What's Hot

Saturday 28 April 2018

Menghayati Panorama Indah di The Habitat, Penang Hill


Assalammualaikum.


Penang Hill atau Bukit Bendera. Sapa yang tinggal di Penang kalau tak pernah pegi sini memang rare sangat. Sebab Penang Hill ialah salah sebuah tempat menarik di Pulau Mutiara ni. Oh ya Mellya pun memang pernah datang sini, tapi waktu tu masih zaman muda remaja lah. haha Time tu tak banyak tarikan dekat Bukit Bendera tu, adalah tempat Love Chain tu. So, baru-baru ni sempat lah Mellya jejakkan kaki kat sana sebab dah lama teringin nak melawat salah satu tarikan baru dekat Penang Hill ni, which is known as The Habitat


Okay memandangkan kami memang dah plan nak ke The Habitat, so lepas sampai (kami naik train okayyy, nasib la awal hampir-hampir kena queue panjang) kami pun terus pegi dekat booth The Habitat. Untuk sementara waktu, entrance masuk The Habitat ditutup. Jadi, diorang ada buka booth untuk beli tiket di area Astaka Penang Hill (Penang Hill Square). Dari situ akan ada free shuttle yang akan hantar kita ke The Habitat tau. Ada 4wd dengan buggy car nanti korang naikla mana yang ada haha

The Habitat

Berusia lebih 130 juta tahun, hutan ni antara hutan yang masih belum disentuh atau dicemari dengan pembangunan pesat di Penang. Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 7 malam. Tiket terakhir jam 7 malam dan taman ditutup selepas jam 8, iaitu selepas Sunset Walk. Waktu kami pegi tu memang awal lagilah, disebabkan masalah tertentu kami naik ke Habitat hampir pukul 11 pagi. Memandangkan pintu utama masih belum siap jadi kami masuk terus melalui Cafe dan Souvenir Shop (sepatutnya ini lokasi akhir atau exit the Habitat). Tapi disebabkan diorang masih tengah dalam proses pembinaan jadi laluan belakang dibuka.

      
Buggy ride untuk ke The Habitat. Nak berjalan boleh tapi agak jauh lah haha
     

Lebih kurang 5 hingga 7 minit perjalanan dengan buggy ride akhirnya kami sampai di The Habitat. Benda pertama yang kami nampak ialah Cafe dan Shop on the Hill. Ada rupanya yang tengah melepak dekat atas ni. Dengar bu yi cengkerik dan riang-riang, seriously buat rasa tenang, memang back to nature sangat !

credit: http://penanghill.gov.my/index.php/ms/attractions/dining-beverages.html

Ini ialah kawasan Cafe, dan sebelah ialah Shop on the Hill, tempat menjual cenderahati. Antara cenderahati yang ada ialah buku mengenai Penang, baju Batik, terrarium plant dan postcard.

    

Buat masa sekarang disini juga tempat masuk ke The Habitat. Sebelum masuk, kena gunakan ticket untuk melalui kawasan scan card ni. Yang penting simpan card ni elok-elok, sebab kita kena guna ticket tu untuk in and out.

Scan tiket before masuk ke Habitat

Platform atas pokok
credit: Kak El

So perjalanan kami diteruskan. First pit stop, the Climber Corner. haha Coming soon nak buka Ratufa Tree Climb kita tunggu dan lihat jela. Okay zone ni buat masa sekarang cuma buka pada waktu weekend sahaja. Atas pokok tu ada platform yang kita boleh tengok view dari atas pokok. (Mellya tak berkesempatan nak mencuba tapi adalah yang tengah memanjat waktu kami lalu dekat sini. Unfortunately, tak sempat nak ambil gambar dia dah turun. I is kecewa gila) Ada climber guide yang akan ajar kita panjat pokok tu dengan bantuan tali. Tengok tinggi jugak tu haha bagi yang berjiwa kental, wajib try ok! 

    

Sempat dengar trail guide kami berceloteh, Encik Nazrul, dialah yang guide sepanjang perjalanan kami kat sini. Selesai di climber zone, kami jelajah Orchid Pavilion pulak, dekat sini ada guide yang mengajar cara buat terrarium plant. Ada bayaran asing ya, tapi terlupa pulak berapa price nya haha

Antara hasil tangan pelancong , terrarium plant  

Perjalanan diteruskan lagi ke Squirrel Circle. Mellya nampak Langur dan tupai yang besar tu, tapi tak berjaya nak ambil gambar sebab jauh sangat. Nak ambil gambar pun belum tentu korang nampak haha Berdekatan dengan sini ada satu tree swing, iaitu Macky Swing. Ada lagi satu swing, Dusky Swing. hehe memang cantik kalau amik gambar dekat sini.


