What's Hot

Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Sunday, 31 December 2023

12/31/2023 12:51:00 pm

Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand™ Memperkasa 1,000 Kanak-kanak Demi Masa Depan yang Lebih Cerah

 Kempen Komuniti Penyayang 2023 Ayam Brand Memperkasa 1,000 Kanak-kanak Demi Masa Depan yang Lebih Cerah  

Menyokong 25 Rumah Kebajikan Kanak-kanak Tempatan dengan Menyediakan Makanan Berkhasiat Selama 2 Bulan, Pemeriksaan Kesihatan Mata dan Cermin Mata Perskripsi Percuma Kepada Insan yang Memerlukan

Kuala Lumpur, November 22, 2023 - Dianggarkan sehingga 5.6 juta kanak-kanak Malaysia yang ke sekolah berdepan dengan masalah beban berganda malnutrisi. Beban berganda malnutrisi didefinisikan sebagai kewujudan kekurangan khasiat bersama khasiat berlebihan dalam populasi yang sama dan merentasi jangka hayat. Dalam bahasa mudah, kanak-kanak yang kurang mendapat makanan berkhasiat berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa kelak.

https://cms.gooddoctor.co.id/wp-content/uploads/2021/02/miopia-pada-anak.jpg
credit: miopia-pada-anak.jpg (1000×667) (gooddoctor.co.id)

Turut membimbangkan adalah peningkatan masalah penglihatan dalam kalangan kanak-kanak di negara ini dengan prevalens miopia atau rabun jauh bagi kanak-kanak berusia 7 tahun meningkat sebanyak 9.8% kepada 34.4% pada usia 15 tahun. Sungguhpun sesetengah masalah penglihatan tidak dapat dielakkan disebabkan pelbagai perkara, namun ada yang berpunca daripada kurangnya penjagaan mata yang baik.


Bagi mengatasi isu ini, Ayam Brand™, satu jenama terkenal yang dikenali dengan pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti yang sihat dan memudahkan serta tanpa kandungan bahan pengawet dan tambahan MSG, kini kembali dengan inisiatif tahunannya, Kempen Komuniti Penyayang 2023. Bertemakan #AyamBersamaMu yang berkonsepkan ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™’, kempen ini akan mendekati lebih 1,000 kanak-kanak dari 25 organisasi bukan kerajaan di tujuh negeri untuk menyediakan bekalan makanan selama dua bulan atau kira-kira 35,028 makanan berkhasiat.

Bukan sekadar menyumbang produk makanannya, Ayam Brand™ dengan usaha sama KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia.

Bagi menangani masalah penglihatan, Ayam Brand™ bekerjasama dengan Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd. untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan mata dan cermin mata preskripsi secara percuma kepada kanak-kanak yang memerlukan di rumah amal terbabit.

Di samping itu, setiap rumah yang mengambil bahagian akan turut menerima produk-produk Ayam Brand™ yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan serat termasuk Tuna Mayones Ayam Brand™, Kacang Panggang dalam Sos Tomato Ayam Brand™ dan Soya Kepingan Lepa Ayam Brand™.


Risiko malnutrisi berganda dan miopia dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk organisasi seperti Ayam Brand™. Inilah sebab Ayam Brand mengambil pendekatan untuk membantu. Secara ideal, kanak-kanak perlu mendapatkan makanan berkhasiat sejak mereka lahir. Ayam Brand™ mempunyai sejarah yang panjang dalam menyumbang produk berkhasiat dan sihat kepada komuniti, malah kami akan meneruskan komitmen ini. Sungguhpun demikian, walaupun kami percaya bahawa penyediaan produk kami merupakan satu penyelesaian segera, tetapi untuk jangka panjang, mendidik kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan yang lebih sihat merupakan satu keutamaan. Produk ikan kami kaya dengan protein, kalsium, Omega-3, serta vitamin dan mineral yang memberi manfaat kesihatan kepada kanak-kanak termasuk kesihatan mata mereka,” kata Cik Teoh Wei Ling, Pengurus Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd.


Kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mempunyai 7.1 kali lebih tinggi kandungan Omega-3 berbanding sajian yang menggunakan ikan sardin yang ditangkap segar. Selain itu, Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ mengandungi 7.6 kali lebih tinggi Omega-3 berbanding sajian sama masakan ikan mackerel yang ditangkap segar.


