What's Hot

Monday, 18 March 2019

Rumah Cantik dan Selesa di Bertam Eco Residence, Kepala Batas, Pulau Pinang!


Assalammualaikum.
Tengah mencari rumah idaman buat keluarga tersayang ke tu? Tak pun nak buat pelaburan bijak untuk masa depan? Bagi penduduk Penang dan kawasan berdekatan, baru-baru ni Mellya berpeluang untuk pergi melihat dua buah "show house" iaitu Eco Palmera dan Eco Florenz di tapak perumahan baru area Bertam yang dinamakan Bertam Eco Residence dibawah pemaju hartanah Bertam Perdana. Cantik-cantik belaka rumahnya, Mellya sangat teruja melihat design dan concept yang diketengahkan oleh pemaju disini. Rekabentuk nya yang ideal dan sofistikated menggunakan concept Australian design, setiap rumah disini mempunyai ruang garage yang tersendiri (ala-ala rumah org putih okay boleh ditutup secara automatik) boleh memuatkan dua buah kereta. Serious weyh kawasan dia pun strategik sebab betul-betul berdekatan dengan exit highway. Lebih menarik lagi, ada tasik dan tempat untuk rekreasi bersama keluarga tercinta. 
Pelan Lokasi ke Bertam Eco Residence
Eco Palmera | Banglo Satu Tingkat
Rumah banglo satu tingkat yang dibahagikan kepada tiga jenis; A, B dan C. Berbeza dari segi keluasan binaan dan tanah, Eco Palmera dilengkapi dengan 3 bilik tidur, 4 bilik air dan satu bilik utiliti. Kelebihan pada Banglo Palmera jenis C, saiz nya lebih besar dan dilengkapi dengan bilik setor dan juga bilik pakaian di bilik tidur utama. Rekabentuk yang diinspirasikan dari Australia ini telah diolah untuk disesuaikan dengan cuaca, menepati citarasa masyarakat Malaysia. 
Kalau korang nak tahu, ruang tamu dan bilik tidur telah dipisahkan dengan hallway dari pintu masuk rumah memberikan lebih privasi kepada penghuni rumah jika tetamu datang berkunjung. Jadi tetamu yang ada di ruang tamu tak dapat nak tengok ke arah bilik yang terlindung.
Contoh dekorasi yang digubah oleh interior designer
Ruang tamu yang luas ini berdekatan dengan ruang makan serta dapur kering. Dapur basah dipisahkan dengan pintu sliding door ala English style, menaikkan lagi seri rumah ini. Mellya sangat kagum dengan kebolehan interior designer Eco Palmera ini kerana berjaya menyusun atur rumah ini dengan cantik sekali. 
Dapur Kering dan Ruang Makan bersebelahan
Oh ya, berdekatan dengan dapur, terletaknya bilik utiliti yang boleh dijadikan sebagai bilik tetamu atau store serta bilik air untuk kegunaan tetamu. Jadi tak perlu lagi risau tetamu nak masuk bilik tidur untuk menggunakan bilik air korang.Setiap bilik tidur juga mempunyai bilik air masing-masing. Saiz nya juga bersesuaian, tidak terlalu kecil dan selesa untuk digunakan.  
Bilik Utiliti boleh memuatkan satu katil bujang. Bilik Air berdekatan.  
Bilik tidur utama
Bilik Air di Bilik Tidur Utama
Tingkap di Bilik Tidur Utama
Bilik tidur lain yang juga dilengkapi dengan bilik air
Hallway untuk ke dapur dari arah bilik
Rumah ini sememangnya sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan ingin berpencen sebab rumah ini selesa dan tidak terlalu besar untuk mereka yang sudah berusia. Tak perlu naik tangga sebab dah satu tingkat je kan hehehe Ada sedikit ruang taman di depan dan kiri kanan rumah untuk bersantai di luar. Cuma ada 65 unit sahaja jadi korang kena cepat-cepat tau. Harga untuk bumiputera bermula RM657,500 hingga RM905,270 jeee. Oh ya ada discount 5% untuk bumiputera jugak yee.
