What's Hot

Thursday 13 April 2017

Debaran Konvokesyen UiTM ke-86



Assalammualaikum.

Debaran Konvokesyen UiTM ke-86

Seperti sedia maklum, Mellya bakal bergraduasi pada 18 April 2017,  Konvokesyen UiTM ke-86 ni. Cey macam buat announcement pulak. Memang nervous lah. haha tambah pula konvokesyen berlangsung di DATC, UiTM Shah Alam. Stage nya besar, kerusi banyak, semestinya yang menonton hari kejadian tu sepenuh dewan itu. Dah macam nak buat concert show dah. Kalaulah dewan UiTM Puncak Alam dah siap, kan best konvokesyen kat situ. 

Mellya telah dijadualkan untuk menghadiri konvokesyen Sidang ke 7. Ya lambat gila kan? Tambah pula tarikh yang dijadualkan tu pada hari Selasa. Jadi yang boleh menghadiri konvokesyen Mellya cumalah Mama, Abah dan adik yang baru je dapat keputusan SPM baru-baru ni. Gap antara tarikh pengambilan jubah dan konvokesyen sangatlah panjang kalau nak dibandingkan dengan konvokesyen Mellya masa Diploma dulu. Alhamdulillah masih first class walaupun bukan ANC lagi dah 😌

So hujung minggu lepas Mellya bertolak ke Shah Alam untuk urusan pengambilan jubah. Bayangkan bertolak jam 5.30 pagi, memanglah mengantuk gila. Makeup pun ala kadar je sebab bersiap dekat RNR je. fuhh untunglah bukan hari konvokesyen, cuma hari ambil jubah je. Kalau tak, sedih jugalah pergi konvokesyen dengan muka sposen. 

Antara document yang wajib bawa semasa hari pengambilan jubah ialah; borang jubah UiTM download di website http://konvokesyen.uitm.edu.my, Kajian Pengesanan Graduan download di website http://graduan.mohe.gov.my, dan juga bukti pembayaran bil yuran konvokesyen yang boleh didownload melalui website Student Portal.

Mellya sampai tepat jam 10 pagi, waktu raptai. Untunglah masih ada size S jubah kali ni, itupun masih besar bagi Mellya. Bayangkan kalau Mellya dapat jubah bersaiz L dan XL.. Tak dapat bayangkan haha selekeh betul pakai baggy sangat. Proses pengambilan pun sangat cepat, first masuk ke dewan utama, pastikan kertas KPT di submit pada petugas. Borang Pinjaman Jubah juga perlu ditandatangan, kalau anda diwakilkan oleh seseorang, tulis nama wakil di borang tersebut. Lepas submit pada petugas di kaunter pendaftaran, pelajar dikehendaki naik ke aras 1 untuk ke bilik jubah. Waktu Mellya pergi tu ada 3 station, Diploma, Degree dan juga Master/PHD

Lepas settle pengambilan jubah, students dimestikan menghadiri raptai. Tapi ramai je yang tak datang, semua pakat blah je. Tapi Mellya sangat lah baik, attend jugak raptai tu haha (actually ada sebab Mellya attend tu, kalau tidak memang nak blah terus je). Boleh tahan lama juga raptai tuh, 10 pagi hingga jam 11 lebih agaknya. Semuanya settle jam 12 tengahari. Kejap je nak ambil jubah ni tapi sesat jugaklah sebab tak pernah ronda UiTM Shah Alam nih.

So, hari pengambilan jubah tu, selain dapat tahu serba sedikit perjalanan konvokesyen, kita dapat jubah for sure, yang disertakan dengan beg konvokesyen berisi sticker dan kad jemputan. Macam biasalah, satu kad jemputan ni untuk dua orang je, tak boleh ramai-ramai. Kalau yang nak bawa family tuh, maaf lah dua orang je boleh masuk, yang lain tunggu berjemaah dekat luar ye. haha

Nervous jugak memikirkan konvokesyen haha tapi bila fikir takpelah mana tahu tak berpeluang sambung Master, tak dapat nak merasai pengalaman tu lagi dah kan? Debaran Konvokesyen  UiTM ke-86 .

11 comments:

  1. Masa nak amek jubah best sebab nak jumpa kawan kawan..haha. itu sayalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya awk, tapi waktu sy tu, kawan2 suma bersepah xjumpa 😂 smpatla bgmbr dua tiga keping..

      Delete
  2. Tahniah sis! Semoga semua berjalan dengan lancar 😘😘

    ReplyDelete
  3. Teringat pula masa fae konvo back in 2013

    ReplyDelete
  4. congrats mellya ...
    all the best lepas ni ...
    no more campus life :))
    yeah.

    ReplyDelete
  5. Alaa tak sempatlah jumpa Mellya. Mai sidang ke 5. hehe.

    ReplyDelete
  6. pakai comey2 nnti ye. hehe. alaa, tak boleh nak selit2 jumpa. hehe :p busyra sidang ke 3.. apapun tahniah dan selamat konvo! <3

    ReplyDelete
  7. congrats mellya.. teringat masa konvo dulu. UiTM gak, tapi time tu lum ada jubah. seronoks sgt sbb leh jumpa kawan2. meriah..dpt bunga sampai penuh tangan.. he he

    ReplyDelete
  8. Ouh..jadi masa raptai tak dtg pun tak apa la kan. Cumanya kena ada wakil utk ambil jubah. Risau jugak..sy dri Sarawak..kalau gap panjang sgt lama la sy kena ada kat sana..Thanks utk info😊😊

    ReplyDelete