What's Hot

Saturday 21 April 2018

Teddyville Museum Penang : Peminat Teddy Bear Wajib Datang Sini!


Assalammualaikum.


Hi readers! Sapa tak suka teddy? Eh ada ke yang tak suka? Rasa macam agak susah nak cari yang tak suka teddy ni heheh Mellya memang pantang sungguh tengok benda comey, especially Teddy ! hihi So few weeks back Mellya and kawan-kawan sempat singgah Teddyville Museum Penang ni yang terletak dekat Hotel Double Tree, Batu Feringghi, Penang. 

   

Kami disambut oleh salah seorang staff Teddyville. Tak sempat pulak nak ingat nama dia haha tapi sepanjang perjalanan kami dalam ni, dia yang guide. Sabar je tengok telatah kami dok selfie dengan bear-bear yang "ado" dalam ni muahaha lama weyh duduk dalam tu. Sebab setiap bear kami stop untuk selfie.

  

Sejarah teddy bear. Rupanya nama teddy ni asal nya daripada nama Theodore Roosevelt. And orang pertama yang mencipta teddy ni ialah Morris Michtom, lepas dia tengok lukisan Clifford Berryman ni. Maybe dia nampak macam comey je bebear kat belakang tu hahah


Banyak teddy bear lama dekat sini. Lain-lain bear, lain sejarahnya. Dulu-dulu punya bear isi dengan serpihan macam kayu tu, pastu siap berskru lagi. Bebear sekarang semua berjahit and fluffy dah kan hehe Kat sini bukan saja cerita pasal sejarah teddy, tapi juga kisah Penang and rakyat dekat Malaysia yang berbilang kaum ni. hehe Diorang buat miniature tempat-tempat famous dekat Penang, makanan dekat Penang dan juga sambutan rakyat Malaysia. Seriously rasa macam nak angkut suma bawak balik sebab cute sangat !


Teddy lama.. mahal tau kalau nak beli heheh Ada yang mencecah puluhan ribu ringgit. 


miniature size teddy



  

human size teddy


Ada tempat beli cendera hati juga. Best nyaaa suma comel-comel. Siap baju tido pun ada tau! Kalau ikutkan memang banyak lagi gambar menarik yang Mellya nak share tapi apakan daya. hehe korang kenala pegi tengok sendiri apa yang ada kat sini.

 

Harga Tiket?

So dulu, Teddyville Museum Penang cuma dibuka pada hujung minggu sahaja, tapi sekarang buka hari-hari tau. And buka jam 9 pagi hingga 6 petang. Harga tiket pun tak dela mahal pun, bagi pemegang MyKad; dewasa (RM27), pelajar (RM22), kanak-kanak (RM15), dan bawah 3 tahun adalah percuma Kalau bukan pemegang MyKad pula ialah dewasa (RM36), pelajar (RM29), kanak-kanak (RM25) dan bawah 3 tahun adalah percuma.


Amacam jealous kan ? Kalau datang Batu Feringghi, Penang singgah sini tau. Mesti tak menyesal dapat selfie dengan teddy comel dekat sini. haha ❤

Call: 016-550 5949
Alamat: GF ( Double Tree Resort By Hilton Hotel Penang),
56, Jalan Low Yat, Puncak Ria, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap Hari (9:00 am – 6:00 pm)

7 comments:

  1. Ada muzium teddybear rupanya. Ingatkan dekat penang ada muzium hantu tu je. Thanks for sharing awak :)
    https://ikashoid.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Memang best nie buat penggemar teddy bear..

    ReplyDelete
  3. baru tahu dekat penang ada muzium teddy bear. hehe

    ReplyDelete
  4. menarik ni dapat bergambar dengan teddy bear.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  5. alaa bestnya tengok mellya n the geng g muzium bear ni. dah la comel2 bear tu

    ReplyDelete
  6. Jeles ! Sronokkan timba ilmu pengetahuan kat situ. Kalau bawak ank ank ni mesti excited.

    ReplyDelete
  7. thanks for info https://bit.ly/2yq10FV

    ReplyDelete