What's Hot

Tuesday 16 April 2019

Bazaar Ramadhan, Hidangan Authentic Melayu dan Arab di Lexis Suites Penang!


Assalammualaikum.
Ramadan dah dekat mesti ramai yang tercari-cari lokasi berbuka untuk berkumpul dengan family dan rakan-rakan bukan? Tak kan lah nak hari-hari berbuka di rumah, sekali sekala apa kata makan di hotel pulak? So baru-baru ni, Mellya cukup bertuah sekali sebab mendapat jemputan dari Lexis Suites Penang untuk menghadiri Food Preview sempena Ramadan tahun ini. Bertemakan Bazaar Ramadhan, Hidangan Authentic Melayu dan Arab, Lexis Suites Penang memperkenalkan lebih daripada 100 hidangan tempatan dan antarabangsa untuk mereka yang datang berbuka disini. Menarik bukan? 
Dekorasi ceria macam nak sambut raya lah pulak haha tapi variasi pilihan makanan nya memang banyak macam di bazaar Ramadhan yang sebenar! Jom tengok antara hidangan yang ada disini. Semestinya sedap and memikat hati Mellya hihi Oh ya, bukan Mellya saja tapi dengan plus one Mellya hahaha Siapakah?
Setiap buffet mestilah dimulakan dengan pembuka selera. Jom tengok antara menu yang ada di buffet  Bazaar Ramadhan Lexis Suites Penang kali ini. Antaranya ialah ulam-ulaman dan Herba Kampung, aneka kerabu, rojak, jeruk, dan juga pasembor.
Kemudian, Mellya mendekati kawasan hidangan campuran. Wah meriah betul, macam-macam pilihan ada. Antara menu pilihan Mellya ialah gulai anak udang galah, ketam masak cili dan tomato sos, gulai ayam berempah, ikan tenggiri asam pedas, sotong kicap pedas, dan udang cili jagung berempah.
Eh ada juga stall kambing golek dan Australia Ekor Bakar beratur panjang. Serious sedap first time Mellya makan ekor. Memang sampai rasa nak pegi tambah lagi je nasib lah masih ada rasa segan silu hahahaha kalau tak rasanya dah ulang tambah dua kali.
Selain itu, ada juga Arabian corner dimana korang boleh dapatkan ayam tandoori, shawarma, lamb Khabsa, lamb briyani, ayam mandy dan juga kebab. Oh yaa korang yang suka nak menghirup sup haha, Lexis sediakan soup harian istimewa iaitu Sup Gearbox. Pergh sedap nya sampai semangkuk besar makan tak cukup. 
Kalau ikutkan banyak lagi menu menarik yang Mellya nak sertakan dalam review kalini. Tapi Masya Allah, banyak sangat semuanya sedap. Sampai tak tau lah nak masukkan yang mana. Selain daripada menu dan hidangan yang Mellya sertakan dalam ni, Lexis Suites Penang juga menyediakan makanan Jepun seperti sashimi, edamame, oden dan lain-lain. Ketupat, lemang, putu mayam, putu pering pun ada. Eh paling menarik perhatian Mellya ada pulak jajan disediakan hahaha memang menarik.
Belum lagi sebut tentang hidangan pencuci mulut seperti jemput-jemput, kuih-muih, biskut raya, pastry, cake, chocolate fountain dan lain-lain. Memang banyak lah pilihan yang ada.
Sedap kan tengok? Pertama kali Mellya jejakkan kaki dekat Lexis Suites Penang dan rasai sendiri buffet disini, sangat memuaskan. Dulu selalu je dengar orang mention cakap makanan kat sini sedap. Sekarang dah rasa barulah tahu, memang sedap rupanya!
Jadi macam mana? Ada rasa macam nak cuba-cuba buffet disini? Harga buffet Ramadan di Lexis Suites Penang ini cuma RM98nett untuk dewasa dan RM68nett untuk kanak-kanak atau warga emas. Berita baik jika korang beli sebelum 5 May 2019 ini, harga untuk dewasa cuma RM60nett dan RM48nett untuk kanak-kanak atau warga emas. Cara untuk dapatkan discount Early Bird tersebut dengan menggunakan QR code yang tersedia di entry ini ya! Cuma masukkan code LSPRAMADHAN1 dan harga early bird tersebut kini milik korang. Code ini cuma valid bermula 21 April sehingga 5 May sahaja, jadi cepat-cepatlah book sebelum terlambat.

Current updates! Promosi "LSPRAMADHAN2" kini berlangsung. Tarikh promosi bermula 6 May 2019 until 4 June 2019Adult: RM80nett, Children/Senior Citizen: RM58nett. 


Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman dibawah:
Website: www.lexissuitepenang.com
Contact Number: 04-628 2888
Email: reservations@lexissuitespenang.com / fbc@lexissuitespenang.com

3 comments:

  1. Bilmediğim ilginç menüler 😊 Türkiye'den selamlar 😊

    ReplyDelete
  2. lama x singgah blog mel,

    banyaknya lauk, harga pun berpatutan.

    ReplyDelete