What's Hot

Saturday, 4 September 2021

Review Rangkaian Minuman Campuran Botani Kitsui Kurma Rose & Kitsui Rilax Nite

 Assalammualaikum.

Review Rangkaian Minuman Campuran Botani Kitsui Kurma Rose & Kitsui Rilax Nite

Kitsui antara brand favourite Mell buat masa sekarang ini. Sebelum ini, Mell dah cuba beberapa minuman campuran botani jenama lain tapi setakat ini cuma brand Kitsui menepati citarasa dan keperluan harian Mell. Jadi baru ini Mell cuba dua produk baru dari Kitsui iaitu Kitsui Kurma Rose dan juga Kitsui Rilax Nite. Apa sebenarnya fungsi kedua minuman ini? Jom kita tengok apa yang Mell nak kongsikan dalam review kali ini.

Kandungan Kitsui

Seperti sedia maklum produk Kitsui semuanya diperbuat dari bahan-bahan tidak berbahaya seperti hormon, GMO, pengawet, gluten dan lain-lain. Ianya disahkan Halal, dan sesuai untuk vegan. Mereka telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa. Ramuan Semulajadi untuk anda Kitsui diformulasikan secara unik untuk anda dengan ramuan Halal Semulajadi untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian anda Cantik Semulajadi!

KITSUI KURMA ROSE

KITSUI KURMA ROSE

Kitsui Kurma Rose ialah campuran minuman botani yang mengandungi kurma, vitamin C dan rose sebagai kandungan utama. Ia membantu membekalkan tenaga sepanjang hari selain mengembalikan keanjalan, melembutkan kulit, dan awet muda. Juga diperbuat 100% susu segar, ia juga mengekalkan kandungan air dalam badan dan membantu sistem penghadaman serta sesuai untuk semua peringkat usia.

KITSUI KURMA ROSE
Kandungan istimewa Kitsui Kurma Rose

Banyak testimoni positif yang diterima oleh Kitsui dari pengguna sendiri tau. Ada yang memberi feedback “lepas 4 hari badan jadi semakin bertenaga. ‘Best’ bila time puasa memang tak rasa letih” dan juga “bagi mereka yang sentiasa rasa letih memang patut guna kitsui kurma rose ini sebab ia sgt membantu badan untuk meningkatkan tenaga badan”. Kalau nak tengok testimoni ramai lagi pengguna lain, korang boleh check di website Kitsui tau.

KITSUI RILAX NITE

KITSUI RILAX NITE

Kitsui Rilax Nite ialah campuran minuman botani yang mengandungi chamomile, ashwagandha dan vitamin C sebagai kandungan utama. Ia membantu terutamanya mereka yang mempunyai masalah untuk tidur, stress, badan dan otak yang lesu kerana keletihan. Ia membuatkan badan terasa ringan, santai dan membantu kitaran tidur yang semulajadi. Selain itu, Kurma Rilax Nite juga membantu rasa santai dan tenang, Mengurangkan tekanan dan “kegelisahan”.

KITSUI RILAX NITE
Kandungan istimewa Kitsui Rilax Nite

Banyak juga testimoni menarik pengguna Kitsui Rilax Nite ni, lepas baca terus Mell rasa nak cuba. And nak bagi dekat husband juga. Sejak kebelakangan ini memang kami berdua agak letih bekerja. Antara testimoni Kitsui Rilax Nite; “sakit kepala saya dh hilang sumpah best, dulu tidur 3 -4 jam shj sekarang dh dpt tidur 7 jam bangun terus jadi segar.” “dulu hari hari nak mengamuk je , mood swing , lepas minum tidur pun lena , setiap hari rasa happy je tak stress lagi”. Wah menarik kan. Tapi betul lah, bila tidur cukup confirm tak ada lagi mood swing kan?

CARA PENGGUNAAN

Cara Penggunaan Kitsui

Cara penggunaan Kitsui Kurma Rose dan Rilax Nite ni sama je macam campuran minuman botani Kitsui yang lain. Tambahkan satu sachet kedalam 150ml air suam, goncang dan minum. Pastikan minum air secukupnya untuk kesan yang efektif tau! Mell selalu je selit Kurma Rose masa minum pagi dan untuk before tidur wajib minum Kitsui Rilax Nite, barulah tidur lena.

Kitsui Testimoni

Overall, Mell sukakan sangat brand Kitsui ini, rasa dia memang sedap! Approve by my husband for sure haha And the price pun acceptable, sekarang sekotak Cuma RM34.70 je. So if korang nak cuba, korang tahu kan nak cari produk Kitsui kat mana? Mestilah dekat website Kitsui dan Shopee Mall!

Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/

Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Youtube : https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty

3 comments: