What's Hot

Sunday 8 September 2019

Checklist Tunang Simple but Sweet!

Assalammualaikum.
Checklist Tunang Simple dan Ringkas
I'm about to face a new phase in my life! haha Tak ramai sebenarnya yang tahu Mell dah bertunang hujung tahun yang lalu. Sesetengah berpendapat i should let everyone know about it but for me, Mell lebih prefer untuk share bila dah hampir dengan majlis yang lebih besar iaitu majlis perkahwinan. I won't let you know the reasons why Mell cakap camtu di sini sebab entry kalini Mellya just nak share a few tips untuk Majlis Pertunangan korang. 

Sebelum Majlis Pertunangan, actually keluarga tunang Mell datang dulu ke rumah untuk discuss apa yang patut. Untuk lancarkan majlis tunang nanti, kami dah discuss beberapa perkara dulu. Masa ni memang Mell ada buat jamuan makan ringan je untuk keluarga tunang Mell. Jadi tak dela banyak modal untuk pertemuan nih, simple-simple je. Jodoh pula dekat, jadi mudahla keluarga tunang nak datang discuss dulu. haha Kalau korang yang jauh tu, boleh je discuss through other alternative. Zaman sekarang kan dah maju through phone pun boleh dah. If not, korang jadi pengantara antara kedua belah pihak pun boleh lah! 

Tarikh and Masa, Tentatif Program
Checklist Tunang Simple dan Ringkas
Photo by Annie Spratt on Unsplash

So after dah decide date and time untuk Majlis Tunang tuh, segala persiapan dah boleh start dah. hehe Kami discuss nak buat sekali dengan majlis Tahlil arwah tokwan Mell, jadi kira two in one lah. Pagi tu kami panggil orang buat tahlil then teruskan dengan makan tengahari dan majlis pertunangan. Settle bahagian tentatif program kami. 

Tema Majlis
Then, decide tema majlis, kami pilih warna ala maroon, purple gitu. hihi And Mell tak guna pelamin tunang, Mell pilih untuk hias bilik tidur je. Jadi majlis sarung cincin pun kat bilik. Korang nak mudah amik je set pelamin tunang, Sekarang tak mahal, nak sewa dalam RM 300 dah dapat yang cantik dah. RM 250 pun ada. Meja Makan kami pinjam dari surau Taman Mell je. Jamuan makan amik catering, anggaran dalam RM1000.
Checklist Tunang Simple dan Ringkas
Hantaran & Cincin Tunang
Memandangkan kami ada terima sumbangan orang juga, jadi hantaran kami boleh dikatakan banyak juga. haha Kalini kami guna pinggan kaca and dekorasi tu bunga-bunga plastic jelah. Pinggan hantaran tu Mell amik dari future MIL Mell hihi Dekorasi ringkas je Mell buat. Antara barang hantaran yang kami sediakan tuala, chocolate, cake, buah-buahan, brownies, cupcake, sireh, kuih raya, and gula. Pendek cita, kami banyak bagi barang makanan lah. Cincin tunang pula pihak lelaki yang bawak yeee. Cincin paling awal sekali kami beli sebab semangat haha

Makeup dan Baju Tunang
Makeup sendirian berhad je. Save budget sikit muahaha baju pulak, yang lelaki beli dekat Jlabelle Atelier and baju Jubah Mell pula beli dekat EJ Style (lepas tu Mell hantar kedai jahit untuk hias baju jubah Mell yang plain tuh hahaha). Yang ni Mell memang suggest korang jangan jadi macam Mell acah nak beli simple sangat sekali kena leter, sebab terlalu simple end up spend more money untuk bagi baju cantik. hihi Better korang survey je kat IG banyak baju ready made yang lelawa. Serious tak perlu spend too much money sebab ni tunang je guys! Oh ya tudung and veil Mell beli kat IG jugak. Sapa pandai jahit elok leee jahit sendiri pun boleh. hehe kalau rasa tak nak pakai veil, beli je crown dekat Afrah Exclusive. lelawa gak!

I would like to selit something here, masa waktu before sarung cincin tu. Mell disuap dengan gula okay. I'm not sure ni adat dari belah mana, but Mell baru tahu ada adat ni. haha Adat ni orang cakap orang Mami Penang memang ada amalkan, so means orang Penang lah! Tapi Mell memang orang Penang, lahir Penang but tak tau langsung adat ni muahahaha so hari tu memang manisla muka Mell sebab makan banyak gula hahaha 
Checklist Tunang Simple dan Ringkas
Photo by Annie Spratt on Unsplash

Bunga tangan
Bunga tangan Mell just recycle je haha pinjam hand bouquet dia time tunang dulu. At first Mell nak buat sendiri, guna calla lily tapi bila tengok cam too simple la plak kan. hahahaha end up recycle kakak punya hand bouquet. sob sobbb so guys kalau ada adik beradik ramai beli je satu, then boleh save kitar semula hahaha tapi simpan leklok lah kang berhabuk buruk plak. 