Kata Cik Teoh Wei Ling lagi, “Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™, yang kini memasuki tahun ke-16, telah menyumbang lebih 2.1 juta hidangan sihat dan menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 27,293 individu di 610 rumah kebajikan dan NGO.”


Di Klang Valley, sejumlah 398 kanak-kanak dari Persatuan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Rumah Charis, Yayasan Chow Kit, Trinity Community Children Home Society, Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Persatuan Rumah Kanak-Kanak Ini Di Sayangi (K.I.D.S), Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary, Rumah Kebajikan Dan Anak Yatim dan Saudara Baru An-Najjah dan Pusat Jagaan Rumah Juara mengambil bahagian dalam bengkel ‘Tambah Sihat Bersama Ayam Brand™’ yang diadakan di Menara KPJ Kuala Lumpur.

Di bengkel ini, kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari cara membuat pilihan makanan yang lebih sihat menerusi sesi menarik dan penuh bermaklumat bersama Pn Nabihah Hannan Razaleigh, Pakar Pemakanan KPJ Tawakkal Kuala Lumpur Specialist Hospital. Beliau telah berkongsi tentang Pinggan Sihat Malaysia serta memperkenalkan kepentingan Omega-3 dalam penjagaan kesihatan mata. Kemudian, setiap kanak-kanak mempraktikkan pengetahuan baharu mereka dengan menyediakan snek sihat yang mengikuti konsep Suku-suku Separuh dibantu oleh pasukan KPJ dan Ayam Brand™.


“Pengambilan makanan berkhasiat adalah penting bagi kesejahteraan menyeluruh kanak-kanak, khasnya pengambilan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Antara sumber protein yang baik adalah ikan berlemak seperti tuna, saba, sardin dan mackerel yang mengandungi sumber Omega-3 yang baik, yang penting untuk perkembangan otak dan kesihatan mata kanak-kanak.  Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan Omega-3, kita perlu mendapatkannya daripada sumber makanan. Setiap individu perlu mempertimbangkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan berlemak setiap minggu," kata Pn Nabihah Hannan Razaleigh.

Kanak-kanak terbabit juga mengambil bahagian dalam permainan padanan memori dan baling bola yang membenarkan mereka melatih daya pengingatan serta koordinasi tangan-mata sebagai satu cara untuk memperkukuhkan lagi apa yang dipelajari pada bengkel tersebut. Setiap ahli dalam pasukan yang memenangi permainan tersebut menerima pingat, manakala peserta lain menerima hadiah saguhati.


Pasukan daripada Focus Point Group turut berada di lokasi untuk memeriksa kesihatan mata semua kanak-kanak. Cermin mata preskripsi diberikan kepada mereka yang memerlukannya selepas itu.


Wakil-wakil daripada rumah kebajikan terlibat menyatakan penghargaan mereka atas sokongan berterusan Ayam Brand™ serta impak transformasi terhadap kehidupan kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

“Kami sentiasa tertunggu-tunggu Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™. Bagi kami, produk  Ayam Brand™ adalah enak, berkhasiat dan memberikan variasi yang kelainan berbanding hidangan harian kami. Kami amat menghargai sokongan yang diberikan. Selain itu, kami juga menantikan kempen ini kerana ia menyeronokkan, berilmu, penuh maklumat dan menarik minat serta mencetuskan semangat kepada kanak-kanak untuk sentiasa sihat dan menjaga pemakanan mereka. Kami amat mengalu-alukan sumbangan cermin mata preskripsi kerana segelintir kanak-kanak di rumah ini mengalami miopia. Tambahan pula, cermin mata juga agak mahal. Sumbangan ini pasti akan membantu mereka melihat dengan lebih jelas pada masa hadapan,” kata En Jamaluddin Bin Wahab, Pengurus Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kempen Komuniti Penyayang #AyamBersamaMu, sila layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.


Mengenai Ayam Brand™

Ayam Brand™, adalah satu jenama terkemuka di Malaysia dan Asia selama lebih 131 tahun yang dikenali untuk pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan sihat yang bebas daripada bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk-produk Ayam Brand™ dihasilkan di kemudahan-kemudahan berteknologi terkini yang memenuhi standard antarabangsa tertinggi dan menerima pensijilan yang diiktiraf antarabangsa (HACCP, ISO 9001). Rangkaian produk Ayam Brand™ juga telah menerima pensijilan Halal. Ayam Brand™ telah disenaraikan sebagai antara 10 Jenama Pilihan FMCG Malaysia, menurut Kajian Jejak Jenama Asia 2021 oleh Kantar Worldpanel.

