What's Hot

Sunday, 7 April 2019

Master Pasto Spaghetti Segera 3 Minit - Just Heat and Eat!

Assalammualaikum.
Pernah tak satu hari korang rasa malas yang amat sangat nak masak? Pastu tekak pulak meronta-ronta nak makan makanan lain selain nasi? haha Mellya pernah, sebab tu Mellya nak kongsikan salah satu makanan yang Mellya akan sentiasa pastikan ada stock nya di dapur. Yela bila datang tekak nak makan makanan omputeh tapi dalam masa yang sama malas nak masak, haaa dah ada benda nak capai. Antara hidangan segera yang sentiasa ada dalam simpanan Mellya di dapur ialah Master Pasto Spaghetti keluaran Lioco Food Industries.
MASTER PASTO is an online store which sells ready-to-eat pasta. Lioco Food SDN BHD has been founded and established since 2017 in Penang, Malaysia and ever since then, the company has been growing every day. We strive to be one of the top and best ready-to-eat producers in the current market. - Master Pasto
Hidangan pasta segera 3 minit yang bertaraf restoran dan dijamin halal. Didatangi dengan 3 jenis Spaghetti Instant iaitu Spaghetti Bolognese with Chicken, Spaghetti Mushroom Cream Sauce dan Spaghetti Aglio Olio with Chicken, ia tidak mengandungi bahan perisa MSG, dan bahan pengawet seperti sesesetengah ready-to-eat product yang ada di pasaran sekarang. Jadi pencinta pasta sekalian, tak senang kan cari instant pasta yang tak ada bahan pengawet dan kandungan MSG hehe Mujur ada Master Pasto.
Dibungkus dengan flexy packy istimewa yang mudah dan selamat setelah melalui proses pengendalian suhu tinggi bagi tujuan pensterilan. Spaghetti Master Pasto ini telah siap dimasak sepenuhnya cuma perlu dipanaskan dan sedia dihidang, Mudah bukan? Jom tengok langkah penyediaan yang disediakan Master Pasto. 
Cara Penyediaan secepat 3 minit sahaja!
Wah macam ni, Mellya rasa Spaghetti Master Pasto ni bukan saja boleh guna time malas di rumah, bawak p travel pun boleh kan! hehe Jom tengok cara Mellya sediakan Master Pasto Spaghetti Aglio Olio with Chicken ni. 
Pergh sedap jugak ya. Mellya bukanlah peminat Spaghetti sangat, tapi bila dah cuba Master Pasto Spaghetti Aglio Olio with Chicken, rasa macam nak cuba perisa yang lain pula. Mesti sedap jugak. Master Pasto kini boleh didapati dimana-mana mini market dan supermarket terpilih berdekatan korang. Oh ya, korang boleh juga dapatkan secara online di website Master Pasto. Setiap bundle yang mengandungi 4 pack cuma berharga RM31.60 sahaja! Yang lagi best tiada caj penghantaran disekitar semenanjung Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman dibawah:

4 comments:

  1. Paling suka aglio olio . rasa pedasnya cun kena dengan tekak

    ReplyDelete
  2. Looks delicious 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  3. Makin mudah kerja² kt dapur ye dgn adanye menu instant camni..

    ReplyDelete
  4. terliur pulak tengok tenghari macam niiii

    ReplyDelete