What's Hot

Tuesday 31 January 2017

Cara Melangsingkan Kaki Tanpa Perlu Bersenam


Assalammualaikum.

Jalan Kaki Cepat Langsing

Ada yang dikurniakan badan ramping kaki langsing. Ada juga yang berbadan kecil molek tapi kaki atau bahagian bawah badan bagai dipam-pam. Bersenam memang salah satu cara untuk mengecilkan bahagian yang dikehendaki tapi.. rajin kah kita untuk bersenam? hehe Macam Mellya ni jenis kalau naik berat badan, bahagian pipi dan peha akan naik dulu.  So pada yang berniat nak kecilkan kaki tapi tak rajin nak bersenam, apa kata korang cuba tips ni.

Cara Melangsingkan Kaki Tanpa Perlu Bersenam

Cari alternatif yang memerlukan kita untuk berjalan. Contoh macam pergi kelas. Try cari jalan jauh untuk ke kelas. hahaha Tapi keluarlah awal sikit nanti lambat masuk kelas pula.

Nafas melalui hidung lepaskan melalui mulut sekurang-kurangnya pada lima minit pertama. Nafas dalam boleh membantu melepaskan stress.

Kalau mendaki jalan berbukit boleh bakar 60% kalori lebih banyak berbanding jalan mendatar. Yang duduk UiTM Shah Alam and Puncak Alam jangan lepaskan peluang daki jalan berbukit tu ya. haha

Tingkatkan kelajuan. Tak perlu lari tapi cepatkan langkah. Boleh bakar 50% kalori lebih banyak kalau begitu.

Berjalan undur boleh membantu meregangkan betis, paha kanan, dan meringankan beban di lutut. Jadi kuranglah sikit letih bila berjalan.

Tegakkan badan dan jangan membongkok ketika berjalan. Ini untuk memperbaiki posture badan. Boleh juga bengkokkan tangan ke belakang untuk regangan. 

Goyangkan pinggul atau lenggokkan pinggang ke kiri dan ke kanan. Gerakan ini mempercepatkan langkah dan mampu bakar lebih banyak kalori.

Sapu lotion atau membuat urutan pada bahagian betis atau kaki yang ingin dilangsingkan selalu. 

Senang je kan nak exercise. Tiada lagi alasan untuk tak bersenam. hehe Sambil kerja pun boleh buat ni. Naik turun tangga paling effective kalau nak kecilkan peha atau langsingkan kaki. Good luck ❤

3 comments:

  1. Dah lama giler tak berjalan.. Patut la makin bambam je ni.. T___T

    ReplyDelete
  2. zmn study duk tingkat 4, x langsing2 sbb kuat mkn 😄

    ReplyDelete