Sunday, 19 September 2021

9/19/2021 06:10:00 pm

Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™

 

Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™

Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™

Kacang Pool with buttered toast

Shah Alam, 30 Ogos, 2021 – Adakah anda mengalami kesukaran menyediakan hidangan yang sihat, enak dan segera untuk sarapan, makan tengah hari, snek mahupun makan malam?  Dapatkan Kacang Panggang Ayam Brand™ (Ayam Brand™ Baked Beans) yang kaya dengan serat dan protein, serta rendah kandungan lemak.

 

Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™

Legum seperti kacang adalah sumber pemakanan berserat[1] dan protein berasaskan tumbuhan yang baik. Kacang panggang Ayam Brand™ sedia untuk dimakan terus daripada tin, menjadikannya sumber serat dan protein berasaskan tumbuhan yang mudah dan enak.

Kacang panggang dapat membantu menahan rasa lapar lebih lama dengan mengenyangkan anda dan mengawal kandungan gula dalam darah[2], memberikan bekalan tenaga yang berterusan sepanjang hari dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk sajian manis yang lain.

Kandungan likopen dalam sos tomato kacang panggang merupakan satu antioksida yang membantu melindungi daripada kanser prostat, paru-paru dan perut[3]. Kacang panggang juga mengandungi mineral seperti magnesium, selenium dan tembaga yang merupakan antioksida kuat yang melindungi sel-sel tubuh daripada serangan radikal bebas.

 

Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™
Pasta with baked beans sauce

Diet yang telah terbukti secara klinikal untuk memberikan manfaat kesihatan adalah seperti Diet DASH (Pendekatan Diet untuk Menghentikan Hipertensi) dan diet Mediterranean yang menggalakkan penambahan legume seperti kacang panggang dalam amalan pemakanan harian. Anda boleh memilih diet yang lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan daging dan menggantikannya dengan lebih banyak protein tumbuhan. Cuba untuk tidak memakan daging sekurang-kurangnya selama seminggu dan gantikan ia dengan kacang panggang atau protein berasaskan tumbuhan bagi meningkatkan pengambilan nutrien, pada masa sama mengurangkan penghasilan karbon.

Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™

Terdapat tiga varian Kacang Panggang Ayam Brand™ untuk memenuhi cita rasa dan keperluan diet berbeza: Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Asli (Ayam Brand ™ Baked Beans in Tomato Sauce) mempunyai rasa umami penuh kekacang yang diseimbangkan dengan kemanisan tomato - gandingan ideal untuk hidangan yang menyelerakan.

Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™

Kacang Panggang Ayam Brand™ Dalam Sos Tomato Bersama Keju (Baked Beans in Tomato Sauce with Cheese) menggunakan keju parmesan sebenar bagi rasa berkrim. Ia sesuai untuk hidangan yang memerlukan rasa lebih kaya. Gunakan pilihan ini untuk resipi-resipi yang perlu digril atau panggang. Kanak-kanak menggemari kenikmatan dan kelazatan keju sos ini bersama hidangan pasta mereka.

Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™

Manakala Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Ringan (Ayam Brand™ Baked Beans Light in Tomato Sauce) mempunyai kandungan 48% kurang gula. Ia menjadi pilihan individu yang mahukan protein dan serat pada kacang panggang tetapi kurang kandungan karbohidrat dan gula. Gandingan varian ini bersama salad atau kisar bersama sos salad bagi sajian yang lebih sihat dan ringan. Varian makanan unggul (superfood) ini mempunyai 3.9g ke 4.51g kandungan serat dan 5g hingga 6g kandungan protein bagi setiap 100g sajian. Ia boleh didapati di seluruh negara pada harga RM2.40 bagi tin 230g dan RM3.50 bagi tin saiz keluarga.


Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand™ Sepanjang Hari Dalam Pelbagai Cara Enak

Kacang Panggang Ayam Brand™ adalah sedia dimakan. Cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan hanya membuka tin tersebut dengan menarik pembuka yang tersedia dan terus menjamahnya dengan sudu bersih.

