What's Hot

Thursday, 29 September 2016

Kebaikan dan Kegunaan Vaseline Yang Orang Mungkin Tak Tahu



Assalammualaikum.

Entry ini bukan tajaan or entry bodek Vaseline ye. Hehe Tapi Mellya memang serious user Vaseline Petroleum Jelly ni. Selalu beli boleh kata non stop, abis je terus beli. Sebab macam-macam manfaat dia. Scroll-scroll instagram, jumpa satu post ni mengatakan tentang kebaikan Vaseline yang sebenar, yang Mellya sendiri tak tahu. Ngeh ngeh ngeh

Kebaikan dan Kegunaan Vaseline Yang Orang Mungkin Tak Tahu


Makeup Remover
Sapu pada bahagian yang berkenaan.

Hapuskan "EYE BAG"
Sapukan lapisan nipis dibawah mata sebelum tidur untuk membantu mengurangkan kesan mata panda bila bangun pagi.

Membuang blackhead
Sapu pada hidung. Letak plastik pada hidung anda, tuam dengan kain basah rendaman air panas selama 5 minit. 

Merapikan rambut
Hangatkan sedikit jeli pada tapak tangan sebelum sapu pada rambut untuk melicinkan rambut atau akar keriting. Hujung rambut yang bercabang pun boleh guna Vaseline.

Bibir Kering
Apply Vaseline di bibir sebelum tidur untuk mengatasi bibir kering. Boleh juga pakai Vaseline sebelum pakai gincu untuk mengelakkan bibir kering dan mengatasi bibir lebam/hitam.

Penyerlah tulang pipi 
Sapukan pada tulang pipi kita sebelum kita pakai "blusher" untuk memastikan "blusher" tahan lebih lama dan bentuk wajah lebih tajam.

Panjangkan bulu mata
Sapukan Vaseline pada bulu mata setiap malam. InsyaAllah lama kelamaan bulu mata akan lebih panjang. Sapu dari bahagian akar hingga ke hujung.

Jadikan perfume lebih tahan lama
Sapukan Vaseline pada pergelangan tangan, belakang telinga dan pelipat siku sebelum sembur perfume anda.

Untuk kutikel kering
Sapukan pada kuku jari dan kaki untuk menjaga "manicue" dan pastikan kaki kita kelihatan sebaik baru.

Mencegah hidung kering
Sapukan sedikit dibawah dan keliling hidung untuk mengelakkan kulit kering dan didalam lubang hidung untuk menghentikan kesakitan kulit kering semasa cuaca sejuk atau jika berada dalam bilik hawa dingin dengan lama.

Merawat kesan luka
Sapukan pada kawasan luka yang sudah kering.

Kaki merekah
Sapukan pada kaki sebelum tidur.

Kalau rasa, bermanfaat amalkan. Mellya cuma tahu Vaseline baik untuk kulit kering and bibir, tak sangka banyak kegunaan nya. 

5 comments:

  1. baru tahu untuk pores pun boleh!
    blogwalking and followed! xx
    http://www.erinazmir.com

    ReplyDelete
  2. taktau pula vaseline banyak kegunaan dia hehehe.
    foloowed you back :)

    ReplyDelete
  3. br tau jugak ni...singgah folo dia ;)

    ReplyDelete
  4. Ooo macam tu ye. Hihi maseh share..

    ReplyDelete