Eco Florenz | Banglo Dua Tingkat
Bagi yang menginginkan konsep mewah dan rumah yang mempunyai dua tingkat, boleh lah usyar Eco Florenz ni. Pertama kali menjejakkan kaki rasa tergamam sangat, terpukau dengan kecantikan rumah ni. Sesuai bagi yang berkeluarga dan golongan muda, rumah ni besar tau! Excited bila tengok ruang tamu nya yang cantik, bersiling tinggi (jadi rumah ni tak dela rasa panas sangat).
Dekorasi oleh designer, ruang duduk dibawah tangga 
Mellya sekali lagi rasa terpegun dengan rekabentuk yang diketengahkan oleh Bertam Properties untuk Banglo dua tingkat ini. Juga mempunyai garage bertutup seperti Eco Palmera, laman di laluan masuk sangat lah luas (boleh memuatkan lebih banyak kenderaan dan juga dijadikan laman nurseri. Ruang hallway memisahkan pintu masuk dengan ruang tamu yang bersiling tinggi sangat lah elegan dan sofistikated. Banglo ini mempunyai 4 buah bilik tidur (3 bilik terletak di tingkat atas, sebuah bilik tidur tetamu di tingkat bawah untuk memberi lebih privasi buat penghuni rumah), 5 buah bilik air, satu bilik utiliti dan satu bilik stor.
Tingkap dikeliling, rumah lebih cerah disiang hari
Ruang tamu juga terletak berdekatan dengan ruang makan serta dapur kering
Dapur basah luas dan selesa, ada juga fungsi rain collector di luar rumah (sustainability concept)
Bilik tidur utama yang luas dan selesa dilengkapi dengan bilik pakaian yang menjadi idaman semua wanita haha Ruangan ni asalnya kosong, tapi designer telah menambah almari pakaian dan cermin untuk dijadikan bilik pakaian. Cantik bukan?
Excited betul dekat sini hihi bila agaknya dapat merasa bilik pakaian yang cantik macam ni haha
Ruang balkoni menghadap taman permainan, kolam juga berdekatan sesuai untuk dijadikan tempat beriadah bersama keluarga, menepati concept lifestyle yang cuba disampaikan oleh Bertam Properties
Bilik tidur semuanya dilengkapi dengan bilik air masing-masing.
Bilik tidur ketiga di tingkat atas
Cantik betul rumahnya. Memang berpuas hati. Oh ya, harga banglo dua tingkat Eco Florenz ini untuk bumiputera bermula RM102,0690 hingga RM1051,540 tau. And jangan risau memang ada 5% discount untuk bumiputera. Korang kena cepat sebab cuma ada 26 unit je tau.

Lebih menarik lagi korang tak perlu risau kerana tanah rumah ni FREEHOLD dimana setiap pembeli rumah ini mempunyai hak pegangan kekal. Untuk maklumat lanjut, korang boleh kunjungi Galeri Bertam Perdana yang dibuka setiap hari atau hubungi mereka di nombor yang tertera dibawah: 

GALERI BERTAM PERDANA
No 1 Jalan Dagangan 1, Pusat Bandar Bertam Perdana, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

DIBUKA SETIAP HARI
ISNIN hinga JUMAAT
8 pagi - 5 petang
SABTU, AHAD & CUTI UMUM
10 pagi - 5 petang

No telefon: 04-578 2005| 04-578 2020
Website: www.bertam.com.my
Email: sale@bertam.com.my
Facebook: Bertam Properties Sdn Bhd

6 comments:

  1. cantik nya rumah ni. ada juga tgk founder dianz buh kat fb dia

    ReplyDelete
  2. Cantik betul rekaan rumah nie..

    ReplyDelete
  3. rumah kat Bertam memang lawa2. harga pun..
    stakat ni mampu tengok je dulu =D

    ReplyDelete
  4. selesa sangat rumah ni. Penataan cahaya yang saya paling suka!

    ReplyDelete