Assalammualaikum.
Hi korang! Tahun ni negara kita dilanda wabak penyakit Covid19 seperti kebanyakkan negara lain and kita tak dapat nak keluar rumah i think at least 3-4 months jugak. Memang lama betul, and yela salah satu aktiviti sosial yang tak dapat dijalankan ialah kenduri kahwin. hehe Ada yang beranggapan ni masa yang terbaik bagi mereka yang nak berkahwin tapi modal tak cukup, tapi ada juga yang rasa kecewa tak dapat menganjurkan majlis meraikan pengantin. Yela, kahwin jarang-jarang, or ada yang cuma sekali seumur hidup. So Mell kira lucky sangat sebab dah kahwin hujung tahun lepas, kalau tak Mell pun jadi salah seorang daripada mereka yang tengah confused nak kahwin. So back to the main topic, Mell nak bercerita sikit pasal hantaran perkahwinan ni.
Buat Hantaran Perkahwinan Sendiri atau Sewa Lebih Baik?
Okay jujurnya Mell buat hantaran perkahwinan sendiri tau. Sebabnya Mell rasa Mell dapat deko ikut kemahuan Mell and Mell rasa worth it untuk spend sebab barang-barang dekorasi hantaran tu jadi hak milik mutlak Mell. Mell tak creative bab ni, tapi Mell memilih untuk survey dan curi idea dari Pinterest, Facebook, Instagram, Blog dan lain-lain. And Mell fikir okay, pasni barang ni semua Mell boleh sewakan dekat sesiapa, at least boleh dapat duit tepi sikit. Yela zaman sekarang ni, hidup suma kena ada side job, bukan senang nak dapat keja and gaji yang cukup.
Tapi ada yang beranggapan why not sewa je dari kedai sewa hantaran? Okay bagi yang lack of ideas, tak nak serabut, and ada ongkos... korang boleh je sewa. Nak sewa ni agak mahal bagi Mell, tambah pula difikirkan yang barang tu semua bukan jadi milik kita, kena return pulak. haha Tapiiii kalau korang bukan jenis nak sewakan or korang tak nak serabutkan rumah korang dengan tray hantaran tu, better korang sewa jela. Actually banyak je Ig Shop, Facebook and etc yang offer sewa hantaran perkahwinan sekali dengan dekorasi tu example talam la, palette la. Korang cuma kena pilih tray, warna tema and sediakan barang yang nak diletakkan dalam tray hantaran tu je. Mudahkan? Korang tak yah susah-susah nak pening kepala.
So ni antara hantaran perkahwinan Mell dan husband Mell. 100% Mell buat sendiri. haha Masa mula tu Mell macam nak buat yang macam bungkusan tak nampak dalam tu. Kan trending last year. But husband Mell cakap nanti orang tak nampak barang kat dalam. hahaha Letak kotak kosong pun tak pe kalau camtu betul jugak kan? muahaha
Hantaran Mell kepada Encik Husband
Hantaran belah Mell, Mell spend untuk kain jersey navy blue, polisterin, ribbon dua warna, fake pearl, bunga plastic kena banyak so that nanti senang korang nak adjust hantaran, kotak lutsinar untuk letak baju dan lain-lain.Oh lupa kayu palette jangan lupa haha
Hantaran Encik Husband kepada Mell
Hantaran belah husband Mell pun lebih kurang je spend dekat bunga, palette, ribbon. Diorang tak spend untuk kain jersey lapik sebab barang Mell mostly muat-muat tray and diorang cover dengan bunga hihi
Oh ya, Mell dulu buat pertukaran hantaran pada hari pernikahan Mell sebab Mell buat kenduri di dewan. Kami tak nak kelam kabut hari kenduri tu jadi kami selesaikan pada hari pernikahan kami. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. So bagi yang confused nak buat hantaran sendiri atau sewa, korang tengok la kemampuan and kelapangan masa korang. Kalau nak sewa tray palette dekat Mell bagitau tau hahaha Mell sewakan yang murah-murah je dekat korang yang tinggal di area Penang ;)
Baca juga: Mohon Kebenaran Berkahwin Kedah dan Checklist Tunang
assalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi rabu
apa khabar ?
semoga dipermudahkan segala urusan
thanks for sharing. samalah rasa macam nak buat sendiri je hantaran nanti.
ReplyDeletehai mell. nasib baik mell sempat buat majlis tahun lepas ye hehe.. kalau ada masa & ada bakat sikit2 buat sendiri lebih puas hati kan mell hehe
ReplyDeletesimple tapi cantik. tak serabut memandang. style terkini kan.
ReplyDeleteMacam adik Cik TK, masa dia kahwin hantaran tu kami gubah sendiri. Perah otak jugalah nak kasi secantik mungkin.. kami tengok contoh gambar sini sana.. alhamdulillah menjadi.. hehe
ReplyDelete