What's Hot

Tuesday, 24 April 2018

Souper Chef Nasi Ayam Superb @ Queensbay Mall


Assalammualaikum.


Few weeks back, lepas singgah The Habitat, sempat juga Mell join blogger Penang yang lain singgah makan dekat Queensbay. Yelah lepas penat berjalan dalam the Habitat tu, lapar pulak rasa. So kalini Mellya nak share satu tempat makan Nasi Ayam Hainan Sambal Merah yang best dekat Queensbay Mall iaitu Souper Chef. Mellya yakin ramai yang confused nak makan apa bila dekat Queensbay kan, sebab food court tu Nampak macam mostly Chinese restaurant. So lepas beberapa kali ke sana and sekarang baru tahu, rupanya ada satu gerai yang memang "halal concern" punya person macam Mellya boleh singgah dan makan!

Terletak di tingkat 3 (Queens hall) Queensbay Mall, Souper Chef namanya. Waktu beroperasi setiap hari iaitu dari pukul 10.30pagi hingga 9.30pagi. Yes, waktu Mellya pergi tu petang around 4pm. Tak ramai sangat maybe sebab cuaca haritu agak sejuk and hujan agak lebat di luar.


Souper Chef mendapat bekalan ayam dari penyembelih yang diiktiraf. Korang boleh tengok sijil penyembelihan yang diterima oleh supplier ayam Souper Chef ni dekat counter diorang. Tengok menu dia rasa nak cuba semua jenis hidangan. Kami semua excited gila nak tunggu makanan sampai. Sementara menunggu sempat lagi skodeng ayam and pekerja disini buat kerja. haha


Hidangan kat sini semua ayam okay. Korang boleh pilih nak beli seekor, separuh atau sepinggan (ala carte). Antara menu yang ada; Ada free range chicken (ayam kampong), soya sauce braised chicken (ayam kicap), poached chicken (ayam rebus) and yang terbaru, Honey Grilled Chicken (ayam BBQ bermadu). Korang boleh tambah nasi dengan harga RM2.50 je sepinggan. Memang murah.

Antara menu yang menambat hati Mellya :-


Free Range Chicken (Ayam Kampung) – RM70
Free Range Chicken (Ayam Kampung) – RM35


Blanched Ipoh Taugeh – RM3.90 per plate


Poached Chicken (Breast/Wing) – RM5.90 per plate
Poached Chicken (Drumstick) – RM6.90 per plate


Soy Sauce Braised Chicken (Breast/Wing) – RM6.90 per plate
Soy Sauce Braised Chicken (Drumstick) – RM7.90 per plate


Honey Grilled Chicken (Ayam BBQ Bermadu) – RM7.90 per plate


Bukan tu je, ada jugak sliced chicken hor fun berharga cuma RM6.90. Sedap, kuahnya ada rasa udang. Nak tambah side dishes pun boleh; plain hor fun, blanched Ipoh taugeh, blanched Bok Choy, dan juga Soy Sauce Braised Hard Boiled Egg. Seriously, harga dia sangat berpatutan ok.


Tengah busy siapkan makanan kami hihi

Apa yang kami makan kalini; free range chicken, soya sauce chicken braised chicken, pouched chicken, honey grilled chicken dan sliced chicken hor fun. Sempat jugak kami order side dishes, blanched Ipoh taugeh dan juga blanched Bok Choy. 


Dah siap weyhhh. Wah tengok je pun dah berkeroncong perut kan? Muahaha

 Jom Mellya share sikit harga menu Ala Carte disini, boleh lah korang survey and cuba rasa dulu nanti. Kalau dah berkenan beli sekor terus bungkus bawak balik hihihi


Chicken (Ala carte):
Soy Sauce Braised Chicken (Breast/Wing) – RM6.90 per plate
Soy Sauce Braised Chicken (Drumstick) – RM7.90 per plate
Poached Chicken (Breast/Wing) – RM5.90 per plate
Poached Chicken (Drumstick) – RM6.90 per plate
Honey Grilled Chicken (Ayam BBQ Bermadu) – RM7.90 per plate

Oh yaa, sekarang ada special promotion tau! Set Nasi Ayam Hainan Sambal Merah cuma RM 6.90 sahaja! Murah gilos. Tapi ada syarat, like page FB “梁记河粉 Souper Chef” dan tunjuk bukti korang dah follow dekat counter nanti okay. hehehe Jom2 makan sini lagi ❤


Untuk maklumat lanjut;

梁记河粉 Souper Chef


Address:
3F-08(23) Queens Hall, Queensbay Mall,
100 Persiaran Bayan Indah, Queens Bay,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Contact: +6012-428 8066
Business Hours: 10.30am-9.30pm daily


Note: All prices are subjected to prevailing 6% GST charge

5 comments:

  1. tengok ni malam2 trus rasa lapar.huuu

    ReplyDelete
  2. nasi ayam mmg fav kak liez...

    ReplyDelete
  3. ayam dia confirm lembut nii.. yummyyy.

    ReplyDelete
  4. Umi ni peminat nasi ayam Hainan terutama sambal dia yg depa letak halia tu..xoernah tak sedap..mmg mwnggiurkan hehee

    ReplyDelete
  5. Sedap ohoiii .. bile la nk g penang.

    ReplyDelete