What's Hot

Wednesday, 25 April 2018

Nikmati Citarasa Semenanjung Buffet Ramadan @Olive Tree Hotel Penang


Assalammualaikum.

Dah hampir sampai ke penghujung bulan April, tak berapa hari lagi dah nak sambut Ramadan. Mesti ramai yang tertanya-tanya tahun ni "makan besar", nak makan special sikit dengan family dekat mana kan? Yelah mestilah one day nak pi buka posa dekat luar kan? Haa nak makan satu family mestilah nak cari tempat yang menarik, menu tiptop dengan harga yang berpatutan. So meh tengok apa yang ada untuk Ramadan tahun ni di Olive Tree Hotel Penang. Mana tahu memenuhi citarasa and selera anak tekak haha.

Terletak berhampiran SPICE

Sampai je sini, nak cari parking mudah je sebab ada multi level parking. Venue untuk Ramadan buffet dekat dengan lobby Hotel iaitu Selah. Cantik sungguh hotel ni and ni first time Mellya menjejakkan kaki ke Olive Tree Hotel Penang. 


 Hiasan meriah macam dah bulan puasa je rasa. Tema Buffet kalini ialah Citarasa Semenanjung, Seronoknya dapat rasai pelbagai hidangan dan manisan dari utara ke selatan yang disediakan oleh chef-chef disini. Banyak hidangan yang menarik perhatian Mellya. Time ni memang masing-masing dah tak sabar nak ambil gambar juadah yang ada. Nak tengok menu apa yang ada? Teruskan membaca. Antara hidangan yang ada:

Chicken Varuval

Sambal Udang Petai

First time makan oxtail, serious sedap. Daging dia lembut! Oxtail Osso Bucco

Yang ni pun sedap gilos. Mantis Prawn with Salted Egg

Taukua, Gulai Nangka dan Braised Mushroom

Ulam-ulaman

Rojak buah , Keropok Lekor dan lain-lain.

Hidangan utama kat sini; Daging Rendang Tok, Chicken Varuval, Sambal Udang Petai, Kambing Kurma, Tempe Tumis Kicap Manis Pedas, Gulai Ikan Lemak Merah dan Nasi Briyani Kambing.

Daging Rendang Tok tak dilupakan ketupat lemang

Hmm tengok kambing ni tak berkelip mata dah

Nasi Briyani


Action stall memang wajib ada bagi kebanyakan hotel. Di Olive Tree, ada banyak action stall jugak, antaranya ialah ais kacang, satay, goreng cucur corner, shawarma, bubur lambuk dan sebagainya. Mellya sempat tengok Chef ni buat Thai Pataya Kebab. hehehe

Char Koay Teow & Mee Rebus Stall

Pemanis mulut

Sago Gula Melaka

Kuih- muih

Ais Kacang & Side dishes

Apa yang best?

A lot of choices! By the way, Ada bilik air yang berdekatan and kalau nak berhenti solat, boleh solat di level 8. Dah disediakan surau untuk kegunaan tetamu hotel. Parking pun senang, and tak lah mahal mana. Lebih menarik lagi, adanya persembahan "Islamic Buskers" dari Pertubuhan Permata Al-Mahabbah (sebuah pertubuhan anak yatim dan fakir miskin)  Sambil-sambil makan ni memang happening dengar nyanyian diorang.


Ramadan Buffet "Citarasa Semenanjung" Olive Tree Hotel Penang  bermula 21 May 2018 hingga 13 June 2018 dari jam 7 malam hingga 10 malam. Harga pun sangat berpatutan, untuk dewasa cuma RM 89 dan bagi kanak-kanak RM 49. Oh ya! Lagi best kalau datang satu family atau in group. 10 orang dewasa percuma 1 dan untuk 4 orang dewasa percuma 2 kanak-kanak. Memang berbaloi lah kalau datang dalam group!



SPECIAL OFFER!

10 DEWASA PERCUMA 1 DEWASA/KANAK-KANAK
4 DEWASA PERCUMA 2 KANAK-KANAK



Untuk tempahan, boleh hubungi mereka di: 


Olive Tree Hotel Penang
Alamat: 76, Jalan Mahsuri, 11950 Bayan Lepas, Penang, Malaysia
No tel: +604 6377777
Email: life@olivetreehotel.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/olivetreehotelpenang/
Instagram: https://instagram.com/olivetreehotelpenang

9 comments:

  1. Tergoda tgk semu menu...klau time bulanpuasa mmg byk diambilnya.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi xpuasa pun amik byk kak.. kalau puasa lagi la kn 😆

      Delete
  2. banyaknya makanan.. sedappp betul tngok ni.. harga pun brpatutan..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya ! Yg ad telur asin tu mmg mnjadi feveret mek. Bleh stay sini bile g penanf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maila kak mek, boleh jumpa blogger utara pulak ehehe

      Delete
  4. Dekorasinya nampak menarik.. Menu pun nampak mengancam..

    ReplyDelete