Walaupun kita sering mengaitkan kacang panggang dengan sarapan Inggeris yang lengkap dengan telur, sosej dan roti bakar, hakikatnya ia bersifat versatil dan boleh disesuaikan dengan pelbagai hidangan lain. Ayam Brand™ telah menghasilkan bermacam-macam resipi yang menyerlahkan kesempurnaan kacang panggangnya dengan roti, pasta, ubi dan nasi sebagai sajian sarapan, makan tengah hari, snek dan makan malam.

Sarapan: Kacang Pool dengan Roti Bakar dan Mentega

Tambahkan pilihan sarapan anda dengan hidangan Kacang Pool, satu sajian enak yang terkenal di Johor.

Kaedah penyediaan tradisional hidangan ini mengambil masa yang lama kerana kacang perlu direndam dan direbus terlebih dahulu. Gunakan Kacang Panggang Ayam Brand™ dan sajian kacang pool anda boleh tersedia dalam masa 15 minit.

Caranya:

i. Lenyekkan kacang panggang bersama sos tomato menggunakan bahagian belakang garfu bagi mendapatkan tekstur kasar.

ii. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak sapi dan masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu, diikuti daging atau ayam cincang. Kacau sehingga bau naik.

iii. Tambahkan potongan cili padi dan serbuk kari sebelum memasukkan kacang panggang yang telah dilenyek. gaul sehingga sekata.

iv. Hidangkan bersama telur goreng, hirisan limau dan taburan cili padi sebagai hiasan. Nikmati hidangan menyelerakan ini bersama roti bakar yang disapu mentega.

Makan Tengah Hari : Pasta bersama Sos Kacang Panggang

Kehabisan sos pasta? Cuba sos pasta kacang panggang yang mudah ini.

i. Sediakan asas sos pasta dengan menumis bawang, bawang putih dan daging atau ayam cincang.

ii. Tambah tomato yang telah dicincang, satu tin kacang panggang Ayam Brand™ dan sedikit air. Biarkan sos mereneh sehingga menjadi pekat.

iii. Masukkan pasta yang telah direbus ke dalam bekas kalis ketuhar. Kemudian tuangkan sos pasta, taburkan parutan keju dan panggang selama 15 minit, sehingga keju cair dan berwarna keemas-emasan.


Snek: Ubi Jacket Bersama Kacang Panggang 

JacketPotatoBakedBean

Ubi panggang adalah snek yang enak tetapi gandingkan dengan tuna manis yang sedap serta sos kacang panggang untuk hidangan yang lebih menarik.

i. Bersih dan keringkan ubi tanpa membuang kulitnya.

ii. Lumurkan minyak pada setiap ubi. Balut dengan pembalut aluminum dan panggang di dalam ketuhar selama 45 hingga 60 minit.

iii. Dalam mangkuk berasingan, campurkan kepingan tuna, perahan lemon, mayones dan sedikit lada hitam.

iv. Keluarkan ubi daripada ketuhar. Buat potongan “X” di bahagian tengah ubi sebelum memasukkan sedikit mentega, kacang panggang serta campuran tuna ke dalamnya.

v. Hias dengan potongan daun bawang dan avokado.

Ini adalah cara kami menyediakan snek kacang panggang yang bukan sahaja enak dan berkhasiat tetapi juga menarik.

Makan Malam: Kari Sardin Kacang Panggang Bersama Nasi

Baked Beans Sardine Curry with Rice

Makan malam merupakan sajian utama bagi kebanyakan kita. Oleh itu, marilah kita menyediakan hidangan yang menyelerakan dan seimbang seperti menu kari sardin kacang panggang bersama nasi.

i. Goreng terung dan asingkan.

ii. Tumiskan cili, bawang putih dan halia sehingga naik bau sebelum memasukkan serbuk kari.

iii. Lenyekkan sardin dan masukkan ke dalam campuran kari berkenaan.

iv. Masukkan potongan lobak merah dan kacang panggang.

v. Tuangkan santan dan gaul sehingga kuah pekat.

v. Masukkan terung yang telah digoreng dan gaul dengan perlahan sehingga sebati.

vi. Hidangkan kari yang telah dimasak bersama nasi putih. Enak dinikmati ketika panas.

Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai lagi di laman www.ayambrand.com.my .



