What's Hot

Saturday 21 September 2019

Siapa Embah Jid dan Kenapa Mahu Beri Nafas Baru Dalam Irama Malaysia di Era 2020?

Assalammualaikum.
Siapa Embah Jid dan Kenapa Mahu Beri Nafas Baru Dalam Irama Malaysia di Era 2020?
Anak muda zaman sekarang masih minat lagu irama Malaysia tak? Zaman Mell kecik-kecik masih kedengaran lagu-lagu irama Malaysia di corong radio, zaman sekarang macam tak de je dengar dekat radio kan? Banyak nya disiarkan lagu bergenre Pop, balada, blues, rap, dan lain-lain tetapi tidak lagu irama Malaysia. Tak kan kita nak biarkan lagu irama Malaysia terus terkubu dek zaman? Untung ada Embah Jid. Sapa Embah Jid? Mell pun baru je tahu pasal Embah Jid. Sambung baca kalau nak tahu siapa Embah Jid yang sebenar. 

SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???
Siapa Embah Jid dan Kenapa Mahu Beri Nafas Baru Dalam Irama Malaysia di Era 2020?
Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID". Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru".

KENAPA EMBAH JID???
**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.
**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah
PROFIL EMBAH JID :-
- YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga 
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga 
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga  
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL  
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga 
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 
Apabila Mell melihat profil beliau, berasa bangga dengan segala pencapaian dan kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta".

LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA
Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.
Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.
Siapa Embah Jid dan Kenapa Mahu Beri Nafas Baru Dalam Irama Malaysia di Era 2020?
Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia. Warisan etnik kreatif kita perlu lah digilap semula agar tidak lapuk ditelan zaman. Anak-anak muda macam kita ni perlu tahu wujudnya lagu irama Malaysia. hihi

PROFIL EMBAH JID :

5 comments:

  1. I lovee watching traditional dances, be it competition or just normal performances. It's amazing how the girls can dance in such a graceful manners. And their clothes are super pretty T-T

    ReplyDelete
  2. Dlu suka la lagu cindai n hati kama. Hehe.. Asik dok kuar kt tv masa tu.

    ReplyDelete
  3. Irama yang makin dilupakan. Dulu banyak dengar lagu irama malaysia nih. suka dengan persembahan noraniza idris dan dato' siti nurhaliza menjayakan lagu irama malaysia bersama para penari.

    ReplyDelete