What's Hot

Wednesday, 26 December 2018

Althea Petal Velvet Sunaway Review - Ultra Lightweight Sunscreen


Assalammualaikum.

Althea Petal Velvet Sunaway Review

Haloo dearies! This week korang memang akan nampak Mellya review product dari Althea je ye hahaha (terpaksa marathon sebab Althea banyak keluarkan product baru yang best-best sejak akhir-akhir ni muahaha). Bukan apa kalau tak share rasa macam kedekut pulak kan, haha barang baik kenalah share, barang tak berapa nak baik sama-sama elakkan hihi Oh ya, kalau korang nak tahu, Mellya dulu memang bukan penggemar sunscreen. Bukan tak gemar, sebenarnya rasa macam sunscreen tu tak penting pun. Tu laa belajar ilmu melawa tak habis, tu yang rasa sunscreen tak penting padahal penting gilos tau!

Althea Petal Velvet Sunaway Review

Sampailah one day Mellya cuba sunscreen Dear Klairs, okay serious talk, Mellya terus jatuh hati. Tapi kalau nak beli yang tu, jenoh juga siapkan duit. Tu pun hasil "review" , kalau tak, tak merasa la Mell pakai sunscreen tu. haha But before that, korang kena tahu, other than Mell pakai sunscreen sebab untuk buat review, Mell actually realize that suncreen atau sunblock ni sememangnya penting untuk kita tau. Ramai yang tak tahu sebenarnya sunscreen ni memang wajib pakai hari-hari disebabkan terdedah dengan cahaya matahari berlebihan boleh buat kulit kita rosak. Eh melalut sudah, back to the main purpose, Mellya nak share product baru yang dilancarkan seiring dengan Althea Petal Velvet Powder, iaitu Althea Petal Velvet Sunaway

At first, rasa macam habislahhh nak beli Dear Klairs punya sunscreen mahal jugak tu. Dah tersuka kan? Till one day, Mellya terima sunscreen terbaru dari Althea ni. Dan suddenly ehhhh lepas dah cuba for a few days, dah rasa macam sunscreen Althea ni dah boleh jadi dupe or replacement Dear Klairs dah ni. hahaha eh takla sama dari segi bau nya beza. Cuma Althea Petal Velvet Sunaway is quite good lah!

Althea's Petal Velvet Sunaway

Althea Petal Velvet Sunaway Review

Althea Petal Velvet Sunaway merupakan sunblock yang boleh digunakan setiap hari. Ianya sangat ringan pada kulit atau lebih mudah dikatakan sebagai "lightweight" dan sesuai untuk semua jenis kulit tak kiralah kulit jenis berminyak, kering dan normal. Mengandungi SPF 50, PA+++ ianya melindungi kulit (non-chemical sunblock) dari sinaran UV berlebihan dengan baik dan selamat.

Althea Petal Velvet Sunaway Review

Antara kandungan penting Althea Petal Velvet Sunaway ialah damask rose extract (melembap dan meredakan kerengsaan kulit) dan geranium oil (menyerikan wajah dan merawat jerawat).

Althea Petal Velvet Sunaway Review
                 Cara penggunaan: Goncang sebelum guna. Sapu ke seluruh muka setiap pagi atau sebelum keluar.

Althea Petal Velvet Sunaway Review

Oh ya, memandangkan Althea Petal Velvet Sunaway ini sesuai untuk semua jenis kulit jadi korang tak perlu risau kan boleh pakai bila-bila masa je. Dengan kebolehan untuk mengawal sebum, oleh itu korang yang ada masalah kulit berminyak sangat digalakkan untuk cuba sunscreen Althea ni. Selain itu, Althea Petal Velvet Sunaway tak macam sunscreen jenama lain, ia tidak meninggalkan kesan "white cast" pada kulit tau. Sebab nya Althea Petal Velvet Sunaway diperbuat daripada bahan non-chemical yang bersifat lebih transparent (mudah meresap dan boleh blend dengan kulit). Best kan?

Althea Petal Velvet Sunaway Review

Texture ringan, bau rose yang sangat lah best. Bila apply ada rasa macam dingin sikit. Tak pasti kandungan apa yang buat Mellya rasa cam "sejuk-sejuk" kat muka ni. Its not a complaint, but its a compliment. I do love it.

Althea Petal Velvet Sunaway Review
Tiada kesan "white cast"

Paling memikat hati Mellya bila Althea Petal Velvet Sunaway ni membuatkan wajah Mellya terasa lebih lembap dan segar! Oh ya, disebabkan juga lepas baca kebolehan nya untuk merawat jerawat juga jadi Mellya nak juga cuba and tengok hasilnya nanti.

Althea Petal Velvet Sunaway Review
klik gambar diatas untuk ke laman berkenaan

Harga setiap botol Althea Petal Velvet Sunaway (55ml) cuma RM 43. Nak super jimat dan lebih berbaloi kalau korang beli dalam bentuk set (Althea Petal Velvet set mengandungi 1x Althea Petal Velvet Sunaway dan 1x Petal Velvet Powder pilihan korang). Oh ya, berita baik juga buat korang,  for a limited time korang layak dapat FREE SHIPPING dengan setiap pembelian ALTHEA Exclusives. Cuma masukkan CODE: PBSHIP ketika checkout nanti.

Althea Petal Velvet Sunaway Review

Overall, dengan penggunaan Althea Petal Velvet Sunaway dan Althea Petal Velvet Powder Mellya rasa lebih yakin bila keluar. hehehe bagi korang yang rasa malas nak makeup tu, pakai dua ni pun dah cukup buat wajah korang cantik dan berseri. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman di bawah ya. Thanks for reading guys! Harap short review ini membantu korang yang tengah confused ❤

Althea Korea

3 comments:

  1. Suka juga dengan Petal Velvet Sunaway ni. Lembut, wangi, sekata dan mudah meresap

    ReplyDelete
  2. sunaway mmg bagus untuk kulit kan. dpt lindungi kulit kita

    ReplyDelete