[1] https://draxe.com/high-fiber-foods/

[2]5 http://www.rd.com/health/conditions/health-benefits-of-bean

[3] http://www.pcrm.org/health/cancer-resources/diet-cancer/nutrition/how-lycopene-helps-protect-against-cancer

Friday, 23 April 2021

4/23/2021 08:21:00 pm

Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat!

Assalammualaikum.

Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat!

SHAH ALAM, April 14, 2021- Santan ialah makanan utama dalam kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan Raya untuk rasanya yang begitu nostalgia, lemak berkrim dan sihat untuk dihidang dalam apa jua juadah masakan. 


Ayam Brand ™ memahami kesukaran rakyat Malaysia yang rindu akan rasa kuih pada zaman kanak-kanak dulu namun amat sibuk dengan gaya kerja, dan risau dengan masalah kesihatan yang bakal dihadapi melalui pengambilan makanan yang tidak sihat. Sesetengahnya pula tidak sempat untuk menyediakan juadah sahur dan buka puasa. Kelapa segar umum diketahui sangat bagus tetapi proses mengekstrak santan sememangnya mengambil masa yang begitu lama. 


Ayam Brand telah™ pun menyediakan santan kelapa yang enak, sihat dan mudah untuk didapatkan sejak beberapa dekad yang lalu. Santan Ayam Brand™ diperah dengan bersih daripada kelapa-kelapa matang yang terpilih. Ia kemudian disimpan di dalam pek-pek tetra yang mudah, menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT). Santan ini setaraf santan yang diperah menggunakan tangan, tetapi lebih mudah kerana anda tidak perlu membersihkannya selepas itu. 

Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat!

Anda boleh menggunakan Santan Ayam Brand™, Santan Trim Ayam Brand™ (45% kurang lemak) atau Santan Super Light Ayam Brand™ (hanya mengandungi 5% lemak) bergantung kepada citarasa anda. 


Bersempena dengan bulan Ramadan dan Raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Ayam Brand telah memperkenalkan Santan Ayam Brand™ 200ml dengan pek mudah dibuka Edisi Terhad supaya anda boleh menggunakan hanya ketika perlu, tutup penutup dan sejukkan selebihnya untuk digunakan kemudian hari. Pek baharu tetapi resipi santan yang sama.


Sekiranya anda gemar berkunjung ke bazar Ramadan, anda pasti sedar bahawa juadah nostalgia kegemaran anda tidak selalunya mudah untuk didapatkan. Pencipta resipi Ayam Brand™ telah memperkenalkan lima resipi tradisional menggunakan santan yang boleh anda cuba di rumah. Resipi ini telah diolah dengan teliti bagi mengikut kesesuaian kelengkapan dapur di rumah serta kurang kandungan gula dan lemak melalui kerjasama dengan pakar pemakanan. 


Kuih-muih tradisional seperti kuih Akok dari Pantai Timur, kuih Tako yang juga dikenali sebagai kuih Limas dari Selatan, Bubur Pulut Hitam dari Utara, kuih Seri Muka Labu Kuning dari Kelantan dan sagu gula Melaka pasti mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak di kampung halaman. Kesemua kuih ini merupakan hidangan nostalgia yang mempunyai rasa lemak berkrim, diperbuat daripada Santan Ayam Brand™. 


Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba Santan Ayam Brand™ pek mudah buka 200ml untuk Ramadan dan Hari Raya tahun ni! Jangan lupa sertai pertandingan Ayam Brand Masak dan Menang. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu ambil gambar masakan anda yang dibuat menggunakan Santan Ayam Brand™ dan muat naik ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan hashtag #santanayambrand. Anda berpeluang memenangi hadiah lumayan all-in-one cooker Innochef yang bernilai sehingga RM17,200! Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ayambrand.com.my/masakdanmenang


1. Kuih Akok yang Mudah dan Pantas

Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat!

Anda hanya memerlukan acuan mufin dan ketuhar sahaja! Didihkan gula Melaka bersama daun pandan yang telah dihiris nipis sehingga gula Melaka larut dan berbau wangi. Alihkan periuk dari dapur dan masukkan Santan Ayam Brand™ secara perlahan ke dalam periuk. Biarkan campuran tersebut sejuk. Sementara itu, panaskan ketuhar, dan sapukan minyak ke dalam acuan mufin. Masukkan telur dan tepung yang telah diayak ke dalam periuk yang mengandungi campuran santan dan gula Melaka dan kacau sehingga sebati. Tuang adunan tersebut ke dalam acuan mufin. Bakar selama 25 minit atau sehingga warna permukaan kuih menjadi perang.


