What's Hot

Tuesday 29 November 2016

Review Novel Remaja: 3600 saat by Charon



Assalammualaikum.

Book of the Month : 3600 saat by Charon

Aloha. hehe it's day 5 challenge, book review. Starting this month, every month Mellya akan review satu buah buku (yela satu buku pun susah tau nak baca sebab malas haha) yang Mellya baca. Untuk first book review ni, buku terbitan PTS Teen Novel, nipis jaa adala 184 muka surat hihihi 

Tajuk : 3600 saat
Penulis : Charon
Terbitan : PTS Litera
Muka Surat : 184
Harga S/M : RM 14.50

book review


SINOPSIS

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sofea yang tidak habis-habis dengan masalah disiplinnya. Hisap rokok, ponteng kelas jadi kebiasaan. Dahh banyak sekolah yang dia masuki sejak setahun lalu. Semua tak bertahan lebih daripada sepuluh hari. Semuanya berlaku sejak mama, Puan Maria dan papa Sofea, Encik Radi berpisah.  Lain pula Hadi, seorang pelajar contoh di sekolah, seorang pemain piano. Masalah utamanya adalah separuh hayatnya terpaksa dihabiskan di hospital.

Selepas Sofea menyebabkan kebakaran kecil di sekolah, dia telah dipindahkan sekali lagi ke sekolah yang baru iaitu sekolah Hadi. Hidup Sofea dan Hadi berubah sejak mereka kenal satu sama lain. Hadi senang dengan sikap Sofea walaupun Sofea kasar orangnya, Sofea pula keliru dengan sikap Hadi yang ingin berkawan dengan nya walaupun sikapnya jauh berbeza daripada Hadi yang merupakan pelajar contoh disekolah itu. Lepas mengenali Hadi, Sofea tidak lagi meniru dalam kelas dan berbaik semula dengan ibunya.

Book of the Month : 3600 saat by Charon

In the end Hadi mati. Before Hadi ke hospital untuk pembedahan jantung, Sofea yang berrambut merah tu dah bertudung and dia bawa Hadi pergi bersiar-siar di taman. 3600 saat tu ialah masa yang diorang spend bersama di taman tu, sebab Hadi cakap dia tak pernah alami kehidupan normal macam yang diorang buat waktu tu. On the way ke hospital, Hadi sesak nafas, dan meninggal. Lepas kematian Hadi, Sofea menyambung pelajaran dalam bidang sains sebab dia nak jadi doktor yang merawat pesakit macam Hadi.

Book of the Month : 3600 saat by Charon

Sweet gilos tapi sedih sebab Hadi tu mati. huhu Walaupun nipis je buku ni , agak menyentuh perasaan jugaklah , biasalah kalau hati jiwang bunga-bunga sensitif sikit hahaha  ❤

6 comments:

  1. Memang novel ni mengisahkan realiti kisah remaja zaman sekarang ya. Ramai hisap rokok tanpa segan silu

    ReplyDelete
  2. Wah. Lain daripada yang lain ^^

    ReplyDelete
  3. Sweetnya kisah mcm ni..lama tak baca novel remaja..dulu rajin beli masa sekolah...

    ReplyDelete
  4. mek suka novel cam ni. tak tbal sgt :)

    ReplyDelete