Wakil 
Haa yang ni biar parents kita and parents sebelah sana uruskan. Diorang lebih arif ye. Cuma korang kena amik tahulah berapa yang nak datang so that korang boleh prepare food cukup untuk semua orang. Macam Mell ni combine dua majlis jadi food prepare lebih sikit. hihi family pun ramai datang.

Jurugambar Majlis
Korang yang bajet lebih boleh la hire photographer. Macam kami ni, kami hire adik bradik and kawan-kawan je. hahaha Free! Tapi hujan pulak masa majlis tu, tak dapat nak shoot kat luar. Jadi kami cuma amik gambar dekat rumah Mell je. Deko dekat rumah simple je, masa ni baru rasa penting juga buat pelaimin tunang atleast kalau ujan ada tempat korang nak amik gambar. wuwu so pengajaran ni guys! Back up plan mesti adoo.

Summary : Checklist Majlis Tunang


Tarikh and Masa
Tentatif Program - Majlis Doa Selamat, Jamuan Makan
Pelamin Tunang/Dekorasi Bilik Tidur
Tema Majlis - Warna, Meja Makan 
Hantaran 
Cincin Tunang 
Makeup dan Baju Tunang (termasuk tudung and veil)
Bunga tangan
Tentukan wakil (berapa orang hadir, dan siapa wakil kedua-dua belah pihak untuk bercakap)
Jurugambar Majlis 


So masa pertunangan ni lah family akan discuss date nikah, kenduri; jumlah dulang hantaran dan wang hantaran dan juga mas kahwin. So macam Mell, keluarga Mell dan tunang Mell dah discuss jumlah wang hantaran sebelum majlis pertunangan, jadi tak dela apa-apa issue semasa majlis. Hee Mas kahwin juga dah, cuma jumlah dulang tu je macam confused lagi. haha Apa-apa pun usually jumlah dulang lelaki dan perempuan akan jadi ganjil. Maksud nya contoh dulang perempuan ke pihak lelaki 7, jadi yang si lelaki akan balas 5 pada pihak perempuan. Kami tengah sibuk membeli barang hantaran sekarang ni, excited gila okeh. Tema pun tengah planning lagi. Yang belum ada calon korang simpan lah duit dari awal kalau nak bersenang-senang kemudian. Nak kahwin ni pakai banyak duit, duit kuar cam air Yang pasti kami akan gunakan dulang kayu palet untuk hantaran kami. Nanti Mellya share persiapan dulang hantaran Mellya (InshaAllah). 

Checklist Tunang Simple dan Ringkas
Photo by Jose Martinez on Unsplash

Korang doakan Majlis Perkahwinan Mell berjalan dengan lancar ye nanti. Thanks for reading! ❤

21 comments:

  1. Tahniah Mell and all the best.

    ReplyDelete
  2. Sangat bagus ni., info persiapan sebelum bertunang ...
    Boleh jadi bahan rujukan untuk anak Sis nanti ..

    ReplyDelete
  3. Tq for sharing mell! Tahniah and selamat bertunang.Semoga dipermudahkan dan lancar sepanjang majlis perkahwinan mel dan pasangan. jgn lupa update sini ya hehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah mell.. Semoga majlis nnti dipermudahkan. jgn lupa jemput kittew tau.. hehe :p

    ReplyDelete
  5. Tahniah... moga semua berjalan dgn lancar...

    ReplyDelete
  6. Info berguna ni hehe thank you for sharing! :)

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing, it may be useful for me in the future. heeee.

    ReplyDelete
  8. Wahhh, tahniah mell. Thanks for info, boleh la Bell guna nanti. hihi <3

    ReplyDelete
  9. tahniah Mell...semoga dipermudahkan segalanya kelak

    ReplyDelete
  10. nice sharing.. semoga memudahkan orang lain juga.. n tahniah di atas pertunangan dan semoga dipermudahkan urusan di hari yang mendatang.

    ReplyDelete
  11. Congratulations and may Allah ease everything! :)

    ReplyDelete
  12. tahniah mel. mesti berdebar untuk ke langkah seterusnya.

    ReplyDelete
  13. Tahniah. Semoga dipermudahkan urusan menjelang majlis perkahwinan nanti. Semoga majlis berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Aamiin

    ReplyDelete
  14. Tahniahhh.. Semoga dipermudahkan urusan mellya.

    ReplyDelete
  15. im about to engage soon, this help me a lot, thank you. semoga apa yg dirancang dipermudahkan <3

    ReplyDelete
  16. tahniah , semoge dipermudahkan urusan . .:)

    ReplyDelete
  17. Tahniah mel. Semoga semuanya berjalan lancar sampai big day nanti 😊

    ReplyDelete
  18. Lama tak datang sini..Congrats Mell & pasangan. Semoga dipermudahkan ke next step!

    ReplyDelete
  19. Perkongsian yang mnarik sis,bleh sy listkn nti

    ReplyDelete