Dah sampai ke Langur circle. Kami teruskan perjalanan ke Langur Way Canopy Walk, two-span stressed ribbon bridge terpanjang didunia iaitu sepanjang 230 meter (ada bahagian yang masih dalam construction, tak pasti berapa panjang asal nanti)


Kami kemudiannya sampai di kawasan Andaman Tents. Sesuai kalau nak buat aktiviti team building dekat sini.Tengok ada TV, kerusi and kelengkapan untuk aktiviti kat sini. 



Ada kemudahan bilik air. Bersih and tak scary sangat macam bilik air kat hutan di tempat lain hahaha Actually banyak juga bilik air kalau tak salah. Seingat Mellya dekat area Cafe ada satu.


Jalan sikit je dari area Andaman Tent, korang akan sampai dekat Curtis Crest.






Nah akhirnya kami sampai di Curtis Crest di ketinggian 800meter dari aras laut ! Muka berkerut sebab panas atas tu. Yela dah tengahari waktu sampai tu hahaha Kat sini memang korang boleh tengok panorama Penang 360. haha Cantik! Nampak laut... nampak jambatan Pulau Pinang. bukit-bukit dan Penang secara keseluruhan. 


Penat jugala berjalan dalam ni jadi pakai lah kasut yang sesuai ya (maksud nya high heels tu jangan lahh memang cari pasal la hahaha) Banyak sebenarnya binatang and serangga yang kita boleh jumpa tapi waktu kami pergi tu tak da pulak yang jelmakan diri secara rela hati. Semuanya dok menyorok ja. haha sedih betul tengok dari kejauhan je. Tapi at least nampak la jugak kan. Mellya memang teringin nak tengok langur tapi kata En Nazrul langur ni penakut and pemalu.

    

Macam mana nak ke sini dan Harga Tiket?


Boleh je nak naik ke atas ni dengan hiking, atau by road (naik kereta 4wd tuh) tapi bagi Mellya lagi best kalau naik funicular train nih. hehehe First tu nak kenala bayar untuk tiket train. Kalau korang datang before jam 9 pagi, boleh dapat tiket RM 3 je tau sooo datanglah awal. hihi Btw, kalau The Habitat pulak, harga tiket pun kalau pemegang MyKad cuma RM 50 , students RM 30 cam tu je. Tapi yang bestnya, last Sunday every month akan ada penjimatan sehingga 50% tau!


Amacam? Best tak? Kalau datang Penang, tak singgah sini memang rugi besar. Selain menjadi tempat para pencinta alam untuk menikmati panorama indah sekitar Penang, The Habitat juga sesuai untuk menjadi lokasi untuk aktiviti-aktiviti team building, MICE, cocktails, wedding, private party dan juga seminar. Banyak je company and pasangan pengantin buat photoshoot kat sini. Serious cantik! So kalau korang nak cari tempat yang boleh relax and chill tengok benda hijau, mai la sini ! ❤

       

Bukit Bendera, 11300
Penang, Malaysia.
t: 604 - 826 7677

8 comments:

  1. Pernah pergi bukit bendera masa awal2 the habitat ni bukak just for rm20 je. Rasa rugi tak masuk dulu huhu

    ReplyDelete
  2. lepas tengok entri ni makin tak sabar nak pergi Penang!

    ReplyDelete
  3. Best weih ! Membuak buak nak pegi penang. InsyaAllah 2019. Huhu

    ReplyDelete
  4. Pernah pegi the habitat ni. Yg sedihnye tk dpt naik crest tu sbb hujan. Sedih sgt

    ReplyDelete
  5. Menarik sungguh tempat dia. .kalau ada rezeki, bolehlah ke sini nanti..

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan jugak harga untuk adult tu, macam masuk theme park harganya..

    ReplyDelete
  7. tengok pic tu..rasa nk pi Penang la ni jugak..hehe

    ReplyDelete
  8. bestnyaaa Mell dah pergi sini =)

    ReplyDelete