kalau korang nak hadiah kan something special, boleh lah pilih dekat sini. Ada yang handmade by the artist, and ada yang ready made je. 

Harga tiket masuk?

Harga tiket masuk sangatlah murah iaitu untuk pemegang My Kad - RM18 (Adult) dan RM10 (Kid 3-12yrs) and manakala untuk Non My Kad - RM23 (Adult) dan RM13 (Kid 3-12yrs). Dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat: 9:30 am – 6:00 pm, dan Sabtu: 9:30 am – 5:00 pm.

So amacam? ada rasa nak datang jugak? Serious berbaloi. Bawak budak-budak mai sini mesti depa enjoy habis especially glass crafting tu hihi Dulu lalu je glass museum ni macam tak tau apa yang ada, lepas dah melawat ni rupanya menarik juga. Bukan ramai yang tahu pasal glass painting nih. Btw, big thanks to Mr Bowie dan staff Glass Museum yang sangat friendly and helpful. Banyak melayan kerenah kami berenam masa dekat sana hihi 

Glass Museum Penang 槟城玻璃博物馆
6, Jalan Burma, 10050 Penang Malaysia

7 comments:

  1. wahh bestnyaaa..penang mmg byk tmpt best2.teringinnya nak spend time lama2 kat penang.

    ReplyDelete
  2. cantiknya tempat ni! sha baru dalam rancangan nak ke penang hujung tahun ni

    ReplyDelete
  3. Best sngt ni ! 2019 la kot visit penang. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Bestnya short getaway with rakan blogger. Baru tahu pasal kewujudan glass museum ni. Nak kena pergi Penang lagi lah maknanya. Hii.

    Mellya, jemput join segmen dan giveaway di blog Siqah :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
  5. Sangat informatif sekali, terimakasih atas infonya 😊 . Tidak sabar ingin ke Penang

    ReplyDelete