Tips Sihat:

Anda boleh mengurangkan gula Melaka tetapi rasa karamel akan berkurangan. Jangan digantikan dengan gula putih kerana ia akan menjejaskan rasa kuih Akok tersebut. Jika anda ingin kuih yang mengandungi kadar lemak yang rendah, gunakan Santan Super Light Ayam Brand™ yang hanya mengandungi 5% lemak.


2. Kuih Tako (juga dikenali sebagai Kuih Limas)

Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat!

Kuih Tako atau kuih Limas adalah sama seperti kuih Tepung Pelita tetapi mengandungi elemen manis atau rangup. Kemungkinan besar kuih ini sukar didapati di bazar-bazar Ramadan kerana memerlukan langkah tambahan iaitu penambahan elemen manis atau rangup tersebut. Mari kita lihat resipi mudah daripada Ayam Brand™ yang menggunakan jagung manis dan sengkuang Cina sebagai inti rahsia untuk tekstur dan serat.

Langkah pertama ialah untuk membuat 30 kelongsong kuih tako menggunakan daun pandan. Ini merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang ingin membantu. Seterusnya, sediakan lapisan bawah dengan mencampurkan tepung kacang hijau, gula, garam dan air. Masak adunan tersebut di atas api yang sederhana sehingga pekat, dan padamkan api. Letakkan sengkuang Cina ke dalam setiap kelongsong dan tuang adunan ke dalamnya. Biarkan sejuk. 

Untuk lapisan atas, campurkan santan, tepung kacang hijau dan air ke dalam periuk yang lain, dan kacau sehingga pekat. Tuang aduan lapisan atas ke dalam kelongsong dan hiaskan dengan sesudu kecil jagung manis. Simpan di dalam peti sejuk. Sesuai untuk Sahur! 


Tip Sihat:

Sukatan gula untuk resipi ini telah dikurangkan supaya ia tidak terlalu manis. Tepung kacang hijau, Jagung Manis Ayam Brand™ dan sengkuang Cina menambahkan serat dan vitamin. Apabila dimakan pada waktu Sahur dalam keadaan sejuk, ia mampu membekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.


3. Bubur Pulut Hitam

Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat!

Bubur pulut hitam adalah juadah enak, menyihatkan dan mudah disediakan. Anda boleh membuatkannya mengikuti citarasa anda.

Masakkan pulut hitam, daun pandan dan air di dalam periuk yang bertutup di atas api perlahan. Reneh adunan tersebut selama sejam atau sehingga pulut hitam telah lembut. Pada masa yang sama, panaskan santan, garam dan gula secukup rasa. Untuk menghidangkannya, kaut bubur pulut hitam ke dalam mangkuk and tuang campuran santan ke atasnya.


Tip:

Jika anda memiliki periuk tekanan, anda boleh mengurangkan masa penyediaan juadah ini. Anda juga boleh memanaskan campuran santan di dalam ketuhar mikro selain daripada menggunakan dapur. Kita boleh juga memakai alat-alat elektrik yang lain untuk memasak. Anda juga boleh menyediakan hidangan ini dalam kuantiti besar supaya boleh disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan untuk dinikmati semasa buka puasa atau sahur pada hari lain. 


4. Kuih Seri Muka Labu

Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat!

Kuih Seri Muka yang dikenali dengan lapisan bawah pulut yang berlemak dan lapisan atas kastard pandan hijau mudah didapati di mana-mana. Namun, kuih Seri Muka Labu agak sukar ditemui di bazar-bazar Ramadan kerana ia biasanya dibuat hanya untuk suka-suka.

Resipi untuk lapisan bawah pulut boleh didapati di laman web Ayam Brand™. Untuk kastard labu, gaul telur, santan, isi labu yang telah direbus dan dilenyekkan, gula dan tepung sehingga sebati. Gunakan teknik double boil untuk menghasilkan kastard yang halus dan licin.

Tekan pulut ke dalam acuan sehingga padat supaya boleh mengekalkan bentuknya apabila dipotong nanti. Gunakan penapis untuk menuangkan kastard labu ke atas pulut tadi. Kukus di atas api sederhana. Pastikan kuih tersebut sudah sejuk sebelum dipotong secara tradisi dalam bentuk berlian.


