Cara Buka Akaun Maybank - A box of Crayon

Latest

Saturday, 17 September 2016

Cara Buka Akaun Maybank


Assalammualaikum.

MAYBANK

Mendung je cuaca rini. Tapi nak tak nak kena juga buka akaun Maybank. Biasalah nak harapkan Bank Islam ngan RHB ni susah pulak. Banyak demand nak Maybank huhu Takdela susah mana pun nak buka akaun Maybank ni. 

First waktu ke Bank, akak counter ni tanya kita nak buat apa. And kita cakapla nak buka akaun, dia tanya student ke bekerja. Jawabla apa yang patut and jangan lupa bagi ic dekat dia. Dia akan minta cap jari juga. Nanti isi form pass balik dekat dia dan tunggula giliran. Waktu Mellya pergi tu memang ramai gila lah.

Mellya dengar kalau dah bekerja, susah sikit nak buka akaun, tapi Mellya tak pastilah sebab Mellya beruntung dia masih consider Mellya ni student even though dah tamat belajar, cuma tunggu konvokesyen je. 

Alhamdulillah sekejap je proses buka akaun, dia bagi number akaun and suruh kita bank in sendiri RM 250. Lepas dah bagi resit, dia ajar pula cara nak download application Maybank dalam phone. Senang untuk check balance kalau ada application ni.

MAYBANK

App ni boleh check balance and transfer ke favourite list korang, jadi tak payah susah-susah nak buka maybank2u. Nasib baik lah akak tu friendly, time ni lah internet slow tak boleh nak download haha so sekarang dah boleh guna Maybank2u . Habislah, mood online shopping turn on !

UPDATE: 
Sekarang dah ada application baru, Secure2u. Mellya belum berpeluang usyar lagi sekarang ni. 

6 comments:

  1. Kalau buka akaun atas sebab kerja kompem dapat murah, dalam rm50 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 50 kalau sebab keja ye ? hehe ok noted ^^

      Delete
  2. Alhamdulillah akk dah tukar.. 😍😍😍

    ReplyDelete
  3. senang la nnt ade maybank2u sbb banyak website pkai maybank2u and cimb click :)

    ReplyDelete
  4. Kalau student takleh dapat murah jugak ke?

    ReplyDelete
  5. suriumah pulak camna caranya?betul ke kn ada email br blh bk akuan br kat maybank?

    ReplyDelete