Assalammualaikum.
Salam Isnin semua. Baru-baru ni Mellya dah announce pemenang Giveaway Pertama Ravishing Obsession. Dah puas ucap tahniah, harini mention lagi. haha By the way perasan tak iklan Nuffnang dah tak ada dalam blog Mellya Crayola? Perasan kan? Ke korang tak perasan pun haha Mellya memang dah merajuk dengan Nuffnang. Sebab apa? Sebab dia suka tenggelam timbul. Pastu income tak masyuk-masyuk. Dah merajuk ni, Mellya pasang jela iklan 8share. So korang kalu sudi click-click la sikit hehe
Back to main topic, Mellya rasa sementara masih ada kelapangan ini nak buat blog maintenance lah. Each month, akan ada satu post untuk Monthly Maintenance Mellya Crayola. Banyak sangat entry-entry yang pendek and useless perlu dibuang. Entry yang menjadi people's hunt pun ada tapi Mellya rasa perlu diperbaiki dari segi penulisan. Tahu tak penulis blog yang baik akan selalu update penulisan-penulisan yang lepas supaya mengikut peredaran masa? Haha macam professional writer pulak kan nasihat ni.
So my goals for blog maintenance kali ini:
- Remove articles yang mengarut
- Update gambar and information terbaru articles lama
- Lengthen my articles
- Focus keywords
- Check broken links
- Focus on achieving Google Adsense
Banyaknya goals kali ni haha Tak semua Mellya akan capai bulan ni. Yang pasti bulan May ni Mellya nak focus remove articles and update information terbaru articles lama-lama tu. Lain-lain goals tu kalau berjaya capai Alhamdulillah.
Kenapa perlu blog maintenance?
Sebab macam Mellya mention tadi, information yang kita share mestilah up-to-date. Bila up-to-date, barulah pembaca dapat information yang tepat. Bila kita ada information yang tepat, lebih banyak orang akan baca blog kita terutama visitors baru. Dalam masa sama kita sebenarnya dah berjaya improve SEO ranking dan visitors blog. Blog maintenance bukan setakat tukar template blog jadi responsive, tapi dari segi penulisan yang kita share tu actually adalah maintenance jugak.
- Up-to-date
- New Visitors
- Seo Ranking
Cara Melakukan Blog Maintenance
First thing korang kena buat ialah identify problems. Cuba belek blog korang, from A to Z. Apa yang korang rasa tak memuaskan hati. Selain daripada blog appearance. Check berat tak blog korang. Kalau berat, apa puncanya. Banyak sangat tak iklan dalam blog? Kalau banyak, macam mana nak bagi blog korang tak padat dengan iklan. Post entry, identify post entry paling banyak hit, dengan paling kurang hit.
Kalau korang rasa tak nak kumpul banyak-banyak masalah sebulan baru nak perbaiki, boleh juga buat daily check atau weekly check. Nak memudahkan lagi kerja, apa kata korang buat checklist. Kalau korang rasa tak pandai nak buat checklist ni, boleh je google. Banyak sangat blog maintenance sheets free untuk korang download. Kalau nak buat sendiri pun boleh juga.
Yang ini ialah contoh checklist simple yang Mellya buat guna Canva. hehe Senang je kalau nak design sendiri boleh la buka Canva and tengok sendiri macam mana buat. Nak download boleh open image in new tab atau click button download di atas dalam bentuk pdf.
So Mellya harap tips blogging ni sedikit sebanyak membantu blogger baru macam Mellya. Kita kalau nak berjaya dalam dunia penulisan, kenalah rajin belajar, timba ilmu untuk improve. Hangat-hangat tahi ayam macam Mellya ni jangan diamalkan haha tak baik tau.
Boleh baca blogging tips yang lain di sini
Banyak betul goals tuh..Nih yang buat saya nak check balik entry2 lama nih..hehe
ReplyDeletehahaha banyak kan? harap tercapai la. Post-post merapu semua dah masuk draft 😁
Deleteyang part semak broken links semua tu, memang perlu seharian yang panjang...thanks for sharing!
ReplyDeletebetul tu heheh good luck !
DeleteThis reminds me of entri2 lama fae yang banyak merapu hahaha
ReplyDeletebusyra cek broken link pun tau dari mellya la. hehe. btw tengs mell! :)
ReplyDeleteWaahhhhh I'm impressed! Hiks! Hmm, a few of your goals tu ada juga yang sama macam kite tapi bukan monthly but a part of my 2017 resolutions. Hehehe... Mellyaaaa, thanks tauuu for the tips! I owe you a lot nih. Nanti kite belanja gambar icecream k. Gambar je lah, nak tunggu real cayaq pulak icecream sementara nak boleh jumpa. Hahahaha 😘💕
ReplyDeletepatutlah blog berbaju baru
ReplyDeleteJanjiKita
Bagusnyaaaa Mellya, dapat inspirasi jap nak renew balik post lama...dan buat pembersihan blog tu. Check broken link dah beribu haritu, serabut2, hahah.
ReplyDeletethanks untuk checklist tu, dah download ! comel sangat.
Nice sharing Mellya..
ReplyDeleteGOod lUck !
ReplyDeleteAkhirnya .. usaha Mella membuahkan hasil .. dapat approving drp adsense hehe .. tahniah :D
ReplyDelete