Tip Sihat:

Guna periuk nasi elektrik untuk menyediakan lapisan bawah. Memandangkan isi labu manis secara semula jadi, anda boleh mengurangkan sukatan gula mengikut cita rasa. Telur adalah sumber protein manakala labu dan santan menambahkan serat, vitamin dan perisa untuk menghasilkan juadah berbuka puasa yang enak.


5. Sagu Gula Melaka

Ayam Brand Kongsi Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat!

Ini merupakan salah satu juadah yang diminati ramai namun versi komersilnya kerap menghampakan atas sebab kekurangan sagu dan santan, manakala gula Melaka tidak wangi dan tidak mempunyai tekstur karamel. Setelah anda mencuba resipi mudah ini, anda pasti tidak akan kembali ke bazar untuk membeli sagu gula Melaka lagi

Renehkan sagu di dalam periuk yang mengandungi air panas selama 30 minit dan kacau dengan kerap supaya sagu tidak melekat di periuk. Sementara menunggu sagu masak, panaskan santan bersama air dan garam. Biarkan sejuk. Potong gula Melaka menjadi bentuk dadu dan panaskan sehingga terbit bau wangi.

Untuk menghidangkannya, letak sagu di dalam mangkuk dan tuang santan dan gula Melaka yang telah dicairkan.


Tip Sihat:

Anda boleh kurangkan gula Melaka dan gula perang. Untuk rasa lebih enak, panaskan gula Melaka sehingga ia menjadi karamel.


Begitulah caranya kami membangkitkan nostalgia! Ramadan Karim.


Dapatkan semua resipi di atas dan banyak lagi di www.ayambrand.com.my .

Wednesday, 4 November 2020

11/04/2020 10:55:00 pm

‘Choc’ out Gong Cha’s 11.11 Big Drinks!


Assalammualaikum.




 Malaysians’ favourite bubble tea chain Gong Cha is taking it up a notch with another of its exclusive creations, in partnership with Shopee. This month, be prepared to be knocked off your feet when you try the chocolate-themed Gong Cha 11.11 Big Drink series. This range is in celebration of Shopee’s 11.11 Big Sale that is taking place from now to 11 November. Check out the Earl Grey Chocolate Smoothie, Chocolate Latte with Coffee and Chocolate Marble which are only available for purchase via the Shopee App from now till 22 November, even after the 11.11 Big Sale has ended! After all, who can say no to chocolate when it is practically everyone’s favourite?


Earl Grey Chocolate Smoothie



The Earl Grey Chocolate Smoothie is made from freshly brewed Earl Grey tea, blended together with bittersweet chocolate for a uniquely fragrant drink. Topped with Gong Cha's famous milk foam, chocolate lovers will surely enjoy this one - a refreshing cold and creamy pick-me-up.


Chocolate Latte with Coffee 



Chocolate and coffee lovers rejoice! Here’s a chance to have the best of both worlds in a cup. Witness the union of bittersweet chocolate and coffee-flavoured jelly in a sea of milk. Chew on the addictive jelly while sipping on the rich and creamy chocolate milk to get that extraordinary Mocha oomph!


Chocolate Marble



For those who like to keep it simple, enjoy the distinctive flavour of bittersweet chocolate in creamy milk foam. This makes for a nice and refreshing way to clean the palate after a good meal, especially for those who do not want a heavy dessert. 

 

So how do Malaysians get their hands on these drinks? 


The Gong Cha e-drink series can only be purchased via the Shopee App, and redeemed at all Gong Cha outlets nationwide. Get the Shopee x Gong Cha 11.11 Big Drink series exclusively on Shopee through the Food & Services Vouchers in-app portal from now to 22 November.


Fans can enjoy the Earl Grey Chocolate Smoothie at an introductory price of RM12 while the Chocolate Latte with Coffee Jelly and Chocolate Marble can be enjoyed at RM10. Save more when you purchase the drinks at 50% off this November on these special dates: 7, 8, 11, 15 and 22. Enjoy 30% coins cashback with no min spend and earn up to 500 Shopee Coins when you complete your purchase with Shopeepay.


Additionally, users who use ShopeePay to pay for their Gong Cha orders at physical outlets stand a chance to receive RM4 cashback when they spend a minimum of RM10. This offer is valid till 31 December 2020. 


What are you waiting for? ‘Choc’